Monday, August 31, 2009

PERSOALAN YANG BELUM TERJAWAB


Alhamdulillah....kita dah merdeka selama 52 tahun. Pelbagai cabaran juga telah dihadapi dalam mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu kita sehingga kini menjadi sebuah negara yang maju seiring dengan negara-negara maju lain. Persoalannya betul-betul merdekakah kita????

Aku sebenarnya memang langsung tak minat politik apatah lagi bila melihat blog-blog yang berunsurkan politik. Kalau blog tu, keja nak mengutuk jer orang ni salah orang tu salah. Orang ni mcm ni, orang tu mcm tu. Kritik tu boleh tp biar la kritikan membina.

Ini tak, pandai kritik jer tapi ada cadangan ker nak memperbetulkan apa yang dikritiknya??? Sesetengahnya hanya pandai mengkritik jer...Tak kira la dari Parti mana semua sama jer.

Walaupun aku tak minat politik tapi aku pernah belajar pasal politik dan amik paper Sains Politik. Apa yang aku belajar semua tu berkait dengan kuasa. Kadang-kadang kerana tamak akan kuasa sehingga mengabaikan kepentingan rakyat sedang itu yang patut diutamakan dulu.

Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Memang patut pon slogan ni digunakan. Sekarang ni ramai pemimpin yg hanya mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan rakyat. Kadang-kadang ada pemimpin yang sengaja mengambil kesempatan sehingga menimbulkan pertelingkahan antara kaum.

Penat-penat tokoh negara kita dulu nak menyatupadukan rakyat yang pelbagai kaum senang-senang jer ada pihak yang tdk berpuas hati yg sengaja nak tengok kaum di negara kita ni berpecah-belah. Tak kan nak tengok Tragedi 13 Mei berulang lagi???

Aku ni sebenarnya dah menyampah tengok berita-berita pasal politik ni. Banyak sangat masalah. Banyak sangat tuduh menuduh, caci maki, rusuhan jalanan dan macam-macam lagi. Nak mansuhkan ISA la. Orang2 yg nk mansuhkan ISA tu tak pk panjang ker?? Kalo dh mansuhkan nanti lebih berani la orang2 yg cuba nak menggugat keamanan negara bertindak.

Dah tak ada sekatan. Ramai orang memandang negetif dari positif kenapa??? Dah memang manusia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dimilikinya sekarang. Bukan tu saja banyak lagi perkara yang membuatkan aku tak suka psl politik negara kita ni.

Aku tak menyebelahi mana-mana pihak baik kerajaan ataupun pembangkang. Yang pembangkang dh nama pun parti pembangkang mestilah kerja nak membangkang ataupun mengkritik. Begitu juga di negeri Kedah, Selangor yg kini parti kerajaan menjadi pembangkang. Kalo dulu asyik dikritik, la ni depa pulak yg kritik.

Aku tahu isu ni agak sensitif, tapi aku nak tulis juga. Aku nak luahkan apa yang aku rasa. Sama ada korang setuju atau tak tu bukan masalah aku. Aku dah rimas dijaja dengan berita-berita yang sebenarnya boleh menggugat kestabilan politik negara kita dan juga boleh mencetuskan pertelingahan antara kaum.

Kalo kita tengok, bila ada orang buat bantahan siap dengan sepanduk mencaci, memaki, mencarut siap ada kepala lembu lagi apa cerrr???? Nak kata tak cerdik, cerdik. Nak kata bodoh pun, pun boleh la kot. Kadang-kadang mengaji tinggi akal letak kat lutut.

Bukannya tak ada cara yang lebih baik nak menunjukkan ketidakpuasan hati tu. Tapi biarlah kena cara. Ni dok maki, mencarut macam2, bila dh buat cm tu, sama level la hang dgn orang yg hampa dok carut tu.

Bila akal letak kat lutut, emosi menguasai fikiran jadi cam ni la. Negara dh merdeka 52 tahun tapi rakyatnya belum merdeka sepenuhnya. Kenapa nak pecah-belahkan keamanan dan kemerdekaan yang telah kita raikan selama 52 tahun ni?? Fikir-fikirkanlah...



SALAM KEMERDEKAAN KE 52


DARI


GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR

SALAM KEMERDEKAAN

Salam Kemerdekaan untuk semua....
Tapi sayang, semangat kemerdekaan kurang dirasakan terutamanya pada generasi masa kini. Kenapa erk???

Tahun ni juga hari kemerdekaan kurang meriah jika nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Mungkin sebab cuaca dan bulan puasa kot. Ramai orang lebih menumpukan pada ibadat puasa berbanding dengan hari kemerdekaan.

Kat kampung aku ni pon ada yang terpaksa ditempatkan di masjid yang berdekatan disebabkan banjir.. Kesian diorang tu.....

Apa-apa pun hujan-hujan ni dengan cuaca yang tak menentu sila jaga kesihatan masing-masing yerk...

Salam kemerdekaan dan selamat bercuti....



1 MALAYSIA,
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...

Sunday, August 30, 2009

LELAKI ITU...SELAMAT HARI JADI

Lelaki itu,
Dulu pernah menjadi sebahagian dari hidupku
Pernah membahagiakan aku,
Pernah berjanji untuk sentiasa bersamaku
Tak kira susah mahupun senang

Lelaki itu,
Yang sentiasa ada untuk ku
Bila aku memerlukan dirinya di sampingku

Tapi itu dulu
Kini,
Kau jauh dan semakin jauh
Semakin ku lupakan,
Semakin kuat ingatan ku padamu..

Tapi semua itu sudah berlalu
Aku bahagia dengan hidupku kini
Walaupun mungkin tak sebahagia hidupmu..

Selamat Hari Jadi
Buat lelaki itu...





Friday, August 28, 2009

BEGINI RASANYA BILA SAKIT..............

Sory kalo ada blog korang yang aku tak sempat jenguk. Agak sibuk la sekarang. Meeting leh kata 3 hari berturut-turut sampai kan aku leh makan sahur siap-siap sebab lewat habis. Asigment pon semakin menggunung banyaknya.

Dan kebetulan ada 2 test. Tadi test BI dengan paper Dr zul, POLICY AND SOCIAL WELFARE. Paper Dr Zul alhamdulillah aku boleh buat tapi paper BI, cam nak nangis jer. Tak sempat nak habis sebab masa terlalu mencemburui aku. Dh la susah bebenor...Haihhh..... Mls nk ingt dh.

Dan sekarang ni ngah tahan sakit gigi. Sesekali ngilu, perghhh......Kalo dengar orang dok ckp banyak pn leh rasa mcm nk penampar jer... Sakit wehhh.... Seksanya menahan sakit gigi ni tau tak...

Nak menulis pon tengah menahan sakit ni. Sekali tersentap tarik abeh urat-urat telinga sampai la ke kepala...Ermm..malas nk tulis banyak-banyak mood telah hilang entah ke mana disebabkan sakit gigi ni.

Sabar jer la.....

Wednesday, August 26, 2009

JOM KENAL DENGAN KAWAN BAIK AKU

Semua orang ada kawan. Siapa yang tak reti berkawan tu memang rugilah. Kebanyakan masa kita juga dihabiskan dengan kawan dan kadang-kadang kita lebih rapat dengan kawan berbanding dengan keluarga sendiri.

Tapi tak semua kawan sanggup nak bersusah dengan kita. Tak juga semua kawan sanggup menolong kita apabila kita susah. Ramai kawan lebih suka ketawa bersama dan bila kita menangis kita tinggalkan dia menangis seorang diri.

Untuk menghargai kawan-kawan yang sentiasa ada di sisi aku, mulai setiap minggu aku akan perkenalkan seorang demi seorang kawan aku yang sentiasa menceriakan hidup aku dan sentiasa ada untuk aku.

Dan untuk minggu ni aku akan perkenalkan kawan baik aku yang selama ini sanggup bersusah dengan aku, sentiasa ada di sisi aku di saat aku memerlukan seorang kawan yang bukan saja sanggup untukketawa bersama tapi juga untuk sama-sama menangis.

Orangnya kurus dan tinggi. Berbeza dengan aku yang rendah dan agak berisi. Dulu dia satu kelas dgn aku kat teknik. Masa form 6 kebetulan 1 kelas gak dan kami 2 orang ja yg dari sek teknik kt sekolah tu. Memang tak kenal sapa2 kat sekolah form 6 tu.

Masa form 6, macam-macam kami join. Kami serasi walaupun banyak yg perbezaan antara kami tapi kami sentiasa sependapat. Dua-dua aktif kat sekolah. Masuk macam-macam walaupun dalam sukan aku lebih minat main bola baling dan dia bola jaring. Ala sesuai la kan dengan ketinggian kami ni hehehe...

22 orang pengawas lak tu. Cuma yang bezanya aku ni leh kata pengawas yg garang, dia lak tak tapi budak2 lebih takut kat dia dari aku. Yela maybe depa ingat aku ni lebih rendah so depa ingat aku ni cm adik la kot huhuh...

Dan bila satu saat orang yang aku sayang meninggalkan aku tanpa sebarang penjelasan, tinggalkan aku terkapai-kapai seorang diri hanya dia saja tempat untuk aku mengadu. Sanggup melayan panggilan telefon dari aku walaupun masa tu pukul 3pg semata-mata mahu mendengar luahan hati aku dan tangisan aku.

Tanpa dia mungkin masa tu aku dah buat kerja bodoh. Bila emosi menguasai diri kadang-kadang fikiran tak dapat berfikir dengan waras.

Dan bila keputusan U kuar tanpa diduga, kami dapat Universiti yang sama dan kos juga sama. Kawan-kawan semua cakap amboi hampa 2 tak berpisah juga haihh... Nak buat cm mana dah takdir. Hehehe....

Memang aku akui dia memang seorang kawan yang baik. Tanpa dia siapa la aku. Cewahh.. Ayat.. Hehehe... Mana mau cari kawan yang macam ni. Sanggup bersusah sama-sama kita dan memang dia banyak menolong aku. Cuma aku yang belum berkesempatan nak tolong dia.

Konon-konon bila dh masuk U, nak cari pak we sama-sama hehehe...Tapi aku yg dapat dulu kt USM ni. Tapi hampeh gak ar..Pak we tak boleh pakai itu olang. Kui3..Lepas tu dia lak ada pak we. Pastu dia putus aku lak ada. Hahaha....Macam-macam.

Tapi last-last bila dia dh ada steady bf sampai sekarang, aku gak yg masih sendiri. Sampai kan dia pulak nak tolong cari pak we kat aku. Hehehe...Ala yg ada janggut semua aku berkenan. Hahaha....

Cuma sejak akhir-akhir ni kami tak la serapat dulu. Mungkin kesibukkan yang menjadi penghalang kepada kami. Dia sibuk dalam aktiviti lain, aku lak aktiviti lain. Dia pegang jawatan untuk persatuan lain, aku pegang jawatan yang lain. Tapi apa yang sama kami masih aktif mcm kat sekolah dulu.

Kawan yang aku maksudkan tu adalah cik Ruhaida bt Othman@Dat.
Dan aku rasa aku ada melukakan hati dia tanpa aku sedari. Mungkin aku yang terlalu emosi masa tu sebab tu kadang-kadang tak pk panjang. Macam la hang tak kenai pangai aku ni cam na.

So pada ida, kawan ku tersayang bucuk-bucuk intan payung ku (ayat bodek ni hahaha) aku minta maaf kalo ada silap kat hang n aku tau selama kita kawan ni aku banyak menyusahkan hang. Sejak aku putus dengan si E tu sampai la sekarang. Yela mana tak meroyan kawan punya lama tengok-tengok kawen dgn org len.

Harap hang maafkan aku. Dan apa-apa yang aku kecik hati ngan hang tu aku pon dh halal dah pon kih3...Benda kecik ja.... Dan 1 lagi doakan aku dapat suami yang baik dan yg paling penting ada janggut. Kih3....



Ini la kawan baik aku dunia dan akhirat.
Walaupun banyak benda yang jadi harap-harap persahabatan kami tak putus sampai bila-bila.



Pic ni dia nampak kurus kan?? Tapi sekarang dh demok dah hahaha.. Pipi pon dh sama bulat ngan aku nasib baik hang tinggi kalo tak sama naik dah ngan aku hahaha....

Cuma aku nak pesan hargai lah kawan anda. Jangan jadi kawan makan kawan dan kalau boleh jangan khianati kawan anda sebab kerana kawan lah yang akan menentukan siapa kita.

MAKAN LAGI LAMA-LAMA GEMOKS LA AKU

Selamat berpuasa untuk hari ke 5 ramadhan. Sebelum tu,aku nak ceta pasa kasut crocs tu. Ala tak kesah la korang nak beli buat kasut raya ke tak lagipun raya 2, 3 hari jer kasut tu nak pakai bukannya untuk raya hari-hari pon boleh kan? Yang penting selesa.

Saja jer aku gtau untuk kasut raya pon boleh. Sekarang ni semua mood nak raya jer walaupun puasa baru 5 hari hehe.. Aku pon dah terfikir nk beli baju raya dah ni kih3....

Hari tu aku ceta pasal hari pertama aku buka posa kat hostel cafe tutup kan? Kali nak ceta hari kedua puasa kat cni lak. Tapi lebih advance tau wa cakap lu..Hehe..

Lagipun sejak 2 menjak ni aku asyik kena perli jer ngan member2 aku hari ni beli nasi siap-siap tak? karang tak ada nasi lak...Sampaikan mak cik yg jual air tu pon perli..Hampeh jerrr....Kui3....

Eh korang jgn ingat mak cik tu pon baca blog aku. Idakk lerr cm gitu. Cuma hari tu gerai air jer buka, gerai nasi tutup. Lagipun masa tu kami turun g beli ais. So dia tahu la pasal kami ni. Huhuhu...

Ha..buka puasa kali ni aku kuar dengan Zaf dan Yan. Si qema roomate aku harus ada bersama la kan. Dan sorang lagi kak Na yang telah dikidnap oleh si yan masa dalam perjalanan nak p buka posa sebab kesian tgk kak na jalan sorg2. Bleh cam tu?? Kih3..

Kami p makan kat mana erk?? Aku pon xtau nama kedai tu. Kami panggil kedai makan abg gemok jer sebab tukang masak dia gemok hehehe...Ala area TAMAN SRI SARDON Ehh betul ker aku sebut ni? Orang penang tolong perbetulkan kalo salah. Nak tau apa menu aku???

Ini dia NASI GORENG AYAM OYSTER
masyukkk...
Sedappp ooooo.....

Ini pulak ikan patin bakar. Perghh..Ayaq asam dia meletopss...

Tapi ni beli kat bazar yang berhampiran jer.

Zaf yang beli.

Kami suma tumpang seperut jer hehe...

Tengok tu sampai penuh meja. Orang ada 5 jer. Nasi ada 6 apa cerita??

Sapa lagi kalo bukan zaf punya kerja.

Hahaha..

Aku???

Mana ada aku melantak banyak2..Aku makan sket jer hikhik

Yeke????

Hahaha...


Itu yang korang nampak. Yang tak nampak tu ada lagi.

Yang ni yang korang tak nampak.





Gila bebenor la budak-budak ni (tak termasuk aku yerk kah3...) Makan tak hengat dunia. Pastu lepas makan nak muntah. Yang si Yan tu nak muntah sebab makan banyak sangat. Si Zaf pe lagi menyakat la keja dia buat-buat bunyi nak muntah. Hahaha..

Aku plak yang rasa loya sama dengar dia buat cam tu sambil dia dok buat aksi2 yg boleh mendatangkan keloyaan kepada tekak. Aku siap kata "satgi kalo yan muntah masa tengah drive sampai tersemboq kat cermin keta baru tau"


Pastu singgah masjid solat maghrib. Sujud2 jer xyah ceta la kan kalo lepas makan tu cm na. Last2 aku yang muntah dulu hahaha...Siott jer.. Ni zaf punya pasal ni.... Bleh tak nak salahkan dia??? Hahaha.....

Apa-apa pun selamat berpuasa. Jangan terliur plak tengok pic makanan tu. Tambah time tengahari fuhh...Cobaannnn.......



Selamat Berpuasa dari GaDiS KaMpUnG SePaRa BaNdAr.


Opsss...Terkantoi no bilik la pulakss...
=P


Monday, August 24, 2009

KASUT RAYA UNTUK ANDA

Nak tanya ni korang dah beli kasut raya ke belum??? Ha??? Belum??? Elok sangat la tu.. Meh sini usha kasut-kasut kat bawah ni. Ni bukan kasut cap ayam punya yerk, kasut cap jepun pun bukan tapi ini kasut crocs mali...

Jom usha-usha kot ada yang berkenan di hati. Kasut ni memang sangat selesa di pakai. Tak main la ciplak-ciplak yang kat pasar malam punya hehehe.....Kalo tak caya try la beli. Sebelum tu jom tengok kot-kot ada yang berkenan di hati.








YANG NI SANGAT UNIK REKA BENTUK DIA.
CORAK PON LAIN DARI YANG LAIN
















Dan apa yang pasti harga crocs ni sangatlah murah jika nak dibandingkan dengan harga pasaran. So sapa-sapa yang berminat sila lah layari untuk buat tempahan dan lihat design yang lain.



Ni blog cousin aku. Aku tolong promote untuk dia. Aku tak ada lah dapat komisen just tolong sesama ahli keluarga. Hehe.. Lagipun sempena bulan ramadhan ni banyak pahala yang kita dapat. Betul tak??? Hehehe...

Kalo sesapa yang tak ada kasut raya lagi sila beli yerk jangan lepaskan peluang anda yerk.

Sunday, August 23, 2009

AL-KISAHNYA DUGAAN NAK BERBUKA PUASA

Alhamdulillah..Hari ni dah hari kedua kita berpuasa. Hari ni juga hari terakhir aku bercuti untuk mid sem kali ni. Sekarang ni dah selamat sampai kat USM.

Hari ni juga buat pertama kalinya aku berbuka puasa dengan roomate aku. Tapi lain plak cerita yang terjadi hari ni. Cerita ni memang menguji kesabaran kami dua orang. Dugaan di bulan ramadhan ni memang kena banyak bersabar.

Disebabkan hari pertama kami berbuka puasa dekat hostel ni so kami decided nk buka puasa kat cafe. Dalam pukul 7 tu turun la kat cafe. Tu pun lepas bawa turun 1 jag air strawbery, dengan bekal sambal ikan bilis yang aku bawa dari kampung.

Turun-turun jer...Adoiii.....Cafe tak buka la. Habis tu nak makan apa???? Aduyai... Nset la tinggal dalam bilik. Kenderaan pon tak ada. Nak pinjam kat member hostel ni sunyi sepi lagi, tak ramai yg dh balik.

Lepas tu kami 2 orang naik la kat atas. Aku tnya qema cm mana ni??? Nk makan apa berbuka jap g?? Nak makan buah jer ke?? Lauk ada nasi la pulak tak ada. Haihhh.. Lepas tu fikir punya fikir teringat kat nabil mentor. So call la dia.


Aku
: Awak boleh tolong tak??? (sambil buat suara sedih)
NM: Tolong apa?
Aku: Cafe tutup.......(suara cam nk nangis dh) Boleh tak tolong beli nasi.
NM: Awak beli sendiri boleh tak??? (bila dia kata cam ni dalam hati aku dh haaaa?????) saya bawa awk g beli. (Fuhh lega..) hehehe...
Aku: Ok..


So aku pun tunggu la Nabil Mentor ni ngan qema kat tepi jalan. Jam masa tu dh pukul 7.10 minit. Tak tau la sempat ke tak. Dh la Nabil Mentor tu dok agak jauh la dari desasiswa aku ni. Dalam dok tunggu nabil mentor call cakap nasi sold out. Nasi habis la..... uwaaaaa.....


Time ni qema dah frust. Muka nak nangis dah ni.




Aku???

Dah nangis pun..

sob sob sob....

Tengah sedih ni....



Nabil mentor cakap. Tunggu, dia try p cari nasi kat KHALEEL. Aku pon pesan beli nasi putih jer. Lauk suma dh ada. Beli 2 jer nasi. Sempat lagi si Nabil Mentor perli aku "aikk beli nasi jer?? Lain macam jerrr ni????" Huhu..



Aku ngan qema pon sabar menanti di tepi jalan.

Menanti Nabil Mentor dengan nasi bersama.






Sambil-sambil tu ni la bekalan kami. Ingatkan nak buka posa tepi jalan jer.

Huhuhu....




Tunggu punya tunggu azan pon berkumandang. Mula-mula nak berbuka kat tepi jalan tu jer. Pastu nampak keta Nabil Mentor cepat-cepat kami lari g cafe hehehe.. Malu huhuhu.. Nampak sangat kebulur tunggu nasi.. Hihihi...

Tengok-tengok nabil beli 1 bungkus jer nasi. Dia tak dengar kot masa aku pesan suruh beli 2 bungkus. Aku ngan qema pon share la. Makan berjemaah katakan hehehe.....Tu pun kenyang kemain walaupun hanya berlaukkan sambal ikan bilis.

Terima kasih diucapkan pada Nabil Mentor yang terpaksa dirahsiakan identitinya. Hanya orang terdekat jer yang tahu. Harap-harap tak ada yang jeles yerkk?? Huhuhu....

Nabil Mentor yang sentiasa ada di saat kawannya memerlukan pertolongan. Tak pernah merungut pun. Kawan cam ni la yang kita cari. Tak pernah berkata NO. Thanks ye wak..

JASAMU DIKENANG
=)



Friday, August 21, 2009

NAK DENGAR CETA TAK????





Ramadhan tiba lagi. Semestinya ramadhan kali ini mungkin agak berbeza dengan ramadhan yang lalu. Mungkin ada family yang menyambut kelahiran baby baru, mungkin ada yang kehilangan orang yang tersayang ataupun mungkin kehidupan tidak berubah masih juga seperti dulu.

Dan ramadhan kali ini mungkin membawa seribu erti kepada kita..Bila sebut pasal bulan puasa mesti ramai akan teringat kenangan masa kecik-kecik dulu kan? Sangat manis untuk dikenang. Dan selaunya kebanyakan budak popuan akan baligh time ni..Hahaha..Napa tah???

Nak suruh aku cerita pasal tu ker??? Tak payah la...aii malu taw..Kah3...Gewdikkss jer... Lagipun tak elok anak dara ceta pasal ni. Kalo akak-akak yg dah kawen tu lain la kan.. So apa kata kita suh kak aryani dan sis nita ceta. Boleh ker kak??? Hehehe...

Memandai pulak suruh diorang ceta. Sekeh pale baru taw...hahaha...Tapi bila ingat balik memang agak lawak la.... Hehehe... Nak suruh aku ceta gak ker??? OK la... Ceta dia cam ni...... Ok dah abeh ceta dh.... Kih3..... =P

So pada semua umat Islam selamat berpuasa.. Dan pada non muslim, kalo nk sama-sama puasa pon boleh. Dan pada abang-abang, pak cik-pakcik yang merokok tu, cubalah berhenti merokok. Selalunya bila tiba bulan posa ni ramai yg berazam nk berhenti merokok. Tapi jgn hangit-hangit tahi ayam sudeyh....

Selamat berpuasa pada semua..... Maafkan aku jika selama kita berblog ni aku ada buat salah kat korang semua. Ampunkan patik. Dan jangan lupa nak bangun sahur pulak nanti... Ok???

Wednesday, August 19, 2009

PEMENANGNYA JENG JENG JENG...........



Mesti korang tertanya-tanya kan apa benda la benda dalam pic di atas ni. Aku gak dh berjanji orang pertama yang dapat teka dengan betul akan dapat ganjarannya.

Ada yang cakap macam manik, ada yang cakap macam anggur celup cokelat konon-konon nak wat cam ct ala-ala strawbery cokelat tu, dan ada yang cakap cam strawbery cokelat. Dan kita dah ada pemenangnya.

Jawapan yg paling tepat adalah jeng jeng................

STRAWBERY CELUP COKELAT

Pemenangnya adalah Cik ImHeppie Hampir-hampir ja cik puspawarna nak dapat jawab. Huhu..So pada pemenang sila tinggalkan alamat anda yerk. Tahniah dan terima kasih pada semua yang sudi meneka.

Kalo ada strawbery mestilah tak dapat nak dipisahkan dengan Cameron Highland (CH). Betul tak?? Aku baru jer balik dari CH. Rezeki aku tu...Hehehe..

Ceritanya cam ni, hari khamis hari tu aku cadang-cadang nak balik tapi xsure lagi so aku pun hantar la sms kat umi cakap aku mungkin balik petang ni kot. Lagipun kebetulan hari jumaat tak ada kelas. Pastu minggu last lak sebelum cuti sem. Tunggu apa lagi balik lak..Kui3...

Umi reply cakap umi tak dak, nak p cameron highland ada rombongan pejabat malam ni. Adik puteri ngan ijat ikut. Aku apa lagi laju ja cakap nk ikut gk. Nasib baik ada tempat lg hehehe..

Tapi umi pesan balik sebelum malam sebab malam tu jugak bertolak. Aku apa lagi habis je kelas pukul 3, kelam kabut minta tolong member hantar kat jeti. Tapi kebanyakan suma ada kerja dan ada yg bg jawapan xleh blah skali tak larat. Kecik gak la hati. Kawan baik sndiri lak tu.

Tapi xpa la malas nk ckp pa. Last2 skali ada gak la member yg sudi hantar. Even tak la rapat sangat tapi aku baik dengan dia la. Sempat gak sampai tu pon dh magrib baru sampai Alor Star. Malam tu bertolak.

Dalam kul 6.30pagi sampai kat Cameron Highland. Sejukkkkkk giler pagi2..... Terketaq-ketaq mulut tahan sejuk. Pagi tu gak dalam kul 9pg kami p melawat kat MARDI. Agak best la sebab banyak bunga ngan buah.

Kat c2 gak la leh makan strawbery segar dari ladang. Aku beli strawbery celup cokelat tu kat sana la. 3 batang RM5. Mahal gak la. Tapi aku tanya mak cik tu 4 RM5 bleh tak? Dia bagi jer...Hehe...Kira 1 batang tu ada 3 biji buah strawbery. Sedap ooo patut la CT bleh jatuh cinta dgn Datuk K hanya sebab strawbery bersalut cokelat.

Lepas ni agak-agak aku jatuh cinta dengan Datuk mana la yerk??? Hahaha... Jangan datuk 30 orang cucu sudeyhhh.... huhuhu...

Jom layan pic kat sana.



AKU DAN PUTERI BUCUK.




MENANTI PUTERA RAJA
YANG TAK MUNCUL-MUNCUL




PUTERI CAKAP

EMM..ANGIII....








UMI NGAN PUTERI QISTINA SYAKIRA.



Umi aku nampak muda kan??? Umur dia baru 43tahun. Nampak aku ngan umi cam 2 beradik ja. Rupa kami 2 tak berapa nak sama. Umi aku putih tapi aku gelap sket sebab ikut kulit walid. Kalo ikut umi mesti aku lagi cantik kan hehehe... =P






Balik singgah ipoh. Makan kat restoran CILI HIJAU kat GREEN TOWN. Tapi kan aku tertinggal sweater warna pink yang aku pakai tu....... Dah la sweater kesayangan... Aduyaii... Minum air semut banyak sangat la ni huhuhu.....

Yang boleh tertinggal tu sebab dok kalut jaga puteri la. Dah macam anak aku pulak dak kecik tu. Tapi tak pa praktis awal-awal hahaha.....

Sebenarnya banyak lagi tempat yang aku p melawat. Pic tu toksah kata la kan banyak kemain. So lepas ni baca la N3 aku pasal Cameron Highland sampai muntah.....Wakaka.....
=P


Monday, August 17, 2009

PELAMIN ANGAN KU MUSNAH KERRRR?????



Assalamualaikum suma.. Pic aku nampak chubby tak??? Bukan aku yang chubby tau tapi pic tu yang buat aku nampak chubby (bleh tak nak salahkan pic?? huhuhu) Ala posa nak dekat dh, sambil-sambil posa tu boleh la nak kuruskan badan kan hehehe...

Dalam seminggu yang lepas aku try la diet. Berjaya la gak turun 2 kg dalam seminggu. Pastu dah malas nk diet. Bukannya apa nk posa dah kan? So makan la selagi boleh hehehe.. Nanti posa tak leh makan dh betul tak??? =)

So lepas posa raya. Tapi raya kali ni tak bermakna sangat. Tak yah la aku ceta lebih-lebih satgi menangis lak...Btw apa kena mengena pic kat bawah ni????



Saja nak survey untk hantaran pertunangan. Hahahaha... Tiba-tiba lak kan?? Pak we pon tak ada tup tup tiba-tiba nak tunang apa cerr??? Hikhik....

Saja nak wat gempak. Kui3.... Sebenarnya sebab hantaran tu warna purple. Aku jumpa hantaran tu masa singgah kat satu kedai kat kuala Kangsar. Jauh tu.... Masa tu dalam perjalanan balik dari...........dari mana erk??? Hehehe....Nanti aku cerita hahaha...

Tapi hantaran ni memang cantik la. Sesuai nak letak cincin kawin i tau kah3... Gedikss nya anak dara ni kan?? Tak sabar-sabar nak kawen lak dia. Huhuhu.....

Warna purple ni lak kebetulan warna feveret aku dan mungkin bila nak kawen nanti nak pakai baju pengantin warna ni.. Hahahaha.. Berangan lebih.......

Hallooo....
Dah ada calon ker???? Lom ada lagi...(jawab sambil berbisik-bisik) Malu tau aii nak jawab hikhik.. Sebelum tu jom ikuti perbualan 2 orang makhluk ni.


CIK GADIS MANIS: Awak nak tanya sket boleh?

NABIL MENTOR : Tanyala apa dia??

CIK GADIS MANIS: Saya cantik tak??

NABIL MENTOR: Ok la... (kalo jawab cm ni maknanya tak la kan?? huhuhu)

CIK GADIS MANIS: Hahaha..nampak sangat saya tak cantik..

NABIL MENTOR: Hehe tak ada la.. awak manis, manis dipandang

CIK GADIS MANIS: Hahaha...(gelak-gelak ala ala shy shy cat gitu kih3...) Habis tu napa saya tak ada pak we lagi erk??

NABIL MENTOR: Cam mana nak ada awak keja reject jer...


CIK GADIS MANIS: Mana ada saya reject...hehehe..Ingat reject shop ker?? Hahaha...


NABIL MENTOR: Reject shop kat Bukit Jambul...

CIK GADIS MANIS: Kat Alor Star pon ada pa kat Star Parade..


Lepas tu perbualan mula merapu dan meraban.....


Errr...Aku ni suka mereject orang ker???? Aduyai salah tanggapan tu. Sebenarnya tak serasi dan kurang sesuai.. Tak kan nak terima dengan orang yang tak serasi dengan kita lak kan?? Dan tak kan nak terima orang yg kita langsung tak cinta ye tak???


Lagipun aku nak cari bakal suami bukannya boyfriend just to have fun. So kena cari betul-betul la kan?? Hehehe... Sapa setuju sila angkat kaki??? ngeh3....



PURPLE I LIKE...


Untuk N3 yang akan datang aku nak korang teka pic apakah kat bawah ni. Orang pertama yang dapat teka dengan betul.....Akan dapat ganjarannya..... Hehehe...


Sunday, August 16, 2009

SUKA SUKI SI REMAJA YANG TING TONG



Wahai kengkawan semua, aku kembali lagi setelah 4 hari tidak on9... Sebenarnya pergi bercuti ke satu tempat yang aman dan damai... Hehehe... Sekarang pon dah cuti sem so kita enjoy.. Hihihi..

Ingat lagi N3 aku yang sebelum sebelum ni ada satu cerita yang aku nak cerita tapi malas nak tulis??? Kalo ingat bagus la kalo tak ingat buat-buat ingt la yerk?? Sekarang ni ngah rajin yang tak berapa nak rajin nk update ha cana tu??? Huhuhu..

Sebenarnya nak ceta baru-baru ni sorang kawan yg tinggal kat Shah Alam turun penang. Btw, aku tak pernah jumpa lagi cuma kenal dalam alam maya dan selalu gak calling-calling ni. So dia nak turun Penang jumpa aku.

Aku ok jer kan...Lagi pon dah lama kenal tapi tak pernah jumpa. Dok gebang2 dlm YM n tpon jer.. So dia turun Penang. Bermulalah geng pengembaraan UPIN DAN IPIN. Eh tetiba lak kan?? Huhuhu...

So dia datang Penang. Aku pon bawa la dia p Bukit Bendera. Tapi malangnya kalo hari minggu ni memang sentiasa penuh. Kalo nak naik kereta api kabel tu terpaksa la berhimpit-himpit dengan ramai orang. Terpaksa la bau badan yg bermacam2 jenis. Kena duduk tepi pak arab lagi ar hangittttt.....Uwekkss tak dapat nk bayangkan bau dia.

Lebih malang lagi orang Indon sambut merdeka negara depa kat atas Bukit Bendera tu. Punya la ramai...Masa nak beratur nak turun terpaksa bersesak ngan geng2 Indon. Aduyai Pening2....Tahan jer la kan???

Pastu esok tu p mandi laut lak. P sekali ngan Kak Farah n Qema. Tak kan nak p 2? Xmo xmo xmo cam tu. Tak baik, tak baik...Hehehe.. Aku sebenarnya tak suka mandi laut. Depa yang mandi sakan sangat. So pe lagi jom layan pic.


Gaya stylo dari aku
Hehehe...




Si qema my roomate




Kak farah ngan aksi comey.

Dia suruh promote pic dia dalam blog aku.

So pada korang kat luar sana kalo nk berkenalan silakan.

Masih single yerk??

Hehehe...






Pic kami bertiga. Ni geng2 kapla senget

hahaha...

Gila-gila remaja tahap gaban

kui3...




Peace...

Weee......





Ni aksi gali lubang tanam sendiri. Kah3....

Musa, member ym yg sangat baikkkk...

Kredit untuk awk

hehehe....



=P







Sebenarnya kebetulan hari tu ombak kuat. Boleh mandi tepi2 jer. Tapi ombak tu memang kuat gila la. Kak Farah pon boleh tumbang kena pukul dengan ombak. Hehehe...Apa tah lagi si Qema tu.

Yang si Qema lak asyik jatuh kena pukul ombak, nak bangun kena ombak lagi pastu jatuh. Gaya nak bangun jer kena lagi. Hahaha... Siot jer....Pastu boleh lak dia p marah kat ombak tu "sabarlah orang nak bangun" sambil mata dia jegil-jegil kat ombak tu hahaha... Lawak-lawak....

Musa mandi lagi sakan. Siap dok lompat terjun laut lagi. Macam la mandi air terjun hahaha... Dok lompat lawan ombak hahaha...Macam-macam la depa 3 orang ni.


Aku??? Duduk tepi pantai jer tengok depa mandi. Mandi pon xsmpai 5 minit. Kui3... Dok gelak tengok depa mandi. Macam-macam aksi. Tapi bila balik, aku yang letih lebih. Tdo awal dari budak berdua tu. Sakit badan2, lenguh kaki2. Yang depa tu siap perli lagi orang lain yang mandi sakan orang lain lak yg sakit lebih hehehe...

Biasalah badan aku manja sket. Kih3.... Lagipun bukan letih apa, letih gelak tengok depa hahaha.. Lawak la.......



Pic Kami berempat yang sempat di snap






Peace dari kami bertiga.



Malam lak kami singgah karoke. Lantak la sora tak sedap ka apa ka ada aku kesah??? Hahaha.. Kak Farah nyanyi lagu celine dion, pastu nyanyi lagu Rela sapa tah nyanyi. Lagu tu lagu lama. Masa karoke ni macam2 aksi gila kami wat.


Yang tak boleh blah tu aku ngan kak farah nyanyi lagu hindustan. Lagu chale chaiya. Chale chaiya chaiya chaiya, chaiya chaiya chaiya.. Hahahaha.. Korang ingat tak lagu ni??? Musa diam jer. Rasanya tergamam kot tengok aksi kami kah3....


Ye la selama ni tengok pic aku muka ayu jer, sopan gituuuuu...Rupa-rupanya ting tong gak aku ni kah3....Gila-gila sket...... Hamik ko kih3... Pastu aku berduet lagu ucapkan dengan kak farah. Ala lagu duet yusri ngan erra tu.


Musa pon nyanyi gak. Lagu pe tah huhu tak ingat. Si qema tu jer yang malu2 nak nyanyi. Asyik gelak jer tengok aksi aku ngan kak farah. Siap berlakon lagi masa nyanyi lagu ucapkan. Masa nyanyi lagu hindustan dia terkejut tengok aku leh gak nyanyi lagu tu. Ala besa la Kajol kan?? Hahahaha...


Last sekali aku duet ngan musa nyanyi lagu JIKA. Lepas tu balikkkk... Hehehe.... Memang best la hang out ngan depa. Suma kapla senget masuk sangat la tu hahahaha.. Apa-apa pun thanks kat Musa sebab bawa kuar dan telah meng happy kan kak farah yg masa tu ngah sedih.



Love uolssss.....


Sweetttt LOVE.....


Satu lagi Kenangan manis yang akan menjadi lipatan sejarah dalam hidup ku.

=)




Thursday, August 13, 2009

RINDU YANG TIDAK TERTAHAN



Dapat award lagi dari cutemiut78..... Akak yg cutemiut ni bg award sebab aku mengundi mirul untuk contest Little Prince... Walaupon tak menang, mirul tetap di hati kami suma ye kak.. Tak ada rezeki tu, jangan sedih-sedih nanti cuba lagi ye kak??
Thanks kak cutemiut...

Thanks gak pada semua yg sudi bagi nasihat kat aku pasal N3 aku yg sebelum ni yerk??? Pergilah wahai kenangan...

Lepas berfikir, fikir dan fikir, rasanya aku dah sedar, kenangan itu mungkin sesuatu yg manis untuk dikenang, tetapi jika selalu mengenang nanti asyik tergenang pula air mata. Jadi, aku kena terus pandang ke hadapan dan sesekali perlu menoleh ke belakang supaya tidak melakukan kesilapan yg sama.


Ok tutup buku pasal bab tu. Sekarang nak cuti-cuti Malaysia pulak hehehe... Minggu ni last kat USM, lepas ni aku cuti sem. Tapi kejap jer seminggu. Sempat gak la nak bersahur dan buka posa kat umah. Hoho..nak posa dh nasib baik dh abih ganti dh.. Oppss terlebih sudah...Kih3...

Tapi posa ni cam tak bermakna pula. Apatah lagi bila raya. Arwah tok wan aku dh tak ada nk sambut sekali... Sedih... Kalo dulu, meriah jer...Bila raya boleh cium tangan dia tapi sekarang????? Hanya boleh kunjungi kubur arwah....


**Diam..**

Kesat air mata....


Pemergian arwah amat aku rasai sebab aku dibesarkan oleh arwah. Dari kecik aku duduk dengan arwah. Dan semestinya aku lebih manja dengan arwah berbanding ibu bapa ku.

Tapi aku bersyukur sebab aku sempat menjaga ketika dia sakit. Sempat memenuhi keinginan dia walaupun perkara tu mungkin dianggap remeh. Arwah ingin makan aiskrim dan rojak. Aku dapat memenuhi keinginannya sebelum arwah meninggal.

Aku tidak menangis saat arwah dikebumikan. Mungkin aku hanya menahan perasaan aku dari terus menangisi pemergiannya. Tapi hakikatnya hanya aku yg tahu betapa sedihnya bila orang yg kita sayang pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Apa yang aku terkilan, arwah tidak sempat menghadiri hari konvo aku nanti. Cuma doa aku, tok aku diberikan kesihatan yang baik dan dapat hadir di hari konvokesyen aku nanti. Namun aku tahu arwah berbangga dengan aku. Bangga dgn cucu yg sangat nakal dulu, berjaya juga menjejakkan kaki ke Universiti.

Rindu aku malam ini pada arwah......... Rindu sangat-sangat....

Hanya Al-fatihah dapat ku sedekahkan pada arwah....

Tuesday, August 11, 2009

PERGILAH...................WAHAI KENANGAN......

SUNYI TANPA SUARA
HANYA SENYUMAN MENGUNGKAP SERIBU RASA





KU JUGA MENCINTAIMU-SAIFUL

Sukarnya ‘tuk ku melupakan
Sinar matamu yang menawan
Terbayang-bayang tiap masa
Senyuman mu menggoda

Kehangatan terasa di jiwa
Tika kau lafaz kata cinta
Nafas terhenti seketika
Seakan sukar ku percayaOoh.oh.

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu


Sukarnya untukku ucapkan
Ku takut akan kehilangan mu
Akan ku buat segalanya
Untukmu kekasihku

Cuma satu yang belum terluah
Kalimah cinta kau nantikan
Bila masa dan ketika
Tidak dapat ku menjawabnya

Ohhh..
Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu

Semalaman ku menunggu panggilanmu
Pabila terdengar suaramu
Ku terlupa segalanya

........................................................................................................................................


MENANTI SEBUAH JAWAPAN-PADI


Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu

Seiring jejak kakiku bergetar
Aku tlah terpaku oleh cintamu
Menelusup hariku dengan harapan
Namun kau masih terdiam membisu

Sepenuhnya aku...ingin memelukmu
Mendekap penuh harapan...
tuk mencintaimu

Setulusnya aku...
akan terus menunggu
Menanti sebuah jawaban tuk memilikimu

Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku
Semoga kau tau isi hatiku...
Dan seiring waktu yang terus berputar
Aku masih terhanyut dalam mimpiku

Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu
.............................................................................................................................


Apa kaitan kedua-dua lagu tu pada aku???

Kedua-dua lagu tu adalah luahan seorang insan yg mencintai aku tapi takut untuk berterus terang. Dia tujukan lagu itu untuk aku sebagai satu cara dia meluahkan hatinya. Sweeettt jer kan?? Dan aku tujukan balik lagu menanti sebuah jawapan untuk dia.

Tapi semua hanya tinggal kenangan. Sejak dua menjak ni juga kenangan lama sering muncul dalam fikiran. Bukan aku ingin mengimbau kenangan itu tapi entah aku pon tak tahu mengapa ia muncul dlm kotak fikiran.

Sehinggakan sampai termimpi-mimpi tentang dia. Gila kan??? Cinta memang gila. Tapi Cinta itu sudah tinggal kenangan malah dia sudah ada hidup dia sendiri macam tu gak aku. Tapi kenapa dia selalu muncul sejak dua menjak ni dlm fikiran aku???

Kalo dulu kalo aku mimpi ataupun teringat tentang dia aku tahu masa tu mungkin dia dlm kesusahan ataupun sakit tapi sekarang apa maknanya???

Aku tahu mesti yg ramai marah pada aku kerana aku seolah-olah masih lg hidup dlm kenangan. Dia pernah hadir dalam hidup aku dan menjadi sebahagian dari hidupku mana mungkin aku boleh lupakan dgn sebegitu saja.

Malah dalam masa 2 tahun ni aku cuba melupakan apa yg telah terjadi. Semua yg terjadi begitu memberi kesan pada diriku. Sehingga kan aku pernah cuba untuk menutup hatiku buat lelaki. Aku juga bz kan diri dgn pelbagai aktiviti supaya aku tidak terlalu memikirkan tentang dirinya.

Dan alhamdulillah aku berjaya. Tapi di saat aku sudah dapat melupakan dirinya kenapa kenangan tentang dirinya hadir secara tiba-tiba?? Sehingga termimpi-mimpi??? Apa maknanya???

Mungkin ada "sesuatu" yang masih belum langsai. Dan aku masih menunggu untuk "sesuatu" itu. Sampai satu saat aku akan tahu juga mengapa. Dan sebab itu juga tak kan dapat lari dari aku. Mungkin sebab itu dia masih lg hadir dalam kenangan aku.

Aku masih menantikan saat itu. Menantikan sebuah jawapan. Aku perlukan sebab dan penjelasan. Bukan aku tidak percaya pada takdir tapi dia "berhutang jawapan" dengan aku.

Kenangan pergilah.....Aku tidak ingin lagi hidup dalam kenangan.....

Monday, August 10, 2009

NAK TAHU APA????




Amacam hari minggu korang???


Hari minggu aku terbaik punya!!!! Walaupun letih n sakit sendi-sendi tulang semua tapi puas hati hahaha....



Nak tahu apa???



Mestinya nak punya kan???



Betul tak?



Nak kan??



Nak tahu apa???























Nanti-nanti la aku ceta malas nak taip


hahahahaha...
=P

Friday, August 7, 2009

CINTA LAKSA DAN UBI




Amacam pic ni? Nampak cam hepy jer kan? Rileks jer cm tak ada keja nak buat. Siap bertongkat dagu lagi. Hehehe....Tapi hakikatnya tugas aku sudah bermula. Kesibukan aku juga sudah bermula.

Sebelum ni, ada benda yang aku nak gtau tapi terpaksa di simpan dulu sehingga ada kepastian. Sekarang ni sudah ada kepastiannya. Nak tahu apa??







Cam orang besar-besar pulak kan ngan uniform ni??? Pink kaler lagi hihi.. Sebenarnya aku kini memegang jawatan setiausaha di desasiswa cahaya gemilang iaitu hostel yg menjadi tempat tinggal aku sekarang. Aku salah seorang Majlis Tertinggi (MT) Desasiswa aku.

So lepas ni tanggungjawab semakin berat. Tugas juga semakin banyak yg menanti. Aku harap aku dapat jalankan tanggungjawab aku dengan baik. Lepas ni juga aku akan semakin sibuk.

Nasib baiklah tak ada pak we lagi kalo tak makan hati berulam jantung la dia dengan kesibukan aku ni. Huhuhu... Ada ker orang leh tima kesibukan aku ni errkkk????






Ni pula Yan, YDP, dan syahid sebagai bendahari. Pic ni jer yg ada yg aku amik guna handset aku yg koman sepana. Pic MT lain ada dalam kamera digital kawan aku punya. Nanti-nanti la aku upload tu pon kalo ada masa huhu....

Oleh sebab tu la blog aku agak suam suam suku sekarang ni macam cuaca mendung kt penang ni. Lambat jer nak publish entry baru. Kebanyakkan blogger pon macam tu gak. Mungkin kesibukan semakin menerjah. Pada sis nita moga-moga cepat sembuh, rindu la pada N3 sis nita yg banyak menghiburkan hati aku ni.

Dan pada semua blogger harap sihat sentiasa dan terhindar dari H1N1. Jaga la kesihatan diri dan kalo ada yg demam selsema cepat2 la g amik ubat. Sekarang ni macam dh tak selamat dh. Nak g mana2 pon takut. Take care ye suma.





Lepas ni tanggungjawab semakin bertambah. Tugas pon semakin berat. Harap aku dapat jalankan tugas aku dengan baik. Nama pun setiausaha so lepas ni jadi muka surat la aku hehehe.. Tambah lagi aku jadi setiausaha kerja, nama pun dh menunjukkan banyak kerja kan?

Doakan aku dapat menjalankan tugasan ni dengan baik dan dapat bekerja di bawah tekanan sebab aku kalo dh tension ni mula nak sakit kepala. Jadi doakan lah segala apa yg aku buat dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Amin......



****Tajuk N3 tidak ada kena mengena dengan N3. Sejak dua menjak ni aku menghadapi kesukaran nak pk tajuk N3 yg sesuai napa erkk??

Wednesday, August 5, 2009

AKU DAH DAPAT TAJUK N3 KALI NI

Masa aku otw nak balik ke USM, suruh la ayah aku hantar kat bus stop. Masa tu aku balik rumah tok so, bus jenis berhenti-henti bukannya bus ekspress.

Tunggu la aku ngan si qema kat bus stop tu. Nak dekat sejam gak la tunggu. Pastu dh naik bus kena pergi kat Sungai Petani dulu. Bila nak bayar tiket konduktor bus tu cakap nak p Butterworth ka? Aku pun mengiyakan la. Pastu aku tanya bus ni p terus ka kat butterworth. Pastu dia ckp p terus. Aku pon pk nanti dh smpai SP xyah tukar bus dh.


Bila sampai SP, semua orang pakat kalut2 turun. Aku pon heran napa suma turun. Tadi pak cik tu ckp bus ni terus ke Butterworth. Rupa-rupanya konduktor bus tu tpu kita orang. Nak kata bergurau td memang bkn bergurau. Hampeh tol.

Aku dengan qema penumpang terakhir turun. Pastu g cari bus butterworth lak. Rupanya kena beratur utk beli tiket. Patut la tadi ramai yg kalut2 turun dr bus. Barisan punya la panjang tapi tak bergerak-gerak. Dekat sejam gak la beratur pastu bila dh sampai turn aku. Pak cik tu stop jual tiket.

Aku ni sabar je la, Dh la kena beratur lama apsal dia stop. Dia g nengok bus ada ke tak. Tunggu punya tunggu sampai gak turn aku. Bila dh beli tiket naik bus, semua tempat duduk penuh ada 1 kat belakang ada seat utk 2 orang. Aku pon ajak qema duduk situ.

Tengok2 seat aku basah. Tempat tu aircond bocor. Kalo basah sket xpe ni dengan 1 tempat duduk basah. Nak tukar pon dh ada tempat terpaksa la duduk gk. Duduk sket jer lenguh badan2 n punggung.

Tunggu punya tunggu driver lak tak ada. Yang aku geram sangat dh la driver tak ada, tunggu punya la lama tapi aircond tak buka. Panas gila dalam bus tu. Tapi radio bleh lak dok buka. Dengan sora budak2 dok nangis ye la panas kan, berkuap. Cian baby tu.

Kat belakang kerusi aku ada satu keluarga. Suami isteri dan 3 orang anak. Dh la ank2 dia buas, bising lak tu. Dok bergaduh adik beradik diorang. Ayah dia diam jer bukan nak tegur. Sakit kepala aku dengan panas lagi, baby nangis, budak2 bergaduh, kerusi basah haihhhh.........

Lama gila tunggu last2 sekali driver datang gak. Pastu sapa2 yg berdiri kena halau turun suruh tunggu bus 1 lg. Sapa2 tiket dia kul 4.20 jer bleh naik bus. Tapi tiket aku kul 4.40 aku wat diam jer la. Duduk lak belakang skali. Nasib bek konduktor bus tu ok kalo dia halau mau malu aku.

Bila dh nak sampai ke Butterworth, baru la aku sedar buah dokong yg aku nak bawa balik yg dalam plastik terkuar sampai ke tempat duduk depan aku. Nak kutip balik segan. tempat duduk lak sempit. Tunggu bus berhenti dulu la.

Bila dh sampai aku ngan qema tunggu semua penumpang turun pastu kami kutip buah tu. Tapi ramai lak penumpang yg dh masuk dalam bus. Aku pon terpaksa la tinggalkan saki baki buah tu kat lantai. Malu la nak kutip huhuhu...

Macam-macam yg jadi yg betul2 menguji kesabaran aku hari tu. Nasib baik la qema tak merungut. Cian gak dia. Ikut aku balik kg, tapi macam2 lak jd masa otw nk balik penang. Tapi cian lagi aku la. Kira malam tu aku tdo awal dr qema sebab terlampau penat.


Aku dan qema

So, N3 kali ni dh ada tajuk

kih3...

lalalalalala......

=P


Sunday, August 2, 2009

TENGAH FIKIR TAJUK YG SESUAI UNTUK N3 NI

Assalamualaikum...

Halu.... cm na hari minggu korang?? Harap-harap suma hepy2 selalu la yerk....Kalo kena bekerja janganlah stress cari aktiviti yg boleh menggembirakan korang.

Aku lak cuti ni balik kampung. Dh sebulan lebih tak balik dok dekat saja. So ada masa ni aku balik jer la. Nanti bz tahun bila lak aku bleh balik. Konon balik kg nak amik motor tapi Walid aku lak xbg bawa balik motor.

Aku ni leh kata bz woman. Susah nak bergerak ke mana-mana kalo ada hal nanti. G kelas pon menumpang orang. Walaupon satu kelas kalo keja menumpang jer segan gak aku.

Member aku pon bz gk. Ada gk keja dia nk buat. Kalo dh dapat msg esok p sendiri nak buat tak paham lg ka? Paham2 sndiri la. Lu pk la sendiri kalo dh dpt msg cm tu. So p kelas berjalan la.

Bila dh p kelas berjalan, kaki aku yg xberapa nk elok ni mula sakit balik. Leh kata tiap2 malam sebelum tdo menangis gk aku. Bila hujan ataupun duduk dalam aircond mula la rasa sengal2. Sakittt tuuu.....

Tapi nak buat cana terima jer la. Selagi boleh berjalan dan tak menyusahkan orang nak kena hantaq aku ataupon menumpang ke kelas tak pa la. Susah kan diri sendiri tak pa dari menyusahkan orang lain. Kadang2 kita tak sedar kita ni menyusahkan org lain.

Ada gak kawan yg jenis tak kisah. Tapi kita la segan lak nk minta tolong tapi kalo terpaksa kena la gak minta tolong. Sedar dirilah sket kan????

Cm na pon kali ni aku balik kg bawa roomate aku si qema. Sempat gak aku bawa dia p tengok movie ceta SETEM. Kami p tengok ngan kawan aku hopbone (nama gelaran) dengan azrie (senior aku) n kawan dia sapa tah nama lupa nak tanya huhuhu....

Movie ni memang best siott.....Tak rugi tengok. Memang lawak ar....Best gilakk...Kalo boleh nak gelak guling2 tengok movie ni. Hehehe.. Kalo tak caya try la p tengok. Aku bagi 4 1/2 bintang untuk ceta ni.



Ahad balik USM. Tapi banyak pula benda yg terjadi yg betul2 menguji kesabaran aku. Nak tahu apa????


BERSAMBUNG..........................

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi