Friday, January 8, 2010

ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG TAK MUNGKIN DAPAT DILUPAKAN


Sepasang suami isteri sedang menikmati makan malam yang indah ketika merayakan ulang tahun perkawinan mereka yang ke-50. Ulang Tahun Perkawinan Emas dengan 8 anak, 28 cucu dan 2 cicit.

Ketika menikmati pencuci mulut, si suami tiba-tiba teringat sesuatu dan kemudian menoleh ke arah isterinya dan bertanya, "Ada satu hal yang ingin ku tanyakan pada mu sejak sekian lama.

Tapi aku merasa tidak selesa, jadi pertanyaan ini belum pernah ku lontarkan. Tapi malam ini, malam istimewa jadi... ada baiknya aku tanyakan sekarang..."

"Apa sayang? Tanya saja. Kenapa mesti tidak selesa?", kata isterinya.

"Begini... anak kita yang nombor 4 tidak mirip kepada adik beradiknya yang lain. Apakah ayahnya berbeza?"

Isterinya terkejut mendengar pertanyaan tersebut.

Ia menundukkan kepala dan tidak sanggup menatap wajah suaminya. "Ya.....," katanya mengaku, "Ayahnya berbeza."

Hening....... Mata si suami di genangi air mata... "Ooh...," katanya sambil menahan sebak di dada,
"Kalau begitu, boleh tak aku tahu siapa ayahnya?"

Hening lagi...dengan keberanian yang tersisa, si isteri menjawab, "Kamu...."

5 comments:

  1. misz benida,

    dan xmungkin aku ibunya...

    kui3...

    =P

    ReplyDelete
  2. aku lagi la bukannya....

    mesti masa tu bapaknya membayang seseorang...

    ReplyDelete
  3. maksudnya yang muka beza tu anak dia dan yang2 lain tu anak lelaki lain?
    adakah aku betul?
    kalau betul cerita nih sangat lawak
    hahaha

    ReplyDelete
  4. Baru nak cuba memahami cerita....komen OneZaba mengganggu imaginasiku...




    Hi..hi..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi