Monday, November 23, 2009

TERCABAR, TERUJI DAN DIUJI


Hari ni adalah hari yang agak mencabar aku praktikal kat sini. Hari ni 2 orang guru kat pusat pemulihan akhlak tu tak dapat masuk kelas jadi kami 4 orang yg praktikal kat sini ditugaskan untuk amik 2 kelas. Jadi kami dipecahkan 4 orang kami amik setiap kelas. Aku sudah semestinya dgn ida tak kan dgn malaun tu kan huhu..

Semasa kelas yang aku handle tu, kami buat la sesi perkenalan. Lepas tu kami berbual-bual la dengan budak-budak tu. Dalam pada tu ada sesi sampuk menyampuk bercakap antara 2 orang budak ni. Kami biar jer la lg pun benda tu perkara biasa tapi semakin lama semakin panas.

Dah la duduk sebelah aku sorang budak tu. Dok memekak tepi telinga aku lak. Aku tegur diorang diam jap pastu start bergaduh mulut balik. Ida lak tegur, diam la kejap. Pastu gaduh balik. Time tu aku dh malas nk ckp apa dh. Ida jer la yg dk bercakap dgn budak2 tu sambil2 2 budak tu bergaduh mulut.

Aku malas nk cakap dh serabut gler dk memekak sebelah telinga aku plak. Aku ni kalo dh start bersuara memang susah kalo naik hangin jap g habis budak-budak tu. Aku diam jer tak nak la nanti diorang terkejut plak kalo aku ni meninggikan suara. Last sekali tak tahan gak depa dk gaduh mulut aku bawa sorang budak tu masuk kelas lain. Pisahkan depa 2. Puas hati. Diam sket kelas tu.

Yang gaduh 2 orang, yg dok cucuk ramai. Sesama depa tegur pon xjalan gk, kami tegur pn depa tak heran rasanya yg tu yg terbaik. Memang budak-budak ni semakin besar kepala. Selama kami masuk ni kami dok buat baik depa nak pijak kepala kami lak.

Ada penghuni yg dah otai yg dh duduk lama kat c2 pesan kat aku "akak jgn la bagi muka sangat kat depa ni nanti depa pijak kepala". Aku gtau la "xpa la, kami saja nak tgk hampa semua ni mcm mana dulu, tgk semakin lama semakin besar kepala dh ni, tak hormat kami dh. Tunggu la masa yg sesuai nanti. Antara kami 4 orang akak paling garang''. Budak2 tu ckp kami tgk muka kak anis kami tau dh. Muka cam garang jer.

Haha..Muka sikit punya cun mcm ni depa kata garang ish ish hohoho... Prasantan plak. Kui3... Memang pon aku garang ok? Tapi tak tahu la mcm mana aku bleh sabar sampaikan ida tegur aku lps kelas tu "awat hg diam ja tadi?" Aku ckp ar aku serabut dh td, dk tahan sabar ja sbb tu aku diam dh la dok tepi aku, dk bertempik gaduh mulut plak sakit kepala aku.

So lepas settle masalah tu, kami mula start intervansi. Budak2 tu kebanyakan sukarela nak cerita masalah depa kat kami. So sorang2 dtg kat kami cerita masalah dan kenapa depa leh jadi mcm tu. 1001 cerita masalah. Segala jenis dadah depa kenal ice, extacy, gam suma depa dh try. Kus semangat aku bila dgr tapi still cool bebeh.

Seks bebas tok sah cakap la kebanyakan suma dh rasa walaupun umur baru 14 tahun. Kebanyakan depa ni terpengaruh dgn kawan-kawan. Ada yg disebabkan masalah keluarga. Bila aku tanya rasa rugi tak bila pk balik? Depa ngaku. Dan ada yg takut ada laki yg xleh terima depa walaupun depa dh insaf dh nanti.



Cuma aku nak sentuh sket psl budak2 yg hidu gam ni. Effect dia memang sgt beri kesan. Kat sana bleh nampak dh yg mana bdk hisap gam ni diri depa ni jns lembab sket, jln pn longlai org ckp apa2 pun blurrr jer maybe sbb byk sgt hidu gam smpai bg effect kat otak.



Gambar Pak cik Google

Apa yg aku dapat rumuskan kebanyakan budak-budak kat sini kurang perhatian dari ibu bapa. Tekanan berada di rumah kerana masalah keluarga membuatkan depa ni cari alternatif lain untuk mengurangkan tekanan yg mereka hadapi.

Tapi sayangnya mereka tersilap langkah dan tersilap pilih kawan kerana kawan yg paling beri pengaruh yg paling besar terhadap kelakuan negatif mereka. Aku banyak kali cuba menyedarkan mereka supaya selepas keluar ni pilih kawan yg betul-betul baik dan bukannya merosakkan mereka.

"Kawan nak seronok memang ramai, nak seronok sekejap ja tapi bila adik masuk sini ada depa peduli? Bila adik susah ada depa ambil tahu? Dan itu diakui sendiri oleh budak-budak kat c2. "Memang susah nak berubah tapi kalo nak berubah tak boleh secara drastik, cuba perlahan-lahan insyaallah kalo niat baik dan ikhlas utk berubah Allah akan tolong adik" hanya itu pesanan terakhir aku sebelum aku mengakhiri sesi bersama mereka hari ni.


11 comments:

  1. Al Quds Travel Welcome You :-

    "FIESTA ALQUDS TRAVEL FAIR"
    Date : 10,11,12 December 2009
    Time : 10.30 am - 10.00 pm
    Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
    Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
    Tel No : 609-747 9999

    Diskaun hebat untuk semua
    pakej pelancongan!!!

    ReplyDelete
  2. Al Quds Travel Welcome You :-

    "FIESTA ALQUDS TRAVEL FAIR"
    Date : 10,11,12 December 2009
    Time : 10.30 am - 10.00 pm
    Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
    Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
    Tel No : 609-747 9999

    Diskaun hebat untuk semua
    pakej pelancongan!!!

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum

    kesian kat bebudak tu ya...
    tapi kena banyak sabar

    ReplyDelete
  4. owh,hang pa nih kaunselor ka apa?
    aku xbrapa faham

    ReplyDelete
  5. "Memang susah nak berubah tapi kalo nak berubah tak boleh secara drastik, cuba perlahan-lahan insyaallah kalo niat baik dan ikhlas utk berubah Allah akan tolong kita"


    kak suka ngan kata2 ni..

    :)

    ReplyDelete
  6. keep it up.
    good job.
    kita buat baik je.
    nt org buat baik kt kite.
    =)

    ReplyDelete
  7. ye baik cikgu...hahahha

    wei..aku pun degil gak..hahahhaha

    ReplyDelete
  8. he...23x tue baru sikit...
    selamat la jaga dorg kat dlam tue


    cuba jaga dorg kat luar sane..xde nye pijak kepale.. teranjang ludah pun ade

    kesabaran perlu ada.. dorg memerlukan bimbingan bukan cacian...

    dalam tempoh membesar cam tue la... cuba dah matang nnt...mane tahu ikut acuan kamu ke... teu dah kira alhamdulillah la kan

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  9. GKSB,
    Huh..
    Tercabar sungguh..
    Kena banyakkan bersabar berdepan ngn bebudak sana.

    Wish ya all the best..
    Sabar k.

    ReplyDelete
  10. emmm... Masing-masing ada masalah sendiri, masalah dunia masalah peribadi...

    ReplyDelete
  11. memang banyak kena sabar ajar budak2 macam tu..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi