Tuesday, December 29, 2009

HATIKU YANG TERCEDERA



Mungkin blog adalah tempat yang terbaik untuk aku meluahkan apa yang aku rasa. Sememangnya hati aku tercedera dengan seseorang. Aku mungkin adalah salah seorang yang sering cuba melakukan yang terbaik untuk pasangannya.


Tetapi di sebaliknya aku turut sering menjadi mangsa penipuan dan aku adalah orang yang jenis cepat dipermainkan. Mungkinkah aku terlalu jujur? Adakah salah aku menjadi jujur dengan orang dan ini tidak bererti yang orang boleh mempermainkan hati dan perasaan aku.

Adakah salah jika aku ingin jujur dan mengharapkan orang lain juga jujur dengan aku? Setiap kali aku ditipu secara perlahan-lahan kebenaran itu akhirnya aku tahu juga. Mungkin itu adalah antara kelebihan aku. Aku sangat mempercayai deria rasa aku dan ia tidak pernah menipu.


Adakah kesabaran aku selama ini tidak bermakna apa-apa? Adakah usaha aku untuk memahami dirinya tidak langsung dihargai? Aku jenis bukan yang mudah mengalah walaupun berkali-kali aku hampir berputus asa kerana bila aku sayang seseorang itu tidak mungkin aku akan lepaskan dengan sewenang-wenangnya.


Mungkin dulu aku tidak pandai mempertahankan kasih sayang dan selalu membiarkan ia pergi tetapi adakah kali ini setelah aku berkali-kali aku cuba mempertahankannya aku akan lepaskannya juga?


Aku masih ingat yang dia pernah berpesan jangan berputus asa tetapi adakah sekarang aku akan berputus asa? Aku juga punya hati dan perasaan yang perlu dijaga dan bukan hanya untuk menjaga perasaan orang lain. Aku juga ingin bahagia macam mana orang lain bahagia adakah itu salah?


Adakah apa yang aku lakukan selama ini tidak bererti apa-apa? Cukuplah.. "Ya Allah janganlah kau menduga aku dengan dugaan yang aku sendiri tidak mampu untuk menghadapinya. Berikan lah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini kerana aku tahu aku hanya insan yang lemah yang sering alpa dalam mengerjakan suruhan-Mu"


Selamat Tahun Baru Sayang.....

**Hargai pasangan anda selagi dia ada bersama anda dan bila dia mengambil keputusan untuk pergi dia tidak akan sesekali menoleh ke belakang lagi...


10 comments:

  1. ada hikmahnya. baik kiat sedar dia tidak jujur sebelum kita mengikat hubungan dengannya!

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum anyss

    kecewa?
    kalau dia pergi dari hidup kita, bermakna Allah mentakdirkan insan lain yang lebih istimewa untuk kita.
    sedih?
    memang... tapi Allah juga akan mengubat hati kita, insyaAllah.
    doa akak , agar yang terbaik untuk Anyss...

    ReplyDelete
  3. haha.
    sabor ler ye.
    Allah tidak membebankan hambanya melainkan hambaNya mampu melaluinya.
    dengar dengarkan.
    selamat beramal=)

    ReplyDelete
  4. salam ...
    saya sokong kata yang bernas di atas ..
    hanya 1 yang saya nak +, awak tak boley terlalu percayakan kata hati, sebab mungkin kata hati kita 'dibuat' oleh setan yang direjam itu .. tapi bukan awak tak boley percaya kata hati langsung taw ..
    awak harus sabar & kuat menghadapi dugaan ini ..
    salam ..

    ReplyDelete
  5. alohaa,,
    lm aku xkunjung blog,,
    sdgkn blog aku sndr tak tkunjung,..
    ermmm..
    ad for now,,
    let it be,,
    if he want to go..
    let he go,,
    we cant force anytg,
    tp nesscaya soon ..
    sdarlah mreka rugi mlpaskan kt yg sntesa syg mreka,,

    ahakss,,
    apakah ayt2 aku,,
    ang lyn ja ekk,,
    bla nk lpk nih

    ReplyDelete
  6. hmmm~ sabar..sabar...den suka komen kat ats nih...k...selamat tahun baru...

    ReplyDelete
  7. wah kuyie,,suka coment aku ka,,tharu,,hehehe,,prasan seketika,,

    ReplyDelete
  8. x mo sedeyh2!!!

    chaiyok2!!

    tgk macam i..

    x de awek x sedeyh pn!!!

    hehehehe..

    dah2!!!!

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi