Friday, October 23, 2009

SETAHUN SUDAH BERLALU




Assalamualaikum.

Salam 1 Malaysia.

Hari ni Jumaat. Penghulu segala hari. Hari yang sangat baik. Cuma bagi aku hari ni keadaan aku tidak berapa nak stabil. Demam membuat kan hari-hari aku kurang ceria. Sejak balik dari Perlis hari tu dh start sakit tekak. Keja letih dan penat jer. Rupa-rupanya aku nak demam.

Semalam ingat dh nak balik alor star, kebetulan sekarang ni study week. Tapi terpaksa dibatalkan bila bangun Subuh tu kepala aku rasa berat. T erfikir gak mcm mana nak bawa motor kalau mcm ni. So postpone dulu. Hari ni aku akan balik AS. Tu pon tak tau nk blk naik bus ke moto.

Walau mcm mana pon hari ni tetap begitu bermakna buat aku sebab aku menyambut ulang tahun pertama sebagai blogger. Hari ni genap setahun aku menjadi blogger tegar.

Walaupun di awal penulisan aku, aku masih tercari-cari identiti sebenar serta kebanyakan penulisan aku hanya berkisar tentang luahan perasaan jer kan sampai kan blog aku dicop sebagai blog jiwang hehehe.. Kalo boleh tak payah la nak nengok tulisan-tulisan aku yg dulu cheq malu ehehehe...

Masa tu tak matang lagi (macam la skrg ni matang sgt) huhuhu...Tapi better dari dulu la hehehe... Aku start tulis masa tu aku langsung tak terfikir yg aku akan jumpa ramai kawan kat dalam blog ni. Kawan-kawan yg sama-sama berkongsi cerita, berkongsi pengalaman dan juga berkongsi kasih sayang.

Walaupun kita tak pernah berjumpa tapi aku dapat rasakan kasih sayang dan saling mengambil berat antara satu sama lain. Sering memberi dorongan seandainya kita jatuh. Aku ingat lg bila arwah tok wan aku meninggal, ramai yg memberi kata-kata semangat supaya aku terus kuat.

Semua ini tak dapat aku cari walaupun berada di dunia realiti. Dunia blog ini bukan sahaja menemukan kita dengan pelbagai latar belakang tetapi tetap menunjukkan yg kita berkongsi rasa yg sama walaupun berbeza latar belakang, pekerjaan, agama dan bangsa.

Dan di kesempatan ini aku nak berikan award kepada semua kawan-kawan yang menjadi tulang belakang BLOG GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR. Terima lah yerk. Letak kan di blog korang sebagai tanda penghargaan dan persahabatan dari GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR.





Semua mesti tertanya-tanya siapakah sebenarnya gadis yang bernama GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR sehingga ada yg panggil Gadis KamDar atau nama singkatan Cik GKSB, atau di shout box anda Cik Gadis Manis.

Gadis Kampung Separa Bandar diambil sempena diri aku yang dibesarkan di Kampung iaitu Yan, Kedah sejak kecik lagi. Aku menetap bersama tok dan tok wan sehinggalah aku berumur 13tahun. Kemudian aku kembali menetap bersama keluarga aku di bandar Alor Star.

Semasa aku tinggal di Alor Star, pelbagai konflik yg berlaku dari seorang gadis kampung yg berpindah ke bandar. Namun aku sedar, gadis kampung tak kan boleh menjadi bandar dan gadis bandar tak kan boleh menjadi kampung kerana itulah aku GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR.


Nama sebenar aku adalah WAN NUR HANIS BT AZMAN. Ayah aku bukan Wan walaupun nama aku bermula dari Wan cuma mak aku "KU" sebab itu anak-anak dia WAN + MEGAT. Tapi kami tidak berbangga dengan nama keturunan kami sebab apa ada di sebalik nama?

Kebanyakan kawan-kawan panggil anis dan ada juga panggil wan cuma aku lebih selesa orang panggil anis sebab nampak sket keperempuanan tu hehehehe..Walau siapa pun nama panggilan aku, aku tetap orang yang sama.

Dan aku amatlah berbesar hati sekiranya korang semua sudi menerima award yang tak seberapa dari aku kerana aku ikhlas memberi.

Terima kasih kerana terus menyokong blog GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR.


15 comments:

  1. semoga kamu terus menulis tanpa henti..
    tahniah!

    ReplyDelete
  2. Salam 1 Malaysia..

    pastikan mkn ubat spya cepat baik dri demam..mkn ubat yg betul, bkn ubat nyamuk ye..

    dah setahun ke? sy bru tahun ni sedar ada blog ni..apa2 pun slmt hari lahir kpd blog ni..

    nama KamDar ni sebenarnya tak sengaja disebut oleh Nox masa kami tgh sedap mengutuk KamDar..haha kutuk yg baik2 je

    bayi yg baru lahir tak akan terus b'lari..semua pun rasanya mcm tu jugak masa mula2 buat blog..

    terima kasih untuk award tu..sy akan bg awak hadiah, hadiahnya..awak boleh layari blog sy secara percuma..hahahahaaaaaa

    ReplyDelete
  3. si tedi,

    terima kasih...

    insyaallah selagi hayat dikandung badan sy akan terus menulis..

    ReplyDelete
  4. syukri,

    kutuk???

    wahh..lelaki juga bergosip yerk??

    dgr nk bagi adiah terus excited sekali rupanya.........aduyai.....

    huhu..

    ReplyDelete
  5. wah selamat ulang tahun... dah jadi blogger otai la ni.. heheheh

    ReplyDelete
  6. Tahniah! Dah setahun jadi blogger ye..Pengikut pun semakin ramai..Keep it up!

    ReplyDelete
  7. setahun? masih berhius he he he...apa2 pun syabas dan tahniah...moga terus bersemangat untuk terus berblog.

    ReplyDelete
  8. Gadis Manis Separuh Bandar..
    Memang Manis dan beraklhlak Muliyerr..
    Bila dah Sepenuh Bandar..
    Jangan lupa akak yerr..


    muahhh!

    ReplyDelete
  9. selamat ulangthn mjadi blogger tegar yer...trskan memblogging..

    ooo gitu kesahnya patutla namanya GadisKampungSeparaBandar.

    ReplyDelete
  10. wakakakaka
    pic yg last tu x thn...
    hihihihi ada2 lah adek ni
    selamat ulang thn eh
    so nti leh la kita celebrate nti
    kahhhhhhhh

    ReplyDelete
  11. assalammualaikum

    semoga cepat sembuh...
    tq for the award...

    ReplyDelete
  12. errr dah genap setahun...
    congrats...
    tak tau nak kata apa daaaaa hmmmm...

    tingkatkan prestasi kurangkan makan nasi hahahaahahahahahaaa

    ReplyDelete
  13. Syabas, sudah setahun sebagai blogger tegar. Bukan kerja senang tu.

    Menulis blog sebagai satu terapi, setuju?

    ReplyDelete
  14. HI GKSB,
    Hehe..
    aku nak amik jugak ar..
    ehehe..

    selamat ulangtahun pertama..

    semoga terus tegar..

    kehkeh...

    Kalau jumpa kamu, tak tahu nak panggil aper.. takkan GKSB..

    Tersasul2 aku..

    kahkah..

    Hehe..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi