Saturday, October 31, 2009

BOSAN


Bosan asyik terperuk sorang-sorang dalam bilik. Member suma kuar tak ajak aku pon hukhuk sedih....Tak pa la asalkan diorang hapy enjoy sesama diorang sudah. Aku??? Tak penting pon bagi diorang..

Tak pa la. Jadi ulat buku kejap. So nak cuti jap dari blogging bleh?? Ni antara paper yang aku akan amik exam nanti.

LSP300 BAHASA INGGERIS AKADEMIK 2 U (2/11/2009 )2.15 PETANG

SHE101 HUBUNGAN ETNIK 2 U (17/11/2009) 9.00 PAGI

STU215E DASAR DAN SISTEM KEBAJIKAN 4 T (13/11/2009) 9.00 PAGI

STU231 ASAS-ASAS PSIKOLOGI 4 E (16/11/2009) 9.00 PAGI

STW213 PRAKTIS KERJA SOSIAL DENGAN INDIVIDU DAN KELUARGA 4 T (6/11/2009) 9.00 PAGI

STW217 KERJA KUMPULAN 4 T (3/11/2009) 9.00 PAGI

Mood hari ni sudah hilang entah ke mana so mahu tido walaupun sudah petang.


WONDER PETS SUDAH TINGGAL SORANG


Friday, October 30, 2009

MENANTI SATU KEPASTIAN

Ini N3 kedua untuk malam ni. Jangan terlepas baca N3 yg sebelum ni.

Susah kan nak bina kepercayaan terhadap orang lain?? Susah sangat. Kenapa? Adakah bila kita pernah disakiti bermakna semua orang sama???

Aku memang orang yang jenis main-main tapi bukannya main-mainkan perasaan orang. Aku cuma tak suka bersikap serius sebab itu bukan diri aku sebenar. Ada masa kita perlu serius terutamanya bila kita melakukan kerja.

Aku memang nampak cam main-main, suka gurau-gurau dan ketawa tapi tak bermakna dalam semua perkara aku macam tu. Terutamanya yang melibatkan hati dan perasaan. Sakit kalo orang mempermainkan hati kita kenapa kita nk mainkan hati orang?

Bila aku dah pulih dari segala kenangan silam dan ingin mulakan hidup yang baru, diri aku yang baru kenapa perlu aku nak harungi semua tu lagi. Kisah dulu sudah aku tinggalkan di belakang. Aku tak kan sesekali menoleh lagi. Cukuplah.. Sakitt bila ingat balik.

Cuma aku harapkan kepercayaan darinya. Aku cuba memahami dan aku harapkan perkara yang sama. Kawan aku suruh aku bersabar. Dan si dia suruh aku jangan berputus asa. Tapi bila kepercayaan dirinya terhadap diri aku digugat aku tak tahu nak cakap apa lagi.

Aku akan terus sabar menanti untuk satu kepastian.

**Tiba-tiba rasa nak p duduk tepi pantai sorang-sorang amik angin tak pun p bawa motor laju-laju lepaskan tension leh tak?


KISAH CINTA PANDANG PERTAMA

PIC MASA PESTA CAHAYA KT USM


Cinta pandang pertama.. Wow tajuk... Meletzzz gitewww... Hehe... Pernah tak korang merasai cinta pandang pertama? Korang tak kenal pon dia tu sapa tapi sekali pandang terus jatuh cinta. Hati yang selama ni beku terus cair bila melihat wajah dia.

Pernah tak korang mengalami benda ni??? Bila pandang jer wajah dia terus hati berdebar-debar. Mula la dapat sindrom mandi tak kenyang, makan tak lena, tidur tak basah **ke tidur basah..** Hahahaha...

Ok berhenti mengarut.

Cinta pandang pertama ni bagi sesetengah orang memang tak masuk akal. Sekali tengok pon boleh jatuh cinta. Selalunya ini sekadar yg kita nampak hanya luaran jer la. Dalaman tu belum tentu lagi. Pelik kan???

Memang pelik. Susah nak mengungkap sebenarnya macam mana boleh jatuh cinta pandang pertama ni. Tapi cinta jenis ni macam mana senangnya dia datang macam tu gak dia pergi. Sebab kita tak mengenali orang itu langsung lain la kalo ada yg berani tegur pastu minta no telefon.

Aku pernah gak ada pengalaman cm ni tapi tak tau la nk panggil apa. Rasanya bukan cinta kot tetapi hanya tertarik yeke tu? huhuhu..

Masa tu aku kat jeti Penang ngah tunggu feri. Ada la sorang mamat tu pakai baju kemeja belang-belang bawa beg sandang. Smart. Macam baru lps blk keja. Aku pon pandang dia. Tiba-tiba dia pandang aku mata pon bertembung mata. Aku cepat-cepat larikan anak mata hahaha..

Pastu aku wat tak tau jer. Tiba-tiba aku rasa mcm ada orang dk pandang aku. Sekali mamat tadi yg dok usha. Kih3... Dia plak cpt-cpt tgk tmpat lain. Macam tu la seterusnya sampaikan atas feri. Masa nak turun pon dia masih dk pndang aku. Aku wat tak tahu jer hehehe.. Segan cheq. Aku kan pemalu **pemalu la sangat** kah3...

Pastu masa turun dr feri aku lepas ke belakang dh. Dia kat depan. So sampai c2 saja la hubungan kami kah3... Hanya mata ja dok mainkan peranan hahaha..Cam lawak pon ada. Ni leh kira cinta pandang pertama ker???

Tapi mungkin kami tak kan jumpa dh. Yela sekarang ni kalo balik AS pon naik motor je tak naik feri dh. Kalo tak mana tau bleh terjumpa lagi hehehe.. Sampai sekarang aku ingat lagi muka dia mcm mana. Nampak matang. Pakai kemeja plak perghh smart tu kih3...

Lagi pun benda ni dh lama dh. Kalo tak silap aku masa awal sem tahun ni. Sekarang ni dh nak habis sem tapi aku masih ingat lagi muka dia sebab muka dia ada iras-iras kawan aku gk.

So macam mana cinta pandang pertama korang? Adakah seunik kisah aku?? Kui3....

Thursday, October 29, 2009

EH BAU APA TU???

Eh bau apa tu??? Korang ada bau tak? Cuba korang bau ketiak korang ada bau tak??? Ke bau badan korang ni hahaha...

Pernah tak korang berada dalam situasi ni??? Setiap orang mesti ada bau badan sendiri kan? Tak kan la bau kambing kot..Hehe.. Ke ada yang bau badan cam kambing?? Huhu...

Korang ni ada masalah bau badan tak? Kalo ada cepat-cepat la atasi yek. Pakai deodorant. Kalo yang jenis mudah berpeluh kalo boleh mandi sekerap mungkin. Idaakkk la aku suruh p mandi setiap 10 minit kalo cam tu masuk air la...Hehe..

Pernah tak korang berada dalam situasi awek ni sikit punya lawa sekali bau badan huh.. Sebatu boleh bau.. Lelaki pon sama hensem bukan main badan bau bawang hahaha.... Tu la suka makan bawang banyak sgt hehe...

Hidung korang jenis cm mana? Malangnya hidung aku ni sensitif. Kadang-kadang orang lain tak bau lagi aku dh bau dh ataupun orang lain tak bau aku plak yg bau. Ingat best ke ada hidung yg sensitif ni?

Kalo duduk kat tempat ramai orang tu or bersesak-sesak kat tempat ramai orang ha bau macam-macam la... Bau bawang pon ada huhu...

Selalunya aku akan mengalami dalam situasi di dalam dewan or kelas. Muka cantik tapi masyaallah bau badan kuat bebenor. So terpaksa la cover-cover sama kembang kempis hidung aku tahan. Kena plak mai duduk kat sebelah huh.. Sabar jer la.

Kat USM ni ramai foreigner bangsa Arab. Memang tak dapat dinafikan yg mereka ni berbau tengik. Tak tahu la kenapa. Kalo lalu sebelah aku tu...Hmmmm...Paham-paham sendiri la.

Lelaki ke perempuan ker sama jer yg penting pakai deodorant selalu yek sebab kadang-kadang bau tu berpunca dari bau ketiak. Sembur la minyak wangi jangan pulak sampai sekali sembur tinggal setengah botol jap g orang pengsan plak hahaha...

So pandai-pandai la jaga kewangian diri tu jangan harapkan muka jer cantik/hensem tapi bau badan huhhh....

Dan sapa suka makan bawang tu kurangkan la ye sebab bawang merupakan salah satu punca bau badan.


Jangan sampai budak kecik ni buat macam ni kat korang

Ucukkk...

=P

P/s: to shasha ni email blog i>

puteri_anyss0327@yahoo.com.my

Andsapa-sapa nak add kt ym lak >

anyss_0327@yahoo.com.my


INI BUKAN N3 JIWANG~~PILIHAN DI TANGAN ANDA

Assalamualaikum

Salam 1 Malaysia

Terima kasih pada semua yang sudi menjawab pertanyaan untuk N3 yang sebelum ni. Nak tahu kenapa aku tanya??? Sebenarnya soalan ni simple jer dan ada banyak maksud yang tersirat yang mungkin kita anggap benda tu biasa jer tapi ada maksud yg mendalam.

Cuba korang perhatikan sekali lagi soalan ni...


Dalam hidup ni ada 2 jenis manusia. First who walk into a room and say "well here i'm...". Second those walk and say "ahh there u are....."


Pemilihan jawapan akan menentukan siapa diri kita sebenar. Tapi berdasarkan jawapan-jawapan yang korang bagi semua ada pendapat masing-masing. Kat sini tak ada soal sapa salah dan sapa betul.

Semuanya bergantung kepada bagaimana individu itu sendiri memahami walaupun benda ni susah nak paham sket. Aku sendiri pon susah nak paham sebab tu aku tak jawab lagi soalan tu kat orang yg tanya aku tu. Rasanya lagi susah nk jawab dr soalan exam huhu.

Sebenarnya aku ada jawapan dan pendapat aku sendiri cuma aku tak gtau lagi apa jawapan aku pada dia tu. Dia? Sapa tu? Paham2 jer la kan huhu.... Sebenarnya agak susah kan nak mulakan semula sesuatu tu kalo asyik dibayangi dgn perasaan takut dan kisah silam.

Ermmm...Entah lah. Baik aku mahupn dia sama jer. So tak tahu la mana hala tuju sebenarnya kami ni. Macam aku cakap dulu la kalo still kawan ker or sebaliknya aku tak kisah. Sebab buat apa nak mengharapkan sesuatu yg tak pasti.

Yang penting kena kikiskan perasaan takut tu. Takut kena tinggal. Tu yang dia cakap kat aku. Aku pon sama. Tapi aku amik benda ni sebagai positif. Kadang-kadang kita hanya merancang bukan kita yg tentukan semua ni.

Walaupun banyak benda dah aku hadapi dan macam-macam kerenah lelaki yg aku hadapi tapi tak bermakna semua lelaki ni sama. Macam tu gak perempuan. Tak semua perempuan sama perangai terutamanya mereka yg buat kita terluka.

Mungkin kita belum bertemu dgn yg sesuai. Tapi bila seseorang tu hadir dalam hidup kita kenapa kita nak tutup hati kita dan beranggapan semua perempuan or lelaki tu sama saja.

Perasaan takut kecewa pasti ada pada semua orang tapi bergantung bagaimana caranya kita nak handle benda tu. Kalo kita takut nak mencuba sesuatu yang baru sampai bila-bila pon kita tetap akan berada di takuk lama.



Tepuk dada tanya selera.. Pilihan di tangan anda




Tuesday, October 27, 2009

SOALAN KEPADA PERSOALAN DAN JAWAPAN YANG TERJAWAB




Aku perlukan pendapat korang. Boleh kan tolong aku???

Dalam hidup ni ada 2 jenis manusia. First who walk into a room and say "well here i'm...". Second those walk and say "ahh there u are....."

Agak-agak yang mana 1 korang dan kenapa korang pilih itu sebagai jawapan?

Nanti aku gtau kenapa aku tanya soalan ni.

ROMPAK




Seorang pencuri sangat pakar merompak bank di mana kepakaran utamanya adalah memecahkan kod rahsia pintu lemari besi. Ia selalu bekerja sendiri tanpa dibantu anak buah atau asistennya.

Suatu ketika, ketika di tengah malam dia memasuki sebuah bank yang baru 1 minggu dibuka dan dirasmikan. Sebuah almari penyimpanan dengan nombor rahsia yang paling canggih berhasil dibukanya.

Namun ia sedikit hairan kerana di sana tidak terdapat wang sama sekali, melainkan cawan-cawan berisikan puding warna susu. Ruangannya pun dingin sekali. Akhirnya ia memutuskan untuk memakan puding- puding tersebut sebelum membuka almari besi lainnya. Kerana lapar ia habiskan semua puding di almari besi pertama.

Almari besi kedua berhasil dibuka, sekali lagi ia terjumpa puding dalam cawan-cawan plastik. Seluruh almari ada 5 unit, dan kesemuanya berisi puding, dan ia menghabiskan banyak sekali puding.

Namun ia dengan kekenyangan pulang ke rumah dan masih agak heran, kenapa bank itu tidak menyimpan wang sama sekali. Atau mereka memang sudah mengetahuinya akan dicuri? Aah biarlah yang penting aku kenyang serunya.

Keesokan paginya dengan setengah mengantuk ia terbangun kerana suara penghantar surat khabar memasukkan surat khabar ke dalam rumahnya melalui celah jendelanya. Sambil menguap dia membuka surat khabar dan terpaku melihat Head Line di halaman pertama dengan judul bertuliskan dengan huruf yang besar -besar.


"BANK SPERMA DIROMPAK"

Monday, October 26, 2009

DULU DAN SEKARANG

Demam masih tak kebah. Pakej dengan batuk, selsema suara yg serak-serak basah (seksi tu hehe) Then, semalam hidung berdarah...Cuak gak ar huhu...Tapi sebab badan panas sgt kot.. So tak ada la pk macam-macam sgt..

Abaikan dulu menda tu cuma sekarang ni aku rindu nak mcm dulu-dulu balik. Cana tu?? Cam ni la coca-cola hehehe..Tak ada la.. Macam pic kat bawah ni....


DULU




SEKARANG



Banyak perbezaan kan?

Terutamanya pipi tu hehehe..

Bila la nak kurus cm dulu lagi???

Huhuhu...









Sunday, October 25, 2009

AKU DAN KEKASIH GELAP


Lihat senyuman aku tu ada lain macam tak? Lain macam mana? Ala senyuman orang bahagia huhu..Yeke??? Hihihi...

Sebenarnya ermmm....Nak gtau rahsia yg memang sapa tak tau. Lepas ni memang tak jadi rahsia la sebab dh gtau semua hehehe..

Aku dalam proses mengenali seseorang.. Agak lain macam gk ar sebab dh 2 tahun single. Dah lupa dah mcm mana nak bercinta hahaha... Tapi belum sampai tahap tu lagi. Sebab kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Kalo rasa ok dan serasi mungkin akan menuju ke arah yang sepatutnya la. Cuma aku tak berani nak mengharap sangat. Lagipun dlm proses nak kenali diri masing-masing. Dia jenis yg suka berterus terang aku plak jenis yg ska memendam huhu..

Pernah gk masa mula-mula kenal gaduh sket psl salah fhm. Benda tu tak ada apa la sgt tp bg aku serius gk ar sbb melibatkan kepercayaan. Aku cm biasa ar menyepikan diri huhu.. Pastu dia ckp kalo ada pape hal gtau jgn lari.. Lepas slow talk then aku baru phm dia cna...

Pasni kena ubah sket la skp aku ni..Jgn dok memendam sgt kalo da pape yg xkena tu kan?? Huhu Berbincang lebih baik...Yela dh lama hdp single so agak ssh sket nk biasakan diri.. Tapi kami baru je knl dlm proses nk kenali hati budi masing-masing kalo jd ok la kalo x, nk wat cna kan?

Cuma kalo bleh pasni tak nak la tayang-tayang sgt...Kadang-kadang dlm blog ni baru bercinta dh tayang sana sini bagai nak rak bila dh putus sapa yg malu? Diri sendiri gk kn?? Pastu mula la skit ati bila tgk N3 yg lama2..Aku tak ckp spa2 pon cuma dh byk dh aku baca dlm blog ni.

Takut gak ar..Lagipun kita hanya merancang tapi yang menentukan hanya Allah swt. So lebih baik jangan mengharapkan sgt. Aku pon tak harap sgt sebenarnya kalo kami rasa lebih sesuai untuk jadi kawan jer aku terima dgn ati terbuka tak luak pon kan? hehehe

Yang penting satu negeri. Tak nak la dok jauh-jauh ni cukup-cukup la hubungan jarak jauh dengan yg sebelum-sebelum ni. Susah... Bercinta bagai nak rak, duit pon habis byk (bukan aku la hbs byk) sebab nk ulang alik last kawen dgn org lain. Cukup-cukup la tu yerk?

Aku tak tahu la kawan-kawan aku nk ckp apa lepas baca ni sebab selama ni aku tak pernah gtau pape pon tup tup kuar statement dlm blog wah meletopss hahaha... Prasan cm artis plak kih3.. Lagi pun sebelum ni aku knl ngan seseorg xda lak kuar ceta-ceta cm ni kan? Tapi tak tahu la kn huhu...

Tak kisah la cm na pon hubungan kami pasni kawan ker or jd lebih dari tu aku tak kisah sebab aku tetap aku... Cuma korang doa kan la kalo betul dia ditakdirkan untuk aku doakan lah kebahagiaan aku kalo dia ditakdirkan hanya menjadi kawan aku, doa kan la dia boleh menjadi sahabat yg baik utk aku.

Saturday, October 24, 2009

HOME SWEET HOME


Assalamualaikum

Salam 1 Malaysia..


Aku dah ada kat rumah. Demam+batuk membuat kan diri aku kurang ceria. Sakit tekak.. Ubat tak makan cm gini la huhu.. Hari tu nak balik cepat punya psl tak sempat p amik ubat.. Alasan huhu..

Sebelum tu aku nak ucap terima kasih kepada semua kawan blogger yg sudi amik award dan ats ucapan-ucapan yg diberikan. Membuatkan aku lagi semangat nak tulis hehehe.. Sayang korang semua....

Tiba-tiba teringin nak makan tomyam kat Restoran ASMANI area Mergong. Tomyam dia fuhhh meletopss wa cakap lu.... Kot-kot demam leh kebah lepas pekena tomyam kan??

Kat Penang pon tak leh lawan tomyam sini. Kat penang yg leh tahan sdp pon kat Seagate.Tapi tak ada kawan la nk teman.. Nak kena ajak kekasih gelap gak ker?? Huhuhu...

Nanti sapa2 nak datang Alor Star ni aku bawa p makan kat c2. Ok?? Jom nak siap-siap p pekena tomyam..Fuhhh terliur beb baru dok sebut-sebut ja...Chiaoo chin chau....

Wassalam..


Puteri si bibir seksi

=P



Friday, October 23, 2009

SETAHUN SUDAH BERLALU




Assalamualaikum.

Salam 1 Malaysia.

Hari ni Jumaat. Penghulu segala hari. Hari yang sangat baik. Cuma bagi aku hari ni keadaan aku tidak berapa nak stabil. Demam membuat kan hari-hari aku kurang ceria. Sejak balik dari Perlis hari tu dh start sakit tekak. Keja letih dan penat jer. Rupa-rupanya aku nak demam.

Semalam ingat dh nak balik alor star, kebetulan sekarang ni study week. Tapi terpaksa dibatalkan bila bangun Subuh tu kepala aku rasa berat. T erfikir gak mcm mana nak bawa motor kalau mcm ni. So postpone dulu. Hari ni aku akan balik AS. Tu pon tak tau nk blk naik bus ke moto.

Walau mcm mana pon hari ni tetap begitu bermakna buat aku sebab aku menyambut ulang tahun pertama sebagai blogger. Hari ni genap setahun aku menjadi blogger tegar.

Walaupun di awal penulisan aku, aku masih tercari-cari identiti sebenar serta kebanyakan penulisan aku hanya berkisar tentang luahan perasaan jer kan sampai kan blog aku dicop sebagai blog jiwang hehehe.. Kalo boleh tak payah la nak nengok tulisan-tulisan aku yg dulu cheq malu ehehehe...

Masa tu tak matang lagi (macam la skrg ni matang sgt) huhuhu...Tapi better dari dulu la hehehe... Aku start tulis masa tu aku langsung tak terfikir yg aku akan jumpa ramai kawan kat dalam blog ni. Kawan-kawan yg sama-sama berkongsi cerita, berkongsi pengalaman dan juga berkongsi kasih sayang.

Walaupun kita tak pernah berjumpa tapi aku dapat rasakan kasih sayang dan saling mengambil berat antara satu sama lain. Sering memberi dorongan seandainya kita jatuh. Aku ingat lg bila arwah tok wan aku meninggal, ramai yg memberi kata-kata semangat supaya aku terus kuat.

Semua ini tak dapat aku cari walaupun berada di dunia realiti. Dunia blog ini bukan sahaja menemukan kita dengan pelbagai latar belakang tetapi tetap menunjukkan yg kita berkongsi rasa yg sama walaupun berbeza latar belakang, pekerjaan, agama dan bangsa.

Dan di kesempatan ini aku nak berikan award kepada semua kawan-kawan yang menjadi tulang belakang BLOG GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR. Terima lah yerk. Letak kan di blog korang sebagai tanda penghargaan dan persahabatan dari GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR.





Semua mesti tertanya-tanya siapakah sebenarnya gadis yang bernama GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR sehingga ada yg panggil Gadis KamDar atau nama singkatan Cik GKSB, atau di shout box anda Cik Gadis Manis.

Gadis Kampung Separa Bandar diambil sempena diri aku yang dibesarkan di Kampung iaitu Yan, Kedah sejak kecik lagi. Aku menetap bersama tok dan tok wan sehinggalah aku berumur 13tahun. Kemudian aku kembali menetap bersama keluarga aku di bandar Alor Star.

Semasa aku tinggal di Alor Star, pelbagai konflik yg berlaku dari seorang gadis kampung yg berpindah ke bandar. Namun aku sedar, gadis kampung tak kan boleh menjadi bandar dan gadis bandar tak kan boleh menjadi kampung kerana itulah aku GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR.


Nama sebenar aku adalah WAN NUR HANIS BT AZMAN. Ayah aku bukan Wan walaupun nama aku bermula dari Wan cuma mak aku "KU" sebab itu anak-anak dia WAN + MEGAT. Tapi kami tidak berbangga dengan nama keturunan kami sebab apa ada di sebalik nama?

Kebanyakan kawan-kawan panggil anis dan ada juga panggil wan cuma aku lebih selesa orang panggil anis sebab nampak sket keperempuanan tu hehehehe..Walau siapa pun nama panggilan aku, aku tetap orang yang sama.

Dan aku amatlah berbesar hati sekiranya korang semua sudi menerima award yang tak seberapa dari aku kerana aku ikhlas memberi.

Terima kasih kerana terus menyokong blog GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR.


Wednesday, October 21, 2009

BATU BERTANGKUP ~EDISI AKHIR : Seharian Bersama Warga Emas




OK, Nak sambung cerita. Aku dengan 3 orang kawan aku lagi akan ke Rumah Sejahtera Alor Sena. Asal 10 orang tiba-tiba yang lain tak nak pergi. Pasal apa tak tahu la kan tapi kalo ye pon marah kan nyamuk jgn kelambu dibakar. Ni sebagai lapik jer ku nk cakap.

Pasal masalah yang timbul tu dan ketidakpuasan hati terhadap golongan tertentu jangan sampaikan orang lain yang jadi mangsa. Ye tak?? Warga tua tu tak bersalah. Kalo ikutkan aku sorang jer ahli kumpulan asal yg masih semangat nk pergi. Yang lain-lain tu hampehhh....


So aku pon ajak la kak emy, rehan ngan fida ikut. Nasib baik la diorang nak. Semua telah dipecahkan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan akan pergi ke Rumah Sejahtera ALor Sena, Kaki Bukit dan juga Bahor Mali.

Rumah sejahtera Alor Sena hanya ada 5 orang penghuni sahaja. Kami disambut oleh Tuan Haji Nasir. Pastu mula la aktiviti kami untuk mengemas rumah salah seorang tok wan kat situ. Sebenarnya bkn rumah la cuma bilik yg siap dgn bilik air dan dapur. Semua diorg akan buat sendiri.

Masa mula-mula masuk tu terkejut gak ar. Bilik agak berselerak dan kotor. Kami pon mula la mengemas. Aku ngan Fida bahagian ruang depan rehan ngn kak emy kt toilet n dapur. Banyak gak makanan dia yg dh expired yg tu kami buang lps minta izin takut gk tok wan ni tersilap makan.

Kak Emy yang tengah lap dapur. Kak emy ni leh kata lawak gak ar sambil cuci sambil terdengar uweekkkk.. Maybe sebab tak tahan bau bekas makanan yg dh lama tak cuci yg terbiar kat dapur tu.





Rehan yg tengah cuci bekas makanan. Masa sampai-sampai terus dia masuk dapur p kat toilet pastu dia cakap korang semua duduk depan. Biar Rehan yg cuci toilet ni. Masa tu dia dh tutup hdg n macam nk muntah tak tahu la apa yg dia nampak kn huhu..



Sejujurnya dalam hati aku terfikir gak kenapa kotor sangat jika nak dibandingkan dengan bilik-bilik penghuni yang lain. Bila tengah kemas terjumpa banyak ubat dan juga pam untuk orang sakit asma. Biasa la orang tua ni bkn larat sangat tambah yg semput kesian plak aku tgk.

Pastu pegawai JKM ceta yang tok wan ni orang JKM jumpa dalam operasi yang diorang jalankan. Masa tu dia tengah tidur dlm pondok terbiar. Dia ada anak-anak tapi semua duduk jauh. Tapi dia ada sorang anak yg duduk kat Kangar. Bila JKM beritahu pasal ayah depa ni, depa tak amik peduli langsung.

Duduk la tok wan ni kat Rumah Sejahtera ni. Tok wan ni tak banyak bercakap. Diam jer.. Sesekali terbit senyuman dia yang buat aku teringat arwah tok wan aku. Aku pon tak sampai hati nak tanya pasal anak-anak dia. Nak sembang pon tak sampai hati takut satgi aku plak yg menangis huhuhu...



Bersama nenek-nenek kat c2.




Yang tudung ungu tu bila aku sembang dengan dia, dia beritahu yang dia duduk kat sini sebab tak nak menyusahkan anak-anak dia. Anak-anak dia pon tak hidup senang. Nak cari duit untuk menampung keluarga sendiri lagi sebab tu dia amik keputusan duduk cni.

Tapi dia lebih bertuah jika nak dibandingkan dengan tok wan tadi sebab anak-anak dia still datang menjenguk. Hari raya baru-baru ni pon anak-anak dia datang jemput balik beraya bersama.


Bersama semua penghuni.
Sorang lagi penghuni tak ada, sakit, so anak dia bawa balik.








Sebahagian penghuni Rumah Sejahtera di Perlis yang telah digabungkan untuk sama-sama menyambut jamuan raya yang diadakan.





Masa YB dok berucap tu kami dikejutkan dengan kedatangan MB Perlis. Kedatangan MB memang tak disangka-sangka sebab beliau dah wakil kan YB kat kawasan tu ganti. Apa lagi kelam kabut la emcee.. Huhu...


Menteri Besar Perlis tengah berucap




Sebenarnya N3 aku kali ni bukan nak menunjukkan aku ni bagus ke apa cuma aku nak kongsi pengalaman dengan semua. Bukan semua orang pernah ke rumah sejahtera dan mengenali diorang dengan lebih dekat. Tak semua orang betul-betul dapat menyingkap kehidupan mereka sebenar di rumah tersebut.

Selain itu, kita boleh jadikan iktibar kepada diri kita tak semua insan bertuah dapat memiliki kehidupan yang gembira dan bahagia bila menginjak usia senja. Semua ini adalah sekadar secebis pengalaman yang ingin aku kongsikan.

Cuma aku agak terkilan dengan pelajar-pelajar lain yg mungkin tak puas hati dengan sesetengah kelompok yg menganjurkan program ini. Mungkin kita tak boleh salahkan pelajar-pelajar ini.

Tapi kita sebagai mahasiswa yang mempunyai ilmu tak boleh fikir ke kalo nak marah atau tak puas hati kenapa sampai nak protes tak nak pergi ke rumah sejahtera?? Dari 10 orang alih-alih tinggal 4 orang. Group lain pon macam tu tinggal skit jer.

Tok wan dan nenek tu semua tunggu la kedatangan kita ni dengan harapan kita dapat menceriakan diorang dan berkongsi rasa tapi alih-alih 4 org jer yg ke rumah sejahtera Alor Sena?? Yang lain-lain buat apa?? Melangut jer kat majlis sana?? Duduk dlm dewan diam2??

Ada akal pakai.. Jangan letak kat lutut. Nama pelajar universiti tapi fikiran tak mcm bdk universiti. Tak dapat tempat tdo yg selesa, merungut. Tak dapat makan malam, merungut. Mungkin pihak yg memimpin program ni ada kelemahan dia sendiri tapi jgn la sampai kita ni nk mengabaikan tanggungjawab kita dgn tugas yg kita bahagikan.

Sory yek kalian terpaksa baca aku dok beletiaq ni huhu... Tapi itulah manusia tak pernah nak bersyukur dengan apa yang kita ada.

Tuesday, October 20, 2009

CARA NAK GEMBIRAKAN HATI YG TENGAH SEDIH

SEDIH??? JOM TENGOK VIDEO INI..



PENAT~Entry tanpa gambar

Malam ni tengah buat assigment. Esok nak hantar biasala buat keja last minute. Pastu da sesuatu yg terjadi yg memang mencabar kepercayaan aku kat seseorang. Aku dh la yang jenis nak susah percayakan orang bila kita percaya dia plak wat hal.

Agak sedih. Nak kata menangis tu tak ada la cuma bergenang juga la air mata. Nasib ramai member yg support. Rileks la beb.. Aku kan kuat. Setakat kicik cerita no hal la. Aku mampu lagi nak hadapi. Lagi besar pada tu pon aku dh hadapi.

Penat dowh... Hari ni rasa cm sesak nafas jer... Siap aku baca yasin untuk diri sendiri lagi. Hehe.. Bukan apa nak tenangkan fikiran, serabut sangat sekarang ni. Demam dan sakit kepala yg semalam pon tak habis lg.

Tadi sembang ngan sorg member tu kat kafe maybe dia pon prasan aku dh tak cm dulu. Serabut lain mcm jer.. Senyuman aku pon mcm senyum paksa jer.. Kena badi apa tak tau la kan huhu..

Penat, penat.... Kalo la aku boleh lari dari semua benda ni dh lama aku lari cuma masalahnya kita kena hadapi juga kenyataan... Kalo lari pon tak selesai masalah.. Penatt... Haihhh..

Entah lah.... Tak tau apa nak jadi ngan aku ni. Serabuttt....Tengok dari luaran memang tak ada masalah, happy sentiasa tapi dalaman menanah beb... Makan dalam... Sakittt....

Sabar jer la kan.. Dah lama aku bersabar pe salahnya aku sabar lagi?? Goes around comes around. Tu jer aku kena ingat. Hurmm... Entah la.... Hidup memang tak seindah yang kita harapkan...

Doakan aku terlepas dari badi yang sedih-sedih ni... Tak suka tau... Senyum pon senyum paksa apa cerr???? Adehhh... Penat, penat.......Tak cukup nafas dh ni.. Sesak lain mcm je.... Hmm..

Monday, October 19, 2009

NOSTALGIA DI BATU BERTANGKUP EDISI 2~ Dodol Oh Dodol



Perhatian ini bukan blog gay ok?? Korang jangan ingat tersilap masuk blog pulak. Hehe.. Pic di atas hanya gimik semata-mata oleh dua orang jejaka yang ketandusan kasih sayang haha..

Ok la nak sambung cerita. Malam tu kami menginap kat Kg Batu Bertangkup. Tdo kat dewan UMNO kg situ. Ada gak yg tdo kat rumah keluarga angkat. Ada gak yg merungut sebab terpaksa tdo dlm dewan tu. Maybe yg tak biasa hdp susah merungut la bg aku yg gds kg ni no hal punya la janji da tmpt nk tdoq.

Malam tu program buat dodol ngan ketupat. Mak cik kat kg ni gak yang sediakan bahan nak buat dodol. Budak-budak perempuan lain tolong balut ketupat. Tapi asyik buat ketupat betina ja last2 dgr ceta kena halau hahaha....

Aku tak terlibat buat ketupat ni sebab masa tu aku p jd fasilitator kat sek.. Selamat.. Hahaha.... Pic kat bawah ni mak cik sedang dok adun tepung. Guna air tangan tu yg sedap sangat tu hehe.. Sempat la gak aku tanya cm na nak buat dodol. Pasni sapa nk blajaq mai jumpa aku kih3..


Orang perlis kata "kucai jangan tak kucai"
kucai maksudnya kacau






Bukan main kusyuk lagi aku kaco dodol. 1st time beb.. Lenguh tangan-tangan huhu..
Pastu aku dok melawak dengan depa "tgk kurus dh lengan aku"
hahaha...



Bergilir-gilir la kami dok kacau dodol tu. Silap-silap leh patah lengan sebab liat sgt hahaha... Poyo jer beb. Kalo ada peluang jangan lepaskan peluang nak merasa suasana mengacau dodol tu mcm mana yerk.




Ni si Faiz ni kusyuk ja dia dok mesin nyoq.
Sapa yang tak tau nyoq tu maksudnya kelapa ok?
Hari ni kita belajaq bahasa utara.






Ni la rupa dodol yang hampir nak masak. Sedap wa cakap lu.




Macam-macam pengalaman yang aku dapat masa p program ni. Pada yang lain tu aku tak tau la kan. Bergantung niat masing-masing. Pada yang asyik dok merungut yang tu tak kena yang ni tak kena apa yg depa dapat tak tau la kan.

Pada yang tak biasa hidup susah ataupun merasai suasana kampung tu sepatutnya belajar merasai dan enjoy dgn persekitaran bukannya duduk dlm dewan pastu merungut macam-macam.

Walaupun aku ni orang kampung aku pulak yg terlebih excited bila tengok sawah padi dan merasai suasana kat kg tu sampaikan ada kawan aku tegur hg ni orang mana??? Aku pon siap melawak lg "ooh i orang kl i xpnh tgk bnda-bnda cm ni, ni ape ni (sambil tunjuk sawah padi) lalang ker?? Berderai tawa budak-budak tu hehe...

Saja nak mengada-ngada sket siap ckp KL lg hehe.... Aku pon tak tau napa excited sgt maybe sebab suasana tu mengingatkan aku masa zaman kecik-kecik dulu. Apa-apa pon aku enjoy dgn cara aku yg tersendiri.

Cuma pesanan aku tak kira la kita ni datang dari ceruk mana bandaraya ke kampung ker pandai-pandai la bawa diri di tempat orang dan pastikan mulut jangan celupar sangat yerk huhu..



Sunday, October 18, 2009

NOSTALGIA DI BATU BERTANGKUP~EDISI 1 : Menjadi Fasilitator


Assalamualaikum....Yuhuuu...Cik gadis in da house... =) Aku sudah selamat kembali dari Perlis dengan seribu kenangan dan pengalaman yg mungkin boleh dijadikan panduan dan iktibar untuk semua.

Wajib akan ada banyak N3 mengenai program tersebut. So hari ni nak cerita pasal program pertama yg kami terlibat. Iaitu jadi fasililator kat SMK Syed Hassan iaitu bersebelahan dgn sek aku dlu Teknik Kangar.

Sebelum tu kami menginap di Kg Batu Bertangkup Chuping Perlis. Nak masuk ke kg tu kena berjalan kaki bas mana leh masuk. Jauh gak la nk jalan tu. Pecah lemak tepu semua hahaha...

Masa berjalan kaki kuar dr kg nk ke jln besar


Penat dowh jalan... Berpeloh-peloh. Lama pulak nak berjalan cm tu. Habis cair mekap kah3.. Macam la aku ni mekap sangat kn setakat bubuh bedak bayi tu boleh la hehehe....Pastu kan ada la budak2 kg eskot dgn basikal. Timbul la 1 idea yg gila2 punya.. Apa dia??


Jeng jeng....



Kah3.... Macam budak2 kecik lak haha..
Kaki aku tak panjang mana sampai lg setakat nak nek beskal besaq tu
huhuhu



See..aku memang kepala senget sket hehehe... Gila-gila orangnya... Da pulak p nek beskal bdk kecik tu...hehehe...Well...Biasa la tu...Sapa dh kenai lama ngan aku tau la aku cm na kan hehehe..



Classmate n cosmate yg jd fasililator




Depan SMK Syed Hassan






Pelajar-pelajar perempuan form6




Pelajar-pelajar lelaki.. Tgk tu siap duduk bersila lg atas kerusi




Kumpulan aku yg aku ngan kak emy handle...

Kami tak pakai baju kurung pon huhu..

Apa ada pada baju nak dibandingkan dengan pengalaman dan ilmu yg kami nak kongsikan

Apa yang kami buat kat sana adalah memberi pendedahan mengenai USM dan antara kos-kos yang ada ditawarkan di USM. Selain tu aku terangkan mengenai kos yang aku amik sekarang supaya depa ni terbuka minda la sket..

Bila tanya nak amik kos apa semua ke arah nak jadi cikgu macam aku dulu-dulu la gak kan... Depa siap tanya tips nak amik exam tuk STPM lagi... 23.11.09 Depa ni akan amik exam STPM. So gtau la mcm mana nak skor subjek2 tertentu..Then bg kata-kata semangat tuk depa buat yg terbaik.






Banyak lagi yang aku nak ceta. Lepas ni nak ceta pengalaman p rumah orang-orang tua atau kini dikenali sebagai Rumah Sejahtera. So nantikan kedatangan N3 tersebut sebab banyak sangat pengalaman yg aku nak kongsikan yg mungkin selama ni kita tak pernak terfikir pon.

Sebelum balik dari sekolah tu aku ngan ida sempat lagi p Teknik kangar jumpa warden yg lama-lama dulu dgn member yg lain. Langkah kanan plak tu tengok2 depa wat majlis hari jadi. Pe lagi melahap la kojanya huhu...Pas makan balik hahaha.. Baik punya anak murid..

Aku try taip selaju mungkin ni sebab ada orang yg tak sabar nak baca N3 aku ni... Hehehe... Zass..

P/S: Thanks pada Datuk S bagi idea tentang tajuk ni... Hehehe... =P

Thursday, October 15, 2009

BOSAN KER???

DULU



Bosan ker blog aku ni????

Ye la asyik tulis pasal diri, masyarakat dan persekitaran???? Hal ehwal semasa tak ada la pulak kan?? Nak tulis pasal politik memang aku langsung tak minat politik. Nak suruh tulis pasal hiburan memang lagi tak la kan.. Satgi tauke-tauke surat khabar tak leh cari makan lak cewah haha..Berdaulat sgt ke blog aku ni?? Huhu

Blog ni aku dh nak dekat setahun. Aku mula menulis blog pada 23 Oktober 2008. Aku tulis blog ni dari badan aku cun melecun, pastu demok, kurus balik sekarang ni demok balik hehehe..Sumber inspirasi aku masa tu adalah seorang "abang" yg aku pon tak tahu hilang kat planet mana dh. Sejak dia balik Malaysia senyap sunyi tanpa berita.

Tapi tak kisah la cuma aku amat berterima kasih pd dia sebab bila aku tgk blog dia tiba2 aku ada idea nak tulis gk. Sebelum ni aku tulis dlm diari je so bila dh ada blog ni la medan utk aku berkongsi cerita, isi hati dan juga sebagai tempat meluahkan perasaan.

Inilah tujuan sebenar aku nak buat blog..Aku pon tak menyangka yg aku akan jumpa ramai kawan dalam blog ni.. Dari aku tak kenal sapa2 sampai la aku kenal mcm2 orang. Kalo orang lain mempertikaikan blog aku yg mungkin depa dok kata asyik ceta pasal hati n perasaan or wat ever memang tu la tujuan sbnr aku tls pon so what??

Aku suka tulis sesuatu perkara yg terjadi, yg sering berlaku di persekitaran kita yg mungkin kita sedar ataupun tidak. Segala perkara yang terjadi dan aku akan abadikan dalam blog supaya aku tak kan lupa. Kadang-kadang blog ni juga sebagai medan untuk kita tanya pendapat org lain.

Cuma satu benda ja aku tak buat iaitu cari jodoh dalam blog hahaha.... Kadang-kadang kita boleh jatuh cinta dengan hanya baca tulisan dia mana la tau kot2 ada org jatuh cinta kat aku lepas baca blog aku ni hahaha..siott jer...

Beb..Blog aku bosan ker???? Ke nak aku tulis pasal politik yg aku xminat sangat or cerita pasal artis-artis yg bagai cendawan tumbuh muncul pastu hilang?? Or nak aku teruskan dengan apa yang aku tulis sekarang dari segi gaya penulisan?? Ke nak aku tukar panggilan aku kepada i or saya?

Apa kata anda???

SEKARANG (DEMOK SKET)


Tuesday, October 13, 2009

HATI & BMW


Hati manusia susah nak diduga. Sedang hati sendiri pon susah kita nak fahami apa tah lagi hati orang lain. Kadang-kadang kita rasa kita faham tapi sebenarnya kita tak faham, kita rasa kita betul tapi masih ada yang tak betulnya.

Hati dan fikiran manusia ni sangat kompleks dan sukar untuk dibaca. Hati aku sendiri pon berbelah bahagi sampaikan kadang-kadang tak tahu nak buat keputusan. Sering tertanya-tanya apa yang aku mahu sebenarnya?

Masih belum ketemu jawapan. Mungkin memang tak ada jawapan ataupun aku perlu mencari jawapan. Ini soal hati dan perasaan mana mungkin boleh dibuat main-main. Siapa tahu esok lusa apa yang akan terjadi.

Keras hati sangat ke aku??? Apa salahnya kan kalo dh memang aku tak suka buat la macam mana pon hati ni tak akan jadi suka. Bukan sekali dua aku terluka cukup la setakat tu saja.


Macam aku cakap tadi hati manusia ni susah kita nak duga. Setiap yang berlaku ada sebab dan hikmahnya. Terserah la pada kita nak menilainya macam mana. Cuma jangan salah menilai. Bila kita menilai orang lain, orang lain turut menilai diri kita. Jangan meletakkan nilai itu melepasi nilai sempadan.

Dan aku sememangnya orang yang mungkin sukar untuk difahami. Memang aku sendiri pon tak faham dgn diri sendiri apa tah lagi orang lain. "Awak ni pelik la" kata seorang sahabat. Ya aku memang pelik. Pelik tapi benar hehe...

Pelik aku bukan sampai buat orang jelik tapi hanya buat orang celik.

Jangan cuba menduga hati ku kerana diri mu yang akan terduga. Ada brann??? Hehe.. Cuba la.. Aku simple tapi kompleks yg pasti bukan kompleks membeli belah huhu..

Kekasih gelap ku... Yang mana 1 pilihan hati??? Yang pasti BMW~Best Man Win


IKAN KELI



Pak Pandir dan Ikan Keli

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...

Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.
Mak Andih: ???




**Aku tak makan ikan keli..huhu..


Sunday, October 11, 2009

LUAHAN HATI SEORANG GADIS

Aku selalu sibuk. Sibuk dengan bermacam aktiviti dan kerja. Sentiasa di kelilingi kawan yang ceria dan membuat hati ini berasa senang. Membuat aku sentiasa ketawa dengan tingkah laku yang lucu.

Bila aku gembira, aku akan ketawa dengan bersungguh-sungguh kerana aku tidak pasti bila lagi aku akan dapat ketawa seperti itu lagi. Ya, aku seorang yang sentiasa ceria. Diri ku penuh dengan gelak tawa. Sering tertawa dan membuat orang ketawa tapi sebenarnya jiwa ku kosong.

Kadang-kadang aku berasa sangat sunyi. Berasa tersisih. Merasakan diri aku ni keseorangan walaupun hakikatnya tidak. Segala-galanya aku pendam. Banyak perkara yang berlaku yang kadang-kadang membuatkan aku sengaja menyisihkan diriku.


Aku bukan seorang yang pandai mempamerkan perasaan. Orang cakap aku ni slumber. Cool. Mana mungkin aku nak pamerkan melalui riak wajah walaupun sebenarnya hatiku bergolak kencang. Oleh sebab itu aku lebih senang menyisihkan diri dari situasi yg membuatkan hatiku bergolak.

Sedih, ya sangat sedih. Hubungan dengan kawan rapat tidak lagi seperti dulu. Orang bertanya dan kadang-kadang aku tiada jawapan utk itu. Agak malu untuk menjawab kerana aku tiada jawapan kepada persoalan tersebut.

Sebab itu aku lebih suka menyisihkan diri. Kadang-kadang agak kekok nak berdepan dgn situasi tersebut. Aku mungkin lagi bukan kawan yg rapat walaupun masih dianggap kawan baik. Tidak lagi berkongsi cerita dan rahsia seperti dulu kerana ada jurang yg semakin melebar.



Kadang-kadang aku rasa tersisih sebab itu aku suka menyisihkan diri. Dari aku terasa tersisih lebih baik aku yg menyisihkan diri tidak la terasa sangat kalo jd mcm tunggul kayu. Dalam banyak situasi aku akan menjadi tunggul kayu even dgn berlainan org.



Jap aku masih berfikir nak post atau tidak. Dan rasanya aku akan post N3 ni gak. Bukan niat nak menjatuhkan orang cuma ni sedikit luahan hatiku. Kerana aku tidak pandai utk berkata-kata sebab itu aku suka menulis. Menulis sesuatu yang jujur dan ikhlas dari hati aku. Tidak semua orang boleh terima itu.



Aku sentiasa menyibukkan diri sebab aku tak nak diri aku terus kesunyian dan memikirkan masalah-masalah yang aku hadapi. Mungkin orang tak faham itu. Aku tidak mahu merasa kesunyian itu saja.



Tapi aku bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang sentiasa membuat aku ketawa. Kawan-kawan yang sering membantu aku dalam banyak perkara cuma satu saja yang dh lama aku tak buat, berkongsi masalah aku dgn orang lain. Nk membina kepercayaan tehadap orang lain bukan mudah.



Tapi kadang-kadang kepercayaan itu sering disalah ertikan. Dan untuk aku mula membina kepercayaan itu kembali mungkin tidak. Untuk itu seseorang telah menerima padahnya, Kerana mulut badan binasa. Itu harga yang dia perlu bayar.



Aku bukanlah seorang pendendam cuma aku susah nak lupakan sesuatu perkara itu dan untuk berkeadaan seperti dulu mungkin tidak lagi. N3 ini aku tulis berdasarkan banyak cerita yang mungkin susah utk aku jelaskan cukupla sekadar berkias.


Cukuplah sampai sini saja luahan hatiku. Jangan risau kerana esok aku pasti ceria kembali kerana cik gadis manis ini akan hilang serinya kalo tak tersenyum sehari =)




Wednesday, October 7, 2009

N3 KHAS BUAT FOLLOWERS DAN KAWAN-KAWAN SEMUA

Sekarang aku sedang mengemas bilik dan buku-buku yang berterabur sebelum ni kerana menyiapkan assignment. Aku kalo buat keja memang cm gini sket huhu..Lagi tak abeh keja memang keadaan aku akan serabut..

Hari ni dah lepas dah 1 assignment. Tinggal 2 lagi. Yang tu pon sedang di usahakan untuk menyiapkannya. Dan tadi aku dan rakan-rakan lain yg kena bar telah berjumpa dengan dekan slow talk mengenai "surat cinta" yang kami terima tu dan beliau telah menyuruh kami extend.

EXTEND OK? Maknanya orang lain dh grad kami lak akan terkujat-kujat menghabiskan 1 semester lagi. Oh no.......

Tapi perkara ini tidak akan terjadi alhamdulillah....Huhu...Seronoknya...Kalo tak tak tahu la kan pe nak jadi. So kami semua dengan rendah hati memohon maaf dengannya. Aku lak berjanji tak kan menyibukkan diri dengan aktiviti lain lg sampai mengabaikan kelas huhu..Insaf dh ni..


Kalo kena extend mesti aku dah jadi gila macam budak-budak ni hahaha


So lepas ni or yang masa yg akan datang aku kenalah pandai bahagikan masa antara pelajaran dan aktiviti-aktiviti luar. Senang ceta kalo nak ponteng tu jangan sampai kantoi hahaha..

Sebenarnya aku agak segan nak letak pic aku sekarang ni sebab pipi aku semakin bam bam huhuhu.... Tapi ni lah diri aku. So terima jer la kan? Sapa suruh makan banyak... Sebenarnya makan tak byk pon cuma ska mkn benda yg berat2 jer.. Cth: Nasi goreng ayam oyster nyummyy.... huhuhu..alasan jer tu..

Dan sebelum aku menyibukkan diri dengan program 1Siswa 1Malaysia, aku nak update list kawan-kawan kat blog ni.

Pada semua follower dan kawan-kawan yang list kan blog aku di blog korang tapi aku tak listkan sila tinggalkan link korang di komen N3 ok? Ataupun yg jadi follower tapi tak da list korang kat blog aku.

Ataupun pada sesiapa yg nak aku listkan blog korang tinggalkan link yerk.. Pada semua follower dan kawan-kawan yang menjadi tulang belakang aku terima kasih kerana terus support dengan komen-komen yang sangat membina dan sentiasa memberi semangat pada aku.

Insyaallah 1 hari nanti kita semua akan berjumpa juga. Tak pun tunggu majlis kahwin aku. Siap meja khas untuk hampa semua lagi hahaha... Berangan la kejap...


Nah jelingan maut dari aku
hahaha...
PEACE!!

Ok la nak sambung kemas bilik. Lagipun dak IPTA lain nak menumpang kat bilik utk program tu. Qema, roomate aku siap beli carpet lg huhu.. Yela b4 ni blk kami beralaskan simen semata-mata.. Nak beli asyik tak jumpa yg murah-murah semua main ratus-ratus jer bapak mahal kn? Ni dh jumpa yg murah dia beli la.

So sapa dapat tumpang bilik kami nanti sangat bertuah kan? Ahakz... So gud bye bebeh.. Lap u.. Hehehe..

Wassalam...

p/s kalo nak tinggalkan link sila tulis cm gini erk cth: http://www.nurrcahaya.blogspot.com/


Tuesday, October 6, 2009

SEKADAR UPDATE~~



Assalamualaikum semua cik gadis in the house. Hehehe.. Agak lama gak kan aku tak update. Tapi sebelum tu aku nak gtau aku terpaksa delete 2 N3 yang sebelumnya. Pasal "surat cinta" tu atas sbb2 yg xdpt di elakkan.

Lately memang aku bz bangat. Ni pun baru balik dari Bukit Merah ada seminar kat sana. Seminar utk MT dan Exco Majlis Perwakilan Desasiswa (MPD) .

Happy gle kat cni. Dak2 cg memang best. Kaki kecoh, kaki amik gambar, kaki makan. Bab makan laju jerrr...Hahaha...

Kat cni kami belajar cara nak wat kertas projek, cara nak uruskan kewangan, cara nak wat surat untuk minta sponsor dan lain-lain lagi. Banyak yg dipelajari dan paling penting boleh makan hahaha.....

Badan aku memang dah naik. Dah bertambah bam bam dh ni tapi still wat dono lagi. Makan cm besa gak...Huhuhu..

Dak-dak desa aku memang gila-gila. Dah la paling kecoh dalam dewan tu. Kalo bab makan awal lagi mencecet p amik. Hahaha....Tengok meja penuh ja ngan dak desa aku. Pastu kalo bab amik gambar no 1. Pantang jumpa kamera suma nak mencelah hahaha.

Kalo buat lawak tu, gelak sampai 1 dewan dengar memang tak boleh bawa p majlis cm ni. Junior ke senior ke sama jer. Kalo nak wat dinner kat hotel pon tak leh gak hahaha.. Kuat melantak n kecoh betul haha.. Pe lagi jom layan pic yang kami amik kat sana.


KAMI




AKSI GILA-GILA



Syahid yg tak sedar ada orang lain gak menyelit skali

hehehe...




GILA-GILA BERSAMA EN HASSAN PEN. PENGGAWA
SPORTING EN HASSAN NI..







MENYELIT DAN TERSELIT








MAKAN DAN MAKAN





BARISAN MPD-MPD USM


2009/2010





Dalam minggu ni gak aku akan bz dengan 1SISWA 1MALAYSIA. Seluruh IPTA akan berkampung di USM. Aku akan handle Pesta Tanglung dan Pesta Cahaya yang akan diadakan hari Jumaat ni.

Program 1SISWA 1MALAYSIA akan diadakan pada hari jumaat hingga sabtu dan melibatkan semua pelajar dari IPTA-IPTA lain. So ada can la nak jumpa kawan baru huhu..

So aku akan sangat bz ok? Nak update pon akan jarang2 dh lepas ni.. Pada kawan-kawan yg tak sempat aku nak berkunjung tu maaf yerk.. So gud bye bebeh..

Wassalam...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi