Friday, March 26, 2010

SERASI


Keserasian tu penting. Memang sangat penting. Walaupun kadang-kadang kau baru kenal dia dalam masa sehari tapi kau rasa macam kenal dia bertahun-tahun. Walaupun kau baru cakap di telefon dah hampir 1 jam tapi kau rasa kau baru je cakap dgn dia 5 minit.

Itu maknanya kau dan dia memang serasi.


Kadang-kadang perbezaan boleh membuatkan kita saling melengkapi dan kadang-kala perbezaan itu boleh membuatkan kita sering bertelagah.


Ada yang inginkan pasangan yang memiliki banyak persamaan dan ada yang inginkan pasangan yang berbeza dengan diri. Tapi bagi aku, setelah melaluinya aku fikirkan dalam perbezaan itu aku boleh mencari satu persamaan.


Walaupun perasaan itu sama tapi jika banyak perbezaan hubungan itu tidak akan berjaya. Apa yang dia nak tiada dalam diri aku, dan aku tidak boleh menjadi seperti yang dia nak sebab itulah diri aku, jadi terimalah aku seadanya.


Lebih baik aku mencari seseorang yang boleh menerima aku seadanya, yang boleh menerima perangai aku yang gila-gila dan yang paling penting boleh memahami diri aku. Bukannya seseorang yg nak aku mengubah menjadi seperti yg dia nak. Dan aku pun tahu dia pon mcm tu.


Dalam setiap hubungan tolak ansur dan saling percaya paling penting. Kalo asyik nak buruk sangka dan tak percaya memang tak kan kemana hubungan itu.


Banyak sabar dan kalo boleh ada pasangan yang lucu paling baik utk mewarnai hubungan itu. Jadi, carilah yang terbaik utk anda.


Dan bila kau jumpa seseorang yang kau baru kenal tapi kau rasa macam kenal dia bertahun-tahun. Walaupun kau baru cakap di telefon dah hampir 1 jam tapi kau rasa kau baru je cakap dgn dia 5 minit mungkin dia lah untuk kamu.


Mungkinkah dia itu untuk aku???




6 comments:

  1. Yup ! setuju ..

    perhubungan yang serasi dan menjadi .

    Terima kebaikkan dan keburukkan dengan seadanya.

    ReplyDelete
  2. salam ..
    hanis ..,
    ct ni ..,
    [segalanya d cni .. ;d ]
    hehee ..
    komen ct ni mlalui blog ke2 yg bru ja ct wt .. :)
    ni khas tuk bsiness ct nnti ..
    insyaAllah .. :)

    em2 btoi3 .. :)
    kserasian tu pnting dlm phbgan ..
    ct skong kata2 hanis ..
    tp .., kdng2 kserasian tu hnya ssuai dhbgkn mlalui hbgn pshbtan saja ..
    bg ct laa ..
    hehee ..
    sbb ct kata cmni ,
    kdang2 bila bshbat msuk sgt2 smua hal ..,
    tp bila da lbih dri tu ,
    hlang kserasian yg ada ..
    huhuu ..

    spa dye e2 hanis ??
    hehee .. ;)

    ReplyDelete
  3. kau untukku..
    lalalal..
    kadang2 masa suka seme serasi
    masa dah tak suka, tak paham tak memahami
    hehheeeh..

    ReplyDelete
  4. salam..
    biar terus serasi..jangan SARSI...hehehe

    ReplyDelete
  5. gambar diatas tu ada unsur2 lucah
    hahahaha

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi