Saturday, April 24, 2010

JODOH KU JODOH MU JUA




Assalamualaikum~

Berkaitan dengan N3 aku yang sebelumnya yang boleh lihat di SINI rasanya kita belum pernah dengar cerita orang yang bertemu jodoh di blog. Aku nak jadi orang pertama boleh? Ada sesapa nak ngorat aku tak? Hahaha...

Bila bercakap pasal jodoh ni sampai bila-bila tak akan habis. Kita tak tahu siapa jodoh kita. Bagaimana rupa orangnya, bahagiakah kita dan macam-macam lagi mengenai jodoh yang akan buat kita sering tertanya-tanya siapa jodoh kita.

Ada jodohnya cepat sampai, ada jodohnya lambat sampai dan ada yang tak bertemu jodoh di dunia ini. Semuanya di luar kuasa kita.

Dalam setiap perkara orang sering mengatakan takdir. Jodoh tak panjang, sebagai takdir tapi kalau dah tak pernah berusaha untuk menyelamatkan sesuatu hubungan adakah wajar kita menyalahkan takdir?

Tak wajar bukan? Mungkinkah menyalahkan takdir sebagai satu cara nak menutup kesalahan sendiri? Agak mushkil mengenai perkara ini. Bagi aku setiap perkara yang berlaku memang sudah ditakdirkan tetapi amatlah tidak wajar kita menyalahkan takdir dengan apa yg berlaku.

Jodoh dan pertemuan semua di tangan Tuhan. Kalau kita kecewa dgn seseorang itu bersyukurlah dgn apa yang berlaku kerana Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.

Bersyukur juga sekurang-kurangnya kita pernah mengecapi bahagia walaupun hanya sementara berbanding orang lain yg langsung tak pernah merasa bahagia.

Ingat setiap yang berlaku ada hikmahnya. Memang banyak hikmahnya. Bila kita kecewa, kecewa itu mengajar kita untuk menjadi lebih kuat. Mematangkan fikiran kita. Dan kita harus terima hakikat yang berlaku dulu tidak akan sama dgn sekarang.

Aku pernah kecewa. Malah bahagia yang aku kecapi selalunya hanya bersifat sementara. Sampai 1 tahap aku tidak tahu apa itu bahagia? Betul lah setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Ia mengajar aku menjadi lebih kuat, lebih berusaha keras untuk mencapai sesuatu dan aku tidak lagi membiarkan apa yang aku dapat pergi lagi dgn sewenang-wenangnya. Dan apa yang penting dengan melepaskan apa yg aku kecapi dulu aku kini berada di mana aku berada sekarang.

Kalau tidak mungkin aku hanya menjadi manusia yang tidak punya apa-apa dan mungkin sahaja aku hanya berada di rumah menjaga anak.

Namun jodoh sudah ditetapkan cuma kita tidak tahu siapa dan bagaimana kita bertemu. Mungkinkah juga aku jodoh kamu? Siapa tahu? =)


14 comments:

  1. Jodoh Ooo Jodoh !

    Teruskan berdoa agar bertemu jodoh yang sesuai.

    ReplyDelete
  2. salam...
    mendoakan moga bertemu jodoh yang paling membahagiakan

    ReplyDelete
  3. mungkin bukan aku la jodohnya....

    ReplyDelete
  4. pak long,

    salam..
    terima kasih kerana mendoakan yg terbaik utk sy...

    =)

    ReplyDelete
  5. salam,

    huhuhu...
    masih percaya ajal maut rezeki jodoh pertemuan urusan tuhan...

    ehhh masih adakah jodoh buatku?
    hmmmmm

    kudoakanmu mendapat jodoh yang terbaik
    amin

    ReplyDelete
  6. salam..
    semoga kita bertemu jodoh dengan insan yang mampu membimbing kita ke jalan Allah :)

    ReplyDelete
  7. blue,

    jodoh tu ada..
    cuma perlukan sedikit kesabaran lagi..

    doakan yg terbaik untuk kamu

    ReplyDelete
  8. nisya,

    ya insyaallah...
    yg boleh membimbing itu yg susah nak dicari

    ReplyDelete
  9. BRUTALSOLO,

    umur je 65 tapi muka muda belia lagi...

    kih3..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi