Saturday, January 31, 2009

PENCARIAN DALAM MIMPI-MIMPI


AKU MASIH MENCARI
DALAM KETIDAKSAMAAN WAKTU
AKU NAMPAK DIA
BERDIRI SAMBIL TERSENYUM MESRA

DALAM DIRI DIA ADA AKU
AKU NAMPAK AKU DLM DIRI DIA
TAPI DIA BERLALU PERGI
BILA AKU MENGHAMPIRI

AKU CUBA CAPAI TANGANNYA
TAPI TAK SAMPAI
AKU CUBA MEMANGGIL NAMANYA
TAPI LIDAH KU KELU

LALU AKU BIARKAN DIA PERGI
MENGIKUT ALUNAN HEMBUSAN BAYU
YANG BERHEMBUS
MENAMPAR LEMBUT PIPI KU

RAMBUT KU IKUT MENARI
MENGIKUT RENTAK HEMBUSAN BAYU
WALAUPUN SUMBANG
NAMUN MENDAMAIKAN

DALAM MATANYA
PENUH SINAR MENGHARAP
DALAM MATAKU TURUT BERHARAP
TAPI
TAKDIR MENENTUKAN
CINTA KITA HANYA DI SINI

PENCARIAN AKU RUPANYA BARU BERMULA
AKU MENCARI SESEORANG
YG MENCARI APA YG AKU CARI
YG MEMAHAMI DALAM MENGERTI

IKHLAS DALAM MEMAHAMI
SUNGGUH-SUNGGUH UTK MENYAYANGI
MENERIMA SEADANYA AKU
KERANA ITULAH AKU

DAN BILA AKU JATUH
SANGGUP UTK MENGHULURKAN TANGAN
MEMBANTU MEMIMPIN AKU
KEMBALI BERJALAN SEIRINGAN

Sunday, January 25, 2009

PILIHAN ATAU TAKDIR??





Malam ini
Ku sendiri lagi
Tiada yang menemani
Termanggu lagi

Esok
Sudah pasti
Lusa sudah tentu
Aku masih sendiri

Perlu ke di tangisi?
Perlu ke diketawakan?
Perlu ke ditanya?
Perlu ke di kesali?

Ini pilihan ku atau takdir ku?
Jika takdir tidak perlu dikesali
Jika pilihan aku perlu mengubahnya
Aku tidak ingin sendiri lagi

Bukalah hatimu
Bukalah ia
Biarkan ia kembali bernafas
Kembali seperti dulu

Ini ceritera aku
Aku yang mengimpikannya
Hadirnya untuk selamanya
Ceritera cinta tiada penghujungnya

Friday, January 23, 2009

TIADA KATA NAK DI UNGKAPKAN

Tadi sahabat baik aku ym aku. Dia kata nk gtau sesuatu. Aku mcm boleh agak pe dia nk gtau. Pastu aku tanya blk "hang nk bertunang ka?" Then dia ngaku. Dia jemput aku p umah dia raya cina ni.

Aku gembira dia nk bertunang dan dlm thn ni juga akan dilangsungkan perkahwinan mereka. Tiba-tiba aku rasa sedih. Dia nk bertunang dan xlm lg nk kawen. Aku???

Pak we pon xda..hukhuk sedih btol.... Org kata aku memilih? Yeke? Tapi "org" yg kata aku memilih tu adalah org yg ingin mendekati aku tp aku nk berkawan dahulu sblm pergi lbh jauh.

Hmmm...

So, then, apa lg nk dikata??

ANGIN KUS-KUS

Dulu masa zmn aku bercinta (Skrg tak lg yek?) aku pnh ajak xbf aku g library. Perpustakaan Awam, Alor star kdh. Masa tu cuaca pns sbb tu ajak dok dlm library sbb sejuk ada aircond hehe...

Walaupun xbf aku xska dok c2 tp trpksa la ikut gk kehendak aku ni. Huhu..Pas2 aku amik majalah remaja. Dia pon amik mjlh kereta. Dia dok tepi aku. Tiba2 aku bau sesuatu. Aku pandang dia, dia buat muka selamber jer....

Aku cuit dia. Pas2 aku buat isyarat kt dia. Dia phm isyarat aku tu. Tapi muka dia cm xda perasaan jer. Masa tu aku senyum2..Tahan gelak dlm ati... Aku pandang org sebelah, kembang kempis hidung dia. huhuhu..

Lepas bau itu reda aku ajak xbf aku blah. Lepas kuar jer terus ketawa aku berhamburan kuar...
Aku tanya dia abg ke yg kentut td? Dia xngaku. Pas2 aku tya lg last2 dia ngaku dia kentut hahaha...Busuk gle siot... Org kata waktu bercinta kentut pon bau wangi tp apsal aku tetap bau busuk ek???

Thursday, January 22, 2009

BERCAMPUR-BAUR...

Sejak akhir-akhir ini, aku cepat terasa hati dgn sahabat aku ni. Entahlah...Macam ada something wrong. Kadang2 aku rasa mcm tak diperlukan ataupun xpenting. Aku selalu ketinggalan info-info terkini sedang dahulu kalo apa2 hal dia akn gtau aku n tya aku dulu.

Mungkin perasaan aku je kot? Tapi entahlah......

Aku baru je blk dr klinik. Amik ubat. Doktor ckp aku cpt sakit mungkin kerana perubahan cuaca skrg yg xmenentu. Dan pesan dia lg "Jangan minum ais". Huhu... Itu terpaksa aku korbankan buat sementara waktu.

Dan hari ni aku tak g kelas. Nak kata ponteng, bleh la kot. Dan aku tak da mood nk g kls walaupun aku ska lecturer 2...Dh la semalam xleh tdo keja batuk jer... Sampai kul 3 pagi pn dok terkebil-kebil lg. Cian roomate aku tah2 xleh tdo sm keja dgr aku batuk jer....

Hari ni nk balik umah dh... Best2...hehe...

Jom sapa nk ikut aku blk kg????

Wednesday, January 21, 2009

TOM YAM PUNYA PASAL.....

Tak sampai seminggu lega demam, aku demam balik. Datang package siap dgn batuk sekali. Macam biasa la. Bila dh batuk, memang agak teruk la keadaan aku. Bulan ni sj dh 2 kali aku demam.

Sekarang, suhu badan aku agak panas. Bila time sakit mcm ni mula la hati aku sayu. Teringat umi, walid, tok, wan suma sedara aku kat kampung tu. Tak sabar2 nk balik dh dan saat2 macam ni aku mula teringat makanan feveret aku -tomyam.

Aku kepingin tom yam hukhuk... Dan aku mula berfikir-fikir yg bukan2. Kalo aku mati mesti hajat aku nk makan tomyam tak tercapai. Hukhuk...

Aku ajak kawan aku. Tapi dia ada keja. Hmm...orait! Xpa... Tapi aku betul2 nk mkn tom yam.. Uwaaa....nk tomyam....nk tomyam....Tolong aku kepingin tomyam....Pada sapa aku nk luahkan??

Aku betul2 kepingin tomyam...hukhuk...Nak nanges dh!!! Tolong lapo tomyam ni.....

Tuesday, January 20, 2009

ALAHAI BERTINTED PULAK!!

Balik kelas td aku terus g cafe nk lunch. Disebabkan tempat penuh dgn orang-orangan yg aku kurang kenal jd aku amik keputusan nk duduk di meja sekali dgn zaf, amin n dayat.

Masa ddk mkn kami berbual-bual kosong. Cerita psl derma darah, cerita psl cik hassan penolong penggawa km dan ceta psl game bola tampar di mana km menang dgn Desasiswa Restu.

Pastu zaf tegur aku. Dh bertinted ko ek? Maksudnya kulit aku ni bertinted. Sun burn. Nampak sgt ketara kegelapannya. Especially di bahagian muka dan tgn. Walaupun kulit aku semulajadi mmg kurang putih, tp xla segelap ni. Pastu amin menambah nmpak sgt la tgn ko pn sma. Adeh!! Aku ckp mn taknya abeh main bola baling, main bola tampar lak.

Biarla kulit bertinted, janji hati tak gelap betul tak????

P/S >>>KORANG ADA NK SYORKAN TAK PRODUK-PRODUK YG BOLEH MEMUTIHKAN KULIT DLM MASA YG SINGKAT??

Monday, January 19, 2009

CERITERA HARI BAHAGIA

TRADEMARK MY FAMILY
INAI DI JARI KELINGKING

CONTROL AYU GITU...
(IMEJ PENULIS DIDEDAHKAN)
HUHUHU..




BERANGAN DI PELAMIN
NGEH3...





MY FAMILY










SEBELUM GI AKAD NIKAH





HARI BAHAGIA MAK SU DAN KAK NGAH





P/S HARI BAHAGIA ORANG LAIN DH BERLALU BILA LA PLAK HARI BAHAGIA AKU AKN MENJELMA???
ADA SESAPE LEH TOLONG JAWAB????


Saturday, January 17, 2009

JENIS-JENIS JANGGUT YG HOT DI PASARAN



AKU DH UPLOAD JENIS2 JANGGUT YG AKU MINAT..
SAPE2 NK BERKENALAN DGN DIORANG NI SILALAH HUBUNGI
AKU HEHEHE....

P/S HARAP MAKLUM BABY YG ADA BERSAMA MEREKA
ADALAH A**K MEREKA...
HEHE...


SUDAH DI UPLOAD




NI TEAM BOLA BALING LELAKI DAN PEREMPUAN

MASA SUKAD USM


P/S SEBELUM NI AKU DA CKP NK UPLOAD PIC NI DLM ENTRY TAJUK BILA SENDI-SENDI MEMBERONTAK

AKHIRNYA AKU BERJAYA GAK UPLOAD PIC NI

CETUSAN SEDIKIT RASA

KAWAN
DATANG SILIH BERGANTI
DATANG DAN PERGI
TINGGAL AKU SENDIRI

BILA AKU GEMBIRA
DIA DATANG
BILA AKU BERDUKA

DIA PERGI

ITUKAH MAKNANYA KAWAN?
BILA GEMBIRA DIA DATANG
BILA BERDUKA DIA PERGI

ITUKAH KAWAN?

KAWAN BANYAK RAGAM
KADANG-KADANG MEMBUAT AKU GERAM
APA YANG MEMBUAT AKU SERAM
BILA ADA KAWAN YG MENIKAM

TAPI
SAHABAT MASIH TEGUH BERDIRI
MENANTI SESUATU YG PASTI
SENTIASA TEGUH BERDIRI DI SISI

ITU YG AKU INGINKAN
DARI SEORANG
SAHABAT
BUKANNYA KAWAN YG DATANG DAN PERGI
SESUKA SUKI


ADAKAH SAHABAT
YG AKAN SETIA MENEMANI DI SISI
SAAT AKU MEMERLUKAN SESEORANG
YANG BERNAMA SAHABAT

Friday, January 16, 2009

ADA APA DENGAN KAWAN???

Kawan. Sebut pasal kawan tentu kita akan terbayang kawan-kawan yg ada di sekeliling kita tapi sebenarnya kawan adalah universal. Kadang-kadang org yg hanya kita kenali di alam maya pun bleh dipanggil kawan.

Kawan bukan sahaja org yg wujud di hadapan kita dan berada di sekeliling kita malah lebih dari itu. Semestinya orang yg peramah dan ceria mudah mendapat kawan berbanding org yg pendiam dan menyendiri.

Aku hairan kenapa masih ada org yg tidak mahu bergaul dgn org lain dan seakan-akan hdp di dunianya sndiri. Kenapa? Sedangkan lebih ceriakan hdp seandainya dikelilingi kawan-kawan yg blh menceriakan hdp kita.

Tapi, kawan-kawan jg banyak ragamnya. Ada yg bersahabat dgn kita hanya krn materialistic ataupun mungkin kita ni “hot” jd secara xlngsung dia turut akn “hot”. Ada yg berkawan hanya sekadar ingin menumpang kesenangan ataupun popularity dan mcm2 lg.

Tapi bagi aku, bersahabat biarlah ikhlas bukan hanya kerana rupa fizikal atau luarannya malah perlu lebih dr itu. Menjadi kawan yg baik bknlah mudah tp akan menjadi mudah jika kita berusaha utk lbh memahami dan ikhlas berkawan dgn seseorang.

Bila kita ikhlas bersahabat ada pulak kwn yg makan kwn. Ada pula yg nk tikam dr belakang. Itu sgt menyakitkan. Ya sangat menyakitkan bila kwn yg kita percayai tikam kita dr belakang.

Aku penah mengalami pengalaman mcm tu. Sangat menyakitkan bila kwn yg kita dh anggap mcm keluarga sndiri siap bleh tdo sebantal tba2 tikam kita dr blkng. Tpu kita dgn lakonan yg mmg bleh menang award sbg pelakon terbaik. Memang pns at bila ingt blk.

Sekali tgk muka perghh..memang xsngka dia akn buat cm 2 kat aku tp bila 2 kali tgk mcm nk sepak jer muka dia 2. Masa tu aku baru form 3. Memang kwn2 yg len prasan knp tiba2 hbgn aku dgn dia renggang. Aku mls nk bsng2 tp bila dh ramai prasan trpksa la aku buka cerita.

Tapi itulah manusia. Hati senang berubah. Kawan pon bleh mkn kwn sndiri. Setakat ni alhamdulillah aku dh xjpa lg kwn2 aku yg perangai cm 2. Dan aku harap aku dh xakan jumpa kwn aku yg akan berperangai cm 2. Sanggup tikam kwn dr blkg. Itu sgt menyakitkan.

Kawan jg datang silih berganti dlm hdp aku. Aku akui aku lbh ramai kwn lelaki dr perempuan. Mungkin sbb dlm keluarga aku sndiri ramai lelaki jd aku lbh memahami lelaki n senang nk berkwn dgn lelaki mngkin sbb perangai aku sndiri yg agak sempoi no control2 ok??

Tapi dlm keadaan yg separa normal aku bleh jd seorg pemalu. Btol x naim? huhu..tu pun kalo naim ada baca entry ni. Keadaan separa normal ini adalah jarang2 berlaku dan tlh membuktikan yg aku sbnrnya pemalu..wakaka.. Mungkin ramai yg tak percaya kalo aku ckp aku ni seorg pemalu huhu...

Aku mdh closed dgn org itupun kalo dia membuat aku selesa bersamanya dan terpamir kejujuran dlm persahabatan itu. Tapi kalo dia membuat aku muak dgn dia tiba2 ja aku bleh jd seorg yg xada perasaan. Aku benci menjadi hipokrit. Kalo aku tak suka, aku akn tnjuk yg aku tak suka dia.

Kwn2 aku pnh tegur kalo ya pn xska jgn la tnjuk sgt. Tapi nk buat mcm mn. Dh aku tak suka perlu ke aku berlakon mcm xada apa2 yg berlaku? Aku xnk jd hipokrit mcm org lain xska tp dpn tnjuk baik, blakang mengutuk bgai nk rak. NO! itu bkn aku.

Kalo aku tak suka seseorg itu sbb yg berasas bknnya sj2 xska! Dan aku mngkin xkn melibatkn diri dgn dia ataupun berckp dgn dia. Aku xnk tpu diri sndiri ok? Itu bkn aku!

Cuma jadilah diri sndiri dlm berkawan. Ikhlas la dlm bersahabat. Dan jgn menilai persahabatan dri segi luaran atau fzkal seseorg tp dekatilah hatinya. Sentuhlah hatinya dan jgn lepaskan seandainya kita sdh dpt menyentuh hatinya krn persahabatan yg lahir melalui keikhlasan akan kekal lama seandainya kita tahu utk menjaga dan memahami hati kwn kita insyaallah...


Di kesempatan ini gk aku nk minta maaf pd semua sahabat dan rakan-rakan seandainya diri ini pernah menyakiti kalian sm ada sedar ataupun separa sedar ataupun xsedar langsung....Harap di maafi......


Tuesday, January 13, 2009

MUSANG BERJANGGUT

Kenapa aku suka lelaki yg ada janggut??? Bagi aku mereka sangat sweettttt.......Dan aku akan mencari lelaki yg berjanggut utk jadi pasangan aku. Hehehe...

Kenapa?

Sebab mata aku tertarik dgn janggut. Kalo ada 10 orang lelaki di letakkan beramai-ramai utk aku pilih 9 lg sgt hensem tp xda janggut dan hanya sorg yg kurang hensem tp ada janggut aku akan pilih yg kurang hensem yg berjanggut tu. Hehehe.

Aku sgt taksub dgn janggut sampaikan penah aku tunjuk gambar kengkawan aku kt adik aku pas2 aku tunjuk la kt dia yg mn 1 aku rasa hensem tiba2 adik aku tanya apsal yg aku tnjuk suma yg ada janggut? Ye x ye juga ek baru aku perasan.

Orang yg simpan janggut memang sweetttt kan? Tapi ada jenis2 janggut gk yg aku minat. Kalo setakat 2, 3 helai tu bo layan la... Kalo berjanggut smpai ke dada lg la aku xske. Biar sket2 jer yg di trim dgn cantik. Perghh.. Excited jer aku ceta psl janggut ni. Hahaha..

Dan sekali lg niat aku nk letak pic contoh2 janggut yg aku suka terbantut. WIFI ni xkuat ar.. Geram tol aku.. Xpe lain kali la...

Kalo ada perempuan yg xminat lelaki ada janggut tu adalah sangat merugikan hehe.. Bagi lelaki yg xda janggut simpanla janggut anda mulai skrg...Kalo anda jumpa org perempuan yg minat lelaki berjanggut anda adalah seorang yg bertuah ngeh3...

Monday, January 12, 2009

BILA SENDI-SENDI MEMBERONTAK

Tadi aku bangun tdo. Badan aku sakit2.. Nak bangun xboleh. Aku gagahkan diri utk bangun juga. Sendi-sendi aku bagaikan memberontak. Bangun sakit. Jalan sakit. Apatah lg bila ddk utk perkara yg wajib itu. huhu..



Ini gara-gara main bola baling utk SUKAD USM. Dah 3 tahun aku tinggalkan permainan ni. Tapi tak sangka lak balingan aku masih power...Hehe... Aku lah satu2nya penjaring bg pasukan aku. Walaupun hanya sempat ke suku akhir tp kira ok la.. Nak kata berlatih esok nk lwn baru trn berlatih mau taknya sendi-sendi aku memberontak.



Corak permainan aku agak ganas. Buktinya dalam 3 perlawanan aku dilayangkan 2 kad kuning utk 2 perlawanan kua kua kua. Hampir2 kad merah setelah diberi amaran oleh pengadil. Huhu.. Nak buat cana dh memang aku ni kasar. Tapi kalo kt luar maintain ayu la haha... Ayu la sangat ;P



Tapi memang aku puas ati walaupun xberjaya sampai ke final. Sebab aku ngan kawan2 yg lain dh berusaha sungguh2 dan aku tabik spring kat member2 aku yg lain sbb main dgn bersungguh-sungguh. Caya la...



Ingat nk letak pic pasukan aku dlm blog ni tp wifi Usm ni phm2 je la..Bukannya ok sgt. Xkuat. Nk upload pic pn xbleh. Lain kali jer la aku letak.



Muka aku pn dh sun burn. Mana tak burn ada ke patut game aku kul 1 petang. Matahari dk terpacak atas kepala. Rasa cm nk pengsan ja masa tu. Dah la kulit aku ni dh gelap lg bertambah gelap la huhu...Tapi aku kuatkan semangat gk. Main smpai lebam2 kaki aku ni kena pijak. Rilex ar setakat lebam2 tu biasa la. Bola baling nm nya bknnya bola jaring yg maintain ayu tu.



Sebut psl bola jaring ni aku lbh ska bola baling dr bola jaring. Bola jaring ni byk sgt peraturan. Sbb tu aku tak suka. Nk main kena kontrol2 pergerakan xbebas sgt. Kalo men bola baling lantak la cna pn. Peraturan dia xketat sgt. Dan lg satu sbb aku tak suka main bola jaring adalah sbb aku pendek.



Bukan pendek tp rendah. Sopan sikit ayat hehe..



Apa-apa pn "majulah sukan untuk negara. "


MAKSUD HURUF PERTAMA NAMA

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A

Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B

Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C

Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D

Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E

Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F

Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G

Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H

Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I

Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J

Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K

Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L

Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M

Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N

Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O

Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P

Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q

Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R

Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S

Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T

Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U

Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V

Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W

Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X

Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y

Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z

Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

SUMBER DIAMBIL DARI http://name.crazyartzone.com/

Sunday, January 11, 2009

BOSAN YANG MEMBOSANKAN

Bosan! Bosan! Sangat bosan. Kehidupan yg sgt membosankan. Aku ramai kwn. Hidup Aku penuh warna-warni dan kesibukan yg melampau tp aku msh merasa bosan. Kenapa? Entah..

Aku dh fikirkan pasal yg satu itu. Aku tak ingin lg terlibat dgn yg satu itu buat ms ini. Bukan aku takut. Tapi aku belum bersedia lg. Maafkan aku wahai perasaan sbb aku terpaksa korbankan kau. Aku cuba memberi peluang tp aku xnk lg hipokrit dgn diri aku sndiri. Aku belum bersedia.

Agak bosankan? Itulah hidup aku. Memang aku sorg yg ceria. Agak peramah dan senang berkawan dgn sesiapa sahaja tp di sebalik semua itu ada satu lg ruang kosong yg melingkari hdp aku. Ruang itu menentukan apakah fungsi ruang-ruang yg lain dlm kehidupan aku.

*tarik nafas

Bosan lagi.. Biarlah..Aku sdh membiasakan diri hdp dgn kebosanan walaupun aku bkn seorang yg membosankan. Orang lain selalu mempersoalkan "tak boring ke"? Tapi aku dh biasa la.. Aku terpaksa membiasakan diri. Aku terpaksa.

Dalam jiwa yg cedera, aku tak ada pilihan lain. Dalam takut yg menakutkan aku juga tiada pilihan lain. Aku terpaksa. Dalam hidup memang banyak pilihan. Setiap pilihan menentukan ke mana arah tuju kita. Tapi aku tak banyak pilihan. Mungkin ini pilihan terbaik bg ku buat ms ini.

Biarlah ia berlalu mengikut peredaran masa yg bergerak. Secara semulajadi. Itu lebih baik bukan? Walaupun aku selalu mengeluh kerana bosan biarlah. Walaupun aku tiada yg satu itu biarlah. Hanya aku yg tahu isi hati sebenar. Aku ingin dan sedang mencari my true love.

Memang aku agak pemilih orangnya. Biarlah. Tak salah memilih org yg kita rasakan terbaik utk diri kita. Yg boleh membahagiakan kita dan kita turut akan bahagia bersamanya. Tak salah bukan?

Bukan rupa yg menjadi ukuran. Cukuplah manis dipandang dan yg penting ada janggut. Hehehe.. Kenapa memilih yg berjanggut? Sebab bg aku org yg ada janggut sangat manis dipandang. Lg pula itukan sunah Rasulullah..

Aku suka lagu munajat cinta. Bait-bait lirik itu bagaikan menunjukkan isi hati aku. (jiwang la plak) huhu...Try la dgr..

Munajat Cinta

Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,yang s’lalu, pupus

[Chorus:]
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin pupus

[Chorus]

[Interlude]

[Chorus] (x2)

Thursday, January 8, 2009

2008 DALAM KENANGAN

Baru-baru ni ada org cakap blog aku ni blog pasrah..hahaha..Bkn apa sbb byk luahan hati aku kat cni. Itulah aku. Aku xpandai nk meluahkan apa yg terpendam kat hati aku ni kat org jd aku luah je apa yg aku rasa nk luah kat blog aku ni.

Lagipun xramai yg tahu kewujudan blog aku ni hatta kwn2 sndiri. Hanya org yg xkenal aku ataupun org tertentu sj yg tahu. Itupun klo ada org nk tau kehidupan aku mcm mn. Nak baca ke tak terpulang la.

Cuma kadang2 aku perlukan pendapat org yg baca blog aku ni dlm setiap entry aku yg kadang2 aku sndiri keliru nk buat keputusan. Tapi aku tak memaksa pn. Terpulang la pd korang.

So hari ni aku nk story sket pasal suka duka aku sepanjang thn 2008. Memang tahun 2008 penuh tragedi dlm hdp aku. Tapi alhamdulillah aku masih kuat dan tabah nk hadapi semua ini. Aku senaraikan suka duka aku sepanjang thn 2008.

  • Kekasih yg aku sayangi yg berjanji nak bahagiakan aku dan jaga aku telah meninggalkan aku tanpa sedikit pn penjelasan. Dia senyap mcm tu ja mcm aku ni tak pernah wujud. Dia tinggalkan aku terkapai-kapai sorang diri sedangkan kami tak pernah pn bergaduh apatah lg aku nk menyakitkan hati dia. Sedangkan dia berjanji nk jaga aku dan bahagiakan aku. Dia pergi mcm tu saja lps kami cple selama setahun lebih. Sampai sekarang aku tak tau sbb apa dia buat mcm tu kat aku.
  • Keadaan aku ms tu betul2 teruk. Setiap malam aku menangis smbil panggil nm dia. Aku peluk patung spongebob yg dia bg. Apa yg aku buat hanya menangis dan menangis. Tapi bila siang hari,keadaan aku mcm biasa. Mcm xada apa-apa yg berlaku. Aku masih boleh tersenyum di dpn family dan kwn2 aku. Aku paksa diri aku supaya tak menangis dpn diorang. Biar aku sorg yg menanggung kesedihan itu. Tapi alhamdulillah kawan2 aku setia menemani aku. Tak pernah tinggalkan aku. Perkara ni betul2 membuat aku serik utk bercinta lg. Aku takut utk merasa kecewa. Aku tak tabah lg nk hadapi ni suma utk kali ke2.

  • Selepas tu aku dapat tawaran ke USM. Memang aku gembira sangat akhirnya aku berjaya gk melangkah ke universiti buat ijazah lak tu. Tapi sayang dia xada nk sm2 berkongsi kegembiraan ni dgn dia. Tapi aku tak kisah. Aku masih ada keluarga dan kwn2 yg banyak sokong aku selama ni. Dan hati aku mulai pulih sedikit demi sedikit.

  • Konon2 bila msk USM ni selain belajar nk cari sorg pak we. hahaha..Akhirnya aku knl sorg dak ni. Dak kdh gk. So cple la kejap. Pastu putus sbb aku dpt tau dia men kayu tiga. Ms tu mcm nk sepak jer muka bdk tu. Kalo jumpa pn naik menyampah walaupun dia berkali-kali mnta maaf kat aku. Mula2 memang xnk maafkan tp bila aku dgr ceramah yg kata "org yg paling hebat di dunia adalah org yg dapat memaafkan org lain." Jd aku pn sms dia gtau yg aku maafkan dia. Pts lg..

  • Sebelum tu aku cple ngan dak UPSI jap. Knl masa interview utk kos social work kt USM ni sblm dpt tawaran USM. Tapi aku dpt USM dia dpt UPSI. Jadi la percintaan jarak jauh. Tapi pts gk sbb dia kata xtahan rindu. Xtahan nk dk berjauhan. Kecewa lg.

  • Sampai sekarang aku solo. Tapi ada seseorang tu minta cple ngan aku. Berkali-kali gk dia minta dan akhirnya aku setuju. Tapi smpai sekarang aku xyakin dgn diri dia dan juga aku. Aku takut nk kecewa lg. I'm not ready yet..Dan aku amik keputusan nk berkawan biasa sj. Tapi dia msh blm bg persetujuan. Betul ke tindakan aku ni? Aku semata-mata takut utk kecewa lg smpai aku tak berani nk menjalin hubungan yg lbh serius? Betul ke keputusan aku ni????

Ni lah rentetan kisah hdp aku sepanjang 2008. Semuanya berkisar pasal percintaan. Huhu.. Kalo ikutkan byk lg nk tulis tp aku nk kena g kelas lak ni. Pada sesiapa yg membaca entry ni tolong gtau aku betul ke keputusan aku ni? Aku perlukan pendapat korang....


Tuesday, January 6, 2009

PENCARIAN DALAM JIWA YANG CEDERA....

Semalam aku buntu lg. Aku masih tertanya-tanya sm ada perlu ke aku terus melangkah? Aku sudah mula melangkah. Tapi aku takut. Sungguh aku takut utk terus melangkah.

Tapi hakikatnya aku sudah mulai melangkah dan aku tidak boleh lg berpatah balik. Kenangan lama masih menghantui diri ini. Kenapa aku masih lg memikirkan perkara yg lepas sedangkan aku sekarang berada sudah jauh ke hadapan?

Aku takut seandainya hati aku luluh lagi. Aku memang penakutkan? Takut utk menghadapi kenyataan. Pengecut utk mengakui hati sendiri. Dan aku mula menjadi seorang yg hipokrit sedangkan itulah sifat yg paling aku benci. Tapi kini ia wujud dlm diri aku.

Hipokritkah aku seandainya aku tidak mahu mengakui perasaan sebenar yg wujud dlm diriku? Aku cuma takut utk hadapi yg satu itu. Aku tdk lagi mahu hati aku ini terus disakiti. Aku masih di bayangi memori semalam. Memori itu membuat aku menjadi takut pd bayang-bayang sendiri.

Dia hadir menghulurkan tangan untuk membuat aku bangkit semula. Berjalan dengan memimpinku bila aku jatuh. Supaya aku berani semula utk melangkah pd yg satu itu. Dan aku takut tangan yg menghulur itu juga akan melepaskan sehingga membuat aku jatuh kembali. Kembali terduduk sehingga tiada daya utk bangkit semula.

Aku masih lg teragak-agak.

Masih lg berfikir tentang tangan yg menghulur itu. Ikhlas kah? Jujur kah? Atau hanya bagaikan angin yg sekali lalu dan terus hilang........

TUHAN...Tolonglah aku....Aku buntu!! Dan aku pasrah dgn apa yg Kau tentukan pd ku. Tapi berilah peluang utk aku merasa BAHAGIA. Kerana itu yg aku cari dalam kehidupan.... Aku ingin bahagia.....

Saturday, January 3, 2009

TAKUT YANG MENAKUTKAN

Selangkah lg kehadapan. Kadang2 aku terpikir kenapa dlm diri aku msh ada lg ketakutan utk yg satu itu?? Ketakutan itu kadang2 membuat aku alpa. Alpa tentang yg satu itu.

Aku sebenarnya penakut. Takut utk bermula semula. Takut utk yg satu itu. Aku memang penakut. Aku takut seandainya aku mempunyai harapan, harapan itu akan hancur lg.. Biarlah ianya trs menjadi ketakutan buat aku.

Tak wajar rasanya dlm umur yg kian menghampiri 21 aku msh takut utk yg satu itu. Argh!! Biarlah. Aku masih muda kan?? Muda la sangat..Org len umur baya aku dh nk msk 2 orang ank. Ah.. Itu org lain. Ini aku. Hidup aku.

Perlu ke harapan? Perlu ke utk yg satu itu? Aku buntu!! Aku masih lg mcm dulu walaupun skrg sdh beralih tahun. Tahun baru semestinya. Aku takut. Perlu ke ketakutan itu mengganggu hidupku? Entah...

Dan semalam aku terus berfikir. Fikir dan fikir. Tapi tiada jawapan utk itu. Yang ada hanya kisah2 lama yg aku ingin lupakan. Cukuplah kenangan yg maha dasyat itu. Ya sangat dasyat sehingga membuat jiwa ku mati. Hilang sudah senyuman ku.

Aku masih lg berfikir.. Aku keliru. Keliru dgn apa yg berlaku. Kaki aku baru selangkah ke hadapan dan kadang2 aku terpikir ingin berpatah balik. Ingin menarik kaki yg melangkah itu semula. Tapi mustahil. Kerana kaki yg melangkah itu sudah meninggalkan kesan tapak kaki.

Buntu! Keliru! Prejudis!

Apa yg harus aku lakukan utk mendapatkan semula keberanianku?? Apa yg perlu aku lakukan? Tolonglah aku. Aku takut. Sungguh! Ketakutan itu sgt menakutkan. Aku takut utk yg satu itu.

Aku tahu hanya aku yg boleh tolong diri aku sendiri mencapai keberanian pd yg satu itu..

Lalu aku terus melayan perasaan dgn lagu2 yg membuai perasaan....

HANYA PADAMU-QIARA
Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci

( korus )
Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati

Ulang korus

Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci

PERTAMA KALI DI TAG

Aku telah ditag oleh batrish..First tag ni..huhu...Dan dlm blog dia tulis wan hanis..spe tu? Aku la.. Cuma kena tmbh nur jer dia tertinggal nur.. Wan nur hanis la...huhu..

1. sesiapa yg kne tag, tulis 10 sesuatu berkenaan org yg men'tag'
nk tulis ape ek?? huhu...
~dia kata dia pemalu
~dia tak ska org gedik sm gk cm aku xska popuan gedik
~dia ni maneh kot sbb dia ske senyum...
~dia ngah frust hehe..yeke?
~aku xtaw dia sp sbnrnye sbb xda pic sbnr..huhu..
~dia chubby sm cm aku gk hihi..
~dia xska org desak dia..
~dia syg kwn2 dia
~dia org pertama yg men'tag aku
~dia org pertama yg follow my blog..
2. org yang kne tag,kene tulis tentang dirinya
~aku ska sgt makan tomyam kdg2 kuar mlm2 semata-mata nk p mkn tomyam
~aku sebenarnya pemalu walaupn peramah..cana tu?
~taksub dgn membaca..kalo baca smpai tak ingt nk mkn atau mandi..huhu..
~speed membaca aku lbh laju dr org len sbb tu aku bleh abiskn novel yg tebal dl 1 hari jer huhu
~cepat sygkan org dan senang2 leh benci org...
~paling xska kena tipu!
~walaupun aku agk garang tp ramai yg xtakut sbb muka aku maneh kot? haha..perasan
~aku ske berkawan dan ramai kwn...
~aku jarang mrh org tp sekali marah leh bergegar planet ni..
~ske senyum sbb org kata aku senyum maneh..hihi..

3. at the end,you need to choose 1o ppl to tagged and list their name
~hans
~fahmi forte
~penampar terbang
~puteh
~aku tag sape2 jer yg baca blog aku ni..

NIKMAT SIHAT

Aku demam lg...semalam bdn panas tp aku menggigil kesejukan..dtg package siap dgn batuk sekali...Semalam aku mkn ubt batuk mungkin terlebih dos bersama panadol 2 biji. Tapi sakit kepala msh tak hilang. Batuk! Batuk! dan batuk lg...

Tiba2 air mata mengalir..Menangis teresak-esak bagaikan ank kecil. Aku rindu. Rindu pd si dia yg pernah hadir dlm hdpku. Dlu aku sakit dia sntiasa ada temankan aku. Sekarang aku sendiri.. uwaa.....nangis lg...

Haha..tpu jer....aku nangis sbb rindu family la..Aku xgtau pn kata aku demam kt cni...huhu... Bila kita sakit barulah leh rasa nikmat sehat....

Bila tah nak baik demam ni...hmmm...

Thursday, January 1, 2009

WAJAH SEBENAR TAHUN BARU 2009

Hari ini 2009 dh datang. Dan aku ada 1 azam yg 2kali aku pasang azam tp tetap azam yg sm 1, 3 hari yg lepas tahun Islam Hijrah 1430 dan 1 lg 1 Januari 2009. Aku ingat lg dulu ms kecik2 walid selalu bawa aku dan adik beradik lain kuar ke pekan Alor star sbb nk tgk bunga api. Biasa la budak2 memang excited glerr kalo bab nk tgk bunga api ni.

Bila dh semakin besar aku dh tak sambut pn tahun baru. Mcm xda makna apa2 pn. Walid aku pn dh xbw kuar tgk bunga api mungkin sbb suma dh besar. Apa yg walid aku buat adalah tembak mercun "tundercat"(aku pn xtau eja cana) dr beranda rumah kami. 2 pn kira ok la kot.

Mlm ni aku n kengkawan yg seramai 7orang dan naik dlm sebuah keta. Ya 7 orang dlm 1 keta. Dimana tmpat ddk kat belakang 4 orang, 2 orang kt tmpat ddk depan n driver sorang. Xpercaya? percayalah. Malam tu km kuar pn sje2 jer konon2 nk tgk bunga api.

Disebabkan terlalu ramai pd mulanya, ramai yg xnk ikut. Then, diorang ckp kalo sorg xpergi biar semua xpegi. Kat cni kita dh bleh lihat semangat setiakawan. Bersyukur gle ada kawan2 mcm ni sm2 susah dan sm2 senang dan aku yg ada lesen moto ni tawarkan diri nek moto n follow dr belakang. Tapi mslhnya aku xtaw jln. Diorang suma tak setuju. Pukul 11.30 km msh di USM. Memang dh tahu xkan sempat tgk bunga api.

11.45. Kami amik keputusan nk pergi gk. Semua sekali dlm 1 keta mcm tin sardin. Kalo jpa polis pandai2 la. Tawakal jer dlm hati. Harap2 xjpa abg polis huhu...

Yan selaku driver km yg juga org penang cadang nk bw g relau la lg mn tah last2 patah blk g petronas sbb minyak nk abeh. Km bercadang nk pegi beli mknan then lepak kt mn2 mkn ramai2. Smpai jer petronas kuar2 dr keta terdengar tembakan bunga api. Sambut thn baru kat petronas jer la mlm ni. Hahaha...

KItaorang beli makanan smpaikan bleh abeh rm70 termasuk minyak keta sekali. Dasyat gle.. 7 org mkn bese la tu huhu.. Dlm keta yg mcm tin sardin tu akhirnya km smpai gk kat bukit yg ada pemandangan bandar Penang kt bwh tu. Bleh nmpak lampu yg bergermerlapan dr ats ni. Ramai gk kat c2 yg bw family n tak kurang jer dgn pasangan msing2..hmm..bese la tu.

Then km lepak kat meja kat c2. Sorang2 akan bt ucapan. Lps jer baca umul Kitab Al-fatihah km mula ucapan dgn Yan, shila, aku, akma, zaf, amin, n last sekali yuji. Km suma harap persahabatn km ni akn kekal smpai bila2 walaupun yuji ckp ni la smbutan thn baru terburuk sekali bg dia selama 2o thn sbb km smbut detik 12mlm kat petronas huhu..

Ms mkn2 tu la km imbas blk ms mula2 kenal pe tanggapan diorang kt diri masing2. Memang kelakar gk ar sbb ada yg xska kt diri masing2 sbnrnya cthnya zaf xbpa ska kat yan sbb yan byk ckp n kecoh. Tp last2 leh kwn baik gk. Biasala ms mula2 nk knl diri msng2 mmg cm tu. Dan terkuar la cerita yg aku agak popular kt blok H20 tu..Huhu.. Yeke? Itu yg yan ckp la.. Bergosip jer keja diorang tu..Hmm...

Lps tu yan bwa km ronda2 penang. G lepak tepi laut. Pastu bwa g mkn kt na tah restoran tu nm Sup Hameed ke pe tah. Tp bhdpn dgn hotel Malaysia. Parking dpn Top Potato's kot kalo tak slp aku nm restoran tu. Pastu km jalan. Masa tu aku tgk muntah berterabur merata-rata ni suma muntah org mabuk la. Mak nyah ngah cari pelanggan pn ada. Perempuan mmg seksi abeh la pelok sana sini mcm dh tak ingat dunia. Damn!! Melayu mabuk!! Laki tu bw popuan mabuk! Arg!! Melayu!! s**l. Layak ke panggil perempuan lg? Ke nk panggil b*t*n*?

Dan km 3 orang satu2nya orang yg bertudung kt kedai mkn tu. Inilah fenomena sebenar remaja sekarang!! Kat cni la aku bleh tgk kehidupan sebenar zmn skrang! Terpikir gk tak malu ke b*t*n* tu pakai baju cm tu? Skirt ats peha. Pakai tiub! Mcm s**l!! Jalan sorang2 lak tu. Lelaki pndang cm nk terkuar biji mata. Nsib km agak baik sbb ddk mkn kat dalam sket. Jd bleh tgk gelagat org yg mcm2 ragam tu. Muka aku msa tu dh cuak! Tak pnh lg aku tgk mcm ni teruk gejala sosial live dpn mata aku. Penang. Neraka dunia!! Ni jer aku bleh rumuskan.

Dan aku student yg amik kos social science. Inilah dunia sbnar dan cabaran yg perlu aku lalui as a social worker! Aku betol2 xsangka mcm ni terok gejala sosial skrg! Kiamat dh dekat. Kenapa msh xsedar? Dan aku tau malam tu yg paling kaya adalah tauke2 hotel dan rumah tumpangan. Siap paparkn lg low price!! Pelacur mmg ramai mlm tu. Tepi2 jalan bersepah!! Omputih pn ada bercium tepi jln cm xingt dunia mcm tu negara depa! Orang melayu pn sm. Dh tak mcm org melayu dh!

Bila km 3 orang jer yg pakai tudung kt kedai mkn tu terpikir gk la pe diorang ckp psl kami? Mungkin dlm hati diorang akan mengutuk sbb np orng yg bertudung bleh lg dk p mkn lewat2 cm ni n mungkin akn ada yg mengucap alhamdulillah sbb dlm byk2 lautan manusia yg dh bkn mcm manusia lg dh, msh ada gk org yg msh bergelar manusia!!

Abeh jer mkn aku tgk makin ramai plak mak nyah yg terkedek2 cari pelanggan. Yg dok goda pemandu teksi pn ada. Dan terpandang plak 2 org mamat ni dan memang org MELAYU amik helmet dr keta b*t*n* mn tah yg pakai seksi cm xcukup kain. Dan sorg lg popuan muntah kt tmpat ddk hadapan. MELAYU jg! Mabok!! Mungkin bru lps.....

Kemudian perjalanan km diteruskn dgn melalui lorong2 yg lbh kurang lorong Haji Taib kt KL. Pelacur bersepah sana sini tunggu pelanggan. Mak nyah pn ada. Dan pelacur tua!! Dh tua pn xinsaf2 lg. Lelaki pn ramai gk yg dk cari pelacur. Memang kami suma cuak abes ar takut2 depa thn keta km nti xpsl2 jer. Alhamdulillah tak ada apa yg berlaku.

Lepas aku tgk jer gelagat jantan kt c2 terkuar 1 statement maut dri aku. "Kalo nk cari suami jgn cari org penang" hahaha.. marah abes orang penang kalo dgr aku ckp cm ni. ngee....

Ini ke makna tahun baru sebenar?? Mcm ni ke cara orang sambut tahun baru? Mabuk sana sini? Jual tubuh! Pakai pakaian mcm xcukup kain! Ini ke rupa sebenar thn 2009??? Dan yg pasti ramai yg terkorban malam ni. Itu suma org MELAYU!! Dan apa yg aku tgk tu memang membuat mata dan minda aku terbuka luas!!

Sampai jer Usm, aku gi toilet amik wudhuk solat istiqarah!! Mohon petunjuk dari Allah. Semoga Allah menjauhkan aku dari gejala2 mcm tu.
Amin.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi