Wednesday, April 29, 2009

BILA AKU JADI SEMAKIN "COMEL"

Last paper hari ini dan last paper yg paling memberi tekanan pada kepala hotak aku sampai migrain la lepas habis exam tu. Sakit kepala gilakk........

Roomate aku dah balik Johor dh. Dia dh final year so sem depan tak dapat jumpa dh...Malam ni aku g merempit dengan kak kusha. Kitaorang pergi membeli belah untuk melahap. Tambah si akak kusha yg memang kaki melahap dan secara tak langsung aku turut sama menjadi kaki pelahap hahaha....

Makan sungguh kami. Tadi gi beli burger. Aku makan burger special, sundae MacD, kak kusha makan hot dog plane, burger egg, sundae MacD dan Nugget macD...Huhu.. rasanya ni bukan makan tapi melantak hahaha.... Zaf lak makan Sundae,benjo n benjo cheese...serba dua jer diorang ni kan? Aku jer maintain 1 hahaha....

Sejak habis citrawarna ni selera makan aku semakin menjadi-jadi. Kalo masa citrawarna berat badan aku turun sebab hari-hari berlatih menari tapi habis jer citrawarna berat badan naik la pulak....Hoho.... Tapi tak pe maintain cute kui3.......

Esok nak balik rumah dah hihi..best2....Tapi nanti mesti rindu kat Kengkawan aku kat usm ni terutamanya kat kak kusha sebab sentiasa peneman di kala aku kelaparan hahaha... Thanks akak hihi...

Tapi kak kusha dh pesan cuti nanti jgn minta kerja dekat dgn tempat dia praktikal sebab bila lunch jer dia akan cari aku..Nanti buka jer sem tiba-tiba aku dh jadi kak kusha hahaha...Kak kusha jadi baby bob hahaha....See the body la.....ngeh3......



Peace ni la akak kusha@farah



Apa-apa pun selamat bercuti pada semua student IPT yang baru habis exam.....

Tak sabar nak balik huhu...

Oppss...sebelum terlupa Thanks tu LOL teman blogger yg sudi menganugerahkan award kat aku. Nanti cik gadis amik yek...Sekarang ni tak sempat lagi al maklum la nk kemas barang nak balik kg. Ni pun pinjam laptop member sebab laptop sendiri dh bawa balik rumah. Sebab tu la 2 3 hari ni sangat la boring huhu.....


Cuba lihat pic aku kat bawah ni, semakin chubby kan???? Hmm... Tapi tak tahu la napa tah aku suka tengok pic aku ni...Nampak comel kot kih3... Perasan la plak hikhik....


Comel ke???

Monday, April 27, 2009

AKU DAN POLIGAMI

Yuhuu... Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi kita pada hari yg indah lagi ceria. Pada yg bermuram durja tu senyumlah kerana senyuman anda akan mampu membuat orang lain gembira memandangnya.

Hahaha.. Amacam opening entry kali ini. Hikhik...

Agak lama juga aku tak on9 dan menjenguk blog aku ni. Sebab aku balik kg. Hari tu tok buat baca yasin panggil orang kg pastu buat kenduri sikit. Mudah-mudahan tok wan aku cepat sembuh. Alhamdulillah tok wan aku dah mula makan sebab sebelum ni dia tak boleh nk mkn, keja muntah jer. Minum air masak pun muntah. Sekarang ni dh boleh makan dh.

Aku baru jer sampai Penang ni. Sampai-sampai terus on9 buka blog dan ym hihi.. Rindu ni nk on9.. Dalam perjalanan balik td lak masa naik jambatan Pulau Pinang hujan turun dgn lebatnya. Apa lagi lencun la..... Motor katakan. Bukannya nk ada bumbung.. Lainlah naik keta kan? kan? kan?

Pagi tadi ida sms aku gtau ada interview utk g Universiti kat Indonesia utk program ASEAN pe tah lupe lak tajuk dia huhu...Ida kata interview kul 9pg. Yela aku kt kg mana sempat check email. Masa dok sms tu dh kul 8lebih dh. Aku kt kg lg. Mana sempat nk balik. Tak pa la tak ada rezeki. Pastu ida sms aku kata interview tu dibatalkan ri ni. So, ada peluang lg. Hehe..

Berbalik pd entry aku sebelum ni, pasal poligami. Sangat sensitif bg orang perempuan tetapi menjadi idaman setiap lelaki. Yeke????

Aku jadi pembantu penyelidik so kena soal selidik orang yg berpoligami ni. Bukannya nak suruh buat apa pon, nak suruh jawab borang soal selidik jer. Kalo yg segan atau malu nk jawab tu bleh je isi sendiri tapi make sure aku kena ada sekali la sebab itu etika dia. So cari yg sebelah Penang dan Kedah jer la. Jauh-jauh sangat mana la mampu nak p.

Kalo ada yg nak menanggung tiket pergi dan balik pon boleh. Cuma jgn jadikan aku isteri ke 3 atau ke-4 pulak hikhik...

Kalo ada yg duduk area Penang dan Kedah yg berminat utk menjalani soal selidik ni silalah email aku anyss_0327@yahoo.com ok?? Tapi pagi yg berkaitan poligami sahaja yerk?? Anak pada poligami, isteri pertama atau kedua dan suami yg berpoligami ok??

So Sekian saja entry kali ini. Nanti ada masa aku akan menjenguk blog hampa semua nowh???

Thursday, April 23, 2009

DENGAR SINI WAHAI ORANG KAMPUNG

Ni nak gtau sikit kat hampa suma nowh!! Aku akan jadi pembantu penyelidik secara part time kat USM ni.. So aku kena selidik pasal poligami. Jadi nak minta pertolongan korang semua kalau-kalau ada yg datang dari keluarga berpoligami sama ada anda sendiri yg berpoligami atau isteri pertama atau isteri kedua, anak-anak dari isteri pertama dan isteri kedua.

SILA EMAIL AKU OK, anyss_0327@yahoo.com

Sekitar Penang dan kedah saja ok????

Minta tolong sangat-sangat. Bila dah email nanti akan diterangkan dgn lebih lanjut.

Dan baru-baru ni aku ada g berkelah kat air terjun. Nak tau cerita lebih lanjut

Cuba baca sini

WAJIB
baca ok???




Tuesday, April 21, 2009

CINTA EKSPRESS

Cinta ekspress. Apa kata anda pasal cinta ekspress? Cinta ekspress macam bas ekspress kah? Yang laju macam itu kah?? Yang berdesup laju sampai buat ramai terkorban akibat eksiden kah???

Lebih kurang macam tu lah.

Cinta ekspress ni sangat sesuai ditujukan pada sesiapa yg baru kenal dgn pasangan pastu terus couple. Sedangkan belum kenal hati budi masing-masing. Kadang-kadang usia perkenalan tak sampai lagi seminggu apatah lagi sebulan.

Pelik, pelik. Memang pelik. Inikah cinta?? Atau hanya sekadar cinta, cinta dan cinta? Cinta ekspress.

Cinta ekspress ni selalu terjadi pada pasangan muda yg rasa tertarik antara satu sama lain dan terus couple. Sedangkan usia perkenalan baru setahun jagung. Perlu ke macam tu?

Bagi aku, cinta ekspress ni bagaimana cepatnya dia bermula begitu juga cepatnya ia berakhir. Bila dh couple baru tahu tak serasi pastu gaduh-gaduh last sekali clash. Sepatutnya masa berkawanlah perlu kenal hati budi dan bila rasa serasi baru ambil keputusan utk couple.

Ini pendapat aku sahaja. Berdasarkan pengalaman dan dari kaca mata aku sendiri walaupun aku sebenarnya tak rabun pun. Huhu..Ramai kawan-kawan aku macam tu dan aku dulu sendiri pun penah mengalaminya. Tapi itu cerita masa zaman budak-budak.

Bila umur semakin bertambah, pengalaman pon bertambah, berat badan pon bertambah, aku semakin matang dalam menempuh hidup. Boleh berfikir tentang perkara-perkara lepas seterusnya dapat menilai apa yg kita telah lakukan dalam hidup kita.

Cinta ekspress. Rasanya bila baru kenal pastu terus couple bukannya cinta tapi lebih tertarik pada pasangan masing-masing. Tambah kalo perempuan tu cantik pulak cepat-cepat minta couple takut dikebas dek lelaki lain.

Bagi aku, lebih baik sesuatu hubungan itu dimulakan sebagai kawan seterusnya sebagai kawan istimewa dan kalo sudah bersedia dan rasa hubungan itu serasi barulah boleh ambil keputusan untuk bertunang dan berkahwin.

Bertunang itu sendiri memang adat tapi disebalik kebaikan bertunang adalah satu tempoh masa yg kita boleh ambil untuk mengenali dan mengambil hati bakal mentua masing-masing. So tak ada lah masalah MENTUA VS MENANTU di kemudian hari.

Aku lebih suka berkawan dulu sebelum mengambil tindakan yg selanjutnya. Sebab aku nak kenal betul-betul lelaki yg akan jadi bakal suami aku kerana aku mencari suami bukannya hanya teman lelaki.

Bagi orang lain apalah sangat kan tapi bagi aku itu sangat penting. Sebab aku nak bahagia. Tak salah rasanya mementingkan diri untuk kebahagiaan diri sendiri. Bila kita bahagia secara tak langsung ibu bapa kita turut bahagia.

Cinta ekspress hanya satu ungkapan untuk aku menggambarkan cinta bagi pasangan yg baru kenal terus couple. Itu pendapat aku, macam mana pendapat korang pulak???

Sunday, April 19, 2009

CINTA IBARAT LASKAR PELANGI

Hmm.....

Malasnya.... Malas, malas dan malas.

Hmm.....

Keje mengeluh jer kan???

Tidur pun tak berapa nak lena. Ida cakap aku suka mengigau. Bunyi macam nak nangis. Nangis dalam tidur ke?? Entah la... Tidur tak berapa nak lena la sekarang. Mimpi pon pelik-pelik jer...

Rasanya kerap gak aku mengigau macam nangis dlm tidur. Entahlah.... Aku tak ingat pon pe aku mimpi dan sebab pe kerap sangat jadi cm tu. Biar lah......Jangan mengigau berjalan dlm tidur sudah. Nanti Ida takut lak... Huhu...

Hari tu ida tegur, dia suruh aku lupakan semua kenangan lama dan buka hati aku untuk lelaki lain. Suruh aku jangan keraskan sangat hati. Memang aku mengaku kenangan lama masih menghantui aku.

Maybe dia risau kot sebab aku tak ada pak we. Hehe.. Sampaikan nk perkenalkan aku dgn kawan dia la... Macam tu pon boleh?? Pon boleh...Ngee....

Entah lah tak paham dgn diri sendiri dan tak nak org len paham pasal diri aku. Dia tanya aku apa yg istimewa sgt si tutt (xleh sebut nama) kat mata aku? So aku gtau la sbb pe dan rasanya selagi aku tak dapat penjelasan dari si tutt selagi tu hidup aku akan dibayangi oleh kenangan bersama dgn dia.

Bukan apa cuma tak puas hati jer. Bila aku dh puas hati nanti baru aku boleh jalani hidup aku dgn tenang. Yeke? Biar keadaan yang menentukan.

Tiba-tiba rindu pada si mata cokelat. Tiba-tiba jer kan? Sedangkan baru lepas gayut dgn dia jer ni. Huhu... Mesti ada orang jeles bila baca ni sebab aku tak angkat pon masa dia call huhu....

Memang saja tak nak angkat. Rasanya awak tu tak kan berjaya buka hati saya. Saya tak suka dgn perangai awk yg selalu memaksa saya. Dan rasanya tak patut awak ckp macam tu kat saya disebabkan hanya satu msg bodoh tu. Ye msg bodoh!! Kasar kan???

Awak umur tua dari saya tapi masih tak matang lagi. Kadang-kadang bila terfikir nak terima awak, awak selalu buat benda yang saya tak suka dan buat saya marah kat awk. Rasanya cukuplah kot tak payah la awak nk menawan hati saya lg sebab sy memang tak kan jatuh cinta kat awk.

Tak payah la nk call saya lagi. Tak payah la awak nak merayu lagi saya dh malas nk cakap dgn awak. Kalo saya terus terang kat awak pon awak bukannya nak faham ataupun sj pura-pura tak faham.

Saya tahu awak sedang membaca dan harap awak faham.

Hmm...

Sory kalo korang terpaksa baca pasal benda ni. Memang aku dh tak tau nak terangkan kat dia macam mana lagi. Aku bukan yg jenis suka dipaksa buat benda yg aku tak suka. Tak suka dikongkong ok? Baru kawan kot..Belum lagi couple apetah lagi jd isteri.

Dan aku malas nak layan benda yg remeh temeh macam tu. Pasal tak reply msg pon boleh jadi isu? Pastu cakap yg bukan2.. Bosan ar.... Tak matang langsung. Dan bila aku tanya sebab apa dia suka aku dia kata sebab aku cantik??

Nampak sangat hanya sekadar fizikal semata-mata. Baik tak payah kalo cam tu. Aku nak orang yg leh terima aku kerana siapa aku sebenar dan bukan hanya sekadar luaran tp juga dalaman. Dia baik tapi dia mungkin belum cukup baik sampai boleh buat aku jatuh cinta kat dia.

Itulah aku. Mungkin boleh dilembutkan dgn cara yg lembut. Kalo lagi dipaksa lagi tu la aku melawan... Nak tegur orang biarlah kena dgn caranya. Betul tak? Betul betul betul.. (tetibe dgr suara Upin dgn Ipin). hihi...


Ini serius ok?? Bak kata Ming-ming dlm Wonder Pet.

Berbalik pada si mata cokelat aku dh dapat jawapannya. Dia cakap dia tak pandai nak bahagikan masa. Dia nak aku tapi dia nak kejayaan dulu. Dia takut dia tak dapat nak beri perhatian sepenuhnya utk aku dan dia tahu kalo orang perempuan ni kalo tak dapat nk bahagikan masa mulalah nk meragam. Janji dia sayang aku, aku sayang dia. Itu pun dh cukup bg dia.

Aku faham. Masa mula-mula aku memang tak faham. Selalu gak aku makan hati dgn dia. Sekarang ni bla dh kenal lama aku dh faham diri dia macam mana. Kalo nak study tu memang tak nak gangguan langsung. Bakal cikgu katakan. Sebagai student memang patut mcm tu pon.

So sekarang ni kena study hard n study smart right?? Kalo ada jodoh tak kan kemana. Kalo dh termaktub kami ni ada jodoh insyaallah bersatu juga. Tak gitu???

Walaupun gedik nak couple cm orang lain gk tp rasanya gedik jer lebih sebenarnya tak teringin mana pun. Saja jer buat-buat gedik hikhik. Tapi aku gedik dlm blog jer. Kalo gedik kat luar Pang skali mau?? Aku bukan jenis cm tu ok??

Kalo nak berbicara soal hati ni sampai bila-bila pon tak kan habis. So baik jalani jer apa kita hadapi sekarang ni. Janji kita gembira sudah. Jodoh, ajal dan maut suma bukan di tangan kita. Kita ni sebagai manusia hanya mampu merancang tapi yang menentukan hanya ALLAH SWT.

So jom layan lagu laskar pelangi by nidji<

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...



Friday, April 17, 2009

BILA CIK GADIS MELARAM....

Jelingan ini bisa buat orang yg tengok jatuh cinta tak?
Hikhik...
Gedik jer kan??
Bukan selalu huhu...

Ini boyfriend aku k,
Si Zaf yg tutt.....


Ini pon boyfriend aku gak
hikhik
Uiks...Boyfriend ker??
Ok tipu!!
Ni kengkawan aku jer..
Hikhik..
Gedik jer kan ngaku boyfriends sedangkan tak da pon...


Si Gadiss maniss dgn kebaya nya..
Maniss ker??




Ni semua geng-geng exco kebudayaan MPD CG.




Aku ngan Aishah..
Cute tak kami
hihi..






Ngan kakak-kakak yg memang best sgt..



Semua gambar-gambar ni di ambil masa dinner Malam Muhibah bg semua penghuni Desasiswa Cahaya Gemilang. Memang melaram habis la...
Aku ngan kebaya..Hehe..Diorang cakap seksi. Yeke? Ngada jer lebih diorang ni kan???
Mana ada seksi kan???
Hikhik...





BILA EXAM SEMUA MACAM ORANG GILAKK YEKE???

Bila mood exam ni aku jadi gilakk lain macam ar.. Suka wat kerja gilakk bersama rakan-rakan yang gilak-gilak remaja..hikhik..

Bertambah gedik lain macam jugakk...
hikhik (gelak gedik lagi)
ngee.....

Pukul 1 pagi yg lebih-lebih si qema ckp "anyss lapor la jom kuar makan"
Aku: "ok jom tp blanja ar bleh?? hihi.."
Qema: "Ok bleh jer..."

Then aku gi ketuk bilik ain tanya dia nk ikut ke tak. Ain yg sememangnya aku tahu kuat makan gilakk tp badan dok kurus cm tu gak..jeles aku menengoknya.. Buka pintu sambil mata mamai menahan mengantuk

Aku: Ain jom kuar makan nak tak?
Ain: Nakkk (sambil mata dia jadi bulat tetibe lak kan??)
Pantang sebut pasal makanan..ish-ish pe nk jadi la...

Kitaorang g makan kat SEAGATE..Situ jer tempat kat Penang ni yg best nak mkn dan buka smpai ke pagi..Tepi laut plak kan ngan angin yg sepoi2 bahasa tu..Perghh...makan tomyam lak kan??? Slurpp...sedap siutt.....

Satu lagi yg menjadi kegilaan aku sekarang adalah aku suka layan lagu PUSPA dr kumpulan ST-12. Napa tah suka gilakk lagu ni..Gilakk lagi kan??

Huhu..Layan jer la..Try la dgr..Tapi ku malas nk upload kat cni lagu tu sebab tenet lembab mcm siput babikk...

So download sendiri la n ni lirik dia....

PUSPA-ST12

Kau gadisku yang cantik
Coba lihat aku disini
Disini ada aku yang cinta padamu

Kau gadis ku yang manis
Coba lihat aku di sini
Disini ada aku yang sayang padamu

#
Walaupun ku tahu bahawa dirimu
Sudah ada yang Punya
Namun aku tunggu sampai kau mahu

REFF##

woo woo...
Jangan-jangan kau menolak cintaku
Jangan-jangan kau ragukan hatiku
Ku kan selalu saja menunggu
Untuk jadi pacarmu...

Woo..woo..
Jangan-jangan kau tak terima cintaku
Jangan-jangan kau hiraukan pacarmu
Putuskanlah saja pacarmu
Lalu bilang I LOVE U padaku...

Repeat #
Repeat REFF##


Ok..satu lagi kerja gilak yg kitaorang nak buat bila esok aku ngan kengkawan yg gilak-gilak remaja nk g naik gunung jerai. Tapi naik guna motor. Tadi dah g perketat brek motor siap-siap dah tahu esok hangit la baunya...Huhu.. Tinggi oooo....

Nak bawa bebudak ni gi mandi air terjun kat umah tok. Kat TITI HAYUN, YAN KEDAH. Pastu nk g bawa diorang g makan ikan bakar kat Tanjung Dawai pastu tgk dr seberang Pantai Merdeka.

Hihi..Kira semua tempat yg ada dalam lirik lagu kumpulan ape tah yang tajuk lagu tu Cinta Pantai Merdeka erk kalo tak silap semua tempat tu aku nk bawa. Kebetulan tu kampung halaman aku yg tercinta kan??? Rugi kalo tak pegi..

Balik tengok tok wan gak.. Semoga dia cepat sembuh.. Cucu kesayangan dia nk balik ni.. Tunggu ye wan??

Bebudak ni teringin tgk sawah gak... Nanti la aku upload... Pagi2 sok dh nak bertolak.. Sape nk ikut jomm.......


......................................................................................................................


Exam?? Hmm....
Nak kurangkan stress la ni..
Ngee......






Wednesday, April 15, 2009

MISI-MISI MUSTAHIL YANG TAK MUSTAHIL DILAKSANAKAN

MyEm0.com PEACE!!!

MISI-MISI MUSTAHIL YANG INGIN DILAKSANAKAN

09-09-09
Mahu declare utk jd couple
Calon???
Masih mencari.....


10-10-2010
Sape nak masuk merisik silakan....
hahaha..


11-11-2011
Bertunang...
Calon???
Masih belum dikenalpasti


12-12-2012
Nak kahwin......
Hehehehe...
Calon??
Masih juga belum dikenal pasti..
MyEm0.CoM

Hahaha...

Amacam??

Memang gaya gatal nak kahwin kan???

Hikhik.....



13-13-2013
Yang ni memang mustahil untuk dilaksanakan
ada ke bulan yang ke-13???
Huhuhu...

Tuesday, April 14, 2009

KEMBALI UNTUK SEDETIK

Gian nak menulis. Banyak benda nak tulis tapi terpaksa tangguhkan dulu. Tak ada mood nk tulis lebih-lebih cuma sekarang ni senak kepale dan pening perut. Huhu...

Esok exam. Tapi masih tak ready utk jawab exam. Gilakk!! Serabut la...banyak benda sangat dok fikir. Tok wan aku alhamdulillah sehat sket berbanding hari tu. Cuma ske cakap bukan2.

Dia cakap dia nk mati dh.. Hmm....Mahu aku tak menangis bila dengar cam tu. Dh la skrg ada kat Penang nk Exam!! Hmm... Serabut pale hotak la.... Aku tak leh nk fokus pd study la....

Tapi kena paksa diri gak study!! Esok exam dh...Aduyai..senak pale btol ar.....

Ok jom tukar topik.

.......................................................................

Pada awak tu hmm...saya masih menguji awak. Saya nak tahu sejauh mana keikhlasan awak nak menawan hati sy yg keras ni. Kalo awak betul-betul mesti awak sanggup bersabar kan???

Yup! Ada seseorang cuba nak buka hati aku yg keras macam hape ni.. Macam-macam aku buat kat dia. Marah la, cakap kasar la tak ada nk lemah lembutnya tapi dia masih tetap dgn pendirian dia nak memikat aku. Dia cakap dia tau tu bukan perangai sebenar aku.

Geram betul aku dgn dia. Kadang-kadang aku marah dia, dia boleh buat dono jer macam tak ada perasaan pulak dia ni. Nak tergelak pon ada kadang-kadang. Ada juga orang mcm ni erk??

Tapi aku akui memang dia ni cukup sabar. Dan kalo dia betul-betul ikhlas dgn aku mesti dia boleh terima aku seadanya dan sanggup tunggu sampai hati aku terbuka utk dia. Tapi kalo dia berpaling utk orang lain, aku tak ksh itu tndanya dia tak betul2 ikhlas nk kat aku.

Entah lah. Aku tak terasa nak bercinta lagi walaupun ada keinginan ke arah itu. Selama ni aku tolak mentah-mentah orang yg menghulurkan salam perkenalan. Mungkin kenangan lalu membuat aku lebih berhati-hati utk mencari pasangan hidup.

Aku bukan budak-budak lg. Tak ada masa untuk main-main mcm dlu. Aku kena merencanakan masa depan aku dari sekarang. Habis Degree nak kerja dulu baru nk kawen. Hehe..gatal nk kawen dah nowh...Huhu..

Ingat nk sambung master tp bila pk psl duit, pasal adik-adik aku biar aku keja dulu tolong umi dgn walid lps tu baru nk sambung master. Kena banyak fikir psl masa dpn. Ni hanya rancangan tapi aku tahu Tuhan yg menentukan.

Rasa-rasanya perlu tak aku buka hati aku untuk dia dan lupakan segala kenangan lalu yg terjadi dalam hidup aku??? Aku terlalu berhati-hati memilih org yg cuba mendekati aku sbb aku tak nak kecewa lg. Sakit bila dikecewakan. Sangat sakit!!

Bencikan ada hati yg keras mcm batu ni. Tapi aku suka. Sebab aku nk lindungi diri aku sendiri dari terus disakiti dan dikecewakan. Bagus ke sikap macam ni????

Apa komen anda?? Nak tahu pendapat korang ni......

Saturday, April 11, 2009

MUNGKIN......

Salam manis untuk semua. Aku hanya ingin berehat beberapa ketika dari arena penulisan blog ini. Mungkin perlukan sedikit ruang untuk diri sendiri menyelesaikan beberapa perkara.

Perlukan masa untuk menenangkan fikiran. Perlukan masa utk diri sendiri. Mungkin buat sementara ini tiada cerita yg menarik untuk disajikan pd semua.

Take care semua. Thanks kerana mengambil berat tentang diri ini.

Mungkin aku akan kembali untuk terus berkongsi saat-saat manis dan pengalaman hidupku untuk semua. Dan semua itu serba berkemungkinan.

Salam kasih dan sayang untuk semua.

Wednesday, April 8, 2009

BERITA DARI KAMPUNG

Aku sekarang kat kg, kat Yan. Sibuk menemani tok wan aku kat hospital. Tidur kat hospital. Aku nak jaga tok wan selagi aku mampu. Dulu masa aku kecil, dia yang jaga aku. Selepas umi aku habis pantang, aku tinggal dgn tok dan tok wan dari kecik.

Mereka yang jaga aku sehingga umur aku 13tahum barulah aku tinggal dgn umi dan walid. Sekarang tibalah masa aku membalas jasa mereka. Walaupun jasa mereka terlalu besar, sekurang-kurangnya aku lakukan sesuatu utk membalas jasa mereka.

Selagi ada hayat mereka, berbaktilah pada mereka. Jangan lupa jasa mereka yg membesarkan kita. Sekarang ni ramai yg terleka dgn nikmat dunia, sibuk bekerja sehingga terlupa pada ibu bapa di kampung. Kalo anda orang yg begitu sedarlah, telefon lah ibu bapa anda walaupun hanya utk bertanya khabar.

Jangan bila mereka tiada, kita baru nak menangisi dan kesal kerana mensia-siakan mereka selama ini. Ini peringatan buat diri aku juga. Aku tak nak bila orang yg aku sayang tiada, aku akan berasa kesal kerana tidak menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan juga cucu.

Minggu depan dah nak final exam. Aku tak boleh nk fokus sangat pada study. Cuma aku harap aku boleh buat terbaik utk final exam kali ini. Aku tak nak semua itu menjadi alasan pointer aku jatuh kali ini. Doakan aku berjaya mengharungi semua ini.

Ada satu malam tu, aku sangat perlukan seseorang untuk berkongsi rasa hati. Aku menguji kawan-kawan aku dgn menghantar sms pada mereka. Dan alhamdulillah masih ada sahabat yg sedia menemani aku dan mendengar luahan hati aku walaupun pada masa itu hampir pukul 2pg.

Walaupun dlm ramai-ramai hanya 2 orang yg membalas sms aku, terima kasih aku ucapkan pd Yasir dan Apit. Terima kasih sebab sentiasa mendengar dan berkongsi rasa hati aku. Dan dari situ, baru aku tahu yg mana betul-betul kawan yg sanggup berada bersama kita saat kita susah dan dlm kesusahan.

Kawan untuk seronok memang ramai, tapi belum tentu semua kawan akan sanggup berada di sisi kita utk sama-sama berkongsi kesedihan.

Cuma aku pinta, doalah semoga tok wan aku dan tok aku mempunyai kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Berilah kesempatan kepada aku utk membalas jasa mereka. Doakanlah aku untuk terus tabah dan terus tersenyum manis utk kalian.....

Sunday, April 5, 2009

SENYUM PENUTUP DUKA

Dalam setiap senyuman pasti ada segaris kedukaan. Dalam setiap kegembiraan pasti ada segaris luka. Dalam setiap tawa, belum tentu tawa itu bisa mengubat kesedihan.

Aku sangat sedih. Tok wan aku masuk hospital lagi. Aku sempat pergi melawat dia di hospital kemarin sebelum aku balik ke Penang. Sebab semalam ada dinner untuk barisan MPD bagi penyerahan sijil-sijil. Antara tanggungjawab sebagai cucu dan juga Exco MPD aku terpaksa buat pilihan.

Hari ni aku nak balik rumah lagi. Tapi disebabkan sijil-sijil untuk citrawarna masih belum siap aku terpaksa lupakan niat tersebut. Kebetulan hari ini hari Ahad. Pejabat tutup. Walaupun hati aku sekarang hanya teringat nak balik dan berada di sisi tok wan aku. Aku terpaksa buat pilihan. Aku terpaksa selesaikan tugas aku dulu.

Semalam, walaupun aku sentiasa tersenyum dan sering ketawa tapi belum tentu hatiku begitu juga. Semua itu hanya pada zahir tapi belum tentu dalaman juga begitu. Si mata cokelat marahkan aku sebab aku sanggup balik Penang utk dinner MPD dari duduk di kampung teman tok wan aku.

Mungkin dia tak faham dan aku pon malas nk jelaskan. Masih banyak lagi tugas yang belum aku selesaikan. Aku tak nak buat kerja separuh jalan. Aku nak siapkan dulu semua kerja aku berkenaan citrawarna yang belum siap. Memang aku pentingkan kerja. Sebab aku tak nak orang anggap aku seorang yang tak bertanggungjawab.

Mungkin aku juga perlukan masa untuk selesaikan semua ini.

Hmmm....

15-4-09. Final exam akan bermula. Tapi sem ni hanya tiga paper. 22-4-09 paper seterusnya dan 29-4-09 berakhirlah exam. Nak study lagi, nak fikir pasal tok wan aku yang sakit lagi. Ya Allah tabahkan lah hatiku.

Aku perlukan seseorang untuk memberi aku kekuatan dan semangat untuk aku terus kuat, terus tabah hadapi semua ini.

Senyumku bukan senyum gembira, senyumku hanya senyum penutup duka.

Friday, April 3, 2009

HATI KU RASA MACAM INI KAH?????

http://






**Kalo tak dapat dengar pause kan button kecik tu dlu. Biar line warna merah tak terang tu jalan dlu melebihi button kecik tu. Baru play balik yerk??

Thursday, April 2, 2009

MALAM SERIBU KENANGAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat berhujung minggu yek. Hehehe.. Ni nak kongsi cerita sket masa 27-03-09 bersamaan befday aku dan juga jamuan makan dgn geng-geng Majlis Tertinggi dan geng-geng sekretariat Malam Citrawarna bertempat di Pantai Seagate. Jom Layan...


NI KAK FARAH YANG COMEL N ZAF
(orang dh letak pic akak dh jgn mrh2 lg yerk?)
hehehe..






YANG AKU PEGANG TU TEROPONG ALAF BARU





CEWEK-CEWEK CUN
(sebenarnya nk tayang baju jer ni hihi)
baju yang aku tempah ritu







Masa ni adegan memotong kek. Zaf yg beli kek ni. Masa aku tengah susun makanan tiba2 zaf dgn yan datang dari belakang nyanyi lagu Hapy Befday. Tapi lilin terpadam lak huhu..Best2...





Antara aksi-aksi lucah zaf dgn yan. Nakal bebenor budak 2 orang ni.





KREATIF DAN INOVATIF

AUWW...LENTIKNYA KUI3.....





GADIS-GADIS RUPAWAN




TUGU NEGARA







KONON-KONON NAK MELOMPAT

TAPI

HANCUSS!!

(dari sebelah kanan masih lg melompat tapi yg sebelah kiri dh mendarat)


Malam tu kami semua kekenyangan sebab makan PIZZA DOMINO yang dibelanja oleh Pengarah Projek kami kak nija. Pas2 Cik hassan Pen. Penggawa kami bawa hamper lak. Memang makan sakan la kami malam tu.

Lepas tu malam-malam kami dihabiskan dengan pergi lepak kat Padang Kota. Lepas tu Seagate. P makan lg kat medan selera seagate tu. MAKAN, MAKAN DAN MAKAN LG.

Berat aku dah naik balik ar....Aiyok!! Cana ni???

Dan itulah malam yang paling indah buat aku setelah mencapai umur 21.



Wednesday, April 1, 2009

BILA BERBICARA TENTANG HATI DAN PERASAAN

Semalam aku berbicara dengan si mata cokelat (SMC). Lama. Celcom kan bg hadiah befday call free selama seminggu. Jadi jangan lepaskan peluang borak lama2 yerk?

Nak kata berbicara dari hati ke hati tu tak ada la sangat cuma semalam aku tanya dia beberapa soalan.

Aku: Dia suka perempuan yang macam mana??
SMC: Kalo ada jodoh la, kalo la ada orang nak cari yg macam ustazah sket.
Aku: Ooo.. ok.
SMC: Kalo dia, boleh tak berubah jadi macam tu?
Aku: Hmm....diam dan berfikir. Insyaallah kalo sampai seru.
SMC: Jangan sampai seru nak mati dah. Hehehe....
Aku: Jahat...Hehe..
SMC: Hehe..Boleh tak berubah jadi macam tu?
Aku: Better be my self. Jadi diri sendiri.


Aku memang bukan macam ustazah. Aku tidak bertudung labuh. Dressup aku dengan jeans. Bukannya selalu pakai jubah atau baju kurung. Bagi aku, cukuplah sekadar memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata mengikut keselesaan sendiri.

Pada pendapat aku, kebaikan seseorang itu bukan dinilai dari cara pemakaiannya dan juga tidak boleh dinilai dari segi luaran. Apa yang penting dalaman seseorang. Kalo berjubah pon tapi dalam hati penuh hasad dengki dan iri hati kat orang lain tak guna gak.

Dont judge book by its cover. Jangan menilai buku dari kulit luarannya kerana belum tentu isi dalam buku tu berkualiti untuk dibaca. Dah memang manusia selalu menilai seseorang dari segi luaran. Tak semestinya cantik seseorang itu cantik juga di dalam dan tak semestinya hodohnya seseorang hodoh juga dalamannya.

Kadang-kadang cantik saja tak guna tapi tiada ilmu. Tidak tahu untuk berfikir. Sebab itu ramai gadis cantik sering memanipulasikan kecantikkan mereka ke arah yang tidak baik. Dan aku bersyukur menjadi aku. Biar rupa sederhana tapi ada ilmu untuk dimanfaatkan dlm kehidupan.

Aku juga tidak sempurna. Walaupun cuba untuk menjadi sempurna tapi berbalik pada hukum alam "mana ada manusia yang sempurna".

Aku suka menjadi diri sendiri. Jangan menjadi hipokrit. Terima la diri kita seadanya kalo nak orang lain terima kita seadanya. Jangan cuba untuk menjadi diri orang lain. Jangan menjangkau kemampuan diri sendiri jika kita tak mampu.

Si mata cokelat selalu berpesan kat aku "jadi diri sendiri, pedulikan apa orang lain nak cakap janji kita tahu mcm mana diri kita". Sebab aku tahu dia macam mana. Dia memang selalu menjadi diri dia dan aku terima diri dia seadanya walaupun dia pernah cerita tentang kisah silam dia.

Dia selalu tanya tak malu ke berkawan dengan dia? Tak malu ke keluar dengan dia? Dia selalu merendah diri. Bagi aku, aku kenal dia, aku tahu siapa dia dan sejujurnya aku tak pernah terfikir langsung yang aku ni malu untuk berkawan dgn dia. Mana ada manusia yang sempurna kan??

Janji aku selesa berkawan dengan dia, suka dengan sifat kelakar yg ada padanya walaupun kadang-kadang dia ni berangin juga itupon kalau tak cukup tidur. Tapi aku dah faham sangat perangai dia, bila time dia letih tu jgn la dikacau.

Kadang-kadang bila difikirkan balik kelakar juga, aku orang kedah dia orang terengganu. Macam ayam dengan itik lagaknya bila bersembang hehe...Selalu perbualan kami terganggu disebabkan dia tak faham dengan pekat kedah aku dan aku tak fhm dgn pekat ganu+kelantan dia tu.

Aku: Kita ni macam itik dgn ayam kan bila bercakap. Orang ayam dia itik.
SMC: Tak nak dia itik orang ayam.
Aku: Ah tak da, tak da dia itik orang ayam. Bunyi itik sket. QUACK QUACK..
SMC: hehehe...


Hehehe..tah apa-apa kan kami berdua ni. Memang ngan dia tak kering gusi aku dibuatnya. Keja gelak jer. Dia pon sama.

Tapi dia memang kawan yg paling best. Kawan jer ker?? No komen. Untuk lebih2 tu entah la. Dia kan nak yg ala-ala ustazah gak. Aku ni ustazah gak tapi ustazah rock jer hehe....Ada ker? Karang marah lak ustazah-ustazah bila baca. Ampun yerk??

Kesibukan sering memisahkan kami. Jarak juga menjadi penghalang suatu ketika dulu. Apa-apa pun kalo dah takdir jodoh aku dengan dia aku terima sebab itu namanya JODOH. Tak kirala kalo bukan dengan si mata cokelat pon. Aku tak harap pape pon kt dia berkawan lebih baik kan?

Cuma aku mencari seseorang yg kelakar baru rumah tangga bahagia. Seseorang yang sanggup susah dan senang bersama ku. Sentiasa berada di sisi aku saat-saat aku memerlukan dirinya.

Kerana orang yg sanggup berada di sisi kita saat kita memerlukan adalah orang yg takkan meninggalkan kita seandainya suatu hari nanti kita ditimpa kesusahan.

Dan last sekali jom layan lagu KEKASIH YANG TAK DIANGGAP BY KERTAS. Kalo buka blog aku kena line ok bleh ar layan lagu ni. Ni lirik dia kat bawah. Jom layannnn....





aku mentari...
tapi tak menghangatkanmu...
aku pelangi...
tak memberi warna dihidupmu...

aku sang bulan...
tak menerangi malammu..
akulah bintang...
yang hilang ditelan kegelapan...

selalu...
itu yang kau ucapkan padaku...

sebagai kekasih yang tak dianggap...
aku hanya bisa mencoba mengalah...
menahan setiap amarah...

aku sang bulan...
tak menerangi malammu..
akulah bintang...
yang hilang ditelan kegelapan...

sebagai kekasih yang tak dianggap...
aku hanya bisa mencoba mengalah...
menahan setiap amarah...

sebagai kekasih yang tak dianggap...
aku hanya bisa mencoba bersabar...
kuyakin kau kan berubah...

ohhhh....ooo..oo..

sebagai kekasih yang tak dianggap...
aku hanya bisa mencoba mengalah...
menahan setiap amarah...

sebagai kekasih yang tak dianggap...
aku hanya bisa mencoba bersabar...
ku yakin kau kan berubah...

sebagai kekasih yang tak dianggap...
aku hanya bisa mencoba mengalah...
menahan setiap amarah...

sebagai kekasih yang tak dianggap...
aku hanya bisa mencoba bersabar...
ku yakin kau kan berubah...

huuuu..huuu.... hu...hu... hu..hu..hu..



**Lagu tak ada kena mengena dengan entry..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi