Sunday, December 6, 2009

DI MANAKAH PERANAN IBU BAPA?

Sejak aku praktikal di Asrama Akhlak ni, aku selalu berfikir kenapa umur budak-budak tu yang seawal 13 tahun sudah terjebak dengan pelbagai perkara yang negatif seperti masalah sosial.

Adakah kerana terlalu mahu berseronok sehingga pilih jalan yang salah. Setelah hampir 2 minggu aku bersama dengan penghuni-penghuni di sana serta bergaul dan menjadi pendengar yang setia kepada masalah mereka apa yang aku dapat rumuskan adalah mereka semua mempunyai masalah keluarga.

Dan apa yang kita dapat lihat di sini adalah peranan keluarga yang paling penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Masalah yang berpunca dari rumah menyebabkan mereka tersalah pilih jalan untuk menghilangkan tekanan mereka. Ibu bapa adalah tonggak sebuah keluarga kalo ibu bapa tidak memainkan peranan mereka macam mana nasib anak-anak mereka?

Dan yang paling sedih sekali ada ibu bapa yang lepas tangan terhadap tanggungjawab mereka. Bila anak sudah terjebak dengan gejala yang tidak sihat mereka sepenuhnya melepaskan tanggungjawab mereka tanpa sedar yang semua yg berlaku berpunca dari mereka.

Aku sedih bila ada ibu bapa yg lepas tangan bila anak dihantar ke asrama akhlak tersebut. Ada anak yg ingin bersekolah tetapi tidak dihiraukan dan hanya mengharapkan pihak pengurusan semata-mata jadi di mana tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa? Si anak menangis bila dapat tahu ibu bapa tidak mahu menjenguk langsung dirinya. Jadi, tidak mustahil jika anak tersebut akan sekali lagi terjerumus ke jalan hitam.

Selain itu, pengaruh kawan menyebabkan mereka jadi begini. Kadang-kadang mereka salah pilih kawan. Mereka hanya pilih kawan hanya untuk bersronok dan tanpa mereka sedari kawan yg sebegitulah yg akan merosakkan hidup mereka.

Pada kebiasaannya mereka akan berkawan dengan orang yg senasib dengan mereka. Kawan-kawan yg sebegini selalunya lebih memahami diri mereka. Lagipun stigma masyarakat yg lebih suka menilai dari segi luaran membuatkan mereka lebih selesa bergaul dgn orang yg sama dgn mereka.

Aku sering bertanya pada mereka adakah mereka boleh berubah? Ada yg menjawab ingin berubah tapi tidak tahu cara dan ada yg cakap tidak boleh berubah. Mereka seolah-olah tidak yakin pada diri sendiri. Dan ada yg cakap mereka tidak tahu bila mereka akan berubah dan semua itu perlukan masa.

Aku yakin mereka boleh berubah cuma hanya perlukan masa dan pendorong untuk mereka betul-betul berubah. Lagipun tak kan selamanya mereka akan begini? Perjalanan hidup mereka masih jauh. Ada banyak lagi perkara dan cabaran yang akan mereka hadapi. Cuma mereka perlu berperang antara tuntutan nafsu mereka dan juga pemikiran mengikut akal yg logik.

Dan aku sering berpesan pada mereka " Cuba kamu semua fikirkan diri kamu 10 tahun yang akan datang adakah kamu masih ingin begini? Umur kita semakin bertambah dan bukannya makin berkurang. Selama hidup kamu adakah kamu fikir apa yg kamu buat sebelum ni adalah sia-sia? Kamu dh bazirkan banyak masa hidup kamu dgn perbuatan yg sia-sia adakah kamu nak sia-siakannya lagi? Fikirkanlah..."

Marilah kita sama-sama doakan supaya Allah tunjukkan pada mereka jalan yang lurus dan dibukakan pintu hati mereka untuk menerima hidayah. Semoga diri kita, kaum keluarga dan sanak-saudara kita tidak tergelincir ke jalan yang salah. Jangan pilih jalan hitam. Wallahualam.



"Semoga si kecil ini bila besar menjadi anak yg berguna dan terhindar dari perkara-perkara yg boleh merosakkan hidupnya amin..."


8 comments:

  1. peranan diri sendiri yang paling penting

    ReplyDelete
  2. Si kecil itu tidak Berdosa..
    simpati

    ReplyDelete
  3. Tidak adil jika disalahkan kepada takdir.

    Semua patut bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  4. ouh..mcm touching pula baca entry nie. Kenapa remaja sekarang suka bersosial ialah.

    : bila pulang sahaja dari sekolah mak ayah bising. Kenapa ibu bapa tak jadikan rumah itu seperti pepatah "rumahku syurgaku".

    : mudah menghukum walaupun kesalahan itu hanyalah sekecil kuman.

    : tidak mengambil tahu hal yg terjadi disekolah. Mungkin anak2 ada msalah disekolah mungkin dengan rakan2 ataupun guru.

    : Sering membiarkan anak2 pulang kesekolah sendirian.

    : bahagikan kasih sayang dengan yg lain.


    **semua yang kat atas tue semua dari pengalaman saya. Saya dah lalui bermacam2 dari usia 15 tahun. Tapi, masih dapat berpatah semula ke jalan yg benar tanpa bimbingan dari sesiapa. syukur..mungkin suatu hari nanti adik2 tue dpt jadikan apa yang pernah terjadi pada diri mereka sebagai 1 pengajaran di masa hadapan.

    ReplyDelete
  5. GKSB,
    Lari daripada tanggungjawab.
    Mereka lahirkan, sepatutnya mereka corakkan.
    Kalau tak bersedia, baik tak yah lahirkan anak.
    Bila anak2 dah jadi mcm tue, 'buang' mcm tue jek.

    Kadang mereka terlupa peranan mereka yg sebenar..
    Kita pula yg berfikir untuk dorang..

    Mcm2..

    kepada GKSB,
    tabahkan hatimu melayan mereka ni k..

    ReplyDelete
  6. Dalam dunia moden sekarang ikatan keluarga besar itu sudah semakin pupus. Anak hanya dijaga oleh ibu-bapa. Sedangkan dahulu mereka dijaga oleh nenek dan atok sekali, orang kampung, jiran dan mereka yang prihatin kepada nilai moral yang baik.

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi