Friday, March 12, 2010

TEKNIK BERFIKIR YG BETUL


Aku nak berkongsi sesuatu dengan korang semua. Berkongsi sesuatu yang aku belajar dari kursus yang aku amik di USM iaitu Teknik Berfikir.

Sebelum tu, korang tahu tak diri korang ni mcm mana sebenarnya? Setiap pemikiran korang sebenarnya diwakili oleh topi-topi yang berlainan warna antaranya adalah TOPI PUTIH, TOPI MERAH, TOPI HITAM, TOPI KUNING, TOPI HIJAU dan TOPI BIRU.

Jom tengok topi mana yang anda wakili.

TOPI PUTIH (NEUTRAL)
  • Berfikir berlandaskan fakta, angka.

  • Hanya berdasarkan maklumat semata-mata dan keputusan yang dibuat hanya berdasarkan maklumat yang diterima dan sahih.

  • Tiada sebarang pendapat baru dapat dijanakan

  • Tiada sebarang penilaian dapat dibuat

  • Mereka juga tidak emosi, prejudis. Selalu bertanya Berapa? Kenapa? Bila? Bagaimana?


TOPI MERAH (EMOSI)

  • Berlandaskan perasaan

  • Berfikir menggunakan emosi

  • Mempunyai emosi ataupun perasaan yang tak rasional dan logik.


TOPI HITAM (NEGATIF)


  • Pemikiran yang negatif

  • Pemikiran hanya melihat risiko, bahaya, kegagalan dan kesilapan

  • Objektif: Melahirkan elemen negatif dan bukannya emosional

  • Sesuai untuk menilai

  • Kelemahan: Berlebih-lebihan mencari kesalahan atau cacat cela sesuatu idea serta takut untuk ambil risiko kerana tidak boleh dikritik oleh orang lain tetapi hanya boleh mengkritik orang lain.


TOPI KUNING (POSITIF)


  • Pemikiran yang positif dan melihat kepada sesuatu yg positif, kebaikan dan manfaat.

  • Penekanan ke arah penerokaan dan spekulasi positif cthnya cuba+jaya

  • Melihat masa hadapan dengan senario yg proaktif

  • Semua idea boleh diterima dan diperbaiki

  • Sesuai utk idea yg tak logik yg dianggap bodoh oleh sesetengah pihak


TOPI HIJAU (KREATIF)

  • Pemikiran kreatif yg melibatkan pelbagai alternatif

  • Elemen yg penting adalah provokasi utk keluarkan kita dari kotak fikiran yg biasa iaitu berfikir lain dari yang lain.
  • Pemikiran yang di luar batasan normal, tidak mempunyai sempadan, tidak mempunyai andaian

  • mencari alternatif dan idea baru-mungkin idea itu salah pd orang lain tp kita merasakan idea itu betul dan harus dicari kelebihannya


TOPI BIRU (KAWALAN)

  • Mengawal proses pemikiran yang lain.

  • memberi fokus, mengarahkan, dan menentukan kaedah pemikiran yg ingin dilakukan,
  • Memastikan peraturan diikut dan sering memberhentikan perdebatan

  • Perlu membuat keputusan

  • Biasanya menjadi ketua dan orang tengah


Walaupun begitu, setiap dari topi ini boleh digunakan berulang kali untuk membuat keputusan. Sebagai contoh kita akan guna topi putih untuk mencari maklumat. Kemudian kita akan gunakan topi hijau untuk mencari idea, alternatif berdasarkan maklumat tersebut.

Topi kuning utk melihat aspek positif serta kemungkinan pada setiap alternatif tersebut. Guna topi hitam utk melihat aspek negatif risiko dan thp kejayaan. Kemudian guna topi hijau balik untuk memperbaiki alternatif tersebut.

Selepas itu guna topi biru untuk menilai dan membuat ringkasan kemajuan yg dicapai. Boleh juga guna topi hitam utk menilai keputusan yg telah dibuat buat kali terakhir dan kemudian guna topi merah utk tahu perasaan ahli kumpulan dgn keputusan yg diambil.

Kesemua topi pemikiran ini boleh kita aplikasikan dalam kehidupan kita terutamanya dalam perbincangan kumpulan untuk membuat keputusan yg tepat.



So,



~SHARING IS CARING~


8 comments:

  1. salam buat tuan umah..
    kiter nak topi ijau..leh jadi combat..

    ReplyDelete
  2. Erm..nazz cam TOPI MERAH (EMOSI)je..

    ReplyDelete
  3. pak long,

    combat pon combat la...

    janji layannn...

    hehehe

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi