Sunday, February 21, 2010

SANGAT PANDAI KAN AKU???

Aku ingat lagi kecik-kecik dulu masa aku sekolah rendah. Memang selekeh. Muka selenga jer.. Tapi tak mematahkan semangat aku untuk bergaya ke sekolah.


Masa tu sangat fofular dengan beg tarik. Ala yang ada roda tu. Umi aku belikan sebijik kat aku jenama EASYBAG. Sangat easy tak payah nak galas beg berat+batu di belakang badan aku yang kecik molek itu.

Di sekolah rendah memang aku terkenal dengan kekasaran dan kaki gaduh. Tak dilupakan juga kenakalan dan mulut macam murai tercabut ekor. Pot pet pot pet dalam kelas.

Masih aku ingat masa tu darjah tiga. Budak sebelah aku lelaki, budak yang aku tak sangka aku akan minat bila aku naik darjah 6. Disebabkan asyik dok bersembang dalam kelas semasa cikgu mengajar aku didenda berdiri atas kerusi.

Masa tu memang la malu tapi wat muka selenga jer la lagi pula kawan-kawan aku suma pon muka selenga juga. Jadi tidak la malu sangat kan?

Aku pon dengan muka selenga berdiri atas kerusi. Sambil kawan-kawan aku gelak kan aku. Tapi aku masih berlagak macho!! Sangat macho ok bila aku yang paling tinggi dari kawan-kawan dan boleh melihat kepala kawan-kawan aku yang lain. Sampai ke kutu pon aku nampak atas kepala depa.

Berdiri sampai kaki aku lenguh. Mula la terkujat-kujat di atas kerusi. Entah macam mana tersilap langkah aku terjatuh dari kerusi. Dush timpa EASYBAG kesayangan aku. Maka tamat lah riwayat EASYBAG aku kerana rodanya patah akibat dihempap oleh aku.

Memang budak2 kelas gelakkan aku. Tapi aku buat2 cover tengok beg aku yang patah itu. Sehingga mereka bersimpati pada aku. Sangat pandai kan aku?


17 comments:

  1. hahahhaa,,

    teringat aku zaman skola jugok, drjh 3 time tu,, aku kena diri atas kusi sebab nyanyi yg diubah suai ade lucah ckit, pdhl aku xtawu pon,,,

    dah beso bile teringat br aku tawu,haha

    ReplyDelete
  2. fiD,

    agaknya time darjah 3 memang zaman berdiri atas kerusi...

    ReplyDelete
  3. knapa kau kau tak buat2 pengsan???
    heeheheheh

    ReplyDelete
  4. salam...
    kalau murid cam ni...siap la kau..hehehehe

    ReplyDelete
  5. Moon,

    sempit sangat...kalo x wat2 pengsan dh...

    ngeee... =D

    ReplyDelete
  6. pak long,

    siapkan payung sebelum hujan kah??

    kih3.. =P

    ReplyDelete
  7. heheh...
    mase skola rendah kn suke menunjuk2 kt kwn2..
    peh tu bile de beg hebat tu..
    bangga je dgn kwn2..kn?kn?hahaha

    ReplyDelete
  8. time tue berat berlebihan kot...

    zaman bro dulu mane ade beg roda2 nie huhu

    BroFramestone Blog

    ReplyDelete
  9. tue la...suma nak easy-easy...padan muka da patah

    ReplyDelete
  10. fizah,

    betul2 itu xmasuk lagi bekas air minuman bentuk telefon..

    ReplyDelete
  11. framestone,

    time tu kecik molek lagi... mungkin salah landing huhu..

    ReplyDelete
  12. Kenangan masa kecil ada yang indah. Ada yang yang menyedihkan. Semuanya ibarat melodi kehidupan yang ada turun dan naik.

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi