Monday, March 22, 2010

DAN MUNGKIN BILA NANTI.......

N3 aku sejak 2 menjak ni hanya berkisar pasal hati. Ye hati aku. Agak celaru. Berubah-ubah. Kadang-kadang bila hati dah tetap, banyak plak perkara yang tersingkap. Kebenaran mengenainya.


Sehinggalah aku sudah membuat keputusan. Bukan untuk bertunang atau kahwin ye. Cuma aku amik keputusan untuk menjadi diri aku yang sekarang. Aku selesa begini.

Aku pelajar yang aktif. Tidak boleh duduk diam tanpa melakukan apa-apa pasti susah untuk orang memahami diri aku. Mungkin susah apabila bersama dengan orang yang berbeza dengan kita, dgn orang yg lebih suka low profile.

Aku terlalu menonjol katanya. Kadang-kadang apa yang dia nak tiada pada aku. Mungkin berbeza dengan aku yang lebih fleksibel. Dan adakalanya apa yang aku nak tiada pada dia. Tapi bukankah aku dah beritahu yang terimalah diri aku seadanya dan aku juga akan buat perkara yang sama?

Hati manusia sukar nak diduga.

Dan pada pertemuan hari itu, setelah lama tak bertemu telah membuatkan hati kami bertaut kembali. Mungkin.. Ada rindu yang terpendam.

Setelah berbicara dari hati ke hati, aku sudah dapat jawapannya. Cuma aku selesa begini. Mungkin dia juga begitu.

Aku tak yakin. Biar masa dan takdir yang menentukan. Follow the flow. Aku rasa aku patut belajar untuk melupakan dan mungkin pergi untuk tidak berpaling lagi. Semua itu serba berkemungkinan.

Tapi siapa tahu? Hati manusia kan sering berubah-ubah....


8 comments:

  1. hati manusia mmg berubah...tp kekalkan matlamat mu...

    ReplyDelete
  2. be urself dik
    kalau itu bukan satu kesalahan dari segi agama dan undang2..

    jaga diri
    xoxo

    ReplyDelete
  3. blue,

    jdi diri sndiri~

    tp kdg2 dia xphm itulah diri sy...

    ReplyDelete
  4. yesssssszaa jadi lah diri sendiri dan jangan sesekali jadi altromen... PEACE...

    ReplyDelete
  5. follow the flow.


    kadang2 kita pun nda kenal siapa kita. kan?

    ReplyDelete
  6. vv,

    yep...xknl diri kita tp skrgnya kita paham diri sndiri berbanding org len..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi