Monday, May 25, 2009

K-EALLL....

Aku kat KL.. Huhu... Dok umah mak sedare aku kat Taman Melawati... Sampai pukul 5 pagi td kat puduraya. Sepupu aku datang amik.

Tapi sebelum nk bertolak tu suma barang dh check siap-siap takut tertinggal tapi ada gak yg tertinggal. Aku tertinggal sweater la.. Dah la aku demam selsema.. Tapi bukan selsema babi ok? Selsema burung pun tak. Selsema ala-ala manja jer..Memang sejuk gilerr ar dalam bus tu..

Punyala sejuk sampai selsema aku pun dh jadi beku.. Lebih kurang kul 4 pagi aku terjaga nak terkucir pulak.. Pehal yang satu ni tak beku lak??? Huhuhu... Kalo beku cana la erk??

Nasib baik bas berhenti jap kat sg.buluh.. Dah ar xtahan nk terkucir sejuk punya pasal kan? Huhuhu...

Hari ni keja tidur jer...Hehehe..semalam dok dalam bas tak lena tidur..Takut...Huhu...Nasib baik bus tak laju sangat lau tak jenuh la aku....

Siang td agak boring la..tidur jer keje pas2 tengok tv. Tu jer la kot keja aku buat masa sekarang. Tenet ada kat cni so boleh jer nak on9 selalu hehe.. Tapi segan gak pc dlm bilik sepupu aku. Lelaki lak tu..Lagi pula aku kan pemalu orangnya hehehe..... Pemalu kerr????

Tapi sebab tak nak boring minta pinjam kejap la nk on9 punya pasal hehehe.... Ok la nak g makan jap ciauu....

Sunday, May 24, 2009

CERITA-CERITI SEBELUM NAK BERANGKAT KE KL

Sebelum nk g KL ni nk post entry yg dh lama aku dk perap... Hehe... Poyo jer kan? Nanti org kata nk g KL pn nk kecoh. Suka hati aku la kan nk tulis apa pon kan huhu.. Dah lama tak gi KL, harapkan sedara-mara je ramai kat sana..Huhu..Ok jom sambung cerita...

Masa musim exam ri 2 aku ngan kengkawan g berkelah kat Titi Hayun, Yan Kedah. Saja jer bawa balik budak2 ni kat kampung aku.

Masa pergi tu musim exam. Konon-konon nk release tension la kan hehehe.... Aku bawa diorang gi Gunung Jerai, Tanjung Dawai, Titi Hayun n last sekali g umah tok aku. Masa tu arwah tok wan aku ada lagi. Apa-apa pun jom layan pic kat bawah ni..Malas nk cerita banyak2 hehe...


Sebelum nk bertolak amik pic dulu hehe..


control ayu lak hehe...


ni driver kami hehe...
ida....



lovely girl hehe...



wajah-wajah ceria...




Ni nak pilih ikan bakar...
Kalo la nk pilih teman lelaki sesenang nk pilih ikan kan senang
hehehe....






Dara-dara pingitan ngah minum air tebu..
slurpp sedap woo....






control comey lagi hehe...
Kat gunung jerai...



Nak g lepak kat gunung jerai




control ayu tu...
duduk pon sopan jer hehe...



Gila-gila remaja dgn ain



atas gunung jerai



masa mandi kat titi hayun...
jari aku cm cacat sket hahaha...
yg mana 1 cuba teka??


Perhentian terakhir sebelum balik USM

Nanti nak pergi lagi sem depan kali ini nak bawa sesapa yang nak ikut hari itu. Ri 2 girls only kali ini sape2 nk ikut pun boleh. P buat baber-q kat sana hehe.. Sapa nak ikut nanti bg nama yek hehe..

Tata semua....


=)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Sudah seminggu lebih pemergian arwah tok wan, hidup ku kini tak seperti dulu. Terasa ada satu kekosongan. Walau bagaimanapun hidup mesti diteruskan... Terima kasih pada semua kerana mengambil berat tentang diri ini dan kawan-kawan yang sudi datang ke majlis tahlil dan pada hari pengebumian arwah.


Cuti sem dah habis sebulan. Mungkin malam ni akan bertolak ke Kuala Lumpur. Saja nak berjalan-jalan makan angin tenangkan fikiran. So orang-orang kuala lumpur nantikan kedatangan cik gadis ke sana..Huhu..


29hb ni lak bertolak ke Kuantan. Nak g kenduri kawen kat umah timbalan naib canselor UMP, prof sabarudin. Kebetulan anak dia kawan aku. Sambil2 tu g melawat orang pahang lak. Kot2 jumpa jodoh kat sana kan? Hehehe......


Dan baru-baru ni kawan aku call jemput makan kenduri.. Dia nak kawen dh.. Awal jodoh dia kan? Aku ni tah bila la lagi.. Pak we pon xda..hehe.. Rileks la kan? Muda lagi kot...


Dan sejak dok kat umah ni selera makan semakin menjadi-jadi lak... Waa...semakin berisi ler.... Tak tahu ler cna nanti bila dh abeh cuti sem..semakin "comel" pe hahaha....


Pada blogger yg dok kat KL tu lau nk jumpa cik gadis bleh jer... hehehe...


Tata semua......

Monday, May 18, 2009

KEHILANGAN



Salam semua..agak lama aku dah update blog ni... Maaf, sejak aku balik bercuti aku agak bz menjaga tok wan aku yang sakit. Berulang-alik ke hospital. Memang aku tiada masa nk on9.

Dan bila tiba masanya Allah datang menjemput kembali insan yang aku sayang itu. Tok wan aku sudah kembali ke rahmatullah...Hari Jumaat, 15-5-09. Sesungguhnya aku merasa sangat kehilangan. Kehilangan yang sangat besar buat diriku.


Namun aku redha. Aku tabahkan diriku untuk menghadapi semua itu. Aku telah lama bersedia untuk itu. Bersedia untuk merasa kehilangan dirinya yang aku sayang. Begitu tabahnya diriku sehinggakan tiada setitis air mata pun yang mengiringi pemergiannya.


Ketika dikafankan dan dikebumikan ke dalam liang lahad, tiada air mata yang menitis. Tabahnya diri ini menghadapi sebuah kehilangan. Aku redha. Apa lagi yang penting kalo bukan sebuah keredhaan untuk satu pemergian.


Sepanjang hayat arwah, aku berusaha memenuhi apa yang diingininya. Dia teringin makan rojak, aiskrim dan juga ais kacang dan alhamdulillah aku berjaya memenuhinya. Cuma di akhir hayatnya dia teringin makan buah manggis dan juga langsat. Memandangkan di kampung aku buah itu masih belum ada, walid aku telah pergi ke Bukit Kayu Hitam untuk mencari buah tersebut dan hajatnya tercapai.


Sehari sebelum dia dimasukkan ke ICU, arwah sempat berpesan pada Bapa sedara aku " nanti bagitau suma kawan-kawan masjid ayah, datang ziarah ayah, ayah nk p dah..."



Pilunya hati bila mengenangkan saat-saat itu. Dan aku sudah kehilangan seseorang yang paling aku sayang, orang yang menjaga aku dari kecil, yang menjadi peneman untuk ke pasar, menjadi teman untuk bergelak ketawa. Bila aku teringin makan durian dan sambal petai dia akan segera membelinya. Membeli petai untuk dibuat sambal petai udang.


Tiada orang lagi akan membeli durian untuk santapan anak cucunya. Tiada siapa lagi......Dan raya ini, tiada tangan ini lagi boleh ku sambut untuk memohon maaf............





Al-fatihah untuk HAJI AHMAD B OTHMAN

WAN DAN TOK


Monday, May 4, 2009

TAK MUNGKIN KERNA SAYANG TAPI HANYA KENANGAN

Hidup kita sentiasa dipenuhi dengan segala suka dan duka. Kadang-kadang kita bergelak ketawa dan kadang-kadang kita berduka. Hidup kita juga tak lepas dari kenangan silam yang kadang-kadang memberi kesan pada hidup kita.

Kenangan. Semua orang ada kenangan. Kenangan memberi kita kesan yang amat dalam hidup kita. Setiap dari kita ada kenangan yang mungkin kita tak kan lupakan. Kenangan mungkin sesuatu yang amat manis dan kenangan juga boleh menjadi sesuatu yg sangat pahit.

Dan masih ada orang yang masih hidup dalam kenangan. Ada juga yang berusaha untuk menghindar dari kenangan. Tetapi hidup dalam kenangan mungkin sesuatu perkara yang ramai orang menghadapinya. Banyak perkara yang terjadi pada masa dahulu mungkin menyebabkan masih ramai di antara kita yang masih hidup dalam kenangan.

Ya, begitu juga aku. Dan ia sangat memberi kesan dalam hidup aku sekarang. Dan aku berusaha untuk tidak lagi hidup dalam kenangan kerana kenangan aku sesuatu yang sangat menyakitkan dan sangat memberi kesan dalam hidupku.

Tapi, aku tahu kenangan lalutetap akan menjadi lipatan sejarah dalam hidupku. Biarlah ia terus bersemadi biarpun jasadnya tiada. Itu suma hanya tinggal kenangan dan tak kan kembali lg dalam hidupku.

Apa-apa pun lagu tak mungkin kerna sayang nyanyian Alyah yang kini menghiasi slot drama di tv 3 mungkin menggambarkan isi hati aku sekarang.

Lirik Lagu Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti


**Kenangan ini, Aku ingin lupakan kenangan ini.

BUAT SESUATU YANG DAH LAMA TERTANGGUH

Tag oleh cik harniza.. Sory kawan, dh lama sgt tangguh nk buat tag ko ni... So sekarang dh ada masa aku dh buat yek???

SILA LETAKKAN WALLPAPER LAPTOP/PC YANG ANDA PAKAI SEKARANG??


Wallpaper laptop aku..
Pic adik aku puteri qistina syakira

Napa aku suka pic ni dan pilih utk diletakkan sebagai wallpaper??
Sebab bila aku tengok pic puteri ni tenang jer hati aku.
Kalo ngah tension pon bleh hilang tension....
Agak kelakar pic ni dan nama gaya pic ni adalah buat bucuk
hihi..
Aku nak tag:
##Silakan jalankan tugas masing-masing yerk?? hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi