Wednesday, December 16, 2009

KAD UCAPAN


Tinggal lagi seminggu je lagi aku nak habis praktikal kat asrama akhlak tu. Memang pada mulanya aku agak serabut kat tempat tu, lama2 bila dh dapat sesuaikan diri ok la... Cuma baru hari ini semasa sesi aku dengan klien membuatkan aku rasa aku ni betul2 sebagai pekerja sosial.

Kira berjaya juga la kaunseling yang aku bagi tadi. Harap-harap lepas ni klien aku dapat berubah dan sesuaikan diri apabila bebas nanti. Cuma apa yang aku nampak masalahnya adalah kurang keyakinan diri serta terlalu memikirkan apa orang kata.

Bagi aku, kalo kita nak tutup mulut orang ataupun halang orang dari bercakap pasal diri kita memang tak boleh. Apa yang kita boleh buat adalah pedulikan apa orang nak cakap pasal kita. Kalo nak kutuk sampai menjatuhkan diri kita buat apa nak dengar?? Lain la kalo teguran yang membina.

Cuma aku berpesan pada klien aku, kalo kita asyik fikir apa orang lain cakap tentang kita sampai bila-bila pun kita tak boleh nak lakukan apa-apa. Pasal dia tiada keyakinan diri dan selalu berfikir masalah, sbgai contoh kalo kita fikir kita ni bodoh dan hari-hari berdiri depan cermin cakap diri kita bodoh maka yg xbodoh pn bleh jd bodoh.

Apa yg penting fikir kita boleh lakukan dan kita yakin kita boleh lakukan tetapi yang penting berusaha untuk melakukannya. Lagipun klien aku lagi 20 hari nak bebas dari asrama tu aku cuma harap dia boleh berubah dan mulakan hidup baru.

"Jalan mesti pandang ke hadapan tetapi sesekali kena menoleh ke belakang untuk melihat perkara lama supaya kita dapat mengambil iktibar untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi. " Hanya itu pesan aku kepadanya.

Dan aku dapat ceta dari dia yang budak-budak tu cakap aku garang. Tapi bila dia kenal aku tak ada la garang sangat. Baik jer...Hehehe... Tu la jangan menilai orang dari luarannya saja. Muka jer nampak garang tapi hati lembut. Orang ckp aku ni luar je nmpak brutal, dalam hati ada taman kih3....




Biasa la tu..hehe....Bila fikir balik, rasa berat hati plak nk berpisah dengan budak2 tu bila habis praktikal nanti...... Dalam kelas melukis baru-baru ni aku ada suruh budak2 tu buat kad ucapan utk kita orang. Macam2 diorang tulis. Ada yg kelakar, ada yg sedih...

Dan antara ucapan yg diorang bagi kat aku:

" Kak Anis, Izzati minta maaf kerana bagi kat anis marah-marah. Boring la kalo kak Anis tak ada.."

Si izzati ni memang nakal sket. Suka ganggu kawan-kawan lain. Selalu gak kena marah dgn aku sebab tak dengar cakap hehehe.. Tapi masa aku suruh buat kad ucapan ni dia diam jer xbyk cakap. Tak ganggu kawan2 yg lain dh. Buat kad ni mcm yg aku suruh. Maybe sedih kot nk berpisah.. hehe..ye la tak ada org nk mrh2 dh nti...

Ada 1 ucapan dr budak-budak tu buat aku tergelak besar...

" kepada kak Anis, kak Anis ni lucu la...comel kn.."

Hahaha...Lucu ngan comel kat mana xtau la aku... Tapi memang hepy dengan diorang ni. Diorang ni group 3, memang group 3 ni bermasalah sket tapi diorang ni la yg paling kelakar dan aku asyik gelak jer dengan diorang ni.

Si Izzati tu mmg lawak. Dia org penang dan dia slalu nyanyi lagu Dewi Kamala siap dgn gaya-gaya lagi. Memang lawak gila kalo tgk dia nyanyi. Kalo sapa org penang tau la kot lagu dewi kamala tu mcm mana kan? Hihi..

Ada 1 kad tu utk aku, Ida dan Hanna.. Siap tulis Kak Hanna-tembam, Kak hanis- comel, kak ida- keding haha.. Lawak la depa ni...


Apa-apa pun 25hb ni adalah hari terakhir kami bersama dengan budak2 tu. Dan banyak program yg telah kami aturkan bagi meraikan hari terakhir kami di sana. Tungguuu.. cerita selanjutnya....


16 comments:

  1. hehe..btul 2..
    dont judge a book by its cover..
    ;)

    ReplyDelete
  2. yup..teruskan perjlanan hidup...........
    mmg sedeh la nak tingalkan praktikal ni....kan

    ReplyDelete
  3. "Pada mulanya, kita bencikan tembok penjara ini,
    pada akhirnya, kita terlalu sayangkan tembok penjara ini."

    Morgan Freeman-Shawshank Redomption.

    Cik anis, kim salam dengan diorang nanti yek?
    Hargai tempoh masa yang singkat ni dengan diaorang.

    ReplyDelete
  4. la kejap je eh praktikal..
    pasni masok usm balik ke?
    psl nk banjer jco tu..ok jer
    nti kita set time ok..hikss

    ReplyDelete
  5. GKSB,
    Mcm ada kesayuan di sana..
    Dorang dah mula sayang ngn GKSB..

    ReplyDelete
  6. Slam Hijrah. Semoga diberkati umur dan dimurahkan rezeki, kesihatan badan, kewarasan dan keluasan berfikir. Dimudahkan urusan dunia dan kerahmatan dalam urusan akhirat. Amin. Selamat berpraktikal.

    ReplyDelete
  7. hans,

    besa la nk suh aku kaunseling hg pon bleh

    hahaha

    ReplyDelete
  8. Remy,

    nti sy kim slm kt budak2 tu..ckp kata nabil mentor kim slm hihi...

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi