Monday, March 30, 2009

JOM MAIN TEKA-TEKI

CUBA TEKA MILIK SIAPAKAH INI??????



SEHARI BERSAMA GILA-GILA REMAJA



EARTH HOUR. Aku nak story sket kat mana aku masa Earth Hour berlangsung. Sememangnya aku tiada kat bilik sebab aku, kak nija, kak mas, yan, zaf, qema dan kak farah g shoping kat QUEENSBAY.

Huhu..Konon-konon nak shoping utk dinner malam muhibah nanti. So kuar ramai-ramai. Walaupun aku tak berkenan sangat nk shoping2 ni tapi layan jer la.

Dan sehari sebelum tu cokelat aku telah diambil oleh Yan. So aku nak cerita macam mana hari kami dan macam mana aku berjaya mendapat cokelat balik hihi.....



WATAK-WATAK UTAMA




AKU SUDAH SEMESTINYA









BERBAJU MERAH NI ZAF. MEMANG TINGGI DAN SENTIASA CONTROL MACHO. BODY DIA TEGAP BEB!! SELALU MENJADI KEGILAAN GAY KAT LUAR SANA. TAPI STRAIGHT OK? (RASA-RASANYA LA KOT)KEH3....











YANG NI SAPA LAGI KALO BUKAN YAN NGOK NGEK!! HAHAHA..... ANAK MANJA YG PENAKUT NAK MAMPOS!! SUKA BERAKSI LUCAH KETIKA BERSAMA ZAF.. KAH3....






INI KAK NIJA N KAK MAS
KAKAK-KAKAK KU

YG SPORTING GILAKK!!





INI QEMA!! BAKAL ROOMATE AKU SEM DEPAN

COMEY TAK???





Sorang lagi kak Farah. Sory akak teda pic akak. Perjalanan kami diteruskan dengan mencari kasut kak farah dan baju qema. Yang lain-lain window shoping jer. Dan disebabkan sms aku minta cokelat tak dilayan oleh Yan aku telah mogok dengan dia. (konon2 merajuk la tu).


Aku jumpa dia aku wat tak tau jer. Pandang dia pon tak apatah lagi nk cakap. Aku buat tak tau jer. Huhu..Last2 skali dia tegur aku, "cokelat hg dalam keta, nanti balik amik" Hehehe..


Terus aku senyum. Ngee.....Tahu pon nk kasi balik keh3....





INI PANDANGAN BELAKANG BEBUDAK NI.

CURIK-CURIK AMIK.







YANG NI LAGI SORANG NGOK NGEK

TAH SAPE TAH

HAHAHA...

TAPI

COMEL KAN???


SYHHH DIAM!!!





FLY TOGETHER..

GELAP SEBAB MASA TU TUTUP LAMPU

EARTH HOUR
(ok tipu! Sebenarnya ttp lampu sebab supermarket dh nk ttp)





INI YANG PALING BEST

SEBAB




Setelah aku belasah yan cukup-cukup ala-ala Jet Li dan pancitkan tayar keta dia akhirnya dia serahkan gak cokelat tu kat aku.






















Ok aku tipu.

Lalalaala.....

Aku: yan nak cokelat balik kalo tak aku pancitkan tayar keta hang

Yan; Aku parking tempat len..lalala...






Aku: Yan bak la....

Aku: Yan nak cokelat, nk cokelat..bla bla bla...

Akhirnya tak tahan dengar aku dok bising camtu dan dengan pertolongan kak farah aku dapat gak hihihi..


Sunday, March 29, 2009

LAGI-LAGI COKELAT



Yea! Yea! Dapat cokelat balik!!

Sonoknya...

Best-best.....

Hahahaha...


**Tak jadi pancitkan tayar keta hang Yan..Huuhuu..

RINDU PUNYA PASAL

Hari tu aku balik rumah kejap. Tengok tok wan aku yg masuk sepital dan balik jumpa puteri. Rindu sangat kat dia.

Aku balik sehari jer. Balik alor star hari isnin, selasa balik Penang. Walaupun jumpa puteri sekejap jer tapi ok la. Lepas gak rindu kat dia. Tapi puteri rasanya tak abeh lepas rindu kat aku.

Masa aku balik umah, puteri kerja menenggek dgn aku ja. Sampai kan aku kuar malam tu sebab nak pegi beli nasi lemak dia pon nak ikut gak. Aku bawa ja dia naik motor. Puteri duduk dalam raga, Ijat kat belakang.

Memang best puteri malam tu tambah kena angin malam masa aku bawa motor, keja gelak jer dia. Malam tu dia tidur lewat lg. Biasalah kalo aku balik mesti dia tidur lewat. Malam tu aku main dgn dia. Aku dukung dia pastu letak dalam 1 tong ape tah yg ada roda pastu aku main sorong-sorong.

Mengekek-ngekek puteri gelak. Aku amik kamera tangkap gambar dia. Bukan main lagi dia bergaya. Pastu aku dh mls nk amik pic dia merengek-rengek suruh aku amik pic dia lg. Umi aku nak mik pic dia,dia tak nak, nak suh aku gk.

Malam tu aku tidur sebelah puteri. Sekali ngan umi aku. Kebetulan walid aku balik kampung. Esok pagi umi pegi keja lewat sket sebab nk bawa puteri pergi klinik. Masa dia dlm keta tak abeh-abeh dok lambai tangan kat aku.

Tadi umi call.

Umi cerita pasal puteri.

Masa petang lepas umi balik keja dan amik puteri kat umah pengasuh masuk-masuk jer rumah terus puteri panggil "tak,tak" Lepas tu terus masuk bilik cari aku. Tengok-tengok aku tak da. Lepas tu umi cakap dia macam tak tau nak buat apa dia terus masuk dalam tong roda yg aku main dgn dia malam tu.

Haih..adik aku sorang ni. Rindu kat kakak sampai macam tu sekali?? Sabar erk nanti kakak balik lg. Ni yang membuat aku keja nak balik rumah jer ni.....Huhu..Sebak plak rasa.. Rindu sama puteri....

Lepas ni study week, bleh la aku nak balik umah hihi...Silap-silap, esok pon aku dh balik hahaha..Kalo rindu punya pasal macam-macam boleh terjadi..

Walaupun sesibuk mana anda, luangkan masa untuk keluarga juga yek?? Ingatlah orang tersayang.....




PUTERI QISTINA SYAKIRA


***"tak,tak" = kakak,kakak

COKELAT LAGI

LEPAS NI TAK MAU CAKAP PASAL SI MATA COKELAT DH...

USAH DI TANYA MENGAPA



**TAPI AKU TETAP SUKA MAKAN COKELAT

Saturday, March 28, 2009

SEMUA PASAL COKELAT

Nak cokelat.

Bagi balik cokelat aku.

Napa curik cokelat aku???

Gila bapak jahatttttttttttttttttttt........................

Bagi balik weh cokelat aku....

Arghhhhhhhhhhh......

Menciiii.......

Itulah satu-satunya hadiah befday aku

Apsal amik cokelat tu weh...

Menci kat hang Yan...

Menciiiii......



**Aku nangis sebab cokelat.. Gilak? Dah
21 tahun pon mao nangis pasal cokelat??? Ah aku tak kira nk cokelat tu balik kalo tak aku pancitkan tayar keta hang....

Friday, March 27, 2009

PERASAAN MENJADI 21


Perasaan menjadi 21. bagaimanakah perasaan aku sekarang? Sangat bersyukur kerana masih berkesempatan menyambut hari kelahiran yang ke 21. Angka yang semua anak remaja impikan kerana ingin mendapat kunci kebebasan.

Bagi aku, 21 adalah angka yang mungkin membawa perubahan besar dalam hidupku dan tiba-tiba baru aku sedar, aku sudah dewasa rupanya.

Kadang-kadang masih ada sikap keanak-anakan bila berada dirumah. Masih sering bergaduh dengan adikku meskipun umur ku sudah 21 dan kadang-kadang masih tidur dgn umi lg time walid aku tak da.

Mungkin itu sebagai satu cara aku bermanja dgn adik-adik ku (konon-kononnya la). Sebagai kakak memang seronok memarahi adik yang lebih muda dari ku. Hehe…

Terutama adik ku yang second last, Putera Affan Izzat. Ijat nama panggilannya. Memang sering kena marah dgn aku. Kadang-kadang sampai nangis-nangis kena dgn aku. Huhu.. Dia ni cakap banyak pastu suka menjawab. Kalo dgn aku dok menjawab lebih2 silap banyak la..Makan penampor pon boleh ni hehe… Garang tak aku??? ngee...

Kalo aku balik, ijat selalu jeles kalo puteri nak bermanja dgn aku. Kadang2 dia sengaja tak bagi puteri duduk dkt aku. Yela kat rumah sekarang ni tinggal budak 2 orang tu ja. Abang-abang dia yang lain semua kat U dan ada yg ddk kat hostel.

Tapi memang aku suka dgn angka 21. Peringkat umur awal dewasa. Dewasakah aku? Tak terasa macam dh tua ke? Oh tidak sebab aku sentiasa awet muda hehe..Kalo aku cakap form 3 pon org percaya disebabkan keadaan fizikal aku iaitu ketinggian yg sememangnya tak tinggi mana pon.

Ramai yang wish hepy befday kat aku. Thanks uols….Walid aku pon wish. Terkejut gak aku terima sms dari dia. Selalunya dia buat biasa jer. Mungkin dia rasa rupa-rupa anak perempuan sulung dia ni dh besar. Dah 21. mungkin walid aku rasa dia dh tua kot hehe..

Ada pulak anak dara yang dh umur 21. Dulu walid aku pernah ckp, lebih senang nak jaga lembu sekandang dari jaga anak dara sorang. Memang benar pon. Alhamdulillah, aku mendapat didikan dari umi dan walid, tok dan wan yg mendidik aku menjadi insan yg berguna. Maka jadilah aku seperti aku skrg

Dan tadi aku mendapat sms dari adik N "akak hepy besday, good luck for everything" Adiknya dh aku anggap sebagai adik sendiri meskipun aku dan N dah tiada ikatan lagi. Sempat juga aku bergurau dh 2 tahun sambut befday tanpa ada orang di sisi. Adik dia gelak jer. Huhu...

N, hehe..satu nama yg membawa banyak memori dalam hidupku. Susah dan senang bersama. Tempoh perkenalan yang lama bukan menjamin kehidupan bersama. Kalo tersurat dia bukan untukku sedalam mana pun cinta takkan bertemu jodoh juga. Dan aku akur pada ketentuan-Nya.

21. 2 dan 1. 2 in 1. 2 jiwa 1 hati. 2 hati 1 orang. haha..comna ni ha??

Umur 21 tapi masih belum bertemu right person. Nampak mcm terdesak ke?? Aku dh lama menyingle sekarang nk bermula semula. Tapi orang nak kat aku, aku tak nak. Napa la susah bebenor nak jatuh cinta ni? But i'm straight ok??

Kadang-kadang aku berperang dgn diri aku sendiri. Berperang dgn perasaan. Kalo ada yg aku berkenan semua dh jadi hak milik orang lain walaupun bukan hak milik mutlak dan kekal. Aku tak nak terjebak dgn cinta yg bersegi-segi lg.

Aku tak memilih sangat. Selain dari ciri-ciri kebaikan yg semua orang impikan utk memilih pasangan cukuplah dia ada janggut sejemput. Janggut yg menambahkan manis bg seorang lelaki. Sunnah Rasulullah tu... Hehe...

Semalam aku sambut befday dgn air oren masin+lada sulah dan air sabun. Bagus la kwn aku sorang ni si ida tu. Pekena aku hidup-hidup. Habis baju ngan tudung kena air sabun n air oren. Tapi tak seteruk dia kena dgn aku dulu siap makan tepung lg hahaha...Perang tepung.

Apa-apa pun aku harap bila umur aku 21, aku akan beroleh banyak kejayaan, kegembiraan dan paling penting kebahagiaan. Aku nak lupakan memori luka semalam (ceh jiwang la plak). Nak lupakan N, dan semua kenangan lama yg membuat hidup aku terseksa.

Si mata cokelat???? Entah la. Kesibukan sering memisahkan kami. Entah apa khabar dia di sana. Mungkin tiada lagi untuk kali ke-3. Tapi aku tetap rindu pada mata cokelatnya hehehe...



CHAYOK! CHAYOK!





**BUAT SESIAPA YG BELUM TAHU, NAMA SEBENAR AKU WAN NUR HANIS. NAMA GLAMOR ANYSS. NAMA KAMPUNG TETT.....TAK LEH GTAU. HEHEHE...



THANKS PADA SEMUA YG WISH BEFDAY AKU



MALAM 21

SELAMAT HARI LAHIR
BUAT
WAN NUR HANIS


SIAPA DIA??
ITU NAMA KU
LAHIRNYA AKU
NAMA PILIHAN IBU BAPAKU


21
ANGKA KERAMAT
BEBAS UNTUK MENGATUR HIDUPKU
TAPI MASIH BERPAKSIKAN AGAMA DAN IBU BAPA


DULU AKU SERING BERFIKIR
BAGAIMANAKAH KEADAAN AKU BILA BERUMUR 21
DAN KINI,
AKU ADALAH SIAPA DIRIKU KINI


DULU,
AKU LEPASKAN CINTA DEMI CITA-CITA
MESKIPUN HATI MENYAYANGI DIA SETULUS HATI
TAPI AKU REDHA DIA BUKAN MILIKKU


HARAPAN IBU BAPA LEBIH PENTING
DARI HARAPAN AKU SENDIRI
WALAUPUN KESANNYA
AKU TANGGUNG SAMPAI SEKARANG
TAPI
DEMI CITA-CITA
DEMI HARAPAN UMI DAN WALID
AKU REDHA DENGAN KETENTUAN-NYA


MALAM 21
MUNGKIN MEMBERI SERIBU ERTI BUAT DIRIKU
PERLU LEBIH MATANG DALAM MENEMPUH KEHIDUPAN
PERLU SENTIASA LEBIH CANTIK DAN CUTE
DAN PALING PENTING PERLU SENTIASA MANIS


THANKS SEMUA KERANA SENTIASA MEMBERI SOKONGAN
BERADA DI SISI AKU SAAT AKU MEMERLUKAN
TANPA KAWAN-KAWAN
SIAPALAH AKU


MUAHHH UNTUK SEMUA

Thursday, March 26, 2009

UNTUK AWAK (entry yang agak jiwang)

Awak. Saya minta maaf tak dapat terima awak. Mungkin saya bersikap dingin dengan awak. Saya tahu awak selalu baca blog saya. Saya juga selalu sibuk dengan kerja-kerja saya.

Saya tahu awak terasa hati. Tapi kadang-kadang saya tak pujuk awak pon kan? Awak selalu call tak kena masa. Masa saya tengah sibuk awak call. Lepas tu awak akan marah. Walaupun awk tak tunjukkan kemarahan awak, dengar suara awk pon saya tahu awk marah.

Saya minta maaf untuk kesekian kalinya saya masih tak dapat nak menerima awk. Walaupun awk cakap awak faham saya, tapi sebenarnya awak memang tak faham saya. Awak tak faham kesibukan saya dan awak tak faham ataupun mungkin awak pura-pura tak faham.

Saya tak dapat menerima awak. Mungkin kita bermula sebagai kawan dan mungkin pengakhirannya juga sebagai kawan. Maafkan saya sekali lagi wak.

Saya tahu apa yang terbaik untuk diri saya dan inilah pilihan saya.

Maafkan saya wak.....

SESI MELUAH PERASAAN

Semua sudah sedia maklum yang citrawarna semua desasiswa di USM dh habis. Kami sebagai tuan rumah ada sajalah benda nak di settle kan terutamanya pasal kewangan dan perbelanjaan yang telah kami gunakan untuk citawarna.


Dan berlakunya banyak pembaziran oleh orang tertentu yang suka buat keja sorang-sorang tanpa berbincang dengan semua ahli seketeriat even Pengarah projek sendiri. Sebelum citrawarna semua kerja dia nak buat walaupun bukan kerja dia, dia nak sibukkan diri gak.


Dah la buat keja senyap-senyap pastu bila dapat maklumat simpan sorang-sorang bukan nak gtau semua orang. Last-last menyusahkan orang yang sepatutnya tahu maklumat tersebut. Mulalah pihak atasan nak pandang serong konon2 orang yg ditugaskan tak buat kerja.


Mana taknya dh semua kerja dia nk buat, dah la tak gtau orang yg sepatutnya tahu pasal benda tu. Cakap jer pandai, pastu suka menyampuk apa orang lain nak cakap konon-kononnya dia tau semua perkara.


Tak suka betul dgn orang yg ska menyampuk ni. Dh berapa kali aku kena. Sembang dgn org lain tiba-tiba dia menyampuk even cakap penggawa pon dia bleh menyampuk sungguh kurang terajar betul la. Tak tau nk hormat orang yg sedang bercakap. Kadang-kadang aku ignore jer dia tu. Panas juga hati ni. Tp Sabar jer la.


Sebelum citawarna pon dh terdengar macam2 orang komplain pasal dia. Suka wat keja sorang2, pastu sibuk buat kerja orang lain. Bila tanya pasal keja dia, dia ckp settle. Bila pengarah projek tanya psl kerja dia dan perlukan beberapa perkara dia nangis lak ngadu kat pihak atasan ckp pengarah projek tinggikan suara kat dia.


Cam hampeh jer.


Dan tugas dia hasilnya tak seindah yang dikhabarkan. Itulah suka sangat nyibuk hal orang lain. Tugas sendiri dah cam hape dh.


Dan paling aku bengang sangat habis citrawarna terus dia nak lepas tangan macam tu jer. Kerja buat separuh sedangkan banyak lagi yg belum settle. Cakap dapat sponsor, mana dia? Habuk pon tarak. Cakap jer lebih.


Lepas habis citrawarna kitaorang wat post-mortem tapi bayang-bayang dia pon xnampak. Takut ker kena smash nanti?? Pastu nak letak jawatan. Berani kerana benar takut kerana salah. Takut ke nak hadapi kenyataan???


Kalo dia terbaca pon apa yg aku tulis ni tak puas hati datang jumpa aku sendiri jangan mengelakkan diri. Aku ym hg xbalas. Apa alasan tak tau la kan?


Bengang ni. Aku tersusah sekali pasal hg. T-shirt tak settle lagi. Kalo betul dapat sponsor RM1000 seperti yg diuar-uarkan mana dia???????????


Orang yang banyak cakap ni tak semestinya tahu semua perkara, kadang-kadang nak tunjuk pandai jer...


Yang paling penting jangan suka menyampuk time orang lain tengah bercakap macam kita tu tahu segalanya. Ingat sama diri kita tu siapa. Hormat orang lain sama. Kalo kita nak orang lain hormat kita, Kita kenalah hormat orang lain dulu.


Sekian, harap maklum.....



** Entry berbaur emosi sebelum aku menjangkau umur 2..??
Sehari lagi....


;P

Wednesday, March 25, 2009

BILA KENANGAN BERMAIN DI INGATAN, REALITI PERLU DIKETEPIKAN


Sangat boring.

Abeh jer citrawarna aku dah tak tahu nak buat apa. Selalu bz uruskan macam-macam perkara tapi aku enjoy sangat walaupun bz. Sekarang ni banyak pula masa terluang dan aku sangat boring.

Rindu nak sibuk buat surat macam dulu. Rindu nak turun latihan citrawarna dengan kawan-kawan yang lain. Rindu nak lepak ramai-ramai kat pejabat Desasiswa sambil borak-borak dan adakan sesi kutuk mengutuk.

Rindu semua itu.

Lepas ni semua orang buat kerja sendiri. Jumpa pon sekadar senyum sesama sendiri. Tak ada masa nak borak-borak macam dulu. Tak ada masa nak bergelak ketawa lagi.

Boring sangat. Masa aku dihabiskan dengan tidur.

Ya, aku menjadi seorang yang kuat tidur disebabkan keboringan melampau. Aku boleh tidur sehari tanpa makan apa. Bangun untuk menunaikan perkara yang wajib sahaja kemudian sambung tidur.

Dah jadi seorang yg pemalas. Malas nak lakukan apa-apa pun melainkan tidur. Malas nak ber sms. Malas nak layan orang yang aku dh janji lepas citrawarna aku akan bahagikan masa utk dia. Aku dh menolak dia dalam hidup ku tapi dia masih menginginkan aku.

Kesian kan?? Tak patut aku buat macam tu. Tapi aku dh terus terang aku hanya boleh sayang dia sebagai kawan dan tak lebih dari itu. Aku tak boleh bersama dengan orang yang tak dapat nk memahami aku, yg suka mengongkong apa yang aku lakukan dan sering mengatakan ini tak boleh dan itu tak boleh.

Aku ada prinsip aku sendiri. Aku ada cara aku sendiri. Bukannya seseorang yg perlu mengatur hidup aku. Itu bukan aku. Aku mahukan seseorang yg boleh terima aku seadanya dan memahami siapa aku.

Dia bukan untuk aku.

Kenapa aku susah nak menerima orang yang ingin hadir dalam hidup aku? Kenapa? Sedangkan aku sebenarnya menginginkan seseorang dalam hidup aku??

Mungkin aku belum bertemu right person! My prince charming di mana kau?? Huhu jiwang la pulak ngeh3....

Biarlah. Aku perlukan masa untuk mencari seseorang yang betul-betul diciptakan untuk aku. Meskipun lagi beberapa hari umurku akan mencapai awal dewasa. Cepat jer kan? Tapi rasa macam umur belasan tahun lagi huhu...

Dan,

Aku masih teringat kepada seseorang yang mungkin dah mati dalam hidup aku tapi kenangan bersamanya belum mati. Aku mahu lupakan semua itu. Aku tak nak dia wujud lagi meskipun hanya memori bersamanya.

Bagaimana pula dengan si mata cokelat?? Kesibukan memisahkan kami. Seperti dulu juga. Tak ada apa yang berubah. Jarak menjadi punca perpisahan kami. Dan untuk kali kedua kesibukan pula memisahkan kami. Adakah lg kali ke-3?? Entah la.....Hanya jodoh yg akan menyatukan kami.

Malam ni aku rindu. Rindu pada semua kenangan lalu. Kenangan yang memberi aku harapan tapi realiti yang menghancurkan harapan. Aku hanya perlu tabah dan terus tabah dalam menjalani kehidupan yang tak seindah yang kita impikan.

Buat N, semoga kau bahagia dengan pilihan yang kau buat dan aku akan terus berdoa untuk kebahagiaan kau meskipun kau tinggalkan aku secalit luka yang hingga kini mengambil masa untuk sembuh. 3 tahun berlalu bukan bermakna luka ini sudah sembuh.

Buat si mata cokelat, engkau dan aku masih berada di awang-awangan. Entah bila akan tersedar dari mimpi semalam.


Aku rindu pada kenangan tapi realiti sangat susah untuk diketepikan.

Monday, March 23, 2009

BILA AKU JADI.............

Aku dah sampai kat umah, tapi sekarang ni kat kg. Aku dah tengok tok wan aku. Alhamdulillah dia dah sehat sket. Petang ni aku nak balik alor star jumpa puteri lak.

Sekarang ni ada kat kedai tok wan aku, kebetulan kat cni ada wireless yang entah dari mana aku pon xtaw. Apa lagi bleh la aku upload pic sepuas-puasnya. Sebelum ni aku janji nak upload pic masa malam citrawarna kan? So layan jer lah........




Ada gaya Puteri Hang Li PO tak??


ngee....














Puteri dan Putera
hehe....











Bergambar dengan peminat


wiwitt....









Yang ni lanun mana tah
hahaha..


Gaya yg sweet dari kitorang
hihi..
(mekap dh tertanggal)
huhu..

aku, amin, iwan


HARI YANG SANGAT MELEGAKAN

Alhamdulillah.....

Segala-galanya dh selesai.

Malam citrawarna ke-9 sudah berakhir. Kami selaku Tuan rumah banyak mendapat pujian daripada ramai pihak termasuk naib canselor USM. Penganjuran yang lain dari yang lain.

Aku sebagai sekteriat dan juga penari sangat berpuas hati walaupun kami tak menang tapi majlis berjalan dengan lancar tanpa timbul sebarang masalah. Segala penat lelah aku sebelum malam gemilang tersebut berlangsung terbalas sudah.

Aku adalah orang di sebalik takbir yang menguruskan malam citrawarna USM 08/09 dan aku juga sebagai penari untuk desasiswa (asrama) aku.

Malam rehearsel citrawarna merupakan hari yang sangat memenatkan bagi aku. Pertama sebab aku tak tidur langsung dari hari sebelumnya. Kedua aku sibuk menguruskan borang-borang penyertaan semua desasiswa. Ketiga, aku juga sebagai penari yang berlatih sampai lewat pagi serta menguruskan T-shirt citrawarna utk semua penari dan penyelaras malam citrawarna

Sampaikan lepas rehearsel aku tertidur kat atas balapan di stadium olahraga atas pangkuan kawan aku. Penat sangat.. Nasib baik kawan aku memahami kepenatan aku tu. Thanks wan jun.


Ini pengalaman pertama aku terlibat dengan majlis yang besar macam ni tambahan pulak kami menjadi tuan rumah. Tapi memang best sebab aku dapat timba banyak pengalaman yang baru dan sangat berguna utk diri aku.

Aku buat uruskan banyak benda dalam 1 perkara. Memang sangat mencabar. Aku mencabar diri aku dan alhamdulillah aku berjaya lakukannya. Sebagai penari juga aku timba banyak pengalaman terutamanya pertama kali di mekap ala-ala puteri cina dan pertama kali juga memakai bulu mata palsu. haha...

Berat weh.. Dengan hiasan atas kepala lagi. Sabar jer la...Malam tu aku memang puas hati dengan persembahan kami. Ramai juga yang memuji tapi kalah dan menang adat pertandingan. Tak ada rezeki kami.

dan...

Aku dh qada tidur aku hehe.. Sampai sehari aku tidur ngeh3....Itu yang aku impikan selama ini tidur sepuas-puasnya tanpa gangguan. Ngee...Best best.

Aku nak balik rumah. Tok wan aku masuk hospital. Sakit. Tapi aku terpaksa menahan diri dari terlalu emosi sebab aku terlibat dengan citrawarna jadi aku tak boleh nak balik lagi. Rasa bersalah sangat.

Puteri, adik aku yang bongsu pun dah rindu sangat kat aku. Mak chaq aku gtau masa walid aku bawa dia balik kampung. Puteri tengok gambar aku pastu keja panggil "tak,tak". Tak tu maksudnya kakak biasala budak2 pelat lagi.

Tidur dalam buaian pun pegang gambar aku. Rindu sangat la tu. Aku pun rindu gak. Sabar-sabar esok kakak sampai.

Tak sabar nak tunggu hari esok. Nak balik......


**Pic malam citrawarna akn di upload kemudian. Nak tengok aku beraksi ala-ala PUTERI HANG LI PO tak???

Friday, March 20, 2009

SEDETIK CUMA

Hari ini rehearsel citrawarna. Sekarang dh kul 10pagi. Aku tak tdo lagi dari semalam. Uruskan apa-apa yang patut pasal citrawarna. dari semalam tak balik bilik lepak kat bilik meeting dgn akma, kak farah, kak nija, kak ija, zaf dan fahmi.

Ramai lagi desa yang tak bagi CD dan sinopsis sedangkan esok dh nak berlangsung. Hmm.. Penat la macam ni. Hari ini akan dapat T-shirt. Tapi T-shirt tak cukup untuk semua orang termasuk penyelaras.

Mana taknya ada penambahan last-last minute baik penyelaras mahu pun penari. Ada gak yg call aku tanya boleh tak nk jadi penyelaras lagi tp dukacita dimaklumkan memang tak boleh.

Aku pon dah pening macam mana la ni. Dah cuba usahakan untuk semua tapi rasanya memang bukan salah aku. Bila dah hantar design baju ramai pulak yg nak join citrawarna ni. Haihh.....

Petang ngan malam ada rehearsel. Jangan aku pengsan sebab terlampau letih sudahlah. Doakan aku bertahan sampai ke akhirnya. Sehari jer lagi ni...

Doakan semua berjalan lancar. Good Luck untuk desasiswa (asrama) aku.

**Akan postkan picture kat entry nanti.

SALAM CITRAWARNA

"MEMASYARAKATKAN BUDAYA PELBAGAI KAUM"

Wednesday, March 18, 2009

MENGHITUNG HARI

Lagi 3 hari malam citrawarna. Hari-hari keja menghitung hari. Tadi kul 3 meeting. Ada bengkel kehakiman untuk YDP desasiswa dan Pengarah artistik. Tadi aku dah inform kat semua desasiswa suruh hantar CD ngan settlekan pasal borang penyertaan.

Walaupun tgl 3 hari je msh tak settle lg. Geram betol aku. Gtau awal-awal pon still tak paham bahasa gak. Tapi diorang janji nak settlekan esok. Ok, wait n see jer.

Tugas aku pasal uruskan borang penyertaan semua desasiswa aku dah serahkan kat penolong setiausaha aku, Akma. Aku rasa banyak sangat aku kena uruskan dan perlukan pertolongan penolong aku tu. So ringan la sikit beban tugas aku.

Tadi kul 8.30 mlm kena g stadium tgk tempat pastu meeting dgn penyelaras sbb nak bahagikan tugas. Abeh meeting rush p kat gelanggang tempat kami berlatih menari lak. Pastu baru teringat assignment BI tak buat lg. Dh la nk kena hantar esok. Gila arr..

Lepas settle pasal nama peserta ngan salinan ic diorang balik wat BI. Ni pon xsiap lagi. Tapi sempat gak curi2 tulis blog hehe..Baru lepas solat isyak kul 1.30 pagi huhu...

Tapi aku solat 2 kali sebab punya tak kusyuk sebab fikir pasal kerja dgn assignment aku lupa aku dh solat bp rakaat. Hehe.. Alih2 solat balik. Fikir pasal kerja sampai lupa la dh solat bapa rakaat. Huhu..

Mungkin hati aku tak tenang selagi semua ni tak selesai. Tak sabar2 nak tunggu malam citrawarna ni. Aku dh letih nak uruskan semua ni tapi masih bersemangat nak teruskan juga.

Kuat semangat juga aku ni erk?? Hehe...

Ok la nak sambung wat assignment BI. Kerja bertangguh jer ni. Hmm....

Monday, March 16, 2009

PENAT TAPI BERBALOI KE???

5 hari lagi malam citrawarna 08/09 akan berlangsung. Aku masih sibuk menguruskan pasal semua perkara. Tak sabar-sabar nak tunggu 21.3.09 ni. Harap-harap semua berlaku seperti yg dirancang.


Penat mental dan fizikal. Tapi aku masih bertahan lagi. Sebab aku selalu meletakkan diri aku dalam situasi yang agak stabil meskipun kadang-kadang aku sangat tertekan sehinggakan hampir-hampir nak menangis.
Penat!!


Semua tugas dicampakkan atas kepala aku sorang. Akulah exco kebudayaan, akulah setiausaha malam citrawarna, aku jugalah yg uruskan psl borang penyertaan semua desasiswa, akulah yang uruskan pasal t-shirt utk mlm citrawarna, akulah pengurus pasukan, sampaikan menari pon aku juga. Gilakan???


Aku bukan gila kuasa ok macam sesetengah orang. Ini adalah tugas yg orang amanahkan untuk aku. Bukannya macam sesetengah orang yg suka kawal suma benda dan paling menyakitkan hati orang lain yg buat keja tiba-tiba dia pula yg bersuara mcm dia yg lakukan semua tu sedangkan aku yg bertungkus-lumus siapkan semua tugas.


Tiba-tiba dia melaporkan benda yg dia langsung tak terlibat dan buat seolah-olah dia yg lakukan semua itu. Macam siak jer kn?? Ramai gak kengkawan aku bising psl dia. Tapi aku akui dia memang seorang yang pandai kipas-susah-mati pihak atasan. Walaupun dia mcm tu nasib baik kerja dia buat gk.


Penat weh!! Aku penat mental. Fizikal boleh tahan lagi. Boleh lagi kurus macam ni. Aku geram sangat kat penyelaras yg ditugaskan buat air utk penari. Sepatutnya sapa yg bertugas buat air, dialah yg kena beli air batu. Boleh pulak budak 2 hekor tu cakap kami ditugaskan buat air jer yg lain kami tak tahu.


Time tu aku boleh sabar lagi. Then aku ckp xpe la biar aku jer beli. Malas nk bising2. Yang kawan aku sorang lagi dh hangin dh. Siap sumpah seranah tp kat belakang diorang je la..Penat gila aku hari itu. Hmm..sabar jer la...


Pastu aku kena uruskan pasal tempahan t-shirt lak. Malam tu dh settle dh walaupun pd mulanya ada pertembungan psl t-shirt dgn kwn aku. Pen. pengarah projek suruh aku uruskan tiba-tiba lak kwn aku yg sorg lagi ckp diorang yg uruskan gk. Kelam kabut gila. Aku suruh dia settle kan jer lgpun abg yg aku nk discuss psl t-shirt tu dh smpai dh.


Bukannya nak gtau awl-awl geram gak aku. Tapi mcm biasala aku ni sabar lagi. Malas nk ckp banyak. So t-shirt dh settle. Sok tu pagi2 buta abg buat t-shirt tu call gtau suruh emailkan design lain sebab dia terdelete. Gila arr..


Dh la semalam tdo kul 3 pagi, pagi2 call time aku ngah tdo lagi gtau masalah. Kalo gtau aku dapat rm 1 juta tak pa gak la. Design baju lak yg diorang editkan lain tak save dlm laptop lak. Argghh... Tension dh. Masalah problem betul la. Pastu g cari Amin kat stadium suh dia design balik. Hmm..Macam2 masalah.
Dugaan...


Tu pun nasib aku tak balik rumah. Kalo aku balik cana la bebudak tu. Aku fikir kalo aku balik nanti keja aku orang lain plak yg kena buat walaupun aku dh tanya Yan mcm mana kalo aku balik hampa semua ok ka? Dia kata ok jer tak ada masalah. Tapi tengok ar masalah problem gak yg timbul kan??


Masa aku tulis entry ni pon aku baru lepas balik dari office. Berkampung kat situ lak uruskan pasal borang-borang penyertaan citrawarna. Ada lagi gak desa lain yang tak hantar walaupun tarikh dah tutup. Menyusahkan betul la......


Malam ni menari lagi. Macam nak terputus nyawa. Nak bernafas pon aku rasa sesak. Penat sangat-sangat. Tapi aku kena kuat gak. Aku mesti kuat. Mesti bertahan. Mesti.


Study? Usah di tanya. Tak sempat nak study lg. So study week ni kena keja keras utk study. 3 paper je pon kena study hard gk. Aku tak nak pasal sibuk uruskan benda lain, pointer aku jatuh. Kalo walid ngan umi aku tau aku sibuk uruskan benda ni mau kena berleter. Study entah ke mana.


Cuti sekolah ni pon aku tak dapat balik jumpa ngan adik-adik aku. Umi aku dah call suruh balik tapi nak buat mcm mana sibuk, tak sempat nak balik. Rindu gila nak balik uwaa.....


Aku gak nak minta maaf pada sesapa yg terkena marah kalo tiba-tiba call aku tengah-tengah pagi buta time aku tidur lagi. Tapi rasanya memang patut pon kena marah hehe.. Call aku pastu dok buat hegeh-hegeh mcm mana tak kena marah. Siap antar msg lg tak nk call aku dh sbb time dia call mesti kena marah hehe...


Yela selalu call time tak kena masa. Time aku bz ataupun aku tgh tidur pastu buat hegeh-hegeh pangai budak2 dia tu. Nasib la kan??? Huhu.. Garang ke aku ni???


Pada seseorang yg selalu perli aku "menarilah sampai subuh" maaf ye sebab saya sangat bz. Tak sempat nak msg2 ngan awk. Kalo awk merajuk pon memang tak terpujuk. Pujuk la diri sendiri yek? Huhu...


Pasal si mata cokelat lak hmm.....Hehe...Huhu..Cana erk?? Masing-masing bz. Kalo ada masa akan contact gak kalo tak ada masa masing-masing paham cuma dia selalu bising sebab aku selalu tak makan. Terlupa la. Kadang-kadang leka wat keja. Dia ckp dia pon bz gk tp makan tetap mkn.


Itu dia. Aku? Hmm...Memang lom mkn lg pon. Huhu...Makan karipap jer tadi. Nasi tak sentuh lagi. Tiba-tiba perut berbunyi lagu dangdut lak ni. Adeh... Lapaq....Bila tah nak mkn ni??


Hmm...Doakan semua yang aku usahakan berjalan dengan lancar yek?? Aku masih terasa penat. Tapi tak apa, aku akan terus bertahan sampai semua ini selesai.


Insyaallah.....

Friday, March 13, 2009

DEMI MASA


Hari ni dah Jumaat. Selamat hari minggu semua. Kejap jer kan? Pejam celik pejam celik tetiba dah hari jumaat. Esok sabtu, lusa ahad dan seterusnya hari-hari yang berikut menyusul.

Masa itu bergerak. Kadang-kadang kita tak sedar pun masa berjalan dengan pantas. Sedangkan kita masih asyik leka dengan urusan duniawi semata-mata. Masa bergerak dan tak kan dapat diputarkan ke masa silam. Yang berlalu telah berlalu. Setiap detik adalah sangat berharga.

Macam mana nak cari masa terluang? Macam mana nak bahagikan masa dengan baik? Macam mana kita nak hargai masa? Semua itu terpulang pada individu itu sendiri dan aku sendiri masih tidak dapat menguruskan masa dengan baik.

Aku masih tidak ada masa untuk diri sendiri. Tidak ada masa untuk bercinta. Tidak ada masa untuk jejantan-jejantan yang menagih cinta dari aku. Kerana itu pilihan aku. Aku yang menentukan apa yang aku rasa aku perlu utamakan daripada perkara yang lain.

Biarpun aku sering merungut tentang kesibukan yang aku hadapi tetapi aku masih melakukan tugas dengan gembira kerana dari situ aku belajar banyak perkara. Aku bermula dari bawah dan aku belajar tentang MASA. Dan aku menjadi seorang yang lebih menghargai MASA.

Saat ini aku lebih menghargai masa. Masa-masa bersama keluarga yang paling aku rindui sekarang. Rindu sangat.. Dan aku simpati pada sesiapa yang tinggal jauh dari keluarga. Buat sesiapa yang sudah kehilangan ibu bapa semestinya saat-saat bersama mereka adalah sesuatu yg paling berharga dalam hidup mereka.

Buat sahabatku Noni yang baru kehilangan abahnya, takziah aku ucapkan. Dan setelah hampir 2 minggu baru aku tahu abahnya dah meninggal dunia. Begitu perahsianya sahabatku ini. Betapa kuatnya dirinya. Dan aku mengalir air mata apabila mendapat berita tersebut dan bukannya datang dari mulut dia sendiri.

Dia anak bongsu. Sangat manja dengan abahnya. Tika aku ke bilik noni, adakalanya dia berbual di telefon dgn abahnya bagaikan berbual dgn kekasih. Dengan suara manja dia akan berbual dengan abahnya dan kadang-kadang abahnya akan call hanya untuk memastikan yg dia sudah makan atau belum. Dan kini siapa lagi yang akn melakukan itu semua???

Aku tak dapat bayangkan sekiranya itu berlaku dengan aku secara tiba-tiba. Adakah aku akan kuat dan tabah? Aku cukup takut untuk merasai kehilangan seseorang yg aku sayang. Meskipun aku tahu setiap yg hidup pasti akan mati suatu hari nanti cuma kita tak tahu bila dan bagaimana?

Dan sekarang orang yang paling aku sayang sedang berperang dengan penyakit kanser. Kanser payudara. Namun di sebalik semua itu dia mempunyai kekuatan yang luar biasa. Aku tahu semangatnya yg kuat membuatkan dia mampu bertahan hingga kini. Tapi sampai bila? Aku takut untuk menerima kenyataan yang satu itu.

Tika ini, biarpun air mata mengalir membasahi pipi, mungkin tidak dapat mengurangkan penderitaan yang ditanggung olehnya. Juga penderitaan yang aku tanggung di sebalik senyuman manis ini. Aku takut aku tidak mampu untuk menanggungnya.

Aku takut!!!

Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan-Mu itu......

Tuesday, March 10, 2009

CIK GADIS TENGAH GEMBIRA

Nampaknya hari-hari aku kini semakin indah. Bukan sebab si mata cokelat yek tapi sebab assignment aku yg dah submit dan banyak lagi benda yang aku dah setle kan cuma tinggal citrawarna ni jer yang akan diadakan pada 21 Mac 2009.

Lepas tu aku nak tumpu pada study jer. Nak cover balik sebab banyak masa-masa aku habis kat aktiviti lain bukannya study. Huhu..Lepas ni mau jadi ulat buku plak... Bukannya ulat bulu naik daun yerk??? Hihi...

Pasal jejantan-jejantan yang tak reti nak memahami aku tu aku dh sedia nak ucapkan selamat tinggal. Sory la aku bukannya bini hang lagi sampai hang nak control-control semua yang aku buat. Baru kawan jer kowt??? Betul tak?? (Tiba-tiba dengar suara upin dan ipin cakap Betul, betul, betul!!) Hehe...

Pasal abang aku yang dok jauh kat Padang Pasir tu aku dah tak kisah sangat walaupun dia dah lama tak contact aku. Orang tengah bahagia buat apa nak di kacau kan?? Kalau dia rasa dia ingat kat adik dia ni pandai-pandai la dia nak cari aku kat mana cuma sesekali rindu gak kat janggut dia tu.. Hurmm...

Aku nak ucap kan banyak-banyak tima kasih pada semua pembaca yang sudi baca blog aku ni dan tinggalkan komen-komen yang bernas dan kadang-kadang mencuit hati tak kiralah time aku tengah sedih atau pun happy.

Setiap apa yang terjadi dalam hidup kita ada pasang surutnya. Kadang-kadang kita gembira, kadang-kadang kita sedih dan tanpa disangka-sangka kita kehilangan orang yg paling kita sayang. Buat teman blogger aku LOL ataupun Rekha takziah atas kehilangan orang tersayang.

Bagi kita yang masih hidup kita perlu jalani hidup kita dan hadapi segala yang mendatang dengan tabah tak kiralah saat kita hampir-hampir tersungkur ataupun di puncak kejayaan walaupun saat-saat tersebut tiada siapa di sisi. Kita mesti kuat macam aku selalu berpesan pada diri ku sendiri yg aku kena kuat!!

Dan untuk semua pembaca-pembaca blog GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR, disebabkan cik gadis tengah gembira cik gadis nk anugerahkan award kat korang semua. Terimalah award yang tak seberapa ni. Semua yang berkunjung ke blog ni wajib tau amik pastu letak kat blog masing-masing. Terima kasih sebab sudi membaca dan tinggalkan komen-komen korang.




** Pilih la nak yang besar ke kecik. Amik satu jer taw.. Hihi..

Monday, March 9, 2009

SI MATA COKELAT

Semalam kan, semalam kan, semalam kan hari Ahad. Hehe.. Tapi bukan pasal hari Ahad yg aku nak story tapi pasal aku ngan ehem ehem a.k.a kekasih gelap ku Kui3..... Cakap single lagi tibe2 lak ada kekasih pe cerr ni????

Nak story la ni.. Sabau-sabau bak kata orang Melaka.

Cukuplah aku namakan dia Si mata cokelat. Sebelum hari kejadian si mata cokelat call aku cakap nak datang Penang. Dia dari Tanjung Malim. Dah leh agak tak dia stdy mana?? Huhu...

So aku akan jemput dia kat jeti. Dalam kul 5 pg dia call cakap dh sampai butterworth. Tapi dia akan bertolak naik feri lepas Subuh. Lepas Subuh aku pon g jemput dia dengan keta kecik ku kat jeti. Wah rindu nak jumpa dgn si mata cokelat ni. hehehe...

Cam tak sabar-sabar lak kan?? Slumber jerk dek non....Huhu... Tapi aku yg jadi driver sebab si mata cokelat ni tak ada lesen lg. Segan gak ar dia sbb aku yg drive. Rileks la brader..sapa suh tak amik lesen awl2 kan???

Dalam kul 7 lebih tu aku dh jemput dia. Sebenarnya aku bukan tau sangat jalan Penang ni dan aku paling takut dengan pemandu-pemandu Penang ni orang kata depa ni bawa kenderaan Loqlaq tapi memang betul pown. Tak caya try la bawa keta ka ataupon motor kat Penang. Ada brann???

Pagi-pagi buta nak lepak mana yek? Lepas breakfast kat Khaleel Nasi Kandar dpn USM aku bawa dia lepak tepi laut kat Queensbay. Situ pon jadilah lagi pun situ ja pown yg aku tau. Huhu..

Lepas lepak sana kami p Bukit Bendera lak. Hehe... Aku main redah jer walaupun jalan tak taw.. Penang, kalo sesat pown pusing-pusing jumpa jalan balik gak. Tapi p bukit bendera pon tak naik atas walaupun tiket ketapi dh beli. Ketapi kul 10 jam baru 9.20pg..

Si mata cokelat ni dh tension menunggu dh. Dah la dia nantok sbb xtdo lg dlm ketapi pastu kena tunggu lama-lama dh la si mata cokelat ni tak suka menunggu. So g tempat len lak. Tiket tu derma je kat akak mana tah. Kecewa gak ar sbb xleh naik atas. Lg pon dh lama aku tak g bukit bendera ni last p pon ms aku kecik2 dlu..Sob..sob sedih..

Pastu lepak kat Gurney jer la. Si mata cokelat ni kelakar orangnya. Aku lak jenis yg suka gelak elok sangat la tu..Huhu... Best2..Walaupon tadi kecewa sbb tak dpt naik ats bukit bendera tu. Pandai dia amik hati aku balik. Huhu...


Si mata cokelat tegur yang aku dah kurus. Hehe yeke?? Tak perasan lak aku walaupun ramai yang tegur aku dh kurus sket berbanding dulu. Dalam hati sonok kemain hehe...Dia marah sebab aku diet. Sebenarnya aku tak diet pon cuma aku sibuk kadang2 lupa nak makan. Alasan.. Haha.. Tapi betul la. Memang kadang2 aku lupa nk makan. Bila malam gaduh ar lapo..Hmm..

Pastu hantar dia g Jeti sebab dia nak balik rumah kakak dia lak kat Kulim. Nak g jeti pown jenuh pusing2 cari jalan. Aku main redah jer janji jumpa signboard ikut jer signboard tu huhu.. Tak taw jalan pon sampai gak tempat dituju...

Tiba-tiba malam ni miss sama si mata cokelat..

Siapa sebenar si mata cokelat dalam hidupku???

Biarlah Rahsia....

Sory tak leh gtau hehehe......

**Cubalah teka dan dia lelaki yek???

Ngeh3.......

Sunday, March 8, 2009

CIRI-CIRI PELAJAR YANG CEMERLANG


Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul......

Selamat Bercuti semua...

Mari kita redakan tekanan diri dengan melakukan sesuatu di hujung minggu...

Dan aku memilih untuk.......

Hari Tidur Sedunia......

*Mahu berehat sebentar bersama KIT KAT..

***Kalo aku tak balas sms ataupun ym tandanya aku tengah berhibernasi la tu!!

ZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZz...............

Nak tidur cam budak berdua ni

walaupun

diorang pura-pura tidur je ni sbb nak mik gambar

haha...


Saturday, March 7, 2009

HURMMM.....MARCH OH MARCH

2, 3 hari ni emosi aku tak berapa nak stabil mungkin sebab perubahan hormon kowt...kui3... Lagi pula aku terlalu sibuk dengan urusan dunia.. Kerja tak pernah abeh sampai bila-bila kan?

Penatlah... Dan aku asyik mengeluh tentang kepenatan yang membelenggu diri aku. Aku tak pandai nak bahagikan masa sebab tu kadang-kadang masa untuk diri sendiri pon tak ada. Untuk orang lain apa tah lagi kan? Nasib baik aku single lagi so tak la ada org asyik merungut tentang diri aku yg selalu bz ni.

Tapi ada juga jejantan yg sedang berkawan dgn aku sering merungut. Itu baru berkawan belum ada apa-apa lagi. Hmm.. Pastu keja nak buat perangai ni yang buat aku hangin satu badan ni. Bukan nak memahami ataupun bg sokongan moral tambah kepala aku pusing lg ada la. Sah-sah kena reject...Malas aku nak layan orang macam ni.

Jejantan sorang lagi lak tak abeh-abeh dgn perangai budak-budak. Dok merengek tak tentu pasal time aku tgh bz buat asignment bleh pulak dok buat pangai tak matang dia tu tak pasal-pasal kena sound dgn aku. Hambek hang. Aku peduli apa? Ada aku kesah?????

Tahap tekanan darah aku berada di tahap bahaya so jgn la cari pasal time tahap2 macam ni tak pasal2 kena sembur nanti. Hangin betol aku dengan orang macam tu. Suka pentingkan diri bukan nak pikir psl diri orang lain. Nak kita jer paham dia tp ada dia paham kita???

Belum ada apa-apa lagi dh nak control-control yang tu tak boleh, yang ni tak boleh. Helloo hg sapa? Laki aku ka? Couple pon lom tentu lagi nk mengongkong aku dah. Sekali lg aku nak mereject org.

Kejadian-kejadian ni buat aku terus berfikir dan aku mendapat jawapan yang sebenarnya aku belum sedia nak berkomitmen dengan sapa-sapa. Mungkin sebab kesibukan aku dengan banyak perkara. Kalo aku couple pon ada ke orang yg leh paham aku? Yang bleh tima kesibukan aku ni? Kalo nak bersama aku mesti sudi bersama kerja-kerja aku juga. Ada kah org sanggup???

Bulan Mac bulan yang paling sibuk buat aku sekarang. Bertambah kurus la aku nanti...Huhu.. Tapi ok gak. Sekarang ni chubby nanti leh kurus kui3....

Exam dah dekat study satu habuk pon tarakk.... Gila arr... Jangan pointer aku jatuh sudah.. Nak maintain 3 above... Mampu ker?? Take it as a challenge.. Right??

Sibuk2 pon still sempat tulis blog kan? Mesti la ni tempat aku luahkan perasaan. Tempat aku nak meredakan tekanan. Lebih baik dari aku marah orang tak tentu pasal kan???



Nah satu ceoman

untuk meredakan tekanan anda jua..

P/S Pstt... Befday aku pon bulan March juga..Nak hadiah leh??


Friday, March 6, 2009

AKU YANG HAMPEH!!!

HAMPEH!!

LETIH!!!

SEWEL!!!

BIOL!!!

PENAT!!!

TENSION!!!

1. Esemen kena submit 10.3.09-Belom siap lagi!!
2. Tiap2 malam berlatih untuk citrawarna kadang2 sampai awal pagi
3. Surat-surat jemputan untuk citrawarna kena settle kan.
4. Exam mid sem next week-belum stdy lg....
5. Duit tak ada-takut-nak-minta kat walid ngan umi
6. Jejantan-jejantan yg tak reti nak paham atas kesibukan diri aku wat hal bikin aku lg tension.
7. Aku tak tau nak wat pa dh!!

TENSION!!!

NAK NANGISSSSS............

RASA NAK MARAH ORANG!!

RASA NAK MAKI SOMEBODY!!!

RASA MACAM HAMPEH!!!!!!!

BENGONGGG ARRRRRRRRRRRRR............

TENTANG KAMO!!!

MATA ITU
SENYUMAN ITU
JANGGUT ITU
BUAT AKU RINDU

RINDU SAAT KITA BERBICARA
RINDU SAAT KITA BERSUA
RINDU PADA SEMUA ITU
WALAU HANYA DI ALAM MAYA

TAPI
KAU LUPA TENTANG AKU
ATAS KESIBUKAN WAKTU
MEMBUAT JIWAMU KAKU

BUKAN DIRIMU YANG KU PINTA
BUKAN KASIHMU YANG KU TAGIH
CUKUPLAH HANYA SEDETIK CUMA
INGATAN PADA KU JUA

DAN AKU MASIH DI SINI
MASIH MEMANDANG REMBULAN YANG SAMA
MENANTI DIRIMU
HADIR KE DALAM MIMPI-MIMPIKU

Tuesday, March 3, 2009

CANTIK KE?? TEPUK DADA TANYA IMAN

CIRI-CIRI IBU MITHALI


Gemok? Gemok itu cantik ke? Ramai yang cakap rupa tidak penting tapi yang penting hati budi. Iye ke?? Tapi rasanya itu ayat lebih kepada penyedap hati. Ada ke lelaki yang pandang perempuan gemok???

Mereka hanya memandang wanita-wanita yg bertubuh genit yg bertubuh langsing sahaja untuk dijadikan pasangan. Namun bibir sering mengatakan tidak memilih rupa paras dan lebih mementingkan hati budi. Tapi apa yg terucap di bibir berjalan seiring ke dengan perbuatan??

Ramai orang yang gemok berasa sangat rendah diri. Ramai juga yang malu untuk bergaya. Jadilah mereka insan yg sering ditindas atas kerendahan hati mereka. Ramai juga golongan yang suka menghina mereka dgn kata-kata yg kesat. Mereka juga sering dianaktirikan.

Kalo di sekolah rendah, mereka sering jadi bahan ejekan budak-budak yang masih tidak matang pemikiran mereka. Ada juga golongan ini yg menjadi pendiam dan susah untuk bergaul. Mereka tiada keyakinan diri.

Bagi aku orang yg gemok ni sangat comel. Mereka juga baik hati. Mereka tahu nak menjaga hati orang tidak seperti gadis-gadis yg perasan diri mereka "hot" yg berjalan dengan sengaja menggoyang-goyang pinggul untuk tatapan lelaki. "Hot" ke tu???? Macam hampeh kan????

Dulu aku juga mengalami masalah berat badan. Orang cakap agak berisi. Dan yg paling ketara adalah pp aku yg chubby ni.. Dulu tengah bahagia. Tambah masa tu pak we aku suka sangat belanja aku makan. Kalo kuar mesti makan. Makan pulak yg hebat-hebat yg mengandungi banyak lemak. Dan berat badan aku naik dgn mendadak.

Bila berat badan aku dh naik, mula la dia complain tp dia juga yg rajin sangat belanja aku mkn yg sedap2. Aku tak sedar sangat pasal perubahan bentuk bdn aku. Cuma kat pp jer nampak sgt. Bila aku tengok balik gambar masa dulu-dulu dgn masa sekarang barulah aku perasan. Gemok juga aku dulu-dulu erk???

Sekarang ni chubby sket2 jer kowt. Ada ke orang nk org chubby ni??? Dah mentaliti orang kita sering melihat yg cantik-cantik jer dan sejujurnya begitu juga aku. Tapi bukan dalam memilih pasangan. Sebab bila kita semakin dewasa, kita akan berfikir dengan lebih matang dan kecantikan atau ketampanan bukanlah jadi keutamaan lagi.

Kalo dulu masa budak2 ye la kan nak cari yg hensem2 jer kadang2 diri sendiri tak sepadan dengan apa yg kita nak. Nak yg cantik-cantik, hensem-hensem tapi diri tu cantik ke? Hensem ke?? Tengok bebudak sekarang dh la. Kadang2 rasa lawak la gak tengok budak2 skrg ni. Orang kedah kata GANYAQ lagi haha...Macam-macam...

Aku ada sorang kawan lelaki. Dia ni kurus, tinggi. Tapi taste dia semua popuan yg berbadan besar. Yang chubby. Dan semua orang yg penah jadi awek dia semua golongan yg chubby. Aku pernah cakap kat dia kalaulah ramai lelaki kat dunia ni macam hang mesti depa ni xyah risau pasal jodoh dh.

Yela, lelaki kan? Kita boleh menghalang apa saja tetapi bukan pandangan mata mereka. Sebab tu lelaki kalo berjalan ngan awek pon leh lg dok tengok popuan lain. Haihh...

Kesimpulannya, gemok ke kurus ke, cantik ke kurang cantik ke bukan jadi persoalan lagi pada zaman sekarang ni. Sebab semua tu tak kan kekal lama. Kalau muda-muda cantik berkedut juga nanti kalau tua. Sama jer suma. Yg kurus lak kalo dh kawen beranak pinak gemok juga nanti.

Apa-apa pun tepuklah dada tanya iman..

**Pstt...gambar tak ada kena mengena dengan entry....


Monday, March 2, 2009

KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG RUPA-RUPANYA.....

Di suatu petang yang suram, kala hujan renyai-renyai aku bersama dia menaiki motosikal untuk menyelesaikan tugas yang diamanahkan. Dengan ikhlasnya kami menjalankan tugas dengan penuh tekun dan amanah.

Setiap ceruk kolej kami lewati untuk memberi amanah yang dipikul oleh kami. Walaupun hujan turun renyai-renyai membasahi tubuh dan menampar-nampar lembut ke muka, namun kami gagahi jua untuk menyelesaikannya.

Namun, malang menimpa. kenderaan yang kami naiki hampir-hampir terbabas. Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Kenderaan yang kami naiki pecah tayarnya.

Hati aku mula memberontak. Inikah dugaan yang harus kami pikul dalam menjalankan kewajipan tugas yang telah diamanahkan?? Inikah harga keikhlasan yang perlu dibayar??

Dan dugaan yang maha hebat bagi diriku apabila duit yang ku simpan untuk bekalan seminggu terpaksa aku korbankan untuk membaiki tayar motor yang pecah.

Apa yang paling menyedihkan malam ini aku tidur hanya bertemankan air masak. Tiada makanan lazat-lazat yang menjadi peneman kepada tidurku....Hati ini merintih sayu....

Apakah masih ada sinar buatku untuk hari esok? Apa yang pasti mentari yang bersinar esok tidak secerah mentari di ufuk timur.......



**Psstt....aku ngah lapar ni.....ada sapa2 boleh bantu???


Sunday, March 1, 2009

TENTANG CINTA


CINTA
APA ITU CINTA?
CINTA ITU TIADA TANDINGAN
CINTA ITU SUCI


TAPI
RAMAI YANG MENGOTORKAN CINTA
RAMAI YANG MEMPERMAINKAN CINTA
RAMAI YANG DIBODOHKAN KERANA CINTA


ADA APA DENGAN CINTA???
CINTA ITU GILA
CINTA ITU BUTA
CINTA ITU PENUH PANCAROBA


CINTA TIDAK GILA
CINTA TIDAK BUTA
TAPI RAMAI MANUSIA
YANG MENJADI GILA DAN BUTA KERANA CINTA


CINTA ITU SUCI
CINTA ITU AGUNG
CINTA ITU ISTIMEWA
CINTA ITU SEGALANYA


APA ITU CINTA???
ADA APA DENGAN CINTA???
UNTUK APA CINTA ITU???
BAGAIMANA CINTA ITU???


TANYALAH HATI
GUNALAH AKAL
JUJURLAH MENILAI
SEGALA-GALANYA TENTANG CINTA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi