Tuesday, June 30, 2009

PERLUKAN MASA UNTUK...

Untuk pengetahuan semua buat masa ini aktiviti berblogging terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Agak bz sekarang. Faham-faham je la minggu depan dh nak daftar masuk untuk sem baru ni.

Sekarang ni pun aku ada USM. Konon-konon nak datang sehari je sebab nk settle pasal borang kaji selidik tu sebab nak kena submit tapi alih-alih dah 2 hari kat cni.

Tadi baru settle. Dah g submit pon. Lagipun aku duduk kat cni tolong member-member aku yg jadi pembantu pelajar baru masuk. Tolong handle bebudak ni gak. Setakat tolong sket2 jer la lagipun kelmarin diorang ada walkrobik so aku tolong diorang siapkan maskot.

Semalamnya pula ada dinner. Majlis penutup sebab budak-budak baru tu habis orientasi. Aku pun dijemput hadir gak. Kalo bab makan memang aku tak tolak hehehehe....

Tapi macam biasala aku kalo dh bz, handset memang letak tepi jer...So kalo ada sms yang tak berbalas atau lambat dibalas tu harap maaf la yek...Memang sejak azali lagi macam ni kalo dh bz, benda-benda tak penting letak tepi dulu..Macam tak faham la pulak kan??? Huhuhu...

So, maaf yek kalo tak sempat nk g jalan-jalan kat blog korang...Pada LOL Thanks 4 award nanti cik GKSB amik yek???

Banyak cerita nak dikongsi tapi terpaksa simpan dulu.... Mizz uolss..... Tata...





3 DARA MENANTI PINANGAN

Sunday, June 28, 2009

BILA HATI DAH SAYANG...........

Selamat kembali semua. Hehehe... Agak lama juga eyh aku tak update blog ni al-maklum la bz sket makan buah kat kampung tu hehehe....Manggis ada, rambutan ada durian pun ada.

Tapi aku bukan nak cerita pasal buah hari ni tapi nak ceta pasal kenduri aka reunion bebudak kelas PGM 04/05 Teknik Kangar dulu. So bila aku dah datang kenduri ni reunion form 3 aku tak pergi la kena hari yg sama lak.

G kenduri aka reunion ni free jer so g cni je la hehehe... Best bangat.. Aku rasa setiap dari kami ni pasti bawa balik kenangan yang sangat bermakna kan even jumpa kat majlis kenduri je tapi rasanya macam majlis kami semua jer hehehe....

Sebelum tu SELAMAT PENGANTIN BARU aku ucapkan pada Puan Baizoh dan suami En. Shahir. Baizoh ni orang pertama classmate kami yang kawin. Dan juga menjadi pertemuan yang pertama ada antara kami lepas habis SPM dulu.

Jom layan pic dulu.

WAKTU MULA-MULA SAMPAI
4 BUAH KETA SUMANYA


Dari kiri LYNN,CIK GADIS MANIS, BAIZOH DAN MARIAM



NI PASANGAN GAY DUNIA BOB DAN HANS
HAHAHA...
GURAU JER DEK NON
LELAKI SEJATI NI TAU

BOB DAN PJAI BERGAMBAR DI PINTU GERBANG PELAMIN
SAMBIL DISAKSIKAN OLEH SEMUA JEMPUTAN KENDURI
TAPI BEBUDAK NI SELAMBERR JER DEK NON...
HEHEHE...




BAIZOH DAN SUAMI



NI ANTARA KAWAN-KAWAN TEKNIK YANG HADIR







MUKA-MUKA KEKENYANG KECUALI HANS YG LAPAQ LAKSA
HAHAHA








SAMBIL BERGAMBAR SAMBIL DOK PIKIAQ
LEPAS NI SAPA LA PULAK NAIK PELAMIN
HOHOHO....


Sayang la hampa semua...Tah bila lagi boleh jumpa macam ni. Tak kan nak tunggu ada antara kita yang nak kawin pulak?? Nak tunggu aku pon lambat lagi hehehehe....

PESANAN KHAS UNTUK PJAI: Jangan la sedih2 dah nanti aku pujuk wani tu nowh...Tapi tak pa janji hang banyak menggembirakan kami hari ni so hang pon mesti hepy sokmo....

Buat semua kawan-kawan aku walaupun ramai yang berubah sama ada dari segi bentuk badan (ni aku la) ataupun gaya rambut hampa suma tetap kawan aku...Sayang suma weh......

Nak tau cerita lg?? Jom jenguk blog hans..KLIK SINI dan SINI

Sunday, June 21, 2009

RUPA DAN HATI


Rupa dan hati.

Apakah pilihan anda??

Adakah anda memilih hati ataupun rupa??? Jika kedua-duanya apakah pilihan pertama anda, hati ataupun rupa??

Ada yang memilih hati sebagai pilihan pertama untuk mencari pasangan kerana hati seseorang itu sangat penting dalam menjalin perhubungan. Hati yang jujur dan ikhlas mencintai dan menerima seseorang dengan seadanya.

Bila sudah sama-sama menyayangi dan mencintai tiada apa yang boleh merubah hati seseorang itu kecuali tanpa izin-Nya. Sekurang-kurangnya apabila memilih hatinya walaupun tanpa rupa yang cantik kita akan bahagia kerana hatinya yang baik dan jujur dalam perhubungan.

Tetapi jika memilih rupa apakah jaminan kebahagiaan hidup di dunia?? Mungkinkah hanya keseronokkan semata-mata ataupun untuk menunjuk-nunjuk bahawa dia boleh memiliki pasangan yang cantik ataupun tampan.

Mungkin tak salah untuk memilih rupa tapi kena lah sedar diri. Andai kata diri sendiri tidak lah secantik atau setampan mana tapi menginginkan pasangan yang sangat cantik sehingga dapat membandingkan rupa seperti tingginya KLCC dan rumah teres biasa fikir-fikirlah sendiri.

Orang yang memiliki rupa yang cantik dan tampan tidak salah malah merupakan satu anugerah ciptaan Allah yang sungguh indah untuk mereka. Tapi apa yang salah adalah bila mereka menggunakan kecantikan mereka ke jalan yang salah..

Malah ada yang cepat lupa diri iaitu bila sudah cantik ataupun tampan mulalah riak dan takbur. Bangga dengan kecantikan luaran mereka semata-mata lalu mulalah mempermainkan perasaan orang lain.

Tapi pernahkan anda lihat di sekeliling anda pasangan yang sudah berkahwin yang si suami sangatlah tampan tapi isteri biasa-biasa saja, bila isteri cantik si suami pulak biasa-biasa saja. Sesungguhnya Allah dah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.

Oleh sebab itulah setiap pasangan yang dijodohkan untuk kita memiliki kelebihan untuk menutup kekurangan yang ada pada kita dan begitu juga sebaliknya. Sebab itu kita lihat kalo si suami pendiam, si isteri pula banyak mulut kalo dua-dua suka bercakap siapa nak menjadi pendengar???

Kalo si isteri panas baran si suami pulak jenis penyabar tapi kalo dua-dua panas baran aman kah rumah tangga??? Sebab itu dalam perhubungan kena ada give and take. Apa yang paling penting adalah keserasian. Betul tak akak-akak dan abang-abang sekalian??


Untuk mencari pasangan bukan mudah. Kita perlu mengenali dirinya betul-betul sebelum mengambil keputusan untuk bersama. Sebab itu berkawan dulu penting kerana proses untuk mengenali diri masing-masing dengan mendalam bermula dari berkawan. Di sinilah kita boleh tahu sama ada kita serasi bersama atau tidak.

Tapi ramai budak-budak sekarang couple dulu baru kenal hati budi pastu bila dh putus baru tahu rupa-rupanya tak serasi. Tak ramai yang mahu berkawan dulu sebelum couple napa erk???

Sudah dua tahun aku single walaupun ramai minta nak couple. Bagi aku tidak perlulah tergesa-gesa untuk menjalinkan hubungan bila putus. Sebetulnya kita perlu bagi masa pada diri sendiri. Beri masa untuk mengenal diri sendiri dan memikirkan apa yang terbaik yang harus kita lakukan.

Aku sekarang lebih berhati-hati dalam menjalinkan hubungan bagi aku aku mencari yang terbaik antara yang terbaik sebab aku mencari seorang lelaki untuk dijadikan suami bukannya teman sementara untuk mengisi masa lapang.

Biar lambat asalkan berkualiti. Bukan senang nak mencari lelaki yang betul-betul boleh menjadi suami yang baik lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini. Begitu juga lelaki yang mencari wanita yang boleh dijadikan isteri. Apa yang paling penting adalah keserasian.

Mungkin tak ramai boleh paham aku dan mungkin tak ramai yang boleh menerima diri aku seadanya aku. Aku jenis suka berterus terang apa yang aku suka dan tak suka. Aku juga jenis tak suka nak bersikap hipokrit apa yang orang tengok dan kenal itulah aku.

Bagi lelaki yang jenis mengongkong ataupun kuat cemburu mungkin tidak akan menjadi pilihan aku. Gadis aktif dan lincah macam aku bila dikongkong mungkin akan memberontak. Aku tak suka orang menghalang apa yang menjadi minat aku. Tak semua orang juga boleh faham kesibukan aku dengan aktiviti di universiti.

Sejak sekolah rendah lagi memang aku aktif dengan pelbagai aktiviti dan aku tidak boleh duduk diam tanpa melakukan apa-apa. Adakah orang yang boleh faham dan menyokong minat aku ni?? Jika ya itulah dia lelaki pilihan aku.

Umur semakin meningkat tidak terlalu lambatkah untuk aku mencari pasangan??? Bagi aku jodoh ada di mana-mana Cuma lambat ataupun cepat. Tapi buat masa sekarang bercinta bukan menjadi keutamaan apa yang penting aku habiskan belajar dulu. Tapi jika tiba-tiba aku terbercinta itu mungkin sebagai pembakar semangat seiring untuk mencapai kejayaan.

Dalam percintaan aku akan memilih hati baru rupa tapi jika hatinya baik malah rupanya juga baik itu sebagai satu bonus untuk aku. Tapi lelaki kacak bukan menjadi idaman aku. Cukuplah bila hati aku melihatnya aku akan teruja dengan senyumannya serta lirikan matanya hehehe…..



Friday, June 19, 2009

KRISIS IDENTITI

Aduyai... Lambat lagi ke nak habis cuti?? Dah bosan bangat ni dok umah.... Nak keja pon terlambat dh, tinggal lg 2 minggu lagi nak habis cuti sem...

Rasanya bila buka sem baru nanti nak ubah imej sket la...Hehehe....Amacam ok tak??? Dok tengah fikir-fikir gaya apa yang sesuai.... Dah terfikir nak tukar gaya apa tapi nak kena g shoping dulu la.....

Berangan nak shoping ada duit ker?? Hehehe... Tengah mencari sugar daddy la ni nak tolong support hahahaha.... Gurau jer.... Tak ada maknanya kan???

Hmm... Tapi nak kena bagi berat badan turun dulu la..Dok umah biasa la selera makan tu tok sah kata la kan hehehe... Cuma aku konpius la bila jumpa member-member lama ada yang tegur kata aku dh nampak kurus, ada yang kata aku nampak berisi yang mana satu betol ni???

Haih... Itu la masalah aku sekarang ni.. Badan macam belon, berat sekejap turun, sekejap naik sebab tu bila jumpa member-member ada pulak pendapat yg berlainan. Depa pon pening kot bila jumpa aku, sat kurus sat demok hahaha......

27hb reunion adeh.... Segan plak nak p jumpa kawan-kawan lama.. Tapi rasanya tak rugi kot aku p.... Member-member aku suma dh cantik-cantik pandai bergaya dan bersolek segan la plak.. Huhuhu....
Yela aku ni bukannya pandai sangat bab-bab ni biasalah gadis kampung bandar pon ada separa jer kan?? Hihi... Sebab tu sem depan nak ubah imej sket....

Agak-agak kalo ubah imej sem depan aku ada pak we tak????

Keh3.....


Ni pic gadis kampung macam mana nak tukar imej baru erkk???



Ada perunding imej tak kat sini yang boleh bantu????


Thursday, June 18, 2009

JOM GELI-GELI

JOM LAYAN SATU VIDEO BEST..

2 ORANG NI SEPUPU AKU YANG ADA KEISTIMEWAAN

BUAT BENDA KAT BAWAH NI

APA YANG BEST NYA BAKAT DIORANG NI DIMILIKI OLEH WALID DIORANG GAK

KIRA MACAM IKUT GENETIK LA..

JOM LAYAN





APA PENDAPAT ANDA????

P/S Nak tau pendapat korang pasal entry kat bawah ni "cinta pertama"


Wednesday, June 17, 2009

CINTA PERTAMA

Cinta, cinta dan cinta. Aku nak cakap pasal cinta saja hari ini. Cinta pada manusia. Sudah pasti semua orang pernah merasa dicinta dan juga menyinta serta putus cinta.

Ada yang sudah kenal apa itu cinta sejak sekolah rendah lagi dan cinta itu dipanggil “cinta monyet”. Ada yang tidak pernah bercinta lagi sehinggalah sekarang. Cinta juga tidak mengenal usia kerana ia melibatkan hati dan juga perasaan manusia.

Ada yang bermain dengan perasaan dan ada yang memain-mainkan perasaan. Bila sudah mula bermain dan pernah dipermainkan maka ia akan bertukar menjadi dendam untuk memainkan perasaan orang lain.

Perasaan dendam kemudian bertukar menjadi satu keseronokkan bila dapat memainkan perasaan orang lain dan kemudian wujudlah istilah playboy dan playgirl. Mereka begini tidak pernah kenal erti puas pada yang seorang. Mungkin juga susah untuk berubah walaupun sudah mendirikan rumah tangga.

Tapi ada juga yang sudah bertemu cinta lain tapi cinta pertama tetap di hati. Begitu hebatkah cinta pertama sehinggakan ada rumah tangga yang runtuh kerana cinta pertama??? Ada yang sanggup meninggalkan anak bini kerana mengejar cinta pertama dan ada juga yang meninggalkan suami kerana ingin kembali pada cinta pertama.

Hebat sangatkah cinta pertama???

Bagi aku cinta pertama adalah bila kita mula belajar apa itu cinta, belajar untuk menyayangi dan disayangi, belajar untuk berkongsi kasih, belajar untuk berkongsi rahsia hati, belajar bagaimana rasa merajuk,memujuk dan dipujuk dan belajar untuk menjadi yang terbaik pada pasangan.

Tapi bila cinta itu kecundang, cinta itu yang paling menyakitkan. Walaupun sudah bercinta dengan ramai orang dan sering putus cinta tapi cinta pertama itu masih juga di ingati. Mengapa???

Hebat sangatkah cinta pertama???

Aku tahu masih ramai di luar sana masih mengingati cinta pertama malah ada yang masih mengharapkan cinta pertama datang kembali tapi sekiranya cinta pertama itu kembali masih samakah seperti dulu? Adakah hubungan tetap hangat seperti dulu dan tidak berubah?? Manusia sering berubah. Sedangkan pantai lagi berubah inikan pula hati manusia. Pernah tak mereka terfikir tentang ini.

Kadang-kadang ada yang sanggup meninggalkan pasangan yang mereka tahu lebih baik dari cinta pertama mereka untuk kembali ke pangkuan cinta pertama meskipun cinta pertama pernah menghancurkan impian yang mereka bina bersama dan mengkhianati cinta mereka tapi mengapa mereka tetap pulang ke pangkuan cinta pertama?

Hebat sangatkah cinta pertama???

Ini cinta pertama aku....



Tapi tak mungkin akan bersama lagi... Banyak lagi benda boleh fikir dari terus mengingati kisah lama. So kengkawan suma, lupakan kisah lama anda dan mulakan hidup baru yek??? Jangan sedih-sedih..

Apa-apa pun bak kata Nabil Raja Lawak "Lu fikirlah sendiri"
Pesan aku, "tepuk dada tanya iman, tanya hati, buat keputusan dengan hati-hati" Fikir-fikirkan la.. Selamat beramal.....


RINDU PADA KENANGAN TAPI REALITI SANGAT SUSAH DIKETEPIKAN

TING TONG DING DANG DATANG LAGI

Ting Tong......

27hb ada Reunion... Kebetulan reunion 2 sekolah untuk 1 hari yang sama. Tengah Ting Tong mana satu nak pergi. Satu reunion masa form 3 dulu gabung 3 kelas sekali. Satu lagi sekolah teknik dulu.

Kebetulan lagi member aku kawen so g konvoi ramai-ramai dengan member lama lebih kurang macam reunion gak ar....

Reunion form 3 buat kat Restoran Berputaq Menara Aloq Staq, RM25. Reunion form 4/5 kat rumah kenduri free aja...Pekena nasi minyak..Mana satu nak p????


Haihh.... awat la buat hari yang sama... Kalo bleh nk p 22 tapi sempat ka nak balik dari Changlun p menara pulak??? Nak ding dong lagi ngan kawan-kawan lama mesti amik masanya...Nampak cam tamak tapi kalo boleh aku nak jumpa kawan-kawan lama masa sekolah dulu. Tu la sekolah banyak sangat...Salahkan sekolah pulak bleh??Huhu......


Nak p tapi malu plak huhuhu... Dulu kurus sekarang tembam n lagi "comel" Hehehehe.. Sempat pulak puji diri sendiri hikhik...Gedik's....Wakaka... Jumpa balik member-member lama mana tau kot-kot ada kasih yang akan bertaut hahaha... Lawak ja.....
Malasnya nak dengar bila ada member yang akan tegur "amboi sihatnya hang, bahagia ka??" "Weh awat yang berisi sangat??" Mungkin banyak lagi benda yang akan aku dengaq. Adeh lemas perut... Tahu la sekarang ni ramai member aku yang dulu demok2 dh kurus...Huhu... Tak pa, tak pa......


Kalau tembam macam ni agak-agak member-member lain nak tegur tak?????


Tak tau nak p mana 1 lagi ni?????

Ada idea?? Suggestion??


WALID

Kepada semua yang bergelar bapa ataupun bakal menjadi bapa selamat hari bapa aku ucapkan. Bermacam panggilan untuk bapa kita ada yang panggil ayah, abah, bapak, walid, papa, abuya dan pelbagai lagi panggilan untuk bapa kita.

Bagi aku sendiri aku memanggil bapa aku dengan panggilan walid. Walid aku seorang yang garang tapi pada masa yang sama seorang yang suka membuat lawak. Jika tengok wajah walid, mungkin akan berasa gerun kerana misainya yang panjang ala-ala A. Galak iaitu sarjan misai dalam drama Gerak Khas. Cuba tengok misai dia kat gambar bawah. hehehe...






Tetapi di sebalik wajahnya yang garang, walid adalah seorang yang lucu. Kadang-kadang tak kering gusi dengan lawaknya. Walid aku adalah seorang yang sangat tegas. Tegas dengan anak-anak terutamanya dalam soal yang berkaitan dengan pelajaran.

Masih aku ingat masa aku di Tingkatan 3, aku pernah di rotan sehingga berbirat gara-gara ponteng sekolah. Aku adalah anak sulung dan anak yang paling degil bila dibandingkan dengan adik beradik yang lain. Aku selalu di marah dan selalu kena pukul akibat kedegilan aku yang kadang-kadang membuat beliau hilang sabar dengan kerenahku.

Walid juga jenis yang tidak berkira berkaitan duit ringgit untuk aku membeli buku walaupun kadang-kadang beliau sendiri tiada duit untuk diberikan. Aku mempunyai ramai adik beradik kalau dulu jika ingin membayar yuran sekolah dan membeli buku sekolah, kami terpaksa bergilir-gilir membayarnya.

Walid aku sangat menitik beratkan pasal pelajaran anak-anak kerana beliau tidak mahu anak-anaknya mengikut jejak langkahnya yang tidak berkesempatan masuk ke Universiti. Beliau inginkan setiap anaknya berjaya masuk ke Universiti. Alhamdulillah sekarang 3 dari 6 anaknya sudah berjaya menjejaki kaki ke Universiti.

Aku kini menuntut di Universiti Sains Malaysia. Adik aku yang kedua, Iskandar menuntut di UITM Arau dalam jurusan Sains Sukan, adik yang ketiga, Syafiq menuntut di GMI Bangi dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik dan adik yang keempat, Affan kini belajar dalam tingkatan 2 di sekolah agama Maktab Mahmud Yan, Kedah. Manakala adik yang kelima izzat masih bersekolah rendah dalam darjah 5. Serta adik bongsu aku puteri yang baru berumur 2 tahun.

Aku bukanlah mahu membanggakan diri kerana aku tahu ramai lagi orang yang mempunyai ahli-ahli keluarga yang belajar di luar Negara dan lebih hebat dari ini. Tapi semua kejayaan kita ini kalau bukan dengan usaha dan titik peluh ibu bapa kita yang membesarkan kita, mungkin kita tidak akan berada di tahap kita berada sekarang.

Sesungguhnya aku bersyukur aku masih mempunyai walid dan umi jika nak dibandingkan dengan orang lain yang mungkin tidak berkesempatan mendapat kasih sayang dari ayah ataupun ibu. Aku masih berkesempatan mencium tangan mereka, melihat mereka tersenyum...


WALID DAN UMI


Aku ingin menggembirakan mereka dengan kejayaan aku menggenggam ijazah, berada bersama-sama mereka di hari konvo aku nanti, insyaallah........

Namun aku percaya, walaupun mereka yang telah kehilangan ayah juga mungkin boleh berjaya kerana mereka mempunyai ibu yang menjadi ketua keluarga dan menjadi ayah dalam pada masa yang sama untuk anak-anak.

Sempena hari bapa ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada walid aku, ENCIK AZMAN B HJ AHMAD. Ampunkan anakanda ya ayahanda atas segala kesalahan dan kesilapan anakanda selama ini.


Tuesday, June 16, 2009

SEBUAH KERINDUAN YANG TIADA PENGHUJUNGNYA





RINDU PADA
WAJAH
INI










RINDU
PADA
SENYUMAN
INI


RINDU
UNTUK
MENCIUM
TANGAN
INI






SEMUA HANYA TINGGAL KENANGAN
YANG
TAK AKAN
TERKUBUR SAMPAI BILA-BILA




Saturday, June 13, 2009

AWARD UNTUK AKU

Aku dapat award daripada atikah saari
Dah lama dapat tp baru hari ini berkesempatan amik.Thanks ye tikah....




Copy Award di ats utk diletakkan di blog anda.
Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini.
1. Dia comel...
2. Teman blogger
3. Belajar kat UTP
4. Blog dia canteq...
5. =)

Setiap Blogger mestilah menyatakan 10 fakta or hobi sendiri
1. Tak suka kucing dan binatang-binatang yg seangkatan dgnnya...hehehe...
2. Takut pada ketinggian
3. Obses dengan buku.. Sangat suka membaca la tu hihi..
4. Pemalu (Hahaha yeker??)
5. Ada hidung yang sangat sensitif iaitu cpt bau benda busuk walaupun org lain tak bau lg..
6. Tak suka orang yg ketiak busuk hahaha bleh???
7. Suka warna purple, biru dan semestinya pink kaler...
8. Sangat susah nak cari kasut yang sesuai dengan kaki sebab kaki kecik-kembang depan hohoho...
9. Cerewet pasal makanan sbb suka makan yg sedap-sedap jer ngeh3....
10. Bela kura-kura tapi baru bela 2 hari dh mati apa cerita???

Anda perlu memilih 10 penerima award & describe tntg mereka
1. Harniza@ hunny bunny...( Member USM yg sangat bergaya dgn shawl dan pakaian berwarna pink)
2. Jawahir ( Adik aku kat usm yg sangat baik...)
3. Jasmin ( Adik aku gak kat usm yg comel...)
4. Nadia ( Adik aku gak yg gila bergambar seangkatan dgn jasmin dan jawahir)
5. Wan Jun ( Kawan kat USM yg sentiasa ada saat aku memerlukan pertolongannya)
6. Nana41 ( Teman blogger aku yg tak pernah jumpa lg walaupun duduk 1 negeri)
7. Azrie ( Senior aku masa sekolah SMK syed mohd bukhary yg aku tak perasan yg mana 1 tp jpa dlm blog hehe...)
8. Akak adnel (Teman blogger)
9. HANS ( kwn sekolah masa teknik dulu.. Duduk depan meja aku dlm kelas..nanti nk pegi kenduri kawen baizoh sm2 hehe...)
10. Fadh ( seorang suami mithali pd isterinya tp bkn suami aku ok?) Hehehe...

Jenuh gak aku fikir nk bg kat sapa sebab kebanyakan ada yg dah dapat. SO, UOLSS.. Terima la award ni yerk...
;)

Friday, June 12, 2009

AKU DAH KEMBALI...


Yuhuu…. Aku sudah pulang…..hehehe…. Dapat jugak lepaskan rindu pada family terutamanya dengan puteri tersayang…. Sampai jer rumah cari puteri dulu pas2 tunjuk baju yang ada seseorang tu beli utk puteri.

Cantik..comel jer puteri pakai…Sampaikan dia tak mau buka la baju tu. Sebelum pakai siap suruh aku iron bukan main lagi adik aku sorang tu skrg ni…Nk cantik jer keja dia cm kakak dia gak hehe…

Sepanjang aku di KL banyak gak la tempat yang aku pergi tu pun sebab ada sorang kawan yg sangat baik hati bawa g jenjalan kalo tak terperap jer kat rumah tu…Yang paling best tempat yg aku g kat ampang ats bukit pe tah pastu ada nampak bandaraya KL dr atas bukit tu…

Bg sesetengah orang maybe tu benda biasa jer tp bg aku tmpat tu special sbb bleh menenangkan fikiran yg ngah serabut…Pastu dia panjat divider tepi jalan tu supaya dpt tgk bwh lebih jelas.

Aku pun wat gila panjat gak hehehe… Orang rendah kan terpaksa la panjat bg nampak, orang tu tak pnjat pun dh nmpak huhuhu….Tapi sayang KL jerebu...Kalo dari atas bukit tu la.....

Sepanjang aku kuar pusing KL, dan apa yang aku tengok budak-budak KL ni macam dh hilang adat ketimuran. Banyak terpengaruh dengan barat. Pakaian tok sah kata la yang tak sepatutnya tunjuk tu yang budak2 nk tunjuk sgt.

Ada sekali tu mulut aku dh jadi laser lps tengok sorang budak popuan yang aku sangkakan Chinese tp rupanya Melayu pakai seluar pendek cukup2 tutup roti kat belakang tu jer.. Cam hampeh.. Tak malu glerr kn???

Traffic jam tok sah kata la lemas perut dok dlm kereta lama2…Memang jiwa aku tak sesuai hidup d kota yang macam tu…Kalo bleh tak nak la aku keja kat tempat mcm tu. Kalo orang lain berlumba-lumba nak keja d KL tp aku sebaliknya. Tak nak la aku keja c2 tak sesuai tau…

Kat KL gak aku jumpa dengan kenalan lama yang tak pernah aku jumpa. Daniel dengan fadzli korang memang best. Memang lawak gla lepak ngan korang. Pecah perut aku gelak dengan lawak korang lebih-lebih lg pasal lawak bulu hidung tu hahahaha…. Tak dapet den nk lupa…

Tapi walaupun jauh mana aku lari membawa diri, ingatan aku pd arwah wan tetap ada. Kadang-kadang aku rasa dirinya masih ada. Aku tak percaya yang dia sudah tiada. Tapi hakikat yang arwah telah tiada harus ku terima.

Tapi aku masih belum bersedia untuk pulang ke kampung. Kalo masa dia meninggal aku kuat sehingga tidak menitis air mata, sekarang belum tentu lg kuat. Kenyataan yang dia telah tiada tetap harus ku terima..Itu realiti...


AL-FATIHAH untuk arwah HAJI AHMAD B OTHMAN

Thursday, June 4, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA

Assalamualaikum suma....

Selamat bercuti.... Pada ibu bapa mesti sekarang ni tengah merancang ke mana destinasi percutian untuk anak-anak kan? Pada student IPTA mungkin cuti sem ni ramai yang bekerja dan juga pergi makan angin mcm cik gadis kan??

Mungkin juga ramai yg sudah melangsungkan rumah tangga. Bagi cik gadis sendiri cuti sekolah ni dh dua orang rakan sebaya yang dah menamatkan status bujang mereka dengan mendirikan rumah tangga. Muda kan? Tapi usia bukannya penghalang untuk mengecapi kebahagiaan bersama pasangan...

Sekarang cik gadis masih di Selayang. Rumah saudara kat sini. Tapi agak kurang sihat batuk-batuk sehingga suara menjadi serak. Nak kata hilang suara tu rasanya suara pun dh mcm itik nila.. Hehehe..

Mungkin perubahan cuaca dan tempat kot. Ye la kita ni kan gadis kampung separa bandar, ada lagi kampungnya ni tp bila dh sampai KL kira suara ni terkena culture shock kot hehehe... Tapi orangnya maintain tak berubah yek hehehe....

Ada kat cni ni nak kata berpeluang jalan-jalan tu tak la sangat tapi bila ada orang nk bawa gi jenjalan kita ikut jer hehe... Thanks ye pd sorang teman tu g bawa jenjalan kat KLCC... Dapat gak hajat nk membeli novel seperti yang disarankan oleh sorang akak ni dlm blog die..nk tahu lebih lanjut klik sini

Memang best novel tu. Dalam kita bergelak ketawa membaca novel tu ada juga sedih nya sampai cik gadis pun turut sama berendam air mata.. Hehehe Jiwang gak nowh.......Thanks akak adnel yang sarankan novel tu...Memang tak rugi beli novel tu....

Dalam pada masa tu sempat gak cik gadis gi Kuantan. Gi kenduri kat sana. Berpeluang gak makan masakan orang kuantan apa benda yg hitam2 tu opor kan? Kalo salah tolong tegur yek.... Makaseh pd orang yg tolong jaga cik gadis kat sana..Ngan demam2 lagi kan tp da orang yg sanggup hantarkan ubat...

Result exam pn dah tahu... Pointer maintain 3 ke atas gak walaupun banyak main....Huhuhu.... Tapi turun sket la...Tak banyak tapi turun gak kan??? So sem depan kena berusaha keras lg... Biasa la sem ni tak ada orang nak bagi semangat kat kita suruh belajar rajin-rajin...

Sem lepas ada abangkan yang dok jauh kat negara orang...Sekarang abang tu dh bz dengan syg dia jer mn nk ingat adik dia dh ni..Huhuhu...Tak pe tak kisah...Tp sebenarnya agak kisah la...Huhu..

ok la pape pun selamat bercuti...

ciao dulu tata...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi