Sunday, November 8, 2009

KEHILANGAN

Assalamualaikum semua. Salam ukhwah. Aku sekarang ada kat kg. Ada perkhabaran yang kurang gembira dari sini. Mak saudara aku yg aku panggil mak ngah lela kematian anak sulung yg baru berusia sebulan lebih. Aku difahamkan anaknya meninggal kerana demam.

Semasa dia menerima perkhabaran kematian anaknya entah berapa kali dia pengsan. Bayangkan anak yg dikandung selama 9 bulan 10 hari kemudian melahirkan bayi tersebut. Tapi baru sebulan lebih usia bayi itu, dia kehilangan bayi tersebut.

Semua ini adalah kehendak dan ketentuan-Nya. Aku sempat berjumpa dgnnya. Tapi reaksinya macam biasa. Mungkin cuba menyembunyikan kesedihan. Cuma aku dengar cerita, dia tidak boleh kalo tak nampak puting anak dia. Kalo tak mengamuk dia cari.

Kesian sangat. Air susu badan pon tak kering lagi tapi terpaksa menerima hakikat yg dia kehilangan anaknya. Cuba bayangkan kalo kita ditempat ibu muda itu. Apa yang aku mampu hanyalah doa supaya dia akan terus tabah dan diberi kekuatan dalam dirinya.


11 comments:

  1. ya Allah ya tuhanku
    begitu besar cobaan kau berikan
    ntah ape akan aku lakukan jika ia berlaku terhadap diriku..sedih dgr berita ni anyss...ibu mn yg tak sedih kesian dia...
    hope dia tabahlah menghadapi dugaan drNYA
    huhu

    ReplyDelete
  2. semoga mak cik terus bersabar...sesungguhnya Allah lebih menyayangi bayi bertuah itu..

    ReplyDelete
  3. huhu.. al-fatihah buat anak sulung die.... mesti trauma mak die..

    ReplyDelete
  4. Hmmm...
    ckLah yang baru kehilangan embrio yang belum sempat membentuk rupa janin manusia seminggu sebelum Ramadhan dulu pun, belum hilang terkilan dan sedihnya (memang tak cerita di blog)....

    Apatahlagi siibu yang sempat menyusukan....moga ibu ini tabah!

    ReplyDelete
  5. sedih la kan....br berusia sbln...tp nk buat cm mn kan Allah syg kan dia..lgpon masuk syurga.

    slm takziah kpd mak saudara yer..

    ReplyDelete
  6. GKSB,
    memang sakit..
    susah nak definisikan kehilangan itu.

    kesian mak saudara tu.
    Semoga dia tabah..

    ReplyDelete
  7. innalillah..sebab tu bayi ni demam skit je kita risau..mmg kena cepat2 bawak klinik or hospital.

    kawan aku pn anak demam ingat kan besa je..skali smpi kuar darah dari idung..and now mental problem..hmm..mmg ketentuanNya..tp kita sume kena try utk elak.

    ReplyDelete
  8. assalammualaikum

    besar dugaannnya
    semoga beliau tabah

    ReplyDelete
  9. ajal maut kehendak ALLAH....alfatihah

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi