Tahniah pada Malaysia. Kalau nak cerita pasal bola ni, dah ramai blogger yang dok cerita. So, biar depa dok cerita dah la.
Bila sebut pasal bola ni, blog aku pon dah kena spam daripada orang indon. Siap komen yang berbunyi macam ni:
"Negara awak memang pencuri, sekali nenek moyang jadi pencuri maka turunanya jadi pencuri lah.... hidup lah pencuri.... namanya juga maling.... ya pantaslah namanya MALINGSIA..."
Mesti ramai yang dah pernah kena kan sejak demam bola sepak ni melanda? Terutamanya dari negara jiran. Kalau nak mengutuk depa tak elok la sangat sebab kawan aku pon ramai yang dari Indon. Biarlah depa nak kata apa pon. Kalah tetap kalah hahaha =P
Jarangkan aku dok bercerita pasal lelaki kat blog aku ni. Segan la plak nak cerita pasal lelaki dalam blog ni. Kalau dok cerita pasal hati dan perasaan setiap kali entry lama-lama orang pon cemuih.
Tapi kalau sekali sekala ok la kan? hehehe...
So, kali ni nak feeling gedik sket boleh dak? Ingat ampa ja boleh gedik?
Huhuhu..
Baru-baru ni keluar dengan teman tapi mesra aku. Ingat aku tak laku sangat ka? Hahaha.. Tak adalah. Nama pon Teman Tapi Mesra.
Lama dah kot tak jumpa. Nak dekat sebulan dah. Ok fine, sebulan tu lama bagi aku. Keluar tengok wayang ceta Janin. Serius tak takut tapi ada babak terkejut.
Aku terkejut sampai terjerit "makkk...." Sekali dengan dia terkejut, bukan terkejut tengok ceta tu tapi terkejut dengar aku menjerit hahaha...
Memalukan betoi.
Bila nak balik, kena ejek dalam kereta. Ish ish malu malu.
Dengan dia ni senang. Tak banyak kerenah **aku yang banyak kerenah sebenarnya hikhik** tapi dia rileks ja. Tu yang seronok tu. Hehehe =P
Kalau bab makan plak, tiap kali mesti p tempat yang sama, order makanan yang sama. Tempat feveret dia adalah kat Pekan Rabu. Makan nasi goreng kampung. Dah hafal sangat. Mesti tetap pada benda yang sama. Ada gaya orang yang setia tak? Huhu..

Kurus kan dia?
Putih plak tu.
Muka plak ala-ala orang Jepun. Ingat Khairul Fahmi tu ja ka Yakuza aku pon ada Yakuza gak tau hahaha... Gila perasan.
Aku ni dah la demok, hitam lak tu. Segan tau i bila berjalan dengan dia. Tapi ada aku kesah??
Aku dulu pernah tanya dia kalau aku ada BF nanti macam mana hubungan kita? Dia kata mungkin hubungan kita tak kan serapat ni dah. So how?
Ala teman tapi mesra pon apa salahnya kan kalau ada jodoh, ada la. Ye dak??
Masa jumpa hari tu dia bagi hadiah. Tak ada la mahal sangat. Kalau nak banding dengan ampa yang dapat teddy bear, pastu harta benda yang mahal-mahal.
Dia bagi hadiah beg. Kebetulan masa tu dia p lawatan kat Hatyai. Penat ja aku merajuk dengan dia sebab ingatkan dia tak beli apa-apa kat aku. Mula la nak feeling-feeling sedih dia tak ingat aku la apa la sekali hamik hang. Nak buat surprised la konon-kononnya. Hehehe...
Dia beli ni:
Bukan setakat dapat beg jer rupanya dia bagi sekali dengan sepit rambut.

Maybe aku boleh kelip masa pakai shawl hehehe..
Simple but nice. Orang bagi hadiah pon dah besaq rahmat. Kalau nak kutuk-kutuk aku setakat hadiah ni pon nak bagitau dalam blog at least ada juga hadiah hang ada ka?
Hohoho..
Apa-apa pon bersyukur la kan ada Teman tapi mesra cam ni.
=)