Tuesday, September 29, 2009

POLIGAMI~MANISNYA ADA TAPI PAHITNYA.........

Poligami. Isu ni sangat sensitif bagi wanita. Tapi lelaki pula akan teruja bila ada isu poligami timbul. Hari ni nak tulis sikit pasal poligami walaupun aku masih bujang trang tang tang tapi pe kata kita try tengok orang bujang nk kata pa..


Ada yang mempertikaikan pasal lelaki yang boleh kahwin 4. Ada wanita yang kurang senang bila berbicara pasal poligami kerana bagi mereka ini adalah isu sensitif. Ye la perempuan mana yang sanggup hidup bermadu? Walaupon manis bagi lelaki tapi pahit bg wanita.

Sebagai wanita kita jangan tanya dan pertikai kenapa poligami dibenarkan kerana hanya Allah saja yang mengetahui. Kalo mempertikaikannya bermakna turut mempertikaikan hukum Allah swt. Apa yang wanita perlu pertikai hanyalah sikap lelaki yang ingin berpoligami.


Nak poligami pon ada syarat-syaratnya. Berkemampuan, perlu adil, kena dapat persetujuan isteri pertama dulu. Bukan sesenang hati jer nk nikah lain. Tak pon amik jalan mudah g nikah kat Thailand ala denda berapa sgt kena yg penting kawen. Tu jer la pemikiran org kita sekarang.


Perempuan mana sanggup hidup bermadu?? Nak hidup di bawah payung emas kena taat pada suami. Memang itu betul. Tapi tak bermakna lelaki boleh mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami. Tak ada lelaki yg boleh adil. Mungkin ada tapi susah nk jumpa.


Kalo dalam keluarga pon kita boleh tengok ibu bapa membezakan kasih sayang terhadap anak-anak walaupun dia cakap dia sayang semua sama jer tapi dlm hati dia mesti ada yg lebih kat mana-mana siapa tahu? Apa tah lagi suami yang berpoligami ni...


Berkemampuan ker??? Mungkin ada yang mampu nk beristeri lebih dari 1 tapi boleh ke adil??? Tanya la diri anda sendiri. Tepuk dada tanya selera.


Selalu kalo kita tengok lelaki yang mula-mula dulu hidup susah dengan isteri pastu bila dh berjaya mula nak kawen lain dengan alasan dia berkemampuan. Si isteri ni pulak mula akan merasa masa hdp susah dulu sapa yang banyak tolong? Siapa yang ada ada di sisi suami? Bila dh senang mula nak kawen lain dh lupa ker janji-janji dlu? Dah lupa ke sapa yg sanggup bersusah payah dgn suami?


Isteri mula la nak minta cerai. Tapi suami tak nak menceraikan last2 si isteri pon membenarkan suaminya kawen lain. Bila dengan isteri muda mula la si suami lupa tanggungjawab walaupun sebelum kawen dh macam-macam janji kata nk adil, tak kan abaikan tanggungjawab tapi bila dh dapat pucuk muda lupa abih tanggungjawab.


korang percaya tak walaupun suami itu dh berkahwin lain ada isteri muda yg mungkin sebaya dengan anak dia tapi dia tak kan ceraikan isteri pertama dia sebab apa? Cuba korang fikir pastu bagi aku jawapannya.


Isteri muda ni kadang-kadang sanggup bermadu kerana harta percaya tak? Ye la ada ke yg sanggup kawen dengan lelaki yg sebaya dengan bapak kita kerana cinta??? Orang kata cinta itu buta. Memang buta kerana mungkin mata dh dikaburi dengan materialistik. Tapi tak semua macam ni cuma kebanyakan jer memang cm ni.


Bila lelaki kaya itu jatuh sakit hanya isteri pertama yang akan sanggup menjaganya kerana apa? Kerana wanita itu pernah hidup susah bersama-sama, sentiasa menyokong si suami dan berada di sisi suami sama ada susah mahupun senang. Isteri kedua atau seterusnya hanya berada di sisinya bila sudah senang.


Sebab itu lebih baik hanya beristeri 1 kerana hanya dia yang memahami diri suami, yang pernah bersusah dengan anda, yang sanggup terima anda seadanya kerana isteri yang satu itu yang anda akad dan nikah serta berjanji hidup semati bersama-sama hingga ke akhir hayat.

Lelaki pon tak yah nak pening-pening kepala nak melayan kerenah isteri-isterinya. Tak payah nk fikir macam mana cara nk melayan diorang dengan sama rata. Fikirkan duit lagi, anak-anak dan benda-benda remeh lain. Hanya setia pada yang 1.

Kalo tanya aku sanggup ke aku bermadu? Hanya satu jawapan aku "Kenapa mahu jadi yang kedua atau ketiga dan keempat kalo kita boleh jadi pertama dan terakhir???


LOKASI: SEMPURNA RESORT,KUANTAN PAHANG

AKSI: KEGEDIKKAN MELANDA


Sunday, September 27, 2009

BOYFRIEND YANG PALING TAK GUNA




Korang ada boyfriend?? Macam mana perangai boyfriend korang?? Ni aku nk story sket pasal Kisah boifren paling tak gune... Jom layan...

Hello sayang...

kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu kat sayang..... walaupun muka abg ni agak macho dan comel.... janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh...

Apa...tak muat...??? kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apsal la tak muat pulaks.... janganlah sayang risau.... duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok-esok abg bayarla balik kat sayang..... sayang pun sedia maklum....abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg.... RAM pun abg dah beli yg baru... tambah lagi sekeping...kasi power sikit.... tu belum masuk nak tukar hardd! isk baru lagi tuh....

Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer... melompat longkang depan kedai apek tu tadi... tanpa menunggu sayang melintas titi.... bukan abg tak gentleman.. tapi abg cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana.... maafkan abg...tobat.. lain kali abg tak buat lagi.......

Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi...sorry la... abg ingatkan nak test jer mee goreng sayang tuh..... soksek..soksek...masa sayang gi toilet.. tak perasan pulak..dah abih... sedaaaaaaappppp....!! tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong abg?? tak sedap ker roti canai kosong tuhh??? udah ler tu... .janganla merajuk lama lama...

Oh yaa..!! henset kita ni kita tukar dulu la yee... abg pinjam jaap henset sayang... nanti abg tukaq la balik.... sayangkan ader handbag besar..senang nak simpan henset abg yg besar tu... Hehehehe .! . henset sayang kecik...buleh abg simpan dalam kocek abg...

Betuuuul...........! semalam abg dah booked tiket citer Salon tuh... abg ingat la kan... cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la... pasal tu la tiket dah abis..... lagi satu....sampin dan songkok ayah sayang yang abg pinjam utk hariraya aritu... kira pinjam terus la yee.... boleh gaks guna masa ari nikah kita esok-esok... bukan abg taknak beli baru... tapi sayang la...benda elok lagi... buat apa nak beli baru kannn... tapi sayang jgn bagitau kat ayah sayang plaks... ayah sayang sure tak pasan punya sebab nanti abg dye la sampin tu ngan kaler lain....

Buat masa ni motor abg masih dlm wokshop.. ntah apa ntah pomen tu buat tak siap-siap lagi... jadi Gen2 sayang ni...kira abg pakai dulu la yee utk pergi keje... sayang bukan tak tau... tempat keje abg kan jauh... sayang pergi keje naik LRT pun bolehh........! ...

Lagi satuu.... besok sampai kat opis sayang nanti.....sayang tlg bank-in kan RM300 kat akaun abg ye... bukan apa...Gen2 sayang ni kuat mentekedarah minyakk betuii... motor kapcai abg pun tak camni...

Okeyla sayang...dah cakap lama ni... jgn lupa top up kan prepaid abg nii... esok2 senang abg nak call sayang lagi...

bye-byee....

Ha pada perempuan kat luar sana yg ada boyfriend cm ni lu pk la sendiri nak buat apa lepas ni.. hehe....Tak kan kena bagitau gak kot??? Lu pk la sendiri...


NOTACIKGADIS: Kisah ini tak ada kena mengena dengan aku apatah lagi yg masih hidup mahupon mati...Just amik pengajaran jer ok??

Tuesday, September 22, 2009

1 HARI DI HARI RAYA


Raya raya raya... Selamat hari raya.....Huhu...Mesti semua dalam mood raya kan??? Pergi beraya pon tak puas lagi.......Hari ni dah raya ke-3. Macam mana raya korang??

Alhamdulillah...Raya kali ni aku sempat g sembahyang raya sebab 2,3 raya yang lepas-lepas asyik dapat bendera merah jer..huhu...Baru raya kali ni aku boleh g sembahyang raya.

Abeh sembahyang raya g ziarah kubur arwah wan dan sanak saudara yang lain yang telah meninggal dunia. Pastu baru la g rumah sedara-mara yg lain g beraya.

Tapi yang paling kecoh sekali sebelum g beraya bila amik gambar raya keluarga kecoh kemain dgn umi aku dok pot pet pot pet suh amik pic siap2...Yang adik aku si ijat lak nak p beraya n kutip duit raya pa lg kalut kemain la suh cepat..

Jom nengok pic raya keluarga aku...


3 keluarga bergambar dengan tok..





MY FAMILY-

TEMA WARNA-WARNI





ADIK BERADIK AKU






IKUT TURUTAN DARI KANAN SULUNG SAMPAI KE BONGSU: Anis, iskandar,apit,apan,ijat





Yang ni si bongsu puteri...
PEACE!!





Walaupun raya kali ni tak semeriah macam beraya masa arwah wan ada, tapi raya kali ni gak membawa seribu kenangan pada kami.

Tapi bila jumpa adik beradik n sedara mara yg jauh mahupun dekat dan kawan-kawan yg paling tak tahan telinga nk dengar bila depa dok tegur aku semakin bulat...Haiyooo.... Sabar jer la kan.. Demok sementara jer ni huhu..Pasni hari-hari nak training futsal...Kaki dh ok hehe...

Nak men futsal, nak joging, nak jaga makan sket kompom leh kurus hahaha.... Ala chubby sket jer sekarang ni..Bukan demok sgt pon kan??? (ayat sedapkan ati sendiri ni) huhuhu...

To all my fren, selamat hari raya maaf zahir batin.... Hepy sokmo....



Friday, September 18, 2009

KERANA KITA 1 MALAYSIA


Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Sabah
Nanti raya sia pulang sabah,
Teringin jumpa kawan lama,
Hari raya sudah mau datang bah,
Dosa lama diampunkan saja..

Sarawak
Bila tiba buka puasa,
Kek lapis, terubuk bakar kamek suka,
Meh sini kamek mau madah sama kita,
SELAMAT HARI RAYA

Thursday, September 17, 2009

RAYA RAYA RAYA SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum semua...

Dah nak raya ni. Semua orang mesti dh balik kampung kan???

Aku pon sama. Dah ada kat rumah pon hihi...

Balik-balik tengok umi aku tengah wat kuih raya.


Dan sempena hari raya yang akan tiba ini aku ingin ucapkan





Namun, jangan dilupakan orang yang telah tiada.

Terutamanya ibu bapa yang mungkin telah dijemput oleh ILAHI.

Semoga terus tabah menghadapi hari-hari yang mendatang.



Semoga hari raya ini memberi seribu makna kepada anda.
Jangan sedih-sedih ok??




Kepada yang balik kampung dengan memandu tu

Berhati-hati lah dijalan raya..





Nah duit raya dari aku...

hehehe...





Kepada semua blogger Selamat Hari Raya aku ucapkan.

Aku ingin memohon kemaafan kepada semua pembaca blog aku

sekiranya aku ada melakukan kesilapan atau membuat anda semua berkecil hati,

Maafkan aku dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Selepas raya kita bertemu lagi yek dalam blog..

Miss uolss...


Wednesday, September 16, 2009

SURPRISE!!!!

Yehaaa....... Selesai sudah.... Ingat lagi tak aku ceta yang nak kena berlakon pasal tajuk BISEKSUAL tu?? Alhamdulillah..hari ni selamat, selamat semuanya... Sangat la berdebor sebelum recording tu.... Oleh itu aku nak menghilangkan debar kat hati ni melakukan hobi aku.

Apa dia??? Tak kan tak tau lagi...Amik gambar la....Hahahaha.... Jom layan aksi-aksi gedik ku bersama pelakon-pelakon yang lain.


GAMBAR 1: TAJUK BISEKSUAL

AKU SEBAGAI CIK ANYSS
TUNANG ORANG
DAN
DALAM MASA YG SAMA
ADA KEKASIH PEREMPUAN







GAMBAR 2:
BERSAMA WANI
TAJUK SUMBANG MAHRAM
WATAK: MAK KENA ROGOL DENGAN ANAK



GAMBAR 3







GAMBAR 4: BERSAMA IZAH
TAJUK LESBIAN








GAMBAR 5

TAJUK LESBIAN

WATAK PENG-KID (betul tah ejaan ni?)





GAMBAR 6:
BERSAMA M.K.
LUPA PLAK DIA BERLAKON TAJUK APA
TAPI WATAK DIA YG DH INSAF





GAMBAR 7:
PA'AN SEBAGAI ARTIS YG BISEKSUAL
1 GROUP NGAN AKU





GAMBAR 8:

GROUP AKU SELEPAS RAKAMAN




Dan untuk pengetahuan semua tajuk yang kami semua dapat ni adalah berkenaan tentang masalah sosial seperti LESBIAN, HIV AIDS, SUMBANG MAHRAM, BISEKSUAL, PELACUR, PENDERAAN AMAH, PENAGIHAN DADAH.

Tugasan ini diberikan untuk melihat bagaimana seorang pekerja sosial menjalankan sesi intervansi terhadap semua klien-klien yang mempunyai latar belakang yg berbeza tapi mempunyai masalah yg sama.

Tujuan intervansi ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti permasalahan sebenar yang wujud dan cara yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka.

Dan sebelum tu aku harap korang jangan tertipu ok dengan gambar 2, 3, 4 dan 5. Kerana mereka semua adalah lelaki... Hahahaha..... Amacam cun tak?????? Wakaka... Sapa2 lelaki yang dh terpikat tu harap batalkan hasrat anda nk berkenalan kah3....

Dan nama sebenar dalam gambar 2 dan 3 adalah wan bukan wani. Gambar 4 lak rudy bukan izzah, gambar 5 awie... Hihihi... Kan dah ada yang tertipu...

Muuahahahahaha.............


Eh lupa lak nak gtau nak tahu tak napa gambar 2 dan 3 tu asyik cover dagu?? Sebab ada janggut hahahaha.... Tak nak cukur sebab nak simpan utk raya. Yang si rudy (gambar 4) tu sanggup cukur janggut even dah simpan lama. Tu la pengorbanan namanya..

PEACE...




**Pada korang yang fofular yg dh masuk dalam blog aku ni. SURPRISE.. Jangan marah.. Hanya sekadar gurauan sebelum hari raya hihihi... Nak dekat raya baru kita minta maaf..kih3.. Maaf zahir dan batin dipinta.. =)

Psss.....Aku tahu aku semakin berisi masa bulan posa ni. Wat tak tau cukup kalo nengok pic-pic tu...JANGAN TEGUR....Sape tegur aku luku pala hahaha...



Monday, September 14, 2009

RINDU



Malam ni aku duduk depan laptop sambil layan lagu raya. Kena lagu sedih-sedih lak syahdu jerrr..hati ni. Mula la nak terkenang kat seseorang tu. Bahagia la dia hendaknya. Ermm.. 2 kali raya dh...Huhuhu.....

Tak pa..Rileks-rileks sudah... Malam ni aku rajin skali lagi nk godek-godek pic lama-lama kat laptop ni... Semua aktiviti aku ngan kengkawan kat USM ni. Ada antara hubungan ngan kawan-kawan yg semakin renggang, ada yg semakin rapat.

Kalo dulu status single, skrang dh ber2, kalo dulu status single, tapi masih single lg (itu aku la) huhuhu...Jom layannn...zaasss.....

TARIK JANGAN TAK TARIK...
(MASA CG FAN HOUSE)

VARIASISWA MASA AKU 1ST YEAR..
MEMANG MELETOPPSS...
DAPAT NO 2 LAGI TUU...



JOIN TENGOK NASYID KAT USM TRANSKRIAN




MASA JADI PENGIRING VIP KAT DEWAN BUDAYA





DALAM DEWAN KULIAH WITH MY ALL LOVELY FRENZ
MIZZ UOLLSS






WITH MY SENGAL COUSIN
HOHO..




LASKAR PELANGI DI GUNUNG JERAI




RINDU KORANG SEMUA....


......RINDU PADA KENANGAN......

RINDU SANGAT-SANGAT

BILA KITA NAK BERSAMA MACAM DULU LAGI???


KENANGAN HARI RAYA YANG TERAKHIR



Sekarang ni semua orang dalam mood nak raya. Aku pon sama. Cuma tak excited mcm dulu. Lagipun tahun ni arwah wan dh tak ada. Sepupu semua pon tak balik. Kalo tak pecah rumah tok dengan kerenah adik beradik semua.

Malam ni, atau sebenarnya sudah pagi skrg aku pon godek-godek la pic kat laptop aku ni. Saja nk imbas balik kenangan masa raya dengan adik beradik semua. Kat cini aku upload pic. Semua ni kenangan masa raya 07/08. Ada pic raya tahun 07 n 08 punya story.


Pic kat bawah ni amik masa malam raya. Semua sepupu balik. Boleh kata anak wan dgn tok semua balik raya dan tu la raya terakhir rasanya semua adik beradik beraya sekali dgn arwah wan.

Malam tu kami sepupu semua skali dgn adik beradik aku p lepak pantai murni, yan. Memang hapening gila...Haha..Siap cucuh mercun lagi kat sana. Riuh rendah dengan adik beradik kami saja. Cucu Hj Ahmad Othman.



ADIK-ADIK NGAN SEPUPU YANG KAPLA SENGET
HAHAHA..




BERPELOH-PELOH PANJAT TIANG LAMPU TU




AKU, ADIK-ADIK DAN SEPUPU-SEPAPAT




RAYA TAHUN 2007.

UMI DENGAN WALID POSING SAKAN ATAS BESKAL

ROMANTIK GITU




PIC AKU PAKAI BAJU RAYA

TAPI PIC NI AMIK BUKAN MASA RAYA

BAJU JE BAJU RAYA

HUHU..





ADIK-ADIK AKU..
HERO-HERO SEMUA.
Dari kiri: AFFAN, ISKANDAR, IJAT, APIT






MY FAMILY








RAYA TAHUN 2008.







GENG-GENG HERO...
BERSEDIA UNTUK TEGAKKAN KEADILAN





MEMORI BERSAMA ARWAH WAN..





MISS HIM =(



HARAP TOK JUGA SIHAT DAN SEMBUH SEPENUHNYA DARI PENYAKIT ******

DOA KAN LA YE...


Inilah kenangan raya terakhir yang mungkin takkan ku lupakan sebab itulah kenangan raya yang terakhir kami sekeluarga dan saudara-mara semua dapat beraya dengan arwah buat kali terakhir.

Dan bila aku melihat baju raya aku akan teringat arwah wan tanya "tak ada baju raya untuk wan ka?" dan aku akan jawab " orang tak ada duit lg, tunggu orang keja dulu nanti orang beli" tapi sayang tak sempat...

SWEET MEMORY FROM ME...

WAN NUR HANIS BT AZMAN

A.K.A

GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR


Saturday, September 12, 2009

SINGLE VS COUPLE



Korang da tengok tak buletin utama tadi pasal program kat kg orang asli tu?? Dah masuk dalam tv ok?? Nampak tak muka aku?? Hahaha...Sapa tak nampak pendek umo bak kata pak belalang (P.Ramlee) dalam nujum pak belalang..hehehe... Yg ni cheq gurau jer yek..huhu

Sapa yang tak dan nk tengok tu, nampak sgt tak rajin tgk berita hahaha... Sok ada lagi kot...Huhu..Jom kita pakat-pakat tgk..

Hari tu jawahir ada tanya aku "kata orang single tu menyenangkan betul ke?" so dia nk tau my opinion. Ok wahir akak nk jawab la ni yerk..

Sebenarnya ada yang betul ada yang tak berapa nk betulnya. Disebabkan aku single aku nak jawab la sama ada menyenangkan ke tak. Single ni bagi aku memang sangat menyenangkan.

Kenapa? Sebab nama pun single, kita bebas nk buat apa pun. Bebas nk berkawan dgn sapa-sapa. Nk kuar dengan sapa pun tak pa. Dan yang paling penting, kita bebas nak buat pilihan.

Maksud bebas buat pilihan ni adalah bila kita single, kita tidak terikat dgn sapa-sapa jadi peluang kita nak kenal dengan orang lain yg mungkin lebih baik, ada. Tapi bukan bermakna yg dah tak single tu pasangannya tak terbaik. Mngkin dia rasa itu yg terbaik sebab tu dia amik keputusan nk hubungan tu lebih serius.

Cuba bandingkan hidup anda bila single dengan dh couple? Apa bezanya? Mesti banyak perbezaan bukan? Kelebihan org yg dh couple ni adalah dh berteman dan hubungan itu menuju ke jalan yg lebih serius.

Tapi tak semestinya yg single tak berteman malah lebih banyak teman dari yg dh couple ni. Selalunya bila dh couple ada org akan mula menjauhkan diri dari kawan-kawan sbb masanya byk dihabiskan dgn pasangannya.

Tak pun kawan yg akan menjauhkan diri. Aku pun selalu buat cm gini. Yela kalo dulu kita rapat, boleh nk bergurau senda atau huha huha sesama tapi sekarang mcm ada sesuatu yg menghalang.

Bukan bermakna aku jeles tapi kalo kita rapat dgn seseorang tu tp bila dia dh ada awek ni, yg awek tu mula la nk cemburu. Last skali hubungan yg dulu tu rapat dh renggang. Aku pon selalu gk jd cm gini.

Pastu mula la si awek tu nak majuk-majuk cm gini...



Lagipun kawan-kawan aku pn ramai laki. Aku pon xtau napa tapi sebab dalam family aku pon ramai laki kn so dh tahu dh pangai org laki ni cm na, 1 kapla la kan org cakap. Kalo org tanya psl adik beradik aku, dan tahu aku ada 4 org adik laki org akan ckp patut la pon...

Patut la pon apa eyh? Diorang cakap nampak aku lasak nk kata kasar tu tak ptut la kn sbb aku kan popuan sejati walopon idakk ler lemah lembut sgt huhu...Abeh tu dh terbiasa dan dibesarkan dikelilingi oleh lelaki.

Bila ramai kawan laki ni sedikit sebanyak kita tau perangai depa ni mcm mana. Ada lelaki yg lebih selesa hidup single mgkin kerana nak mantapkan kerjaya dulu. Ada yg tak leh hidup tanpa popuan. Yg ni mudah sgt jatuh cinta..Kalo xda awek hidup rasa kosong.

Macam tu gk sesetengah popuan tak leh hdp kalo tak ada laki. Ada yg tak pernah couple lg tapi teringin nk couple. Tapi bila dh couple menyesal lak sbb tak seindah yg di impikan. Maybe tu sbb pakat tangkap muat jer ko bla nk couple.

Aku dh lama single. Sebab aku nak cari yg betul-betul sayangkan aku dan boleh terima seadanya aku. Siapa aku sebenarnya. Kalo betul-betul syg kan seseorang kita kena terima kelebihan dan juga kekurangan seseorang itu.

Hidup aku sangat berbeza masa aku ada pasangan dulu. Dulu memang bahagia sebab ada orang yg amik berat tentang kita, ada orang yg akan berkongsi perasaan dgn kita, ada tempat untuk kita berpaut atau bergantung harap. Tapi bila dikecewakan itu sgt sakit ok?

Sakit sampaikan 1 tahap kita harap kita tak kan alami semua itu lagi. Setelah aku jumpa yg lain dan akhirnya kecewa lg, jumpa dan dikecewa kan lagi aku amik keputusan nak terus bersendiri dan terus mencari yg betul-betul boleh dijadikan pasangan hdp.

Kerana aku mencari lelaki untuk dijadikan suami, yg boleh dijadikan imam ketika solat, yg boleh jd doktor ketika kita sakit, yg juga boleh jadi bapa, abang dan suami ketika kita memerlukannya. Bukan sj boleh jadi bapa tp juga ibu buat anak-anak.

Itu impian aku. Sebab itu masih single. Zaman untuk aku berseronok macam dulu sudah berakhir. Kalo dulu asal clash ja dh ada org yg akan menjadi pengganti mahu tak ramai ex-boy huhu..

Bila aku dh sedar apa yg aku perlukan dlm hidup aku, aku terpaksa kecewakan hati orang-orang yg mungkin syg kan aku. Biar pun mereka pernah menangis kerana aku. Maaf aku tak dapat menerima kerana mungkin kau bukan pilihan aku.

Single ke tak single ke itu semua tak penting. Persoalan yg mana lebih menyenangkan juga tak perlu timbul kerana semua itu bergantung pada diri sendiri bagaimana kita nak mencari jalan untuk membahagiakan diri kita.

Kalo orang tanya best ke single?? Aku akan jawab aku bahagia dengan diri aku sekarang dan bila aku dh berjumpa seseorang aku juga akan lebih bahagia bersama orang yg aku sayang itu.



Friday, September 11, 2009

NAK SAMBUNG CERITERA


Ok, Aku nak sambung ceta ke kg org asli ri tu. Bukan apa dah dapat pic yg aku dok mencapub dlm kamera orang lain tu kan harus la aku upload banyak2...Hahaha... Ni pon ada 1 kamera lg pic yg aku lom amik. Hobi aku kan bergambar kih3...

Jom layan pic yerk.. Tengok la sampai terkuar biji mata hehe.. Kalo yg lom pernah sampai ke kg org asli tu mesti teruja kan??


Pic bersama papan tanda Kg org asli.

Diapit oleh bodyguard aku.

Sapa brani mai la kaco...






Pic si wea ngan adik2 org asli.
Rajin wae layan bebudak ni..




Ni lak ibu-ibu mithali.

Kebanyakan diorang kawen muda taw..





Wajah-wajah adik-adik yg sgt baik..






Aku suka tengok adik ni. Korg ckp la apa pun, gelak ker apa ker muka dia akan tetap mcm ni.

Aku panggil muka yg tak ada perasaan

hahaha...

tak caya tengok ni...






Still mcm tu gak. Tak berubah pon muka dia.
Hehehe..


Dan masa penyampaian duit raya pada adik-adik tu aku tersnap satu pic yg betul2 menarik perhatian aku.......Seksi lak tu...Hehehe...



Ha Kak El, nak try wat seksi cm ni ker??

Kih3...



Pemberian beras. Harus lah berlakon gitu-gitu kan

hehehe..

Jangan lupa bayar zakat yerk...


Laaa...ada lagi budak itewww...
Memang suka menyelinap sana sini
Lau gambar tak ada budak tu xsah la kan?
Sape la dak tu erk???





Bersama bebudak kelas dan tok batin.

Jangan terkejut kalo nengok aku sorg jer popuan.

Aku memang ramai member laki...

Dalam family aku pon ramai laki, jd memang masuk kapla la kan..

Idakkk gatai2 ok?? Aku tdk ngada2 n tergedik-gedik bla dpn laki.

Selamberrr jerrr yob!!! Sempoiii!!!

Tak caya tanya diorang...

=p






Ala minah belakang tu kaco daun la...
Baru dok gurindam dan bersajak bagai..
Hahaha....





Maka berakhirlah Program kami. MAJLIS IFTAR DAN QIAMULLAIL PERDANA ANJURAN KELAB KERJA SOSIAL USM. Tahniah pada semua yang terlibat.

Dan yang paling penting skali kami semua bawa balik penyakit gatai-gatai hahaha...Pergi kelas semua dok menggaru. Semuanya disebab kan AGAS. Sejenis serangga yg sngt kecik n skali dia ggt fuhh mcm kena miang buluh. Asyik nk menggaru jer...

Kaki aku dh mcm apa dh berbintik-bintik merah. Keja garu jer sbb gatal sampaikan ingt nak amik berus kain jer garu kaki huhuhu...

Tapi aku dh g amik ubat dh. Yang paling lawak skali masa g amik ubt penuh bdk kos aku (SK) sampaikan bla masuk jumpa doktor dia siap tya ni p kg org asli juga ker?? Kih3...

Ala..kaki aku dah xleh jadi kaki raya dh......Bila tah nk hilang bintik-bintik merah ni.... Hukhuk

**Sebenarnya banyak lg pic nk upload.. Disebabkan pic itu membuat kan aku nampak demok so aku xnk upload hahaha....Wehhh...bulan posa ni bkn berat turun, lg bertambah ada la... Haihh...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi