Thursday, July 30, 2009

MALAM-MALAM YANG BEST

Hari tu, kak farah, qema n zaf rancang nk tengok wayang. Diorang ajak aku. Tapi memandangkan masa tu aku ni kesempitan duit sebab PTPTPu tak masuk lagi, aku pon malas la nak join. Tapi qema ajak g gak, dia nak belanja.

So, dh ada org nk belanja aku pon ok jer la. Bukan selalu roomate aku nak belanja. Walaupun leh kata baru setahun jagung kami kenal, tapi best la dapat roomate cm ni jenis tak berkira. Tak pa ada duit lebih sket bila2 aku lak belanja kan?? Sama2 tolong la kan? =)

Kami g tgk ceta HARRY POTTER. Ceta kali ni ok la tak la best sgt mcm yg sebelumnya sebab episod kali ni lebih kepada cerita cinta dan banyak adegan2 ceom jer.... Kami pilih tayangan midnight. So agak lewat la balik. Aku pon bapa kali dok menguap.

Abeh jer movie tu otw nak balik sempat lagi dok amik pic. Dan hasilnya jom tengok kat bawah aksi-aksi gedikss kami.. =P




QEMA, ZAF DAN KAK FARA






KAK FARAH, ZAF DAN AKU

BUDAK BERDUA NI TAK ABEH2 DGN SKANDAL

HIHIHI...






AKSI GEDIKKSS KU
KIH3...






SI PANJANG DAN SI PENDEK
TURUN ATAU NAIK??





Bila sampai jer USM, kami tak terus balik ke desasiswa tapi terus g padang kawad belajar bawa keta walaupun masa tu dh pukul 3 pagi. Hehehe..wat keja gila sket. Maklumlah aku, zaf n qema tak pandai bawa keta so kak farah la tolong ajar.

Mula-mula tu memang takut, tapi aku beranikan diri gak drive. Si qema lagi la sampai sujud2 kat padang kawad kena paksa ngan kitaorang sebab dia takut nk drive.

Apa-apa pun kenangan malam tu memang tak dapat dilupakan. So pada Yan, rugi hg tak ikut. Sila bz kan diri lagi yerk??? Ngeh3....

Wednesday, July 29, 2009

CEMBURU KE JELES???


Cemburu.

Pelbagai jenis cemburu ada. Ada cemburu tanda sayang, ada cemburu manja-manja, ada yang kuat cemburu dan ada yang cemburu buta. Cemburu yang jenis macam mana kah anda???

Yang psti kita tak kan terlepas dari berasa cemburu lebih-lebih lagi bila melihat orang yg kita sayang bersama dengan orang lain. Tapi bagi aku, cemburu tu biarlah berpada-pada jangan sampai pasangan anda pon naik rimas dengan anda.

Aku pernah berkawan dengan orang yang kuat cemburu. Memang rimas. Naik menyampah pon ada. Nak keluar semua nak kena bg tau, 24 jam kena report pergi mana, dgn sapa. Pastu bila dh keluar call banyak kali sampai kan aku terpaksa off handset sebab tak tahan.

Yang peliknya masa tu baru berkawan, belum lagi ada apa-apa ikatan. Kompom la aku tak mau ada apa-apa ikatan dengan org cm tu. Rimas la. Macam dikongkong lak. Silap-silap bila kawen terpaksa terperuk dalam rumah. Nak buat apa pon tak boleh.

Cemburu tak salah, tapi jangan lah sampai orang lain pon naik rimas. Kawan aku pon naik rimas sampai dia nasihatkan tak payah lah terima orang cam tu nanti merana hidup. Memang aku pon tak mau cari nahas la. Dah la aku ni jenis suka berkawan ngan semua org.

Kita berkawan dengan semua orang tak kira la dia tu siapa. Kadang-kadang bila berkawan dengan org yg berpunya ni ada masalah lain lak yang timbul. Awek jeles. Nak berkawan pon tak boleh ker? Bukannya nk mengorat pak we hang.

Rasanya popuan kalo dia betul-betul yakin yg si lelaki betul-betul sayang dia rasanya dia tak patut cemburu. Cemburu manja-manja tu boleh tapi janganlah sampai cemburu buta. Sampai apa yg lelaki tu nak buat semua kena gtau dia. Semua kena libatkan dia. Setiap masa kena report macam tu gak dgn popuan.

Selalu kita tengok perempuan yg kuat cemburu tapi lelaki yg kuat cemburu ni buruk rasanya. Aku ada kawan lelaki yg jenis yg macam ni. Semua benda nak kena gtau. Kawan-kawan si popuan ni mestilah si lelaki kena kenal. Kalo tak kenal, kena perkenalkan. Pastu kalo nak kuar mestilah kwn2 yg dia kenal.

Mau tak popuan ni minta putus. Pastu baru sedih-sedih ngadu kat aku gtau awek dia minta putus. Aku bila dengar cerita dia apa lagi kondem habis-habisan la. Sapa suruh buat pangai cm tu. Kalo aku pun minta putus. Huhuhu....Pastu dia cakap aku ni sm ja dgn awek dia.

Hahaha...Habis tu kalo dh terlalu mengongkong sapa boleh tahan??? Sedar la bro, kalo sayang bukan mcm ni nak tunjukkan cara sayang. Banyak lagi cara boleh kita buat. Lainlah kalo dh kahwin. Ni tak baru nak kenal-kenal dh lebih-lebih. Orang yg dh kawen pon xcm tu.

Kalo orang tengok kening aku yg lebat ni org kata aku kuat cemburu. Yeke??? Aku cemburu tapi jenis yg tak tunjuk. Aku sendiri nak kan kebebasan kenapa aku nak sekat-sekat kebebasan orang lain?

Lagipun selagi bujang ni la nak enjoy. Tapi enjoy yg berpada-pada la. Bila dh kawen nanti tumpukan pada rumah tangga jer la. Lelaki pon aku tau ramai yg tak nak ada komitmen yg serius selagi mereka tak bertemu dgn MRS RIGHT diorang. Macam tu gak popuan.

Tapi lelaki yg jenis mcm ni, bila dh bertemu dgn seseorang yg dia sayang bila dh kawen nanti dia hanya akan setia pada isteri dia sorg jer sebab apa? Sebab dia dh puas enjoy jika nak dibandingkan dgn lelaki yg sepanjang usia muda dia hanya setia utk sorg perempuan bila dh kawen nanti mula lah nak makan luar sebab apa? Sebab jemu la kot.

Tapi ni pendapat aku jer la. Kita tak boleh menafikan hak orang ye tak???

Pada aku, cemburu biarlah bertempat. Cemburu yg berpada-pada sebab cemburu buta boleh membawa pada sikap kongkongan. Nanti diri sendiri yg susah. Tak keruan sebab selalu fikir takut si kekasih curang sedangkan dia juga perlukan masa utk bersama kawan-kawan dia.

Apa-apa pun tanya lah hati anda, hubungan mcm manakah yg anda inginkan. Tanya pada diri cemburu yg jenis mcm manakah anda??? Kalo kuat cemburu, pastikan cemburu anda tidak keterlaluan. Pandai-pandaila nak uruskan sifat cemburu anda.

Selamat beramal....

Monday, July 27, 2009

MALU KE KELAKAR???

Hari ni dengan semangatnya aku bangun awl p kelas sebab hari ni first tutorial Dr Zul, lecturer yg aku suka bila dia ngajar. Tapi masa tu aku confuse aku ni tutorial pukul 9-10 pg ker or 10-11pg.

Tapi tak pe la pergi jer la. Pastu dah nak sampai dewan kuliah dh, alia col tya ko kelas skali ngan aku kan kul 10-11pg. Baru la aku teringat yg aku dh tukar kelas dgn kak emy. Dia amik pukul 9-10 aku amik 10-11.

Tapi dh sampai dewan kuliah dah aku pon malas nk patah balik. Terus jer masuk bilik tutorial. Dah la lambat. Masuk-masuk nampak kak emy dok bg isyarat dh. Dr zul pon dah ada kat depan pastu dia tanya aku...

Dr Zul; Kamu nama apa?

Aku: Wan Nur Hanis

Dr Zul: Bukan kamu ke yg tukar kelas pukul 10-11pg. Napa datang awl?

Aku: Saya terbangun awal Dr.

Satu gelas gelak kan aku. Huhuhu... Boleh plak aku jawab cm tu. Spontan jer. Sedang sebenarnya aku terlupa kelas aku pukul 10-11pg.


Dr zul: Habis tu kamu nak tukar tak ni?

Aku: Nak

Dr Zul: Pastu keluar la.

Aku: Terima kasih dr.


Keluar jer dari bilik tu terus air mata meleleh. Sepanjang jalan aku menangis sampai la balik ke desasiswa (hostel). Malu ar kena halau cm tu. Tapi dia tak tengking la just cakap cam biasa jer. Cuma aku la malu bila dia suruh kuar. Kalo lecturer lain mungkin bagi jer aku duduk dlm kls tu sebab dah datang pon. Hmmm....

Tapi pk balik kelakar la gak. Boleh pulak aku g jawab dah terbangun awl sebab tu g kelas awal kih3...

Tapi hari ni memang hari memalukan buat aku..Malu sebab dia suruh kuar dari kelas. Nasib baik kul 10 tu aku masuk kelas dia tak cakap pape kalo tak malu kuasa 2 la aku.

Huhuhu.....


Tapi aku tetap suka kelas Dr Zul =)

Sunday, July 26, 2009

FUTSAL OH FUTSAL (AKHIR)

Nak cerita sikit pasal futsal hari ni. Pendaftaran start pukul 8 pagi. Malam tu aku pesan kat team aku kul 8 pagi kumpul kat cafe. Sebelum p tu makan dulu bla bla bla..... Tapi kan nak dijadikan cerita 1 minit sebelum pukul 8 iaitu 7.59 minit pagi baru aku terjaga.

Apa lagi kelam kabut la bangun. Kejutkan roomate aku kelam kabut mandi sampaikan ubat gigi pon aku hampir-hampir nak buat pencuci muka. Haihh.....

Pastu dah siap tunggu roomate aku si qema pulak. Jalan la kaki sebab hari Sabtu bas kat USM ni jarang-jarang sekali. Sampai sekerat aku tunggu bas je p sampai stadium. Msg2 la bebudak aku tanya game kita orang start kul bapa nasib bek la kul 9.30 pg baru main.

Aku pon xtau cm mana leh xjaga sedangkan dh kunci jam. Serius memang tak sedar langsung. Sampai sana daftar pastu tunggu la giliran kita orang main.

Cuba teka aku main ke tak??? Mestilah main kan.. Hehehe... Semua member dah larang jangan main tapi degil gak. Ada yg hantar sms cakap jgn main. Tapi bila dh gian nk main, belasah jer la. Hehehe...

Tapi boleh main jap jer bila kaki cm xleh tahan sakit baru la kuar. Hampeh betol. Sakit lerr.. Huhu... Kena g kat ambulans g bandage kaki. Pastu puan tu tanya la nama aku sapa dari mana. Bila aku dh gtau dia tanya aku, bukan kamu ke yg saya balut kaki malam tu.

Huhuhu... Malu beb!! Masa mula-mula baru kena ri tu aku p pusat kesihatan tp dh tutup. Puan tu pon nk balik dh tapi dia tolong balut kaki aku pastu suruh p klinik panel USM. Dia kenal aku beb!! Siap kena marah lagi sebab aku main gak futsal walaupon kaki aku xlega lagi.

Roomate aku pulak menambah-nambah lak cakap aku ni degil la. Pastu Puan tu tanya aku makan ubat tak? Roomate aku gtau yg aku ni tak makan ubt la bla bla...Geram jer.. Tapi memang betol pun kui3...

Aku jawab jer la masa saya makan ubt dia tidur dh, mn dia tau sy mkn ubt ke tak.**terbaik punya alasan kih3...

Mesti korang nak tau kan kami menang ke kalah. Of course la kalah hehehe.. Sebab apa kami kalah?? Sebab aku tak main hahaha....Boleh tima tak alasan ni??? Hehehe...Tapi tahniah la untuk team aku walaupon kalah kami kalah dengan bermaruah ye tak??? Sweet jer kan??

Sakit ke tak kaki aku tok sah tanya la kan. Nak ngadu sakit pon nanti ada orang cakap padan muka sapa suruh degil nak main gak. So, sakit pun tahan jer la... Tak mau bising-bising.. Huhuhu.. Janji aku puas hati walaupun dapat main kejap jer... =)

Dan sekarang masa untuk tengok pic... Kami suma ni comel-comel tau hehehe....Layannn....




MASA NI DAH HABIS MAIN DAH.

WALAUPUN KALAH MAINTAIN HEPY



KAMI FC

NAMA TEAM AKU

SWEETTTT JER...KAN??


=)






POSING ATAS MOTOR LC

TENGOK LA KAKI AKU YG BERBALUT

TAPI SENYUM TETAP TAK LEKANG DARI BIBIR


Best sangat dengan team aku ni. Main tanpa tekanan. Hepy jer semua. Caya la...... Thanks pada semua yang bekerjasama dengan aku dan bagi komitmen. Lain kali insyaallah kita boleh menang tapi tunggu kaki aku baik dulu la yerk...hehehe










Friday, July 24, 2009

FUTSAL OH FUTSAL

Esok pertandingan futsal. Aku dah pesan siap-siap kat team aku. Kita main ni main untuk suka-suka. Menang ke kalah ke tak apa. At least kita mencuba. Diorang pon ok jer. Hepy2 semua. Esok harap-harap semua berjalan dengan lancar.

Lagipon suma yg join futsal tu bukan calang-calang orang. Kebanyakan dh expert dgn futsal ni. Walaupon aku dah main lama tapi team aku kebanyakan diorang ni baru jer nak menceburkan diri. So tak kisah sangat la menang ataupun kalah. Kalo kalah pon biar bermaruah ececece ayat tak boleh blah...kih3..

Korang agak-agak aku main ke tak esok??? Keberangkalian akan main gak kot. Hehehe..


Opsss....Jangan terkejut!!!!


Semangat kesukanan yang agak tinggi kan?? Huhuhu... Kalo kaki aku tak gedik-gedik nak main bleh rileks jer kot tengok diorang main. Kalo dh tergedik-gedik gak main je la. Hehehe...

Pape pon doa kan lah kami main ok esok dan kaki aku pon dapat bermain dengan selamatnya yek.. **hikhik degil tol kakiku ni yek..

SABAR MENANTI

Sejak dua menjak ni ramai yang emosi tak berapa nak stabil napa tah. Termasuk la aku. Jadi sensitive sangat. Sentap dengan seseorang.

Bak kata pepatah terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata??? Hati terluka. Ya aku terluka walaupun mungkin perkara tersebut tidak disengajakan olehnya. Tapi kata-katanya sangat memberi kesan pada aku.

Sekarang dah masuk tiga hari tak bercakap kat telefon. Tak sms. Aku minta dia bagi masa untuk aku. Mungkin dia juga cuba memberi masa untuk aku menenangkan fikiran. Tapi kalo tak cakap lebih 3 hari berdosa kan?

Bila dah sakit-sakit ni memang sensitive sket. Ngan kaki ni cm orang tempang jer. Nasib bek dah ok dah. Tapi bila duduk dalam aircond memang sengal gak la. Bila hujan tu, lagi ar sakit. Sabar je la…

Ubat pon dah bapa hari tak makan. Selalu ada orang tolong ingatkan. Tapi dah jadi cam tu, ubat pon lupa nk makan..**Alasan ni boleh diterima tak? Huhuhu…

Jumaat adalah hari untuk aku menyiapkan assignment. Sehari aku memperuntukkan nk siapkan assignment. Sabtu perlawanan futsal. Bebudak aku suma dok tanya macam mana kaki aku. Ok ke tak? Aku jawab tengok la sabtu ni kalo main tu kira ok dah la,

Buat keja gila sket. Belasah jer main. Lepas main baru fikir sakit ke apa ke. Huhuhu… Macam tak sayang kaki lak kan??? Biar lah…

Fikiran pon dah berserabut ni. Malas nk fikir-fikir banyak lagi. Redah je la.. hehehe… boleh jer nak jaga diri sendiri tanpa mengharapkan orang lain.

Kenapa tah masa menulis N3 ni dada sakit sangat. Ni la akibatnya dok memendam rasa kot hehe ye la tu kot… Ntah la…

Lepas ni tak ada orang nak marah dah kot sebab suka memendam perasaan. Aku kena berbalik pada diri aku yg sebelum ni. Sekarang ni macam lupa diri lak. Mengharap sangat pada orang lain. Jadikan dia tempat bersandar sedangkan aku tahu tak sepatutnya aku buat begitu.

Siapa aku padanya???

Aku tahu jawapannya. Semuanya bergantung pada aku. Cuma kata-katanya memang buat aku terasa sangat-sangat. Mungkin dia tak sengaja tapi bila dah terlajak kata-kata memang susah nak tarik balik.

Aku boleh saja lupa apa yang dia cakap. Tapi bila hati dah terluka cm ni xtahu la pe ubatnya???

Aku tak marah dia. Cuma aku kecewa dengan diri sendiri. Tanpa aku sedar, aku dah langgar prinsip yg aku pegang selama ini. Dia cakap dia tahu aku seorang yang kuat dan tabah tapi kadang-kadang kekuatan tu akan berkurang or hilang terus bila sesuatu berlaku sbb tu dia akan berada di sisi aku.

Dia dah menyedarkan aku tentang suatu perkara. Nasib baik aku sedar awal. =)

Entah la….

Aku hanya perlukan masa. Harap awk sabar menanti. Biarpun penantian itu sesuatu yang menyeksakan.



Sukarnya..mencarik suka dulu
Bila hilang dicelikan mata
Kau pergi …
Bak hembusan angin bayu
Menyentuh sanubari
Wajah ceria persis sinar purnama malam

Namun ..
Mungkinkah sinaran itu
Menghujani titian kasih kita
Mengalir kembali meresap diruang imani
Menongkah deras ombak hati
Kerana tergalas amanah islami
Tautan ukhwah diikat janji


Wednesday, July 22, 2009

MENGAPA KITA BERTEMU HANYA UNTUK BERPISAH???

Awak, kenapa kita bertemu untuk berpisah? Awak ingat lagi tak janji-janji awak pada saya? Awak janji tak kan tinggalkan saya. Tapi kenapa awak mungkiri janji-janji awak? Kenapa awak tinggalkan saya?

Saya ingat lagi hari terakhir kita jumpa. Awak lebih banyak mendiamkan diri. Sesekali awak senyum bila awak dengar lawak bodoh dari saya. Awak beli makanan kesukaan saya. Tapi saya marah awak sebab awk beli banyak sangat. Saya tak nak awk membazir.

Tapi last skali saya gak yg melantak sampai abes. Awak ketawa. Awak perli saya sebab mula-mula tadi saya yg larang awak beli banyak dan akhirnya saya gak yang melantak sampai abeh.

Awak, saya rindu awk. Saya rindukan senyuman awak. Saya rindukan gurauan awak. Awak selalu usik saya. Awak suka tarik hidung saya sampai merah pastu awk gelak-gelak sebab hidung saya merah macam badut.

Awak, saya rindu awak. Awak selalu buat saya tertawa. Awak buat saya bahagia dengan awak. Saya tak pernah rasa bahagia macam saya rasa bahagia dengan awak. Tapi kenapa awak pergi? Awak pergi tinggalkan saya. Awak dah janji tak kan tinggalkan saya. Kenapa awak mungkiri janji-janji awak?

Awak, hari ini genap tiga tahun usia perkenalan kita. Tapi awak tak ada nk raikan bersama saya macam tahun-tahun sebelumnya. Saya ingat lagi setiap bulan bila sampai 4 hb, kita akan sama-sama hantar sms ucap selamat hari ulang tahun perkenalan. Kita akan sama-sama kira dah setahun berapa bulan kita couple.

Kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Saya sedih awak. Awak tak ada nak buat semua itu lagi. Awak, awak ingat lagi tak masa kita keluar makan malam tu? Kita pergi makan tomyam sama-sama. Saya tahu awak tak makan pedas. Tapi saya kena kan awk. Saya bagi tau awk, tom yam tu tak pedas pun. Bila awak makan tom yam tu, awak cepat-cepat minum air sbb tom yam tu pedas.

Saya gelakkan awak masa tu. Awak tarik muka. Awk tunjukkan muka masam. Puas saya pujuk awak. Tapi awak buat bodoh. Last-last saya pulak merajuk. Awak pujuk saya pulak. Indahkan saat-saat itu? Awak suap saya, saya suap awak. Walaupun ramai orang pandang-pandang tapi kita buat dono jer. Awak cakap diorang jeles tengok kita. Saya senyum jer.

Hari itu kita bergaduh. Saya merajuk dengan awak. Saya tak balas sms awak. Awak call saya off kan handset. Bila saya on handset, saya dapat banyak sms dari awk. Awak minta maaf. Tapi saya ego. Saya tak balas pun sms awak. Saya tak call awak balik pun. Pastu awak dh tak sms saya dh. Saya tunggu awak call. Awak tak call saya.

Setiap malam saya nangis. Saya sayang awak. Saya takut kehilangan awak. Lepas 3 hari, awak masih tak call saya. Saya pun ambil keputusan nak call awk. Tapi peti pesanan suara je yang ada. Awak off handset. Kenapa awak? Saya minta maaf wak.

Saya janji saya tak kan buat macam tu dah kat awk. Saya sayang awak.Saya pun ambil keputusan nak pergi rumah awk. Saya nk cari awak. Saya drive kereta sorang2. Walaupun awak tinggal di utara dan saya di selatan, Saya sanggup pergi demi awak.

Malam baru saya sampai rumah awak. Ramai orang rumah awk. Saya takut nak masuk. Pastu saya nampak adik awak. Adik awak berlari ke arah saya dan peluk saya. Saya terkedu. Saya tertanya-tanya kenapa? Saya tanya adik awak mana abang? Akak nak jumpa abang. Adik awak nangis. Saya cakap mana abang? Mana abang? Akak nak jumpa abang. Akak nak minta maaf dengan abang. Akak sayangkan abang.

Pastu mak awk keluar. Dia pimpin tangan saya masuk dalam rumah. Dia suruh saya duduk. Saya tengok sekeliling kalau2 awak ada. Mak awak cakap kat saya awak tak ada. Awak dh pergi.

Saya cakap pergi mana? Saya nk jumpa awak. Saya ada bawa puding kesukaan awak. Awak kan suka makan puding yang saya buat? Mana awk pergi?

Mak awk menangis, adik awak menangis. Kenapa ni? Kenapa semua orang menangis? Mana awak? Saya dah sampai. Kenapa awak tak kuar jumpa saya? Mak awk peluk saya. Mak awak cakap lagi, awak dh tak ada. Tuhan lebih sayangkan awak. Dia dh jemput awak.

Tapi kenapa air mata saya tak keluar? Saya diam. Saya tak percaya awak dh pergi. Awak dah pergi tinggalkan saya selama-lamanya. Saya bangun. Saya nak pergi bilik awak. Mesti awk menyorok dari saya. Mesti awk saja nk bergurau dengan saya.

Saya jerit panggil nama awak. Saya cakap saya bawa kan puding kesukaan awak. Saya suruh awk turun. Tapi adik awak tahan saya. Dia tarik tangan saya. Saya marah dia. Saya cakap saya nak jumpa awak.

Adik awak tampar muka saya. Dia suruh saya sedar yang awak dak tak ada. Awak dh meninggal dalam kemalangan masa awak nk pergi jumpa saya. Dh 3 hari awk tinggalkan dunia ini. Keluarga awak tak dapat hubungi saya sebab telefon awk dah rosak sebab kemalangan.

Awak, masa tu saya rasa dunia ni gelap. Saya dah tak ingat apa-apa masa tu. Bila saya sedar, saya dah ada atas katil awak. Kat meja tepi katil awak ada gambar kita. Gambar tu kita ambil masa hari ulang tahun perkenalan kita yang pertama.

Saya menangis sambil peluk gambar kita. Adik awak tenangkan saya. Saya menangis panggil nama awak. Awak dah tak ada. Siapa yang akan jaga saya lepas ni? Siapa yang akan suapkan saya lagi? Siapa yang akan tarik hidung saya lagi sampai merah macam awak buat dulu? Siapa yang nk makan puding yang saya buat?

Awak, saya sayangkan awak. Saya minta maaf. Saya menyesal sebab saya tak balas sms awak, tak angkat telefon masa awak call. Kalo saya tahu itu lah kali terakhir saya akan dengar suara awak, sumpah saya tak akan sia-siakannya.

Awk............saya sayang awk...Kenapa awak pergi sebelum saya? Saya pernah cakap kalo bleh saya nk pergi dulu sebelum awk sbb saya tak boleh hidup tanpa awak. Kalo saya pergi dulu, nanti awak boleh kahwin lain, dan awak selalu marahkan saya kalo saya cakap macam tu.

Sekarang, awak pergi dulu sebelum saya. Awak dah tak ada. Awak dah pergi, pergi jauh dari saya dan tak akan kembali lagi.

Al-fatihah untuk awak.

Tuesday, July 21, 2009

SENYUMAN UNTUK KAMU

MASIH BOLEH TERSENYUMKAH AKU SELEPAS INI???


Sila abaikan pp ku yg semakin chubby ini yerk.


** Emosi agak tidak stabil sejak dua menjak ni. Maaf kerana jarang ke blog korang. Mungkin ada pergi tapi tidak meninggalkan jejak. Lepas dah kembali ok aku akan komen blog korang sampai korang pon tak larat nak baca.


Monday, July 20, 2009

LASKAR PELANGI UNTUK KAMU


Hari ni tak nak cerita pasal pape pon. Cuma nak suruh dengar lagu jer. Pernah dengar lagu LASKAR PELANGI??? Kalo belum download pastu nyanyi guna lirik kat bawah. Jawahir lagu ni untuk kamu.


Nidji - Laskar Pelangi


mimpi adalah kunci

untuk kita menaklukkan dunia

telah hilang tanpa lelah

sampai engkau meraihnya


laskar pelangi takkan terikat waktu

bebaskan mimpimu di angkasa

raih bintang di jiwa


menarilah dan terus tertawa

walau dunia tak seindah surga

bersukurlah pada yang kuasa

cinta kita di dunia


cinta kepada hidup

memberikan senyuman abadi

walau ini kadang tak adil

tapi cinta lengkapi kita


laskar pelangi takkan terikat waktu

jangan berhenti

mewarnai jutaan mimpi di bumi


menarilah dan terus tertawa

walau dunia tak seindah surga

bersukurlah pada yang kuasa

cinta kita di dunia






**Mood kurang menjadi hari ni. Telah terbang dan hilang disebalik LASKAR PELANGI. Tolong aku mencari LASKAR PELANGI aku kembali
.

Saturday, July 18, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH

Hari ni adalah sangat tak best. Sebab aku tak boleh gi mana-mana. Aku terpaksa batalkan program hari ni dan merelai kawan-kawan aku yang lain pergi ke program utk sukarelawan kat kg Melayu tu.

Sangat la sedih ok??? Bila diorang balik, cerita kat aku yang program tu best sangat. Frust... Hukhuk cedih....

Hari ni tido jer sepanjang hari. Boring punya pasal tido je la kan??? Memang agak sedikit moody la...Tapi malam ni ngah ym, ada sorang member ni nk beli koyok suruh aku tampal kat tempat yang sakit tu. Aku pon ok la kan siap pesan burger lagi kat dia hehehe....

So dalam kul 9 ni turun g kafe. Sembang-sembang dengan seseorang sambil tengok Anugerah Planet Muzik (APM). Dok dengar dia dok merapu dan aku sama pon bleh tahan loyar buruk gak gelak-gelak kira ok la sikit. Tak ada nk moody dah. Thanks ye awak.. Huhuhu...

Pastu roomate aku join sekali kat bawah tu sambil tgk APM. Pastu tiba-tiba dia bawa kuar cerita yang semalam ada budak cina nampak pocong kat tangga. Aku dah cuak dah. Ye la kan aku ni kan suka tidur lewat pastu g toilet sorang2 dlm kul 2,3 pagi cam tu.

Budak cina tu pon dengar kata terus balik rumah hari ni. Cuak la aku dengar cerita ni. Pastu member aku yang beli burger tu siap menambah2 lagi cerita pasal dia lak. Haihh.. Saja jer nak buat orang takut.

Nama member yang beli burger tu tak boleh diberi tahu untuk menjaga hati pihak-pihak yang terlibat kan... Hehehe.... Awak jangan marah yerk saya ceta pasal awk dalam blog =P huhuhu...

SEKADAR GAMBAR HIASAN
TAK BERKENAAN DENGAN ENTRY

Malam ni kaki aku ok sket la kalo nak bandingkan dengan semalam. Semalam nak tido pon tak boleh. Sakit kot. Nasib baik tak meraung. Just dok merungut sakit,sakit. Nak nangis pon ada tapi rasanya dah nangis kot Huhuhu....

Duduk buas sangat kot semalam. Ye la tak biasa pergerakan terbatas kadang-kadang terlupa lak kaki aku ni ngah sakit. Nak control-control segala bagai.. Haihhh...

Aku harap sebelum Sabtu mgu depan kaki aku dah ok. Kalo tak rasa sakit aku akan main futsal gak. **Gle degil huhuhu.. Biar la.... =p


DOA KAN AKU CEPAT SEMBUH YERK

SUSAH SANGAT KE NAK MINTA MAAF???

Hari ni adalah hari yang paling buruk dan malang buat aku. Semua yang aku ingin buat semua tergendala. Tak tahu macam mana nak gambarkan isi hati aku ni.

Sebelum tu, petang tadi kita orang dah start latihan untuk futsal. Lepas aku gi tempah gelanggang pegawai sukan kat c2 minta aku join budak-budak futsal varsiti. Kiranya diorang ni main untuk USM la.

Tadi kitaorang main. Budak-budak aku ni ada yang boleh main dan ada yang tak boleh. Ada yang main futsal pon dok kontrol ayu tapi tak pa la memang diorang ni memang ada yang lemah lembut gitu. So kita orang pon main la dgn budak2 varsiti ni. Memang diorang ni kira dh pro la kan kalo nak banding ngan budak2 aku yg baru nk main ni.

Pastu coach budak-budak varsiti ni tanya aku sebelum ni pernah main mana-mana tak? Aku pun cakap la sebelum ni aku main untuk SUKAD(Sukan antara desasiswa). Masa sekolah dulu pun memang aku dok main futsal. Pastu dia cakap patut la aku ni ada gaya leh main.

Hehe..gaya mau ada kan??? **Kembang la kejap kan dh coach varsiti ckp cam tu. Pastu dia suh aku main utk team dia. So kita orang lawan la ngan team aku. Tapi ahli campur-campur la dengan team diorang dan team aku.

Dengan bergayanya aku pon gelecek la bola ala-ala Ronaldo kan tapi tanpa disangka-sangka ada sorang budak tu (team varsiti) tendang kaki aku dengan kuatnya. (Tak tahu la sengaja ker atau tak sengaja) Melompat aku tahan sakit. Rasanya memang tak boleh diungkap dengan kata-kata.

Sampai terhincut-hincut aku dibuatnya. Tapi budak tu memang kerek arr. Minta maaf pon tak. Memang leh kata macam ex gak ar.. Budak-budak aku pon memang dok hangin ngan dia gak. Yela pandang rendah kat diorang. Diorang baru lagi bleh dia cakap bosan main ngan budak-budak tu kira kurang hajorr betul.


Dan yang paling sedihnya kaki aku..Memang tak dapat diselamatkan lagi...Cuba tengok.....

KAKI AKU


Aku terpaksa berjalan terhencut-hencut dan tahan saki. Kaki aku kat buku lali pon dah bengkak. Buku lima ja ada lagi tunggu masa nk tumbuk budak tu. Dah la tak minta maaf langsung pastu blah macam tu ja. Terus main dan buat tak tau ja.


Sebab tak tahan sakit sampai nak bergerak pun sakit aku gi klinik tadi. Doktor cakap kaki aku (tempat yang bengkak tu) mungkin terkoyak. Kira cam otot terkoyak la something like that aku pon tak tau nk jelaskan macam mana.


Kalo hari isnin ni still sakit dan bengkak doktor suruh g x-ray. Sedih gilaaa..... Dah la hari Sabtu ni dah nak lawan. Aku lak tu yang cari team utk main, last jadi cam ni. Sedih sangat =(


Kena rehat sampai kaki aku tu baik. Aku ni dah la tak reti duduk diam tanpa buat apa-apa. Sedihnya...Semua kerja yang aku rancang sebelum ni semua tak jadi. Program yang aku handle utk esok pon aku tak leh pergi.


Gilaaa....Tak guna punya budak. Kalo dia minta maaf aku tak kisah sangat tapi dah buat salah at least minta la maaf kalo pon tak sengaja. Susah sangat ker nak minta maaf? Memang bengang gila ar....


Sekarang ni aku rasa cam nak nangis jer..... Sedih sangat-sangat....Nak tak nak aku memang xleh main futsal kali ni. Just bleh tolong handle budak-budak tu jer.


Sedih...*emo*


Thursday, July 16, 2009

CERITA-CERITI-CERITERA

CERITA PERTAMA:

PTPTPu tak masuk lagi. Gila kot dah nak dekat 3minggu. Ingat aku ni anak datuk ker??? *emo* Bukan aku sorang saja rasanya kebanyakan student tahun 2 di seluruh IPTA negara pon macam tu. Bila la nak masuk kesian kot kat kami ni. Hari-hari makan roti jer...


Apa yang akan membuat aku stress adalah bila tak ada duit. Tak kan la nak harap kawan-kawan belanja jer kot??? Tak kan asyik nak meminjam jer??? Nasib baik adik aku yang kat UITM Arau tu baik hati sudi gak bagi kat aku pinjam duit. Nasib baik dia dh dapat PTPTPu. Tu pon tak banyak mana sangat.

Nak beli buku lagi. Haihh...stress stress....Tak kan nak cari part time job?? Aku dah la bz ngan macam-macam aktiviti kat USM ni.. Achhannnaaa ni???

CERITA DUA:


Aku mungkin akan mula bz nanti. Assigntment pon dah banyak ni. Dan ada sesuatu yang mungkin akan buat aku lagi bz. Buat sementara ini biarlah aku rahsia kan dulu sampai la perkara tersebut benar-benar menjadi kenyataan. Cuma aku tak tau la kehidupan aku lepas ni macam mana?

Takut tak ada life pulak nanti huhu...Ye la kan kalo aku dah start sibuk buat sesuatu benda memang benda-benda lain letak tepi jer. Tapi study tetap diutamakan. Lagipun sem ni banyak projek yang nak kena buat.


MUKA KELETIHAN DAN MATA YANG TAK CUKUP TIDUR.

MUNGKINKAH KEADAAN AKU NANTI AKAN MCM NI LAGI??



CERITA TIGA

Sabtu ni aku ada program di Kg. Melayu,Air Itam Pulau Pinang. Jadi sukarelawan untuk PROGRAM MAJLIS SUAI KENAL BERSAMA AHLI JAWATANKUASA PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK kg tersebut. Ada macam-macam aktiviti yang dijalankan kat sana. Kalo rajin nanti aku uploadkan gambar.


CERITA EMPAT

Aku juga sedang menguruskan dan akn bermain futsal untuk pertandingan SATU MALAYSIA KOSMO VARSITI FUTSAL 2009 kat USM ni yang akan berlangsung pada 25-26 Julai 2009.

Sekarang ni tengah cari pemain untuk team aku. Kalo ramai maybe aku hantar 2 team. Insyaallah mudah-mudahan semua ni berjalan dengan lancar.

Bagi aku, kalo buat sesuatu benda tu biarlah bersungguh-sungguh dan sampai berjaya. Kalo pon tak menang nanti at least kami mencuba. Itu saja prinsip aku. Simple but nice =)



CERITA TAMAT


Wednesday, July 15, 2009

APA YANG DICARI?? SEDIKIT LUAHAN HATI SEORANG GADIS

Semua sedia maklum kan yang aku masih belum berpunya. Bukan tidak laku yek jauh sama sekali. Cuma aku yang tak nak. Mungkin juga lelaki-lelaki yang aku temui belum bisa menambat hati ku yang keras ni. Tapi hati perempuan ni macam kerak nasi ye ker???? Kena pujuk sket cair.


Tapi aku bukan macam tu. Aku ni keras hati sket. Memang susah. Hanya lelaki yang betul-betul berjiwa kental dan sabar jek boleh tahan ngan aku. **Ayat cam menakutkan jer kan hikhik**

Bukan apa aku ni orang kata cam jinak-jinak merpati. Ye ke??? Huhu..Maybe.. Kalo ada yang sanggup menunggu aku kira dia bleh sabar la.

Kecuali bila aku dah buat keputusan dengan mengatakan TIDAK. Tengok aku macam memilihkan??? Memang aku agak memilih tapi tidak la cerewet. Aku memilih bukanlah terlampau memilih sebab aku tahu siapa aku dan aku sedar diri.

Aku memilih bukan disebabkan harta benda tapi aku memilih kerana aku ingin bahagia.

Aku pernah kecewa dan kecewa itu sesuatu yang sangat menyakitkan. Aku tak mahu kecewa lagi setelah berkali-kali dikecewakan dan tak salah kalo aku memilih lelaki yang betul-betul boleh membahagiakan diriku.

Semua orang ingin bahagia. Siapa tak nak bahagia kan??? Apa matlamat ingin berkahwin?? Sudah tentu ingin kekal sampai akhir hayat. Siapa nak bercerai-berai. Siapa pun tak nak. Korang pun tak nak.

Orang kata aku masih muda. Tak payah dok sibuk-sibuk pasal benda ni. Ye la sekarang masih muda. 10 tahun akan datang adakah aku masih muda? Umur kian meningkat bukan berkurang. Tak salah aku memikirkan masa depan aku.

Biar pun masih belajar aku tahu cara untuk membahagikan masa. Aku bukan budak kecil lagi yang perlu di suruh itu dan ini. Perlu buat begitu dan begini. Aku sudah boleh berfikir dengan matang **Walaupun kengkadang pangai cam budak2 skit. Tapi rasanya semua orang ada perangai macam ni kan?? Cuma biarlah bertempat.

Ada orang cakap juga "usah mencari cinta cuma tunggu cinta tu datang". Kalo mengharapkan cinta tu datang tanpa berusaha pon tak guna gak.

Berserah tapi tak berusaha. Bererti menunggu sesuatu tanpa berbuat apa-apa. Contohnya nak kaya tapi hari-hari dok garu kayap. Akhirnya kaya tidak,kayap jer bertambah.

Sekarang ni rasanya aku perlu buka hati ku semula. Tak perlu lagi takut-takut untuk menjalin hubungan dengan sesiapa. Kalo dulu terlalu takut sebab tak nak kecewa lagi. Tapi kalo aku takut sampai bila pun aku tak kan berubah. Mungkin takut pada bayang-bayang sendiri. Itu susah.

So, aku terpaksa la sedar diri. Mengapa takut??? Aku kan gadis cekal. Gadis yang tabah. Gadis yang berani terima apa saja cabaran yang datang. Gadis yang bersifat waja. Yang tak takut untuk melakukan apa-apa tapi takut pada bayang-bayang sendiri. Perlu ker???

Jadi aku kena lah sedar diri. Letak kan sesuatu pada tempat yang sepatutnya. Ayuh!! Bangkit semula. Tinggalkan luka-luka lama yang terpendam dalam diri. Buang jauh-jauh perasaan takut itu. Aku tahu aku boleh.





Cuba tengok jelingan tu melatopss tak??? Hehehe... Milik siapakah jelingan ini nanti??? Sama-sama la kita nantikan. Hahaha..

Siapa??? Aku pon tidak tahu. Hanya perlu berusaha dan berdoa supaya aku dapat yang terbaik untu diriku. Aminn....






YANG DICARI BUKANLAH PUTERA RAJA,

BIARLAH PUTERA AGAMA

YANG DIIMPI
BIARLAH TAK PUNYA RUPA ASAL SEDAP MATA MEMANDANG

YANG DINILAI
BUKAN SEMPURNA SIFAT JASMANI
ASALKAN SIHAT ROHANI, SEMPURNA HATI

YANG DIHARAP
BUKAN JIHAD PADA SEMANGAT
ASAL PERJUANGAN ADA MATLAMAT

YANG DATANG
TAK PERLU RIJAL YANG GEMILANG
KERANA ANA SERIKANDI DENGAN SILAM YANG KELAM

YANG DINANTI
BUKAN LAMARAN DENGAN PERMATA
CUKUPLAH AKAD DAN JANJI SETIA

DAN YANG AKAN TERJADI
ANDAI TAK SAMA KEHENDAK HATI
ANA REDHA KETENTUAN ILAHI

ITULAH KETENTUAN SEJAK AZALI


Monday, July 13, 2009

HOT KER????

BUDAK PERASAN HOT GIRL


Jangan risau yerk buat masa ini aku maintain lagi manis dan ayu gituu...No stress, no hot.fm just hot girl jer ok??? Esok-esok tak tau la kan??? Pasal makhluk tu kita lupakan dulu. Lepas ni kalo ada ceta pape aku info jer kat sini.


Buat masa ni aku masih menanti PTPTPu masuk. Loan tak dapat lagi la. Duit tinggal 4 hinggit jer ni. Cian aku kan??? Entah bila nak masuk tah.

Bebudak second year USM ni tak lama lagi wat demonstrasi kat depan HEP lak minta loan masuk cepat huhu..Tak nyempat2 kan? Pasal duit laju jer..Hehe..


Tu la ngah cari sugar daddy nk taja ni. Kih3... Karang kena perli lagi ngan MR. JAWA hikhik... Sape tu??? Entah... Yang pasti bukan jawahir hehehe... Kamu jawahir jgn perasan itu kamu. Hahaha...


Dan tadi aku baru lepas habis baca novel kat bawah ni tapi setakat BAB 1 - BAB 15 jer. Nak lebih-lebih beli sendiri la novel ni yerk?? Nak tau lebih lanjut sila layari







Aku tidak ditaja novel free ye bila aku mempromote novel ni. Cuma novel ni bagi aku best. Sebab cerita dia macam cerita aku. Sket-sket jer la kan.

Kenal dalam YM tapi tak pernah tengok muka dan rasanya juga dekat dengan diri kita semua sebab kita pun kenal dalam blog tapi tu tunggu aku tulis novel biarlah blog berbicara nanti hikhik..


Aku nak beli gak tapi tunggu dapat loan dulu la. Ke korang nak hadiahkan kat aku??? Boleh juga kan??? Hikhik **dah start gelak gedikkss ni sambil mata bling bling** Err MR JAWA beli kat kita boleh??? **Pang sedas baru tau** Berangan jer keja...Huh..


So dapatkan di pasaran yerk. Kalo malas nak kuar cari boleh jer pesan on9. Pergi je kat laman web yang aku bagi tadi. Pastu pesan 2. 1 untuk aku, 1 untuk korang kih3...Jangan lupa bagitau pula kalo beli kat aku tu. Hahaha.. **perasantan pulak ada org nk beli kat dia ni** Luku pala dia.


Apa-apa pon enjoy your day... Tata..

OOOHHHHHHH.............NO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku tak tahu la sekarang aku mahu menangis ke apa. Memang aku tak sangka. Betul-betul tak sangka. Gilaaa........ Mengapa la aku terpaksa mengadap mukanya lagi????? Mengapa??? Mengapa????

Untuk paper SHE101 aku terpaksa dan dipaksa tanpa aku rela satu group dengan orang yang merendahkan aku kerana aku masuk Universiti hanya temuduga melalui STPM. Kerana aku tiada pengalaman bekerja.

Kerana dia sudah bekerja kemudian masuk U melalui temuduga jabatan walaupun dia hanya ada diploma dalam kolej swasta yg aku sendiri pon tak pernah dgr nama tapi ada hati merendahkan aku yang amik STPM ni.. Siakk arrr......

Dulu aku pernah 1 group masa buat assignment ekonomi dengan dia. Aku jadi ketua group tu. Mula-mula tu ok la. Dia cakap kemain lagi yang tu yang ni pot pet pot pet wat gini wat gitu alih-alih haremmm... Pandai ja cakap wat keja hampeh. Keja lepas kat org len.

Pastu merendahkan orang lain cam dia bagus sangat. Mentang-mentang aku tak ada basic ekonomi tapi hang tu ada tu pon dah bapa tahun hg tinggal ada hati dok merendahkan org lain.

Dah la dia penah tengking aku depan orang ramai sebab aku batalkan perjumpaan. Itu pon sebab aku demam. Gila kot demam2 nak p discussion group. Tak kira la hg umur 28 ka berapa ka kalo dh study 1 U, sama ja suma. Dah la tak matang harap dh kawen ja. Pangai cam budak2.

Nama memang tak boleh ubah dah sebab Pusat Pengajian aku dah tetapkan kumpulan ni. Boleh histeria dah aku macam ni. Lepas ni memang aku akan menghadapi KEMURUNGAN TAHAP MELAMPAU kot...

Mana boleh lupa apa yang dia dah buat kat aku. Tengking aku depan orang ramai cam $&*#@%$ jer dia ni. Ha ni aku nak mula maki hamun dah la ni abeh dah hilang seri-seri kat muka aku ni tak comel dh ni dok marah2.

Kalo dalam kelas tutorial tu siap dok perli-perli aku ngan member aku lagi. Kalo member aku cakap apa-apa ada saja dia nk menyampuk kot belakang. Ada suara latar yang sumbang plak kat belakang.

Suma orang tak suka kat dia. Dengan baran dia tu. Eeee...Apsal la aku kumpulan dgn dia???? Nak bercakap pon tak lalu apa tah lg nak tengok muka??? Aku kalo dah tak suka orang ha cm ni la. Jangan kata tengok muka dengar sora pon dh tak hingin!!!

Ok!! Perbetul balik tudung2, muka ok?? Ok..baju yg dah sinting ke siku lipat turun balik. Bertenang yerk cik gadis manis. Hilang dah seri-seri muka ni.



ARGGGGHHHHHH................................



................................................Histeria ......................................


TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahu 'alam...


**Semalam aku mimpi aku berada di alam barzakh hanya tunggu masa untuk dihitung amalan. Baru aku sedar amalan aku selama ini belum cukup untuk menampung aku di akhirat nanti. Sama-sama lah kita berubah ke arah kebaikan. Sama-sama juga kita saling mengingati antara satu sama lain.

Sunday, July 12, 2009

LARI ATAU SELESAIKAN


AKU:Apsal tukar no telefon?
SI A :Saja nak lari dari dot dot dot…
AKU:Kenapa lak?
SI A:Bergaduh ngan dia, hari-hari dok nangis pasal dia.
AKU:Kenapa nak lari dari masalah? Kenapa tak berani nak hadapi masalah?
SI A:(Senyap tiada jawapan)

Perasan tak ramai orang yang suka lari dari masalah dari terus cuba selesaikan masalah yang dihadapi. Atau anda sendiri yang suka lari dari masalah dari menghadapi masalah tersebut.

Aku hairan kenapa ramai yang suka lari dari masalah dari terus selesaikan masalah sendiri.

Kenapa nak lari dari masalah? Takut nak hadapi? At least cuba selesaikan masalah sebab kalo lari dari masalah hati pun tak kan tenang masalah pula yg bertambah.

Bila masalah bertambah tak kan nak lari lagi?? Dasyat la kalo ada orang yang boleh lari dari masalah pastu terus masalahnya hilang. So kat dunia ni tak ada la manusia yang ada masalah.

Tapi bila dah namanya manusia tak terlepas dari masalah. Mana ada manusia yang tak ada masalah betul tak??? Betul betul betul (versi upin ipin). Hehehe…

Apa yang paling baik kalo ada masalah cuba selesaikan selagi termampu. Kalo tak dapat menanggung masalah seorang diri cuba luahkan dengan orang yang anda percayai at least anda akan berasa lega sedikit sebab beban yang anda pikul sorang diri dapat dikongsi dgn orang yg paling anda percaya.

Kepada orang yang selalu menjadi tempat orang berkongsi cerita dan masalah itu tandanya orang percaya dengan anda so jgnlah rasa terbeban sebaliknya berbanggalah kerana orang percaya pada anda jadi janganlah hilangkan kepercayaan diorang pada anda yek??

So pesan aku kalo ada masalah jangan lari dari masalah tapi cuba hadapi masalah dan selesaikan. Jangan jadi penakut dan pengecut yang kalah sebelum berjuang yek kawan-kawan. Anggaplah tu sebagai satu cabaran yang menguji kecekalan anda.

Tepuk dada Tanya iman, fikir-fikirkan lah. Selamat beramal…

Salam manis dari Gadis Kampung Separa Bandar.

Saturday, July 11, 2009

KUDIS

Tiba-tiba muncul….



Tiba-tiba hilang….



Siapa dia???



Mungkin hanya kudis…



Lari dari persoalan



Takut untuk memberi jawapan…



Datang tidak dijemput..



Pergi tidak dihirau…



Mungkin betul itu hanya kudis….



Itulah selayaknya menjadi kudis…



Namun kudis tetap memberi kesan...



Parutnya akan hilang….



Cuma mengambil masa…






P/S Sesuai ker perumpamaan kudis itu digunakan?????


Friday, July 10, 2009

HARI JUMAAT YANG......

PUTERI KU SAYANG



Hari ni hari Jumaat. Hari ni kenduri akikah untuk puteri kat rumah tok. Tapi aku tak balik pon. Hari Jumaat susah nak dapat bas ke kampung aku kat Yan. Kalo balik pun perlu tukar-tukar bas dan amik masa yg lama. Lagi pun dapat tau pon baru semalam. Memang kompom la tak balik.

Dan hari ni hari yang paling sia-sia buat aku. Sebab apa??? Sebab aku menghabiskan masa dengan tidur jer. Bangun pon dah pukul berapa disebabkan keistimewaan yg aku dapat sebagai seorang perempuan hehe **kalo bakal mak mentua tau kompom kena reject hikhik**

Bangun pastu mandi segala bagai. Kemas-kemas bilik pastu turun makan. Pastu semangat g bank jalan kaki konon-konon nak g amik PTPTPu la tapi alih-alih memang kena tipu pon. Tak masuk lagi la.. Hampeh jer...Penat aku jalan kaki.

Naik atas on9 jap. Pastu aku tidur sampai la nak dekat kul 7 baru bangun. Gila betol hari ni. Tidur, tidur, tidur. Pe nak jadi la ngan anak dara ni kan??? Hehehe..... Bukan selalu yek aku cam ni. Mungkin hari ni je dan kali terakhir aku tidur sampai sehari.

Tak tahu la napa? Mungkin sebab frust tak boleh balik kg. So ni je yang aku bleh buat dari dok saja tak buat apa kan??? Huhuhu....

Hari jumaat yg sia-sia kan???? Hidup yg sangat boring. Orang lain hari minggu kuar dating la apa la aku just tidurrr.....Huhuhu... Entah la labu...

Thursday, July 9, 2009

ANDAI JATUH???

Bila hati ingin berbicara, lidah kelu untuk berkata-kata..

Bila mata bertentang mata, hati mula rasa tidak keruan,

Bila telinga mendengar bait-bait bicara, diri mula merasa tidak selesa.

Entah apa yang dicari.

Mencari dan terus mencari.

Berjumpa tapi bukan dia.

Habis siapa???

Entah…

Masih mengharap sesuatu yang tak mungkin terjadi.

Adakah itu………………….

Oh tidak, bukan itu………….

Habis??? Apa???

Entah….

Berjalan dan terus berjalan.

Mencari dan terus mencari.

Dan jika perlu,berlari dan terus berlari.

Andai jatuh???

Bangun sendiri.




Sweet LoVe From

Gadis Kampung Separa Bandar


JOM TENGOK SAPA YANG KENA

Yea, yea dapat tag...dah lama tak buat tag ni.. Tag yang dari LOL ni cam best jer.. Cam tahu-tahu jer aku memang suka dok buat tag-tag ni. Hehehe.. Jom layan...

1. Nama-nama timangan anda?
**Akak Manis. Nama ni adik-adik aku kat USM panggil sape lagi kalo bukan wahir and the geng
**Gadis kampung separa bandar..(dalam blog)
**Cik gadis manis sebab orang kata aku sweet..kih3 perasantan..
**Anis, ni kengkawan panggil ada gak yang panggil WAN.
**Nis. Ni nama manja aku dan aku paling suka orang panggil aku dengan nama ni manja giteeww.. Hehehe...Abg aku yg ddk kat Mesir dan dh-balik-Malaysia-tpi-xcontact-aku pon, panggil nama ni..Huhuhu...
** Tak(kakak) bukan katak yerk?? Nama ni puteri yang panggil
**Cyg..Hehehe..suatu ketika dulu iaitu 2 tahun yg lepas ada orang panggil dgn ni..Tiutt jer kan?? Hikhik..

2. Anda seorang yang??
**Happy go lucky... Suka gelak.. Banyak bercakap kot... Huhuhu... Sesekali sentap.. Kih3... Kakak yang garang... Cepat marah tapi cepat cool... Suka memendam perasaan (yang ni selalu kena marah ngan MR.JAWA)Hikhik sape tu??? Entah..... Kuat sakat orang... Mulut agak lazerrrr dengan sesape yang suka bagi aku tembak dengan lazerr..Nak try???? Hikhik

3. Insan yang teristimewa??
** Errrr......kanak-kanak istimewa kot....hehehe...

4. Lagu kesukaan anda??
** Negara ku..aku sayang Negaraku. 1 Malaysia ok??
** Munajat cinta..yg ni macam kena jer dengan aku hehe..
** Cinta gila. Sebab cinta tu kan gila???

5. Makanan kesukaan anda??
** Mestilah tomyam apa lagi... Tapi tak leh makan banyak-banyak nanti buasir hikhik..

6. Warna kesukaan anda??
**Purple, Biru, Pink, Merah

7. Sikap yg membuatkan anda Stress??
**Kena bebel atau berleter..Stress wooo...Sentap senantiasa...

8. 3 benda yang mesti ade dalam Beg anda??
**Duit, telefon, gula-gula. Ic malas nak bawa takut hilang hehehe...So kalo kena tahan ngaku je la minah indon kih3...

9. Kali terakhir anda menangis dan mengapa??
** 2 hari yang lepas.. Huhuhu..Masa N3 down tu...Sebab stress kena...

10. TAG 6 Rakan anda... Sape eyhh???? Ramai ni member-member yang disayangi...Ok la nak tag member2 baru yg selalu dok usha blog aku...
**DIK AN

Ok berehhh.....

Wednesday, July 8, 2009

KADANG-KADANG AKU RASA.....


Kadang-kadang aku rasa hidup itu indah.


Kadang-kadang aku rasa hidup ini banyak pancaroba.


Kadang-kadang aku rasa cinta itu indah.


Kadang-kadang aku rasa cinta itu membuat kita sakit.


Kadang-kadang hati berkata jangan tetapi..


Kadang-kadang telinga tidak mahu mendengar.


Kadang-kadang aku rasa dihargai.


Kadang-kadang aku rasa macam tak dihargai.


Kadang-kadang aku rasa marah.


Kadang-kadang aku rasa sedih.


Kadang-kadang aku rasa geram.


Kadang-kadang aku rasa mahu tumbuk itu orang.


Kadang-kadang aku rasa naik menyampah dengan itu orang.


Kadang-kadang aku rasa orang itu perasan itu dia tapi bukan dia.


Kadang aku rasa aku terlalu baik.


Kadang-kadang aku rasa perlu ke aku terlalu baik.


Kadang-kadang aku rasa, aku rasa, aku rasa nak tidur....


Nite....

Tuesday, July 7, 2009

KASI UP BALIK

OK, dh UP balik ni..... MyEm0.com Sebab pa aku down semalam??? Sentap la pe lagi...Huhuhu.. Macam kata Sis Nita kalo tak sentap tak meriah hidup. So sesekali sentap down gak aku. Tapi xpa, sat ja ni. Sentap lama-lama tak baik utk badan, nanti berat bertambah naik **bleh tima alasan ni?? Huhuhu

So, tadi dh start kelas. Selasa baru start sbb hari Isnin ngan Jumaat ku teda kls. Best kan?? So tadi jumpa kengkawan lama. Ada yang dh 100% dh kurus dan ada yang bertambah berisi **termasuk aku la tu.

Tadi masa lunch kat kafe sekali ngan costmate aku kena perli ngan bebudak tu "makan sket nampak? Nasi leper jer dalam pinggan tu."

Aiseyhmen.. Ada gak makhluk nak tegor... MyEm0.com Pastu cakap lagi "anis shahrul cakap anis nampak berisi" Aduyai.. Ingatkan tak ada orang nk tegur ada gak rupanya... Rileks la kan?? Nanti i kurus u terpikat kat i plak kan??? Kih3....MyEm0.com

Malam ni aku nak g forum perdana kat Dewan Tunku Syed Putra USM. So nanti hari Khamis tengok la Forum perdana kat RTM TV1 yerk?? Kot-kot la aku masuk tb kan hikhik...

Eh niat tu kena betul, sebenarnya nak cari ilmu ok?? Tajuk forum 9 PINTU-PINTU REZEKI dan LESTARI ALAM,LESTARI UMMAH. Elok sangat la kan sempena bulan Rejab ni banyak hikmah tau kita dengar ceramah macam ni.

Hmm...dan semalam aku dah berterus terang pada seseorang kan yang aku tak ada hati dengan dia. Aku hanya anggap dia kawan jer...

Nak buat macam mana tak kan aku nak paksa hati aku bagi suka kat dia sedangkan aku tak ada perasaan pun kat dia?? Harap dia bleh tima lah aku sebagai kawan dia jer tak lebih dari tu.
MyEm0.com

Rileks la kan??? Huhuhu...Apa-apa pun kena ingat tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Betul tak???

MyEm0.Com

Sekali lagi pada followers ku dan pembaca blog GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR JANGAN LUPA AMIK AWARD OK???

Tata...





Monday, July 6, 2009

SEMANGAT YANG HILANG...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
DOWN.....

MyEm0.com


MyEm0.com

SETELAH SEKIAN LAMA....



Akhirnya setelah sekian lama dapat gak amik award dari LOL ni. Maaf yer LOL, bukannya tak menghargai cuma agak lambat jer hehehe... Cuba tengok tarikh award tu..Huhu.. Tapi tak apa LOL yang baik hati kan faham mcm mana cik gadis manis ni bila sibuk kan.. Hihihi..

Dah dapat awrd ni aku pon nak bagi award gak la. Lagipun sekarang ni kawan-kawan semua dh bertambah kat blog ni, yang baru dan lama tapi tetap teman aku yang tersayang kan?? *Aiseyhmen jiwang la plak hikhik gedikss sket kn?? Bleh??**





Kepada followers ku yang comel-comel yang sekarang ni baru berjumlah 37 orang **harap-harap lepas ni bertambah ramai la yerk?? Hehehe** Sila amik award ni.. Aku ikhlas ni bagi so harap korang pun ikhlas menerima ok???

Pada kengkawan blogger yang selalu baca blog CIK GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR sudi-sudi la amik eyh?? Jangan malas-malas tau nanti aku tibai bagi rajin hehehe...

Pada semua yang terlibat secara langsung atau secara tak langsung terima kasih kerana bagi sokongan dan pendapat ataupun komen-komen yang membina serta kadang-kadang menceriakan hidup GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR.

LOVE UOLLS...


FROM

LA DOLCE GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR

Saturday, July 4, 2009

BAHANA BUAH

Apsal malam ni sendi2 aku sakit eyh??? Sakit pinggang pon ada.. Adakah????Adakah apa??? Adakah kerana aku makan buah banyak sangat????

Makan langsat, manggis tadi... Aduyai.. Sakit pinggang??? Sapa nk tolong urut ni??? Kalo ada kerusi urut gintel tu tak pa la gak kan???

Buah ada lagi 2 plastik sapa nak tolong perabeh??? Adik-adik ku bila nak datang ke teratak akak ni makan buah??? Roomate ku bila nak sampai ni.. Sedih ni duduk sorang2 dalam bilik.... Buah hati ku bila nak muncul??? Buah manggis dan durian dh banyak kat cni *eh tiba-tiba plak kan??

Dah masuk sem baru ni bila tah nak ada pak we.. Kih3..gedik lak kan??? Tiba-tiba ada suara latar cakap "Ada orang nak hg tak mau, abes tu nak macam mana lgi???" Poyo jer kan?? Ngeh3.. Entah lah labu......

Bosan siut...Ngah layan tv3 je ni tengok Kontrak cinta. Kalo aku wat kontrak cinta cm ni cm na?? Bleh??? Bleh, bleh, bleh blah... Kih3... So dah tak ada keja sangat belek-belek jer pic dalam folder kat laptop aku pastu jumpa pic ni...



Sweet jer eyh pic ni. Eh silap orang dalam pic ni hikhik...**Gedik perasan kan?? Tak boleh blah statement cm 2 huhuhu.....Layan p lak dak ni kan??? Cian dak ni... Selalu perasan comel *Tapi memang comel pon kan??? Hahahaha

Errr...ada orang nak belanja aku tengok transformer tak??? ** Belanja sebab aku comel bleh?????

=)


Sambungan N3 BILA TIBA MUSIM BUAH

Sebelum baca N3 ni sila baca N3 yang bawah dulu yerk....Kalo malas gak klik sini Kalo malas gak tampor kang hikhik...**Suka2 ati je nak tampor kan??** Hikhik gurau jer....

Ok baca dh??

Dengan ini diumumkan, yang aku telah dapat makan nasi free tadi setelah berbuat baik dengan mak cik nasi kat kafe dengan bagi durian kat dia.. Hikhik... Kalo hari-hari cm ni pon best what???

Setelah aku memilih menu yang aku nak makan iaitu nasi putih, telur rebus masak sambal, sayur kangkung goreng**ni menu orang tak ada duit ok??** Aku pon pergi kaunter, "Mak cik berapa eyh nasi ni??" Mak cik tu pon jawab "tak pa, tak yah bayaq, mak cik belanja. Tadi bagi durian kan??"

Lalalala...dalam hati bestnya. Orang berbudi kita berbahasa lain kali boleh belanja lagi **Apa punya peribahasa la ni** Hikhik

Tapi kan, kalo aku tahu awal-awal yang dia nak belanja mahu penuh pinggan aku. Amik ayam goreng banyak-banyak ker, telur, sosej, nugget, wahhh...**dasar budak demok makan banyak kih3...

Huhuhu..Rugi kan???

Tapi tak pe asalkan jimat duit aku untuk mkn malam. PTPTPu tak masuk lagi ni....Ada orang boleh belanja aku makan hari-hari tak????


BILA TIBA MUSIM BUAH.....(KHAS UNTUK SESAPA YG JARANG JUMPA BUAH)

Sekarang dh tak bz. Sudah boleh berblogging macam biasa. Dah ada kat USM pon... Aku bawa buah manggis datang cni ada la dalam 2 plastik besaq. Tak masuk lagi buah durian. Hehehe...

Mentang-mentang la musim buah sekarang habis semua buah nak bawa mai cni. Hihihi... Habis tu kalo dah ada dusun tu tak leh cekedut, kena bawa buah utk kawan-kawan kan..Kalo cekedut Tuhan marah.... Tahun depan takut pokok tak mau berbuah dh...Huhuhu...

Tadi adik-adik aku hantar kat USM. Umi dengan walid aku tak ada g Melaka. Lawan games apa tah untuk jabatan diorang. Main sukan MAKSAK kt Melaka.

So adik2 suma tinggal kat aku termasuk la si puteri. Segala kencing berak budak kecik itu aku yang basuh tau. Agak-agak kakak mithali tak aku?? Boleh kahwin dh kan? Hahaha..*gedik nk kawin pulak kn??

Berbalik pada buah durian tadi, disebabkan terlalu banyak sangat aku bawa, so cik gadis manis yg baik hati ini pon telah bagi sedikit durian pada kerani di pejabat semasa mendaftar tadi *agak-agak berbau tak pejabat tu??*

Cik gadis manis ni juga telah bagi durian pada mak cik nasi kat kafe *dengan harapan dapat makan nasi free nanti hehehehe..* Keja pikiaq nak makan ja.. Badan dh naik tak sedaq-sedaq habaq lagi...

Baik hati tak aku ni??? Ngeh3..... Petang ni nak jamu kawan-kawan aku makan buah pulak. Tapi penat la kena usung plastik tu banyak2.. Bilik aku jauh kot kat tingkat 2 tapi duduk hujung dunia.. *
dasar pemalas kot * Huhuhu...

Jom layan pic buah kat bawah ni.....Korang amik bau dalam blog ni cukup la... Hihihi...


Banyak kan?? Ni semua buah durian segar dari ladang.
Baru luruh dari pokok.. Banyak kan??





Ni sebahagian buah manggis jer dalam raga moto aku.

Yang lain-lain duduk dalam guni..

Amacam?? Teringin nak makan tak?? Kalo nak cepat-cepat masuk meminang aku hahahaha...

**Lepas makan durian tu jangan lupa gosok gigi dan jangan sendawa depan orang. Sebab apa? Paham-paham sendiri la... Dan yang paling penting jangan kentut depan orang nanti bau durian keh3....


Wednesday, July 1, 2009

KALAU RINDU NAK BUAT APA EYH???

Rindu sama CIK GADIS MANISS???

Tatap la gambar ni lama-lama

hehehe...




Terpaksa curi-curi masa untuk berblogging..

Tak kemas barang habis lagi ni...

Esok lusa dah nak balik Penang.. Huhuhu..

Nak tolong kemas tak???

Ke boleh tolong tengok jer??

Ataupun boleh tolong baca jer...
hehehe....

Jangan kata boleh blah sudah.. Tampor kang kih3...

OK

~Nak sambung kerja~

Tata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi