Saturday, February 27, 2010

CERITA DARI JEPUN-MALAYSIA

Sepanjang minggu ini aku terlalu sibuk dengan aktiviti yang diadakan oleh pusat pengajian aku. Seramai 10 orang telah dipilih untuk menjadi guide kepada pelajar dari Universiti Tokyo,Jepun. Mereka juga adalah pelajar kos social works.

Antara aktiviti yang kami jalankan adalah pergi melawat ke pertubuhan-pertubuhan kebajikan di Pulau Pinang antaranya ialah ke St. Nicholas Pulau Pinang.

St Nicholas adalah satu pusat dari pertubuhan NGO khas untuk orang yang cacat penglihatan. Apa yang istimewanya di sini terdapat guru yang mengajar bagi kanak-kanak yang cacat penglihatan serta kelas-kelas khas untuk melatih mereka yang mengalami masalah ini.

Antara kelas-kelas yang terdapat disini adalah kelas masakan, massage, ICT dan pelbagai kelas lain khas untuk melatih mereka supaya mempunyai kemahiran tertentu.





Terdapat juga kelas komputer. Apa yang istimewanya komputer ini adalah dicipta khas untuk orang yang cacat penglihatan. Mereka menggunakan window eye iaitu ia boleh mengeluarkan suara apabila digunakan.




TAKLIMAT MENGENAI CARA TEKNOLOGI INI DIGUNAKAN


Disini mereka belajar untuk menguruskan diri sendiri, mengira, bertani serta pelbagai perkara asas lain seawal usia 6 tahun hingge 18 tahun mengikut potensi masing-masing. Terdapat juga kelas untuk belajar braile serta melakukan perfailan iaitu mereka akan mendapat upah dari setiap bilangan fail yang mereka hasilkan.


PROSES PERFAILAN




SESI INTERAKSI BERSAMA PELAJAR BUTA
.




STUDENTS FROM MALAYSIA AND JAPAN




Banyak lagi pengalaman menarik yang aku lalui. Walaupun terdapat masalah komunikasi dengan pelajar Jepun, tetapi tak membataskan kami untuk berkomunikasi dan mengenali antara satu sama lain.

Pengalaman-pengalaman lain Trip bersama pelajar Jepun akan aku update dalam N3 yang akan datang. Ada sesuatu yang menarik yang ingin aku kongsikan. Nak tahu apa? Tungguuuu...


2 comments:

  1. ambik sorang buat kakak ipar uhhuuhuhuhuh

    ReplyDelete
  2. salam ..
    woo hanis ..
    bez nih ..
    pgalamn bhrga .. :)

    ttg mlwat st nicholas ~
    dpt mmupuk rsa ksih syg kpd mreka yg istmwa ..
    :)
    sgt bgos ! :)

    p/s ; ct na join hanis skli leh x ?
    heheek .. ;)
    [ct lwak ja taw .. :)]
    chayok2 hanis !!! :)

    wassalam ..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi