Thursday, February 26, 2009

LAYAN JE LAH......

**Tajuk kat atas tak ada kena mengena dgn entry. Aku tak tau nk tulis tajuk apa so layan je lah..

Seperti yang sedia maklum aku balik alor star hari ahad yg lepas (22 Februari) akibat tak tahan sangat rindu kat adik kecik aku tu Puteri Qistina Syakira. (kakak yang penyayang kan aku?? huhu...)

Lagipun dah sebulan tak balik. Pitih pon semakin kureng sbb tu kena balik gak...ngeh3.. Aku balik sorang-sorang jer dari Penang ke AS dengan membonceng motorsikal. Berani tak aku??? Nak balik punya pasal lautan api sanggup ku redahi kunun-kununnya la....

Bertolak lebih kurang pukul 9 lebih sampai kul 11 pagi. Lebih kurang sejam setengah gak la.... Memang kebas seyh...Non stop lak tu...Tapi sampai highway Gurun aku kuar ikut situ terus balik umah tok aku kat Yan. Rindu ooo.....

Sampai Yan, aku lepak kedai tok wan aku dulu. Memang depa terkejut gak la tengok kemunculan aku yg tak disangka-sangka tambah naik motor sorng2....Bila dh ngntok blk umah tok tdo lps zohor. Letih siott!!!

Petang dalam kul 6 aku tingat kat puteri lak. Terus siap-siap nk balik AS. Tapi aku singgah kedai tok wan aku dlu. Kebetulan wan dgn tok aku tak ada. Mak chaq aku suruh tunggu depa balik. Bila depa balik tok aku tak bg balik AS. Lagipun depa siap beli ikan dgn ayam lagi nk masak feveret food cucu kesayangan depa ni..hehe...

Aku pon tak sampai hati nk balik so esok je la balik. Esok bila sampai AS, aku terus pi umah pengasuh puteri amik dia. Macam tak sabaq-sabaq kan nk jumpa puteri??? Rindu gila wehh..... Puteri pon macam faham2 kakak dia jarang balik bukan main manja lagi dgn aku. Tak berenggang langsung. Malam tu siap dia tdoq lewat lg. Tak penah2 cm tu. Mata dh layu pun nk main lg dgn aku.

Esok pagi tu lepas umi ngan walid aku p keja aku pun siap2 nk blik. Puteri aku yg kena anta umah pengasuh. Lps bg dia mandi n bg dia pakai baju lawa2 aku pon p anta umah pengasuh dia. Aku bg dia ddk dalam raga motor.

Masa kt umah pengasuh. Aku pon cium n pelok puteri puas2. Ye la kn bila nk blk lg xtahu la kn? Bila aku babai puteri tiba2 dia sebek. Nak nangis. Aku pon tiba2 rasa sebak lak. Tp nk buat cna nk kena blk gk. Puteri nk nangis. Dia tengok aku dgn muka sedihnya sambil babai aku. Aku pon cepat2 blah lau tak nangis nanti wooo....silap2 haribulan xblk aku.

Masa otw blk kat plaza tol mana tah tiba2 ada roadblock. JPJ tu!!! Aku lak sejak dpt lesen ni tak penah lg kena tahan. Dengan bangganya tunjuk lesen kat JPJ tu..hahaha...ciwi ja.... Bangga weh kena tahan.....hahaha......tak bleh blah....

Alhamdulillah selamat gk sampai USM. Yg xbestnya sampai2 dh ada keja nk kena buat. Ha baru sehari aku tak ada depa dh kelam kabut dh. Mana taknya aku setiausaha, suma surat psl citrawarna ada kat aku..haha...nasib la.....


Tu la, bila ada kat depan mata tak mau hargai bila dh tak ada baru nk kelam kabut....So, hargai la setiap insan yang anda sayang termasuk kwn2 anda walaupun kadang2 bg kita benda tu remeh tapi bila dia dh tak ada, nk menyesal pon dh tak guna

MENJADI ATAU MENCARI?????

Aku nak berkongsi sedikit mengenai soleh dan solehah. Petikan ni aku dapat dari saudara Yasir sahabat aku yang YM aku. Thanks ya??

"Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan.

Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI........"

**Renung-renungkanlah....Pilihan di tangan anda. Adakah anda ingin MENCARI ataupun ingin yang MENJADI??

AKU SUKA LA NAK BUAT BENDA NI

Tag lagi?? Suka sungguh ek aku ni wat tag??? Hehe...Tag kali ni amik dari azim...Jom layan....
rules of de tag :-

1. letakkan 3 picture dalam berlaenan mood!!
2. describe in 5 words about yourself
3. berikan 3 perkara yang buat anda gelisah...
4. huruf yang anda selalu guna..(fav huruf)
5. senaraikan 5 perkara yang buat anda happy(gembira)
6. senaraikan 5 insan yang anda sayang...
7. anda marah bila.....
8. anda nanges bila.....
9. tulis nama penuh anda di sekeping kertas menggunakan tulisan tangan anda...
10. tuliskan dis word " take a time to forget someone" disekepingkan kertas menggunakan tulisan tangan anda..
11. berikan tag ini kepada 5 orang follower!!selamat mencuba...!!



1. 3 picture dlm 3 mood


Ngah hepy. Peace no war!!



Majuk nih!! hihi...



Menanti Prince Charming...




2. 5 Perkara tentang aku!!
*selamber
* Suka ketawa
*Tomyam hanya untuk aku.
*Suka budak-budak
*Pernah couple 16 kali sepanjang hidup aku..haha...gila kan???


3. 3 perkara buat aku gelisah

*tak ada duit
*tak boleh tidur
*tak ada pak we..hahaha...hampeh kan??

4. Huruf selalu guna:
* Semua huruf aku guna dari A-Z


. 5 perkara buat aku gembira

* Detik-detik bersama keluarga tersayang especially ngan puteri
*Ambil gambar hehe..aku suka bergambar..ngeh3...
*Hangout ngan kengkawan
*Dapat hadiah
*Ada duit banyak....

6. 5 insan yg anda sayang
* Tak nak tulis 5 orang jer sebab aku sayang ramai orang lebih daripada 5...

7. Aku marah bila

* Ada orang tipu aku
*Kena tuduh buat benda yang aku tak pernah buat
*Bila orang masuk bilik aku tanpa kebenaran
*Dipaksa buat sesuatu yang aku tak suka
*Bising waktu aku nak tidur
*Telefon aku tengah2 malam waktu aku dh tidur

8. Aku nangis bila
* Bila aku sedih la....

9. Tulis nama anda di sekeping kertas




10. Tulis perkataan "Take a time to forget someone!!"




11. Tag 5 orang follower...
*Err..5 orang follower jer ke? Aku nak tag suma orang gk yg dh baca entry ni pastu tinggalkan komen!! Selamat menjalankan sesi tag-mengetag ni....huhuhu...




Sunday, February 22, 2009

DULU DAN SEKARANG

Aku sangat sibuk sekarang.
Sibuk bagai nak gila..
Tapi
Fikiran aku masih waras
Walaupun hampir-hampir nak gila
Penat tahap gaban!!
Penat bagai nak gila.
Masa untuk diri sendiri pun tak ada
Apatah lagi untuk orang lain
Dulu,
Boleh rileks-rileks
Sekarang,
Nak makan pun dah tak sempat
Tidur bila matahari hampir terbit
Tak sempat nak bermimpi yang indah-indah
Seusai solat subuh siap-siap ke kelas
Dengan mata yang masih menahan kantuk tersengguk-sengguk
Gila kan???
Dan hasilnya...

AKU SEMASA DULU


AKU KINI

Berbezakan????

Dulu aku demok!!

Sekarang chubby sket2 kowt???

Huhu...

...................................................................................

**Mahu berehat sebentar...Pejam mata... Ok dah!!

Take your time...

Jangan jadi macam aku!!!


Saturday, February 21, 2009

KENAPA????


Si A: Awak jom couple??

Aku: Tak mao!!

Si B: Izinkan saya mengetuk pintu hati awk leh? Kebahagiaan tak dapat dicapai kalo tak mencari. Izinkan saya menyentuh perasaan awk?

Aku: Errr....(dalam hati “haha jiwang”) ;P

Si C : Sudi tak awk jadi girlfriend sy??

Aku: Nope!!

Ini adalah antara adegan-adegan yg aku lalui sejak dua menjak ini. Apa yang aku mencari sebenarnya??? Mesti ramai kata aku ni memilih bukan??

Sebenarnya aku tak lah cerewet sangat dalam memilih tapi still kena memilih sebab pilihan kita itu akan menentukan kebahagiaan kita nanti.

Aku tak terima diorang tu pon bukan sebab aku cerewet tapi sorang pon tak menyakinkan aku yg diorang tu leh menjaga aku. Adakah hati aku sudah tertutup untuk lelaki?? Oh sama sekali tidak. Kecewa, jatuh bangun adalah sebahagian dari kehidupan bukan? Jadi usahlah pertikai mengenai itu.

Kenapa aku masih single?? Aku pon tak ada jawapan. Mungkin aku ni penuh dgn sense of humor (yeke?? Huhu..) So kalo dgn kawan-kawan lelaki tu aku layan diorang mcm kawan n gurau2 la no control2 ayu n jiwang2 ok sbb aku mmg cm tu. Brutal kowt?? Kui3…

Biasalah lelaki kan suka cari yg ayu-ayu, yg lemah lembut, jalan pon slow lenggang2 kangkong.. Aku?? Haha…kalo aku ni jadi cam tu mesti kena gelak ngan kengkawan aku. Lagipun tak reti la nk control2 ayu ni.. Just be your self right?? Kalo aku g kelas pakai baju kurung pon member2 aku dh Tanya “hang mimpi apa pakai baju kurung ni?” adeh!!

Tapi sebenarnya aku ni manja taw kui3…( kalo rasa nk muntah tu tahan jap) hahaha.. Tak caya?? Percaya la…. Selalu kalo orang Tanya aku anak no berapa mesti aku suruh orang tu teka dulu dan kebanyakan jawapan akan kata aku anak bongsu kenapa erk?? Dan depa kata nampak cam manja. Hahaha… Tak taw pulak…

Aku ada adik 5 orang ok? 4 lelaki dan seorang je adik perempuan yg bongsu sekali so no wonder la kalo aku ni kadang2 cm brutal sket. Brutal tu bknnya tandanya aku ni cm lelaki nope! Entah la susah nk jelaskan. Tak paham pon buat2 paham la..

Cuma bayangkan lah sebelum aku dapat adik bongsu perempuan yg muda 19 tahun dari aku tu aku dikelilingi oleh 4 orang adik lelaki. Kalo aku ni lembik sah2 la kena buli so aku mestilah xlebih pon lebih kurang kena kasar gk cm diorang tu. Kalo gaduh tu ada ke adegan2 tarik rambut?? Sudah semestinya tak kan?? So phm2 sendiri la cana yek???

Dah jauh melalut ni berbalik pada persoalan asal kenapa aku masih single??? Sebab aku tunggu putera turun dari kayangan masuk meminang haha… sudah semestinya tak kan terjadi kan??

So tak kan nk membujang sampai tua kowt?? Huhu.. tak nak la… aku nk kawen gak nk punya anak yg comel2 macam aku hahaha…comel ke aku ni??? Tapi maneh tu adala kan? hehehe…

Doakan lah aku suatu hari bertemu dgn aku punya prince charming yang akan menjadi suami yg penyayang bkn sahaja suami malah sebagai sahabat dan walid kepada anak2 aku hehe… berangan jer kan??? huhu...

Sekian….

** Nak balik rumah la dh lama tak balik. Esok nk balik dan rasa-rasanya hari selasa baru balik cni.. Pssttt…ponteng kuliah hari selasa keh3….

Friday, February 20, 2009

INI AKU OK????

What's Your Best Quality?
Your Result: Personality

Your best quality is your personality! People like you because you are an all around good person. You have good manners and values. You also like to express your personal style and interests.

Sense of Humor
Intelligence
Ambitious
Loving
Out-Going
What's" Your Best Quality?
Quiz Created on GoToQuiz

** Mari sama-sama buat kuiz ni untuk tahu lebih lanjut pasal diri kita. Aku rasa 98% keputusan kuiz ni menunjukkan diri aku. Caya tak?? Kui3....



Thursday, February 19, 2009

SENYUM OK???


Senyum itu bleh diibaratkan sebagai satu pengubat hati. Senyumlah kerana dengan senyuman bisa membuat orang lain gembira memandangnya.

Aku suka tersenyum dan mudah tersenyum sebab aku rasa senyuman aku tu manis. Manis ke??? Hehehe......

Aku tak nak sedih-sedih lagi. Aku kan kuat? Aku kan tabah?? Walau apa pun yang terjadi nanti aku harap aku masih mampu tersenyum. Jom senyum ramai-ramai. ;)

Aku telah ditag oleh Lots of Love. Kira sesi membalas tag. Aku memang suka kena tag ni.. Hihi.. Ada orang cakap tag ni lebih kurang mempromote diri. Ye ke?? Tak kira la apa pun jom layann...
Zass.......


TANDA-TANDA:

1. TANDA2 KAMU BAD MOOD.
~ Diam kadang2 tak cakap sampai sehari nama pun bad mood kn??

2. TANDA2 KAMU MARAH.
~ Bertukar jadi hijau macam Hulk. Hoho....

3. TANDA2 KAMU SINTING
~ Apa tu?? Tak paham.. Leh abaikan tak??? Huhu..

4. TANDA2 KAMU MALU
~ Senyum malu-malu hihi.... Muka rasa panas kadang2 rasa nk sorok muka kat mana2..

5. TANDA2 KAMU SEDANG CEMBURU
~ Slalu wat muka slumber... Kalo senyum pon senyum sinis ngeh3....Kalo ngan pak we dulu ske cubit dia..hahaha....

6. TANDA2 KAMU SEDANG SEDIH
~ Muka com kalo orang kedah kata. Senyap tak banyak ckp. Wat muka sedih jalan pon cm tak ada semangat.

7. TANDA2 KAMU TENGAH GUMBIRA.
~ Ketawa la apa lagi...keh3... Mata pon bling bling....

APA?

1. APA WARNA BAJU YANG KAMU PAKAI SEKARANG?
~ Purple

2. APAKAH KAMU TERMASUK ORANG YANG SUKA SHOPPING?
~ Tak sangat kot sebab selalu kuar shoping kalo betul2 memerlukan jer... (jimat duit laki aku nanti kih3...)

3. APAKAH KAMU PERCAYA LOVE AT FIRST SIGHT?
~Percaya. Tapi kadang2 perasaan tu kejap jer tak kekal lama...

4. APAKAH YANG INGIN KAMU LAKUKAN SEKARANG?
~ Nak siap2 g kelas

5. APAKAH RASA DI HATI KAMU SAAT INI?
~ Rasa masam-masam manis kowt...huhu...


BILA

1. BILA PERTAMA KALI KAMU DILAHIRKAN KE DUNIA?
~ 27 MAC 19.....

2. BILA SAAT TERINDAH DALAM HIDUPMU?
~ Bila dapat masuk Universiti....

3. BILA KALI TERAKHIR DIMARAHI IBUBAPA?
~ Masa cuti raya cina hari tu. Umi marah sebab main sukan sampai kulit bertinted..Huhu...

4. BILA KALI TERAKHIR EHEM EHEM EHEM?
~ Ehem ehem ehem??? Jeng jeng jeng....

5. BILA KAMU AKAN MARRIED?
~ Haha...soalan cepumas... Tak tau sebab tak ada calon.. Mahu jadi calon saya???


BAGAIMANA

1. BAGAIMANA JIKA ADA ORANG YANG BUAT KAMU SAKIT HATI?
~ Nyampah nk tengok muka dia. Nak dengar suara dia pon dh nyampah!!

2. BAGAIMANA KALAU ADA ORANG CAKAP KAMU LAWA/HENSEM?
~ Yeke??? Alhamdulillah makaseh..... Sambil senyum malu-malu hihi...

3. BAGAIMANA JIKA ADA TEMAN KAMU MENINGGALKAN KAMU?
~ Mestilah sedih....

4. BAGAIMANA JIKA ADA ORANG YANG TIDAK SUKA SAMA KAMU?
~ Tak suka? Buat bagi dia suka gak.. Hehe.... Tak adalah.. Kenal pasti sbb apa dia tak suka kalo sbb bkn berpunca dari diri kita mngkin dia jeles kot tgk kita...Huhu..

5. BAGAIMANA KALAU KETIKA KAMU BANGUN, KAMU DIKELILINGI API?
~ Terus terjun dari katil selamatkan diri sambil jerit " Api api api"

6. BAGAIMANA JIKA KAMU KESEORANGAN
~Layan YM la...Tak pon tdo.. Huhu... Layan perasaan pon ada gak kowt....kui3...


Thanks LOL nti tag lagi tau aku ske jwb tag2 ni..ngee.... ;P


AKu nak tag blog


*HANYA SUKA SUKA MENULIS
*BEBELEN MAK CEK NIJA(kawan aku yg sweettt)
*RAZOR
*HANS
*CERITA CIK SAKURA
*~O~
*AZYM...
*ADIN(yg selalu berduet lagu dangdut ngan aku hihi...)
*JASMIN (my sis)


Cukup la kowt setakat ni.....

RINDU

Rindu sama dia....
*Kalo lihat dia hati aku tenang. Hilang segala keserabutan!!
Nak balikkkk.........

Wednesday, February 18, 2009

SAKIT YANG MENYAKITKAN

Penatkan berpura-pura tabah depan orang lain?? Penatkan pura-pura yang kita ni kuat semangat di depan orang lain sedangkan hakikatnya kita sering tersenyum dalam tangisan.

Malam ni hajat aku tercapai. Kalau dulu aku ingin menangis dengan sungguh-sungguh tapi aku tak dapat nak menangis tapi malam ni, aku dapat basahkan mata aku dengan air mata. Aku dapat menangis dengan sungguh-sungguh. Aku luahkan perasaan dengan menangis sebab itulah ubat segala kesakitan.

Aku sangat sedih. Sedih dengan seseorang yang mengaku sahabat tapi mempermainkan kepercayaan aku pdnya. Sangat sakitkan??? Rasa mcm di perbodohkan oleh 2 orang yg bernama sahabat.

Sangat menyedihkan bagi aku. Sangat sakit dan kesakitan itu betul-betul menyakitkan. Lebih sakit dari ditusuk sembilu tajam. Sangat sakit!!!!! Dan aku sangat sakit!!!!

Sejak dia pergi, masalah datang bertimpa-timpa dalam hidupku. Sudah 2 tahun aku mengharungi semua tu seorang diri. Aku tabahkan hatiku. Aku kuatkan semangat nk hadapi semua ini. Aku keraskan hati ku supaya aku tak mudah lg terluka.

Tapi akhirnya aku kalah dengan perasaan sendiri. Aku sejujurnya tak kuat nak hadapi semua ini seorang diri. Aku menjadi seseorang yang bukan diriku. Pendam segala masalah yg datang. Tak berani nak luahkan krn takut orang lain tahu yg sebenarnya aku tak kuat seperti yg disangkakan.

Aku benci aku yg itu!! Dah berkali aku bisikkan dalam diri walau apa pun yg terjadi aku mesti tabahkan diri. Aku mesti kuatkan semangat tapi kenapa mlm ini aku harus menangis??????

Aku dah kalah.

Di mana dia saat aku memerlukan kekuatan darinya?? Adakah masih memandang rembulan yang sama?? Aku perlukan kau sekarang. Aku dah tak kuat. Aku hampir-hampir tersungkur. Tolong Bantu aku untuk bangkit semula….

Aku perlukan tangan yang akan menghulur membantu aku untuk bangkit semula……

Tuesday, February 17, 2009

PERLU KE NAK MENYUSAHKAN AKU????

ARGHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!

Tension sebenarnya ni!!

Orang lain punya angkara aku gak yg menanggungnya...Adeyh!!!

Aku dengan dak chikukunyah tu dah xda pape la...Dan aku dh tak amik tahu sal dia....Napa lak bila dia wat pangai lama dia tu yg konon2 baik tp ske wat keja terkantoi hang nk cari aku gak?????

Mengong la.....Dah tahu dia pangai cm tu dan tipu hang hdp-hdp dulu napa hang nak tima dia lg????? Bila dia buat pangai lama blk hg nak susahkn aku gk!! Adeyh!! Aku dh tak mik tau la psl dia dan pa pon dia nk buat aku dh tak peduli dh.

Hmmmm.....

Tarik nafas dalam-dalam...

Hembus.....

Tenang jap.....

Ok, maaf atas kekasaran bahasa yg digunakan. Hanya sekadar nk lepaskan amarah. Aku tima panggilan dr seseorang td. Masa tu aku ngah nk siapkan assigment aku yg nak kena anta 20 hb ni...

Dalam dok serabut tu tiba2 dpt panggilan bertanyakan tentang kekasih hatinya yg hampir2 nk terkantoi sebab menduakan dirinya. Dulu dh pernah terkantoi sbb menduakan aku dan dirinya. Kunun-kunun cinta 3 segi la. Dan aku amik tindakan bijak keluar dari kepompong pembohongan yg sudah terkantoi secara terang-terangan. Tapi dia masih dgn si dia yg dh mempergunakan kepercayaannya tapi msh lg nk bersama??????

Aku dah la ngah serabut nk siapkan assigment pastu call dok tya sal dak tu lak. Macam la aku ni dok jaga dia. Ingat aku ni baby sitter ke nk jaga dak tu???? Aku amik pendekatan slow talk. Boleh lak dia tak percaya bila aku kata aku tak tau langsung psl dak tu. Geram tol aku. Sabau jer la. Hampir-hampir nk meninggikan suara gak td. Tapi leh control lg.

Sory ye kak?? Yg ni hang selesai sendiri aku tak mau masuk campur dh. Hang yg pilih jalan tu untuk terus terjerumus dalam masalah tu jadi pandai-pandai la hang nk selesaikan.

Pada dak chikukunyah tu pandai makan pandai la simpan.

Ni dok "kencing" berterabur merata.
Dok terkantoi tak sedar dunia.
Talifon aku sini sana.
Aku juga yg disusahkan sama.

Hmm...

Rasanya ni yg terbaik kot. Aku tak mau amik port!! Banyak lagi benda aku nk kena fikir dr masalah hampa 2.

Sekian,

**Kalo hampa semua berada dalam situasi aku apa yg hampa nk buat??

Monday, February 16, 2009

JANJI


"Janji yek??"

"Ok, janji!!"

Kita selalu berjanji dan kadang-kadang dijanjikan sesuatu tetapi sejauh mana kita boleh menepati dan menunaikan janji tersebut???

Pernahkah anda memungkiri janji dengan seseorang?? Dan aku pasti kebanyakan akan mengatakan ya.

Janji bagi aku adalah sesuatu ungkapan yg terluah dari bibir yg pasti bertujuan memberi harapan kpd seseorang. Secara tak langsung harapan itu perlu dijadikan kenyataan kerana apabila berjanji, janji itu mesti dikota.

Tapi tak semua org boleh menunaikan janji mereka jadi untuk apa berjanji seandainya janji itu dimungkiri dan menyebabkan ada hati yg terluka? Untuk apa berjanji kalo tak pasti janji tersebut dapat ditunaikan???

Jadi jangan berjanji jika diri sendiri tidak yakin dapat menunaikan dan jika sudah berjanji berusahalah untuk menunaikan janji anda. Jangan cuba memberi harapan seandainya suatu hari nanti anda akan membunuh harapan seseorang. Dan bg sesiapa yg dijanjikan sesuatu jangan terlalu mengharap akan sesuatu yg belum pasti.

Aku menulis berdasarkan pengalaman kerana ramai orang yg tahu berjanji tapi tak pernah nk menunaikan janji. Kecik-kecik dulu kalo kita ada buat salah kita selalu janji kat cikgu atau mak kita yg kita tak kan buat lg tapi kadang-kadang kita buat jugak. Betul tak? Tapi kalo selalu ulang-ulang kesalahan yg sama tak guna gk kn? Untuk apa berjanji kalo mcm tu??

Aku suka orang yang kalo dh berjanji dia akan berusaha untuk menunaikan walaupun kadang-kadang mcm2 halangan yg dia kena harungi. Ini adalah contoh-contoh orang yg boleh dipercayai. Dia sanggup bersusah payah untuk menunaikan janji supaya kepercayaan org padanya takkan hilang.

Bila anda menjadi seseorang yg dipercayai oleh orang lain, sebaiknya jagalah kepercayaan tersebut sebab sekali orang hilang kepercayaan pd kita selamanya orang lain tak kan percaya pd kita lg. Bukan semua orang boleh dipercayai dan bukan semua orang dapat menyimpan rahsia. Kalo tersilap orang memang hancur la.

Jadi,

Jangan tahu berjanji tapi tak tahu nak menunaikan.
Jangan memberi harapan seandainya tak bisa menjadikannya kenyataan.
Jangan mengharapkan sesuatu yang belum pasti kebenarannya.
Jangan menghancurkan kepercayaan orang lain pada kita.

Kalo kesemua di atas ni tak ada dlm diri kita, marilah kita sama-sama berubah untuk kebaikan bersama. Malaysia boleh!! Kita pun boleh bukan????

Saturday, February 14, 2009

PENAT YANG MEMENATKAN

DAN JUGA MANUSIA PLASTIK
KURANGKAN DI DUNIA INI

Hari ni hari minggu so ada kesempatan nak menulis dan sebenarnya aku penat. Penat dengan kerenah manusia-manusia di sekeliling aku. Penat dengan kepura-puraan yg mereka lakonkan. Penat dengan manusia "plastik" yg bermacam ragam.

Hipokrit. Itu saja yg boleh aku nyatakan di sini. Perlu ke untuk hipokrit? Kadang-kadang perlu seandainya ingin menjaga hati orang lain supaya tidak terluka tapi perlu ke hipokrit selalu hingga menyebabkan diri itu menjadi manusia plastik????

Memang ramaikan sekarang manusia "plastik"?????

Dan aku paling tak suka dengan manusia yg sangat mementingkan diri. Kenapa perlu sangat mementingkan diri?? Pentingkan diri sehingga tidak mengambil kira perasaan orang lain. Baginya dia saja yg betul, dia saja yg tahu pasal semua. Ego!!

Aku sangat penat. Penat dengan manusia begini. Penat nak menghadapi kerenah mereka yg kadang-kadang hampir-hampir membuat kesabaran aku tercabar. Hampir-hampir membuat aku memuntahkan amarah yg hanya terpendam dlm diam. Dan hampir-hampir ini membuatkan aku semakin penat.

Aku juga penat dengan diriku. Sering memikirkan tentang orang lain dulu baru diriku. Mementingkan diri orang lain melebihi diriku. Apa yg paling memenatkan adalah orang tidak pernah menghargai apa yg aku lakukan dan mereka terus dengan sikap mereka yg mementingkan diri lalu menjadikan diri mereka itu manusia plastik dan ego!!

Ada masalah sikit mahu lepas tangan pada orang lain macam masalah yg wujud itu hanya dia seorang yg hadapi. Lari dari masalah tapi tak pernah nk berusaha untuk selesaikan. Tension! Penat! Macam dia seorang saja yg tension, yg penat. Macam dia seorang saja yg ada kerja nak diuruskan tapi orang lain tak ada???

Gila arhh!!!

Lepas tangan macam tu saja?? Arghh!! Pengecut!! Tak berani nak hadapi kenyataan sedangkan baru sedikit di uji! Tak pernah merasa untuk susah sedangkan ada orang lain lagi yg lagi susah. Itu adalah sifat manusia yg pengecut dan mementingkan diri sendiri!!

Penatkan dikelilingi oleh manusia yg seperti ini?????

Hey!! Sedarlah.. Kau ingat dunia ini kau saja yg punya?? Kau ingat kau hidup di dunia ni hanya semata-mata diri kau seorang?? Sedar lah...Kau hanya menumpang kerana satu hari nanti kau tetap akan mati. Dunia ini bukan milik kau seorang jd berhentilah mementingkan diri seolah-olah dunia ini kau saja yg punya.

Buang sikap ego kau. Kau fikir dengan ego kau, kau boleh bawa motor ego dengan sifat egois kau tu?? Lupakan saja. Orang hanya akan semakin membenci diri kau. Dan menyebabkan diri kau dicaci dan dihina oleh manusia-manusia plastik yg hanya tahu bercakap-cakap di belakang.

Aku sudah penat.

Aku mahu tidur.

Semoga mimpi indah aku tidak dicemari oleh manusia-manusia plastik seperti ini.

Thursday, February 12, 2009

AKU INGIN MENANGIS


Aku ingin menangis. Ingin menangis dengan sungguh-sungguh. Dah lama aku tak menangis. Last menangis sebab tgk ceta Kami The Movie.

Aku nak menangis. Nak menangis dengan sungguh-sungguh. Nak menangis sampai kuar air mata darah.

Aku yg selama ini tabah ataupun konon-konon berlagak tabah tiba-tiba ingin kecundang pd diri sendiri. Sungguh!!

Aku ingin menangis!! Menangis!! Menangis!! Aku nak menangis!! Tapi aku malu. Malu pada diri sendiri. Ke mana hilangnya gadis kampung separa bandar yg tabah itu? Yang kuat hadapi semua dugaan? Yang kuat hadapi sebuah kenyataan yg memedihkan? Yang kuat melawan perasaan yg memilukan? Kemana hilangnya gadis itu???

Aku ingin menangis sepuas hati.

Biar tiada siapa yang peduli, aku tetap ingin menangis. Adakah dengan menangis akan melegakan hati yg keras ini???

Aku juga manusia. Seorang gadis kampung separa bandar yg mempunyai sifat kewanitaan. Biarpun sekeras mana pun hati ku aku tetap wanita. Wanita yg dicipta dari tulang rusuk lelaki. Wanita yg hatinya sekeras kerak nasi.

Adakah ini jalan takdirku???

Dan apa yang paling membuat aku ingin sangat menangis adalah aku tidak dapat menangis seperti yg aku inginkan......

PERLU KE UNTUK SERIUS???

Hmm....

Hmmm...

Sebenarnya......

Sebenarnya......

Adeh mcm nk gtau ni...

Berat hati sebenarnya.....

Hmm...

Sebenarnya,

Aku terpaksa menghentikan arena penulisan aku kat blog ni buat sementara waktu atas sebab-sebab tertentu...

Aku sebenarnya dh banyak bertangguh kerja. Kerja aku semakin hari semakin menimbun. Lagipun sekarang dh bz dgn citrawarna kt USM ni..Kena urus macam-macam jd kadang-kadang nk menulis tu dh kekurangan idea dan masa.

Dan rasanya bila aku dh start menulis nanti mungkin aku ingin menulis sesuatu yg serius pulak.. Maksud aku sesuatu yg mungkin boleh memberi input2 yg berguna untuk dipraktikkan dalam kehidupan mengenai apa yang aku belajar mengenai "Tingkah laku manusia dan persekitaran". Subjek yg paling aku ska.

Dan sebelum tu aku nk share something dgn korang suma.

Pernah tak dengar ungkapan " satu kesalahan perempuan boleh buat satu dunia menangis dan sepuluh kesalahan lelaki boleh buat semua wanita di dunia menangis kerananya". Ungkapan ini berkait rapat dengan berzina.

Lelaki bila dah dapat apa yg dia nak dia tak kan teragak-agak untuk meninggalkan perempuan tersebut. Jadi jangan jadi bodoh utk menyerahkan mahkota yg selama ini dipertahankan. Peringatan ini bukan sahaja untuk semua malah juga peringatan untuk diriku sendiri.

Pada zaman sekarang ini memang tidak dinafikan pergaulan antara lelaki dan perempuan sangat la bebas sehinggakan ada remaja yg sudah mengenal apa itu seks dan hilang dara seawal usia 12 tahun lagi. Percayakah anda dengan kenyataan ini?

Dan apa yg menyedihkan mereka bangga dengan apa yg mereka lakukan tanpa memikirkan kesan yg akan mereka tanggung kelak. Mungkin pada usia belasan tahun mereka belum mengenal apa itu erti kehidupan dan hanya memikirkan keseronokan semata-mata tapi bila sampai satu tahap di mana mereka tetap akan dewasa dan matang untuk memikirkan mengenai semua itu adakah sudah terlalu lambat untuk menyedari mengenainya?

Siapakah yang bersalah? Dan kesalahan ini akan diletakkan di bahu ibu bapa semata-mata sedangkan ada banyak faktor lain yg menyumbang terhadap permasalahan ini. Ia sebenarnya bergantung kepada diri sendiri. Walaupun betapa beratnya permasalahan tersebut jika kita pandai untuk menanganinya Insyaallah kita tdk akan terjebak dgn gejala yg tdk sihat ini.

Bagaimana perangai anak itu nanti bergantung kepada beberapa perkara iaitu:
  1. Semasa hendak bersetubuh antara suami dgn isteri adakah dimulakan dengan doa dan mengikut tertib-tertib tertentu ataupun berdasarkan nafsu semata-mata? Ini penting kerana benih yg bakal lahir itu berdasarkan siapa anda..........
  2. Semasa isteri mengandung adakah sumber makanan dari sumber yang halal atau tidak?
  3. Banyakkan berdoa dan membaca Al-Quran serta bercakap dgn anak yg dalam kandungan kerana ikatan anak dan ibu sgt erat.
  4. Memang bukan mudah untuk mendidik anak tp jadilah ibu bapa yg bukan sj sbagai ibu bapa malah sebagai sahabat anak anda yg boleh berkongsi rahsia dan bercakap dari hati ke hati.
  5. Kenal pasti tahap-tahap perkembangan kanak-kanak dan didik mereka dgn baik. Pada kebiasaannya kanak-kanak yg berumur antara 1-2tahun akan cenderung melakukan sesuatu yg dilarang. Misal kata bila kita kata "jangan" dia akan buat gk btol x??

Agak seriuskan entry aku kali ini? Harap-harap ada gak input-input berguna untuk dijadikan panduan dalam kehidupan dan apa yg aku kongsi ni bukan sahaja utk anda tapi juga peringatan untuk aku.

Setiap manusia semua ada masalah masing-masing. Mana ada manusia tak ada masalah dan tipu sangat la kalo dia kata dia tak ada masalah tapi bagaimana permasalahan itu diselesaikan bergantung kepada diri kita masing-masing. Andai kata kita memilih jalan yg salah maka kita akan terjerumus ke lembah hina yg kita cipta sendiri begitu jg sebaliknya.

"Hidup ini ibarat lukisan, kita yang mencoretkan dengan warna-warna yg kita inginkan. Seandainya kita memilih warna-warni maka lukisan itu akan penuh dgn warna warni dan seandainya warna hitam yg dipilih maka hitamlah ia begitu juga dengan kehidupan..."

~WAN NUR HANIS BT AZMAN

~STUDENT SOCIAL SCIENCE MAJOR IN SOCIAL WORK


Tuesday, February 10, 2009

SEHARI BERSAMA.....

Semalam aku kuar dating. Siapa? Biarlah menjadi tanda tanya.. Tapi itu hanya kawan..Agak lama aku tak kuar dengan lelaki so terasa kelainan sebab selama ni asyik berkepit dgn perempuan jer..Silap-silap haribulan org ingat aku ni lesbo lak...huhu...

Janji nk kuar kul 12 tp nak dekat kul 1 ptg baru kuar. Biasa la janji Melayu..Lagipun smlm cuti Thaipusam so jalan jem boleh dimaafkan....

Tempat pertama yang dituju adalah Queensbay Penang..Memang agak ramai biasa la cuti...Nak parking kereta pun jenuh berpusing-pusing nk cari sampai la tingkat 5 baru da tempat kosong.. Cuaca agak panas sbb kat utara ni dh lama mana dh tak hujan....Sabor je la..

Rancang-rancang nk tgk wayang.. Orang yg beratur punyalah ramai....Tapi disebabkan beratur berdua tak la terasa sangat...hihi...Lepas kusyuk melihat poster-poster serta menolak dan bahagi masa yg akan diambil utk melihat movie kami sepakat tgk ceta Inkheart.

Memang best cerita tu..Mengisahkan tentang seorang lelaki yg mempunyai keistimewaan apabila dia membaca buku cerita dengan kuat watak-watak dlm buku tersebut akan hidup dan keluar ke alam nyata tapi malangnya dia tak sedar dia ada keistimewaan tu so 1 hari dia baca buku cerita psl inkheart kat anak dan bini dia. Semua watak2 jahat dlm buku tu keluar tp isteri dia plak yg msk dlm buku tu..Nak tau cerita selanjutnya kena g tgk la sndiri hehe...

Kawan aku yg kuar dgn aku tu cakap muka aku ni muka manja...hahaha...aku bantai gelak jer.. Tak pernah lg da org ckp cm tu kat aku...Yeke manja?? Hmm...No komen!! Hehe...

Abeh jer tgk wayang trs jer balik sbb kawan aku tu ada latihan kul 5...Hmm...ok..Biasala atlet.... Tak pa nanti kuar lg...hihi..ada peluang lagi ke nk kuar nanti?? Huhu..

Malam kuar beli makan pas2 gi lepak buat homework BI kt bilik wahir dgn min, siti, n yg laen2 tapi wahir xde sbb g meeting navy. Tunggu order punya la lama otw nk g bilik wahir sesat jalan lak.. Cari bangunan tak jumpa sedangkan bangunan tu dk dpn aku jer..adeh...Alih2 min dan noni lak g jemput aku...

Perut aku dh berbunyi lagu dangdut dh minta di isi. Sampai jer kat bilik wahir aku trs mkn jer..
Memang lapaq tahap gaban sampai xleh tahan dh..Kuar siang td xsempat nk mkn..Buat homework BI tu sket jer...yg laen2 merapu dengan budak2 tu yg banyak...Depa tu memang hapening..otak semua gila2..bikin gamat bilik tu....sempoi la...

Kul 12 malam baru aku otw balik desasiswa aku yg kat hujung dunia tu..Nasib bek naik moto lau tak memang aku tdoq sana dh...Ingat aku ni berani sgt ke? Walaupun kadang2 berlagak cool..Hehe..

Balik bilik..tdo....

Esok bangun cerita lain pulakk....

Monday, February 9, 2009

SAKIT PEREMPUAN APA TU?

Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atay 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.
Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.
BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU?
Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.
Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca kepada senggugut.
Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'.
Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.
TAHAP SENGGUGUT
Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.-
SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA
Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' adalah disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur.
Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid.
Terapi yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukuonya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.
-SENGGUGUT SEKUNDER
Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.
Contoh-contoh lain adalah :
ENDOMETRIOSIS
Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.
FIBROID
Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.
PELVIK
Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.'
INTRAUTERINE DEVICE' atau 'IUD'
Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.
sumber rujukan - majalah rapi 1 sept 05

Saturday, February 7, 2009

BULAN FEBRUARI YANG............

Bulan Februari semestinya bulan yg dinantikan oleh semua pasangan kekasih. Mana taknya bulan ini dikatakan bulan untuk hari kekasih. Walaupun ramai yg tahu sejarah bagaimana bermulanya hari kekasih ini tp masih lg ramai nak sambut. Itu terpulang la pd diri masing-masing.

Bagi aku, setiap hari adalah hari kekasih bukannya hanya 14 Februari sja. Cuma mungkin hari tu adalah lebih special sbb ramai yg mula menjual bunga, dan hadiah-hadiah lain utk kekasih. Untungkan sesapa yg ada kekasih tu.

Tapi orang laki la yg paling teruk sbb kena beli hadiah dan rancang gimik-gimik yg special konon2 sbb nk amik hati gf. Semalam masa aku meniaga ms hari keusahawanan ada sorang chinese guy datang beli keychain couple dan teddy bear kat gerai aku. Dalam pd ms yg sm aku tgk dia dh beli couple Tees utk dia punya gf. Cincin pon dia beli gk.

Sempat la gak aku bersembang ngan dia. Dia ada ckp time valentine's day laki yg teruk sbb kena beli mcm2 kat gf. Aku bls blk xpa utk gf tersayang apa slhnya kan? Huhu.. Siap aku gurau lg dgn dia "untung you punya gf kalo mcm ni i pon nk jd gf you la.."hahaha....

Sempat lagi aku ckp kat member aku nsb bek aku tak ada pak we lau tak, jenuh huhu.. Dia balas balik ''hang tu bknnya tak da org nak, tp ramai sgt sampai tak tau nk pilih. Satgi pilih yg tu tak sesuai plak plh yg ni satgi nyesal lak, tau sgt hg tu cana" Haha..amik hg sejibik. Tak pasai2 ja kena beletiaq..Hoho..

Aku bkn pa, sebenarnya aku takut depa ni nak main2 ja walaupun ada yg nk serius.. Takut lol nanti dok tangkap cintan tiba2 keciwa..tak mo la aku...Bek single so byk la sket pilihan hehe... Bebas nk kawan dgn sapa2 dan nk kuar ngan spa2 pon xda orang nk marah n jeles2 tak tentu hala...Tapi best pa kalo ada org jeles sbb cemburu tu kan tandanya jeles..hahaha.....

Tunggu la satu hari nanti kalo aku betul-betul rasa confidence dgn seseorang aku buat anounce secara besar-besaran wakaka...Mcm adakan sidang akhbar tergempar lak nk umum perkahwinan mcm Datuk Ct dlu kih3...

Pape pon wait n see sapa insan bertuah tu yg boleh buka hati aku yg keras ni..hoho...

P/S Teringin dilamar oleh seseorang bila 14 Februari nanti hihi.....

Friday, February 6, 2009

SIFAT LUPA YANG MENYUSAHKAN!!!!!

Hari ini..

Aku sedih lagi....

Mungkin aku telah menyakiti kawan aku tanpa aku sedari.....

Tapi aku sedar memang dia terluka.....

Rasa bersalah sangat-sangat.....

Disebabkan sifat pelupa aku yang satu itu........

Buduhnya aku......

Lupa! Lupa! Lupa!

Apa yang aku ingat pon tak tau la......

Arrgggghhh......................

Tension.............

Maaf.................

Hanya itu yang mampu aku ucapkan.......

PERSONALITI ANDA MENGIKUT TARIKH LAHIR

Ni ada benda aku nk kongsi dgn hampa semua. Aku copy n paste jer dr blog org lain. Tapi benda ni xtau la betul ke tak. Tapi lps aku baca memang ada yg betul...Apa-apa pon jom layan...

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1----Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.


no.2----Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


no.3----Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.


no.4----Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.


no.5----Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.


no.6----Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.


no.7----Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.


no.8----Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.


no.9----Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

NOTA KAKIKUKUKAKA: PASANGAN IDEAL AKU NO 3,5,6 ADA SESAPA MEWAKILI NO TU? ANGKAT KAKI ANDA...

Thursday, February 5, 2009

FLASH BACK!!

Cuti raya cina hari tu aku berkesempatan balik ke kg aku kat yan besar kedah. Kebetulan tok wan aku buka kedai mkn. Aku pon sibuk kan diri gak tolong mak sedara aku kt kedai tu. Tolong buat air jer..

Kalo sapa2 nk datang tt hayun tu singgah lah sebentar kat Haji Ahmad cafe betol2 dpn sek keb langkasuka yan. Kalo ada rezeki time cuti ke leh la merasa air yg dibuat oleh aku..hehe...

Ok, Abeh sudah promosi. hehe...Tapi aku ada ceta lain yg aku nk kongsikan..

Depan kedai tok wan aku tu ada 2 sekolah. 1 sekolah rendah dan satu lg sekolah menengah. Yg sekolah rendah tu aku tak risau sgt tp bebudak sekolah menengah ni. Depa ni selalu lepak kt kedai tok wan aku. Hmm..Kemain lg...Bebudak popuan la terutamanya. Gedik's lain mcm sket..Aku yg dok tgk malu plak kat dak2 laki kt c2..

Pergi sekolah lipat tudung cm apa lg..Sampai nk nmpak biji mata pon susah...Muka tu jd kecik jer...Takut pulak aku tgk..Depa ni pon leh tahan gk ponteng sekolah. Tak padan dgn popuan. Hmm...Apa nk jadi la bdk2 skrg. Ni kat kg, kalo kt bandar aku tak tak la heran sgt.

Tapi apa yg aku tengok parent bdk2 yg tgl kat kg ni lbh open minded dr yg tinggal kat bndar. Ni berdasarkan dr pemerhatian aku dan juga pengalaman aku. Masa aku pindah dok ngan mak bapak aku kat alor star masa tu aku bru msk form 1. Sebelum tu ms kecik2 aku dok ngan tok n tok wan aku kt kg ni.

Masa aku bru pndah kt sekolah kt alor star (nm sekolah dirahsiakan) aku jd terkejut. Budak2 kat sek ni lbh tertib n pandai nk hormati kawan2.. Cara berckp xla ksr sgt. Kalo kawan2 aku kt kg dulu kalo ckp tu mesti diselang seli dgn mencarut. Suma segala mak nenek kuar..Kalo nk pgl org tu "woi bodoh b**i la hg ni" pergh..ayat kaw2 punya..Tak respect langsung org.

Budak sekolah aku dlu pon lbh matang. Tak da la yg dok men nama bapak bila gaduh. Masa kt kg keja men nm bapak jer...Selalu gk aku gdh sbb ni..Kawan2 aku kat sekolah menengah dlu mmg best la..Tapi aku sek tu form 1-3 jer.. Form 4 aku msk teknik.

Masa kat teknik lg ar sakan. Dok hostel dgn budak2 yg datang dri berbagai jenis latar belakang dan kawasan. Dorm aku time tu dikatakan dorm wanted sbb dipenuhi oleh bebudak gengster (termasuk aku ke?)

Dlm dorm aku tu ada yg ok ada yg ko. Yg datang buat kepala sndiri pon ada. Yg tu sure kena pulau la.. Yg bawa kutu pon ada..Haha.. Besaq2 pon ada kutu lg. Time aku tau dia ada kutu memang malam2 aku tdo pakai anak tudung hahaha.....

Takut berjangkit...Sayang kt rmbut aku yg lembut lg panjang dan cantik ni hehe...Kalo kena kutu kat aku jenuh! Dh la rmbt pnjng mau botak kpla aku nti...Ee xmo la aku...

Tapi yg paling best skali bila ada sesi kutuk mengutuk cara dressup.. Yg peliknya ada yg dressup xtera mn pon rupa ala-ala mek siam jual somtam pon ada hati nk kutuk org len..Kalo sesi kutuk mengutuk ni aku mls msk cmpur..Dengar sudah..Sesekali kuar ayt dr mulut aku yg seksi ni bleh thn pedih gk...hoho

Time aku pon ada ragging gk tp sket2 jer sbb time tu kan keja msk berita bdk2 yg kena buli kt hostel yg mati pon ada sbb tu. So warden asrama dh bg warning kt senior2 sbb tu senior tak pueh at kat km sbb time depa dulu kena lg trok dgn senior2 depa.

Aku gak telah di cop wanted. Huhu.. Ala lau senior tak pueh at pon beh kuat kena baca doa dpn suma org lps roll call. Aku antara muka yg selalu kena..Hehe.. Sbb aku benci pd penindasan. Kadang2 mls nk ikut ckp senior yg prasan bagus tu..

Penah sekali da sekali tu da sorg senior amik kst sport kwn aku dh la amik xbgtau dh pakai kotor2 letak cm tu jer. Kwn aku tu pon mengadu kat aku. Aku ni pntang member2 kena cm tu (konon-konon penegak keadilan la) g masuk dorm senior g sound senior tu..Ha amik ko... Time tu aku dgn kwn aku tu jer dlm blk senior tu.. Aku sound dia..Dia diam jer tp ada lak monyet2 yg dok bising kt blkng tu huhu...

Last2 petang tu kena baca doa kt tapak rollcall..Masa nm aku kena panggil aku wat muka selamber jer ala2 ayu gitu bgn then baca la..Dpt gak pahala hehe...

Ada kawan aku sorg tu perghh lg berani mati. Dia dak skinhead. Popuan ok? Duduk dlm dorm hisap rokok selamber jer.. Tapi dia baik la ngan aku. Walaupon aku xska dia dok hsp rokok tp dia dgn kawan2 ok. Tak hipokrit cm org len yg ska dok mengata kt blkg.

Baru-baru ni aku jumpa dia, dia gtau nk kawen..Haha..Tak sangka lak aku..Jodoh dia sampai awl dan harap-harap dia dh berubah. Manusia yg dulu jahat tak semestinya tak boleh berubah kan?

Tak la mcm sesetengah org tu yg mula2 datang baik, pakai tudung jerr..ayu pastu dh lama2 tudung pon terbang ke mn dh.. Rambut pon ala-ala mat salleh..Tapi aku lak mula2 xpakai tudung g sn jd baik pakai tudung dh.. Tak rumbu cm dlu...Insaf...Alhamdulillah sampai sekarang aku still pakai tudung.

Tapi tak bermakna org yg xpakai tudung tu tak baik yg pakai tudung tu baik. Cuma mungkin belum dpt hidayah lg..Insyaallah sampai seru nti akan berubah gk kn? Sapa2 yg bertudung tu jg la kelakuan sket ni tak aku tgk kadang2 gedik's je lbh...Hmm...Aku pon xperfect sgt serba kekurangan msh cuba nk perbaiki kelemahan yg ada ni..

Tapi zaman tu suma dh berlalu tinggal kenangan jer...Kenangan yg aku akan ingat sampai bila-bila.. Kenangan adalah sejarah..Sebab sejarah yg membentuk manusia menjadi manusia

Wednesday, February 4, 2009

SENYUM DALAM TANGISAN

Hari ni aku rasa sedih sangat…

Sedih sesedihnya…

Perlukan ruang untuk bernafas…

Hmm….

Rasa mcm aku dh tak kuat…

Hmm….

Rasa macam nak nangis…

Rasa macam nk terbang ke langit ketujuh

Rasa….rasa….rasa….

Hmmmm…….
Tak lama dah.....
Masa tu akan sampai juga....
Senyum dalam tangisan....


DITIPU DAN MENIPU APA BEZANYA???

* Amaran!! Entry kali ini memang panjang dan penuh dgn emo. Sila sediakan kopi dan biskut kering cap ping pong semasa membaca!! Pesanan penaja ini dibawa khas dari Gadis Kampung Separa Bandar

Ditipu dan menipu! Dua-dua berbeza dari segi ejaan dan makna tapi apa yang sama dua-dua tipu dan saling menipu.

Aku paling tak suka di tipu apatah lagi di tipu oleh seseorang yg kita anggap kawan. Biarpun usia perkenalan masih baru ataupun lama perlu ke nak menipu??

Benci betul la dgn org suka menipu ni. Pantang aku kalo kena tipu. Memang aku susah nk maafkan dgn org yg suka tipu ni..

Dulu aku pernah kenal dgn sorg mamat ni.. Mula-mula dia dia gtau nama dia zaidi. Pastu tetiba gtau bidi lak. Masa aku tau tu memang aku mls nk layan dh dak penipu cm tu. Pastu dia merayu-rayu suruh aku maafkan dia. OK aku maafkan.

Tapi memang aku tak pernah jumpa jumpa dia. Dia dpt no fon aku dari kawan aku. Setakat nk kwn2 ok layan jer la...Pastu dia kata dia suka aku konon-konon jatuh cinta dgn aku. Dia kata tak pernah bercinta. Berkali-kali dia minta couple dgn aku tp aku xnk sbb aku lngsung xda at kat dia.

Tiba-tiba satu malam tu mcm mn tah muncul idea bodoh dan smpai skrg aku menyesal tak sudah-sudah. Aku tima lamaran dia tp dgn satu syarat sebulan je kami couple..Dia tima dan dia kata lepas sebulan pandai2 la dia nk buat bg dia lupa aku.

Abeh sebulan hubungan aku dgn dia mcm biasa. Aku langsung tak ada hati kat dia. Dan aku anggap dia kwn biasa ja. Tapi yg peliknya dia msh anggap aku mak we dia. Dia cerita la umo dia 26, kerja sebagai pengarah kat mana tah. Aku langsung tak tertarik dgn kekayaan yg konon-konon dia dok cerita tu. Aku still anggap dia kwn biasa xda sekelumit pon perasaan kat dia.

Then aku ajak dia jumpa. Kebetulan masa tu aku pegi kelantan. Cuma dia kata mungkin tu kali terakhir kami jumpa. Aku tak kesah sgt. Sebelum ni aku ajak jumpa pon dia janji nk jumpa alih2 last minute tak xjd. Byk kali lak tu. Time tu aku syak dia ni kaki menipu. Tapi aku wat xtau ja nk tgk dia bleh menipu smpai bila sbb aku ni jns amik pendekatan wait and see.

So berjumpa la aku dgn dia. Dlm 5 minit pertama tu ok lagi. Pastu dia bagi aku tudung 2 helai. Aku amik jer dh org bagi hehe....Then aku minta nk tgk ic dia. Dasyat tak aku? Biasa ar nk pastikan apa yg dia ckp tu betul walaupun aku tau sbnrnya xbtol. Tp aku perlu bukti.

Dia dgn berat Hatinya pon tunjuk tu pun lps kwn dia suruh tnjuk. Dia tunjuk ic dia. Aku, tergamam! Senyap.

Tarik nafas dalam-dalam

Rupa-rupanya selama kami berkawan dia tipu nama dan umur dia. Rupa-rupanya sebaya ngan aku. Nama dia sbnr pulak Hafizi. Bodohnya. Mcm nk amik air pastu simbah jer muka dia masa tu. Tapi aku sbr lg. Dia merayu-rayu minta maaf. Aku buat dono jer..Senyap mls nk layan.

Tiba-tiba mata aku masuk habuk lak. Aku terus bangun blah tinggal dia terkial-kial sesorang. Tapi sempat lg capai beg berisi tudung yg dia bg td. Hehe...

Lps tu dia col byk kali merayu-rayu minta maaf. Nk jd kwn aku balik. Sory!!! Tak da masa aku nk lyn org cm tu. Sampai sekarang dia dok ganggu aku lg walaupun benda tu dh lama berlaku. Memang bengong org cam tu. Mcm s**l.

Hari ni ada lg org menipu aku. Masa mula-mula knl mengaku tak ada awek. Tapi hari ni gtau kata ada awek. Tapi bkn psl ada awek ke tak yg aku dok hangin ni tp psl menipu tu yg aku xbleh tima. Menyampah betul la...Aku paling xska org dok tipu2 ni automatik jd benci, meluat suma unsur-unsur negatif tiba2 ja wujud....

Sebab tu sampai sekarang aku single. Malas nk percaya ckp jejantan yg kaki temberang ni. Tapi tak semua la cuma kebanyakan memang cm tu...

Pehal nk menipu kan??? Dh la menipu keja kantoi tahap dewa...Cm buduh jer....

Aku ni tak reti nk menipu. Keja nk jujur jer dgn org. Sebab tu aku selalu kena tipu kot. Berguna lagi ke "bila kita jujur dgn org, org akan jujur dgn kita?" Bleh pakai lagi ke ungkapan tu?? Sebab selama ni aku dok pegang prinsip tu la..

Aku teringin gak menipu tp kalo menipu tu munafik la kan? Kalo aku menipu tak ada bezanya aku dgn penipu-penipu tegar yg lain kan?? So biarlah aku dgn prinsip aku yg cm lurus bendul tu.. Lurus-lurus pon tak semestinya aku buduh sampai xtau langsung.

Aku ni jns mls nk bising2.. Lantak ko la...Lau ko buat aku cm tu nti org akn buat ko lg teruk. Lagi teruk ko kena tipu nanti. Sebab apa? Sbb hidup kita ni ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah. Bila dh ada di atas tak bermakna selamanya akan di atas. Allah tu kan maha adil. Just wait n see...

*maaf entry kali ini agak emo...

IKHLAS KE??

Tadi masa aku on the way nk balik dr kuliah aku terserempak dgn kawan aku yg masuk sepital sbb kena chikukunyah tu...

Terkejut gk aku dh kuar wad rupanya dak ni..Dari jauh dia cm senyum kat aku...ke perasaan aku ke xtau la tp setakat ni aku tak rabun lagi la....Mata aku ni boleh pakai lagi power pon still ok lg..

Kebetulan kelas yg aku guna td dia akan guna lak...Aku dok pk dlm hati nk tegur ke tak? Nk tegur ke tak? Bila dh dia depan aku time nk selisih tu aku pon dgn baik atinya tanpa dendam dan amarah pon tegur la dia "dah lega dah?" Dia angguk pastu senyum sambil jalan tunduk-tunduk.

Ceh...

Terus hati yg ikhlas menegur td mcm tak ikhlas pulak rasanya.....
'

Tuesday, February 3, 2009

KONPIUS

Hari ini aku dapat berita yang kawan aku masuk sepital...

Nak pegi tengok ke x?

UG: ko tahu tak yg A*** msk sepital?
Aku: napa??
UG: kena chikugunya
Aku: hidup lagi tak dia?
UG: ish ko tak baik ckp cm 2..
UG: aku nk g tgk dia ko tak nak g tengok ke?
AKU: Malas la..
UG: ala profesional la sket...
AKU: hmm tgk la dulu....
UG: Anggap cm kawan-kawan dh la..
AKU:hmm...

Sebenarnya hatiku agak berat nk g tgk dia..Np erk??

Sebab aku pnh ada sejarah bling bling dgn dia..Kalo pergi nti dia pk pe lak? Dah la aku pnh sound dia dlu sbb dia memper......kan aku...Dah la dia terkantoi tahap dewa dgn aku...

Macam mana aku tak dush dush kan dia...

Hmm...

Nak pergi ke tak nak???

Monday, February 2, 2009

AKU TAK LEMAH

Aku pernah suka dia. Tapi aku takut cintaku tak berbalas. Takkan perigi nak cari timba? Tak kan sesekali aku buat begitu. Lalu aku berusaha untuk membuang dia dari hatiku. AKhirnya aku berjaya juga. Tapi menyesal kah aku kerana tak pernah meluahkan apa yg terpendam dlm hati?

Entah. Mungkin ada 2 kemungkinan. Satu aku selamat dari termalu sendiri dan mungkin hubungan kami akan keruh sebab dia menolak cinta aku dan satu kemungkinan lagi mungkin dia berperasaan yg sama sepertiku tapi tak pasti sm ada aku akan menerimanya dan takut ditolak.

Kedua-dua ini ada kemungkinannya. Tapi itu cerita dulu. Ini cerita sekarang. Aku bahagia dgn apa yg aku miliki sekarang. Mencari teman untuk dijadikan pasangan kita bukan mudah. Jadi tdk perlulah terburu-buru untuk memburunya.

Aku rela berputih mata melihat kawan-kawanku dgn pasangan masing-masing. Kalo dulu ada cemburu tp kini tdk lg kerana aku percaya pd takdir. Malah aku doakan kebahagian mereka semoga berkekalan. Jodoh, ajal dan maut sudah ditetapkan. Cuma bila belum sampai masanya ia tdk akan terjadi.

Jodoh. Memang kita tidak tahu siapa. Kadang-kadang bercinta bagai nk rak ke hulu dan ke hilir bersama alih-alih tup tup kahwin dgn org lain. Sudah semestinya byk hati yg terluka. Bagi yg berkahwin senangnya dia meninggalkan si dia yang selama ini yg dia usung ke sana ke mari? Atas alasan apakah??

Kadang-kadang kita selalu mendengar ungkapan "dh jodoh nk buat mcm mana?" Kalo bercerai pulak "dh tak ada jodoh nk buat mcm mana?" Kahwin tu kan atas dasar jodoh mcm mn plak bila bercerai kata tak ada jodoh? Aku yg cetek ilmu ini selalu berfikir tentang ini. Ada apa-apa penjelasan?

Umur aku mungkin masih muda. Baru hendak menjengah 21. Baru nak memasuki alam separa dewasa. Mungkin aku masih mentah berbanding orang-orangan yg sudah angka umurnya melebihi aku. Tapi aku juga punya pengalaman. Pengalaman yg banyak mendewasakan aku, yg banyak mematangkan fikiranku dan banyak memberi peluang kpdku utk berfikir tentang kehidupan.

Sesungguhnya kehidupan bukanlah sesuatu yg mudah. Bukan semua impian yg kita harapkan akan jadi kenyataan. Tak semua yg kita inginkan akan kita dapat kecuali dgn usaha dan izin-Nya. Meskipun kadang-kadang kita berusaha keras utk memilikinya tp kalo tanpa izin-Nya hasrat kita tidak akan tercapai.

Aku pernah kecewa sehinggakan aku sudah tiada semangat utk meneruskan sisa-sisa kehidupan. Namun, aku bersyukur kerana tersedar dari mimpi-mimpi yg tak sampai untuk aku jadikannya sebagai realiti. Aku bangkit semula dgn penuh keazaman dan andainya aku jatuh aku tdk akan sesekali mengalah biarpun berkali-kali aku jatuh.

Kerana aku tahu aku bukanlah insan yg lemah yg hanyut kerana dibuai perasaan. Itu bukan aku walaupun terkadang hatiku dibuai oleh kenangan lalu. Lantas aku jadikan azimat supaya aku terus kuat dan tabah menghadapi hari-hari yg mendatang. Syukur alhamdulillah...

Kerana aku tahu, aku bukanlah lemah seperti yang disangkakan...



KERANA ITU AKU

CAHAYA DLM HIDUPKU..

DEDIKASI UNTUK PUTERIKU SAYANG

MY UMI N MY PRINCESS



Baru jer balik hari ni dh rindu... Kakak rindu la kat puteri... Rindu nak layan keletah puteri yg kadang-kadang buat kakak geram dan letih nak melayan.

Tapi puteri yg banyak membawa keceriaan dalam hidup kakak. Kakak ingat lagi sebelum puteri hadir kat dunia ni. Masa belum jadi segumpal darah pun. Kakak dh mimpi yg umi mengandung kemudian lahirkan adik perempuan.

Masa tu kakak ada adik laki jer suma. Kakak tak da geng. Kalo gaduh pon memang kakak yg kalah. Kesian kan kat kakak?

Kakak ingat lagi masa puteri lahir, semua suka..Lagi pun beza umur kakak dgn puteri 19 tahun. Kadang-kadang org ingat puteri anak kakak. Kalo kakak jumpa kawan-kawan lama kakak, kakak ngaku jer puteri tu anak kakak..Hehe..

Kakak gak penah gaduh dgn p.we kakak dulu sbb puteri. Dia jeles. Dia takut kakak lebihkan puteri dari dia nanti. Tapi jodoh kami tak kuat. Kakak redha. Walaupun kakak kehilangan dia kakak msh ada puteri.
Kalo kakak sedih kakak suka main2 dgn puteri. Kakak suka tengok puteri. Puteri pon manja dgn kakak. Tengok puteri senyum pon abeh hilang masalah kakak.

Kakak selalu marah abg ijat sebab dia suka usik puteri. Kakak tak suka puteri nangis. Kakak suka dengar puteri gelak. Suka tengok gelagat puteri yg boleh buat kakak ketawa.

Cuma kakak harap bila puteri dh besar nanti puteri akan jadi budak yg baik. Kakak takut tgk gejala sosial zmn sekarang apatah lagi bila zaman yg akn datang. Time tu puteri pon dh besar. Kakak takut puteri jd anak nakal lagipun puteri ramai abang. Abg2 puteri manjakan puteri. Kakak pon kdg2 manjakan puteri. Umi dan walid pon sm.
Kakak takut akibat manja terlalu lebih nanti puteri lupa diri bila dh besar nanti. Cuma kakak harap puteri akan jd anak dan adik yg baik.
PUTERI QISTINA SYAKIRA. Umi letak nama QISTINA tu sebab nk puteri jd adil pada kakak dan abg-abg puteri. SYAKIRA. Syukur sebab dh lama kami semua nantikan sorang lg perempuan dlm keluarga kita dan akhirnya tercapai jugak.
Kakak rindu la kat puteri....




DI TAG DAN "MENGE"TAG

Tag? Mende apa ni? Mula-mula memang bengong sket psl menatang ni. Bila lama-lama aku simpulkan yg tag ni lebih kpd memberi soalan then jwb. Tak ssh mana pon..Tag ni tak dtg dgn tekanan mcm razor ckp hoho..

Aku telah ditag oleh razor...Tapi dia tulis aku sbgai Gadis separa kampung separa bandar.. Dia tambah separa kat kampung tu.. Pon boleh!! ;)

5 FAKTA TENTANG DIRI:
~suka makan tomyam
~ada masalah dengan kucing(takut+geli kucing)
~tak suka pakai jam tangan (kalo nk tgk jam kat nset jer..)
~ska tengok laki ada janggut...cute kan?? ahakz..
~masih single hahaha..(promote sket) ngeh3...

5 PERKARA PALING MENAKUTKAN DALAM DUNIA:
~takut excident
~takut dan gayat dgn tempat tinggi (termasuk ms berdiri ats escalator dlm supermarket)
~takut tak kawin-kawin sampai tua..hahaha...
~takut nk bercinta lagi..(hehe gelak malu-malu)
~takut nak derma darah....sbb bila aku tgk darah yg dok dlm beg tu aku rs mcm nk pitam...

5 LAGU BUAT MASA SEKARANG
~munajat cinta-the rock feat dani
~cinta antara kita-duta dan baizura kahar
~lagu kita-aizat
~Jason Mraz-lucky
~Yesterday-the beatles

5 PERKARA YANG SELALU DISEBUT
~insyaallah
~makaseh...
~adeh
~bengong
~bewak(biawak)

5 PERKARA YG AMAT BERNILAI
~laptop
~handset
~duit
~patung spongebob yg dihadiahkan ex-boy aku ms bzday aku yg-19
~ic sbb dh pnh hilang 3 kali

5 PERTAMA KALI DALAM HIDUPKU
~pertama kali beli kasut yg harga RM30..yg len suma harga rm25 dan ke bwh (biasala org susah hukhuk..)
~Pertama kali naik flying fox pastu bila dh smpai seberang xblh nk berdiri sbb lembik lutut.. Aku gayat lor tmpat tinggi2 ni...sumpah xnk naik dh...
~Pertama kali dpt hadiah nset dr seseorang....(ex-boy aku la tu)
~pertama kali nk blaja drive kereta tp terlupa tarik handbrek...
~Pertama kali kena ckp depan org ramai,tangan aku menggigil pegang microfon..Aku xblh pegang mic nti dtg drh gemuruh. Kalo xpegang xpa..

BLOG YG HENDAK DI TAG
~aku gumbira
~syafiqah syafruddin
~batrish
~T--T
~Jawahir
~LOL
~Jumie samsudin

nak tambah lg satu azym....jgn xbuat azym.... ;P

TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR TERLAJAK MAKAN...

Abeh sudah cuti. Hari ni aku balik usm naik moto. Dari Kedah ke Penang... Sakit pinggang oooo... Alhamdulillah selamat gk sampai.



Cuti hari itu aku balik kg. Menghabiskan masa dengan tok dan tok wan tersayang. Aku memang suka dok kat kg. Kalo nk makan apa gtau ja...Segala masakan kesukaan aku suma tok aku akan masakkan. Aku tolong gk la...xkn nk biar tok aku wat sorang-sorangkan? Cucu mithali katakan hakhak...



Then, cuti ni dihabiskan dengan menambah lemak-lemak di badan. Keja makan ja.... Abeh diet aku... huhu..Baru berat nk trn naik balik....Adeyh....



Bila nk start diet blk ni??? Tgk gambar makanan kat bwh ni pon dh kecur air liur.....adeh...
Dugaan...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi