Wednesday, January 20, 2010

JALAN YANG BERLIKU MASIH PANJANG UNTUK DITEMPUHI





Hari ni 20 hb. Genap 4 bulan aku bersama dengan si dia. Walaupun hari ini tak seindah yang diimpikan alhamdulillah kami masih bersama. Masih berusaha untuk mengenali diri masing-masing bagi mencari keserasian.


Semalam ada seorang sahabat bertanya kenapa tak cerita pasal dia dalam blog. Jawapan aku mudah, aku tak nak mengheboh-hebohkan perkara yang belum tentu terjadi. Lagi pula kami masih berkawan dan dalam proses nak lebih mengenali.


Aku tak nak asyik dok bercerita dalam blog pasal aku dan dia, tunjukkan gambar sana sini last2 berakhir di tengah jalan. Cukuplah aku ambil pengalaman kawan-kawan lain sebagai pengajaran. Lagipun kami belum lagi ada apa-apa ikatan mungkin tidak manis nak dipaparkan pada umum.


Ini prinsip aku, mungkin berbeza dengan orang lain. Yang penting jangan menafikan hak orang lain. Mungkin aku agak berahsia dalam soal ini. Hanya kawan-kawan yang rapat saja yg tahu aku dgn si dia itupun hanya melihat gambar.


Kami juga tidak pernah keluar berdating seperti pasangan yang lain seperti tgk wayang, jalan2 kerana dia bukannya suka macam tu. Dia lain dari yang lain. Mungkin dirinya agak berbeza dgn aku.

Dia juga tak pandai mengungkapkan kata-kata sayang dan hanya menunjukkan melalui perbuatannya yg mengambil berat. Itu lebih bermakna bg aku.


Sebelum ini, siapa yang dah lama mengenali aku dalam blog mesti tahu aku susah untuk jatuh cinta. Aku susah untuk menerima orang lain dalam hidup aku. Tetapi dengan dia, semua itu berubah dan aku sendiri tidak tahu mengapa.


Si dia sendiri pernah merungut yang dulu dia begitu susah nak mendapatkan aku, ye la masa dia dok ngorat dulu aku ni asyik jual mahal, bukan nak layan sangat dia tu dan sampai sekarang dia tertanya-tanya adakah aku serius dengannya. Mungkin dia tidak yakin.


Cuma apa yang mampu aku katakan sekarang aku takut untuk kehilangannya dan seandainya aku terpaksa kehilangannya mungkin itu satu pengorbanan yang aku lakukan untuk melihat dia bahagia.


Dan aku tahu dia dia tidak akan membaca penulisan aku ini. Bagi aku dunia maya dan realiti berbeza. Dunia maya adalah dunia yang boleh aku keluarkan isi hati aku sendiri tanpa memerlukan berfikir untuk menjaga hati orang lain. Jujur dari hati aku sendiri tanpa perlu hipokrit menghadapi kehidupan realiti yang hanya bertopengkan manusia.


Cuma aku pinta hanya doa dari semua rakan-rakan doakanlah yang terbaik untuk ku, doakan kebahagiaan kami dan semoga aku dengan dia kuat nak menghadapi dugaan yang sering melanda dalam hubungan kami.



NOTACIKGADIS: Memang Kita Selalu Disuruh Bersabar Tetapi Kita Selalu Rasa Tidak Sabar Untuk Berterusan Bersabar




10 comments:

  1. GKSB,
    oh..
    rupa2nya dalam musim bunga.

    hehhe

    ReplyDelete
  2. Moga hubungan awak berterusan hingga ke jinjang pelamin . Aminnnn

    ReplyDelete
  3. kau sudah jatuh cinta ke???hahahha

    tahniah...

    gampangkan komen aku...ekekekek

    ReplyDelete
  4. salam~
    owh suka cerita epal tu..
    bila fikir balik u r rite^^

    umm..sy doakan yg terbaiikk bt kamu ngn dia ^^

    ReplyDelete
  5. Linda,

    insyaallah jika dipanjangkan jodoh.. =)

    terima kasih kerana mendoakan sy..

    ReplyDelete
  6. ~0~,

    bukan ko ke pak we aku???

    wakakaka... ni lg gampang...

    =P

    ReplyDelete
  7. adek kena faham dlm percintaan ni mcm2 hal dan mcm2 leh berlaku..harap adek tabah dan berusaha untuk lebih baik dr ari ni..dan kalo betul adek menyukainye dan menyayanginya adek harus berusaha ke arah itu utk mendapatkan itu..ok...hehehe

    ReplyDelete
  8. NOTACIKGADIS: Memang Kita Selalu Disuruh Bersabar Tetapi Kita Selalu Rasa Tidak Sabar Untuk Berterusan Bersabar

    teka-teki say: pehhhhhhh... ayat power gler3!!!

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi