Tuesday, April 20, 2010

MULUT MACAM LONGKANG????



Mulut bau longkang? Mulut tu yang busuk ke atau longkang tu yang busuk???

Aku kenal la sekor budak ni (sekor? kasaq la plak kan panggil org cenggitu) OK la sorang budak ni. Kawan Mr. S la juga. Tapi bukan kawan rapat katanya cuma kawan sekampung.


Al-kisah nak dijadikan cerita, masa aku da masalah dengan Mr S dulu, time tu kalo boleh memang tak nak amik tahu pasal Mr. S dh, aku kenal la kawan Mr S ni. Kenal pon dalam telefon jer dan tak pernah jumpa, itu pun Mr S juga yg perkenalkan.

Sampai 1 tahap tu teringin gak la aku jumpa kawan Mr S tu. So kuar ar dengan Si A ni. Masa kuar tu sembang-sembang terkuar la cerita pasal apa yg Mr S buat belakang aku. Tapi time tu aku hanya mendengar.

Memang dah jadi kebiasaan aku hanya mendengar kemudian simpan dalam hati. Memang agak kecewa bila dengar cerita Si A ni pasal Mr. S. Tapi aku diamkan saja.

Pastu ada 1 tahap tu aku bergaduh besar dengan Mr S, suma ni gara-gara Si A ni. Aku pon tak tahu apa yang Si A ni cerita kat Mr S pasal aku. Dah la time tu dah memang ada masalah dengan Mr S, tambah lagi 1 masalah.

Dan bila kami dah berbaik ni. Mr S tanya pasal aku apa yang Si A ni pernah cerita. Aku agak keberatan sebab memang aku dah malas nak amik tau lebih-lebih lagi bila Mr S tanya betul ke aku ni call si A tu pastu nangis-nangis dan aku asyik sms Si A tapi Si A tak pernah balas pon sms aku.

Itu suma BOHONG. Ingat aku ni kelapaq sangat nak wat cm tu? Tolong sket hang tu siapa? Time tu aku hangin bila dapat tau apa yang Si A gtau Mr S. Banyak benda lagi dia reka cerita pasal aku, macam mana aku tak bergaduh besar dgn Mr S? Ni la namanya mulut busuk cam longkang!

Ada 1 hari tu Mr S saja amik nset aku pastu miscall Si A ni. Lepas tu Si A ni terus call aku. Siap tanya lagi kenapa aku tak pernah balas SMS dia. Time tu aku buka loudspeaker. So Mr S leh dengar la apa yang dibualkan. Selama ni Si A tu yg anta sms kat aku dan aku tak pernah balas tapi si A ni cerita aku yang asyik SMS dia tapi dia tak pernah balas.

Rupa-rupanya apa yang dia cerita pasal Mr S juga BOHONG. Banyak benda dia mereka-reka cerita pasal Mr S sampai kan aku jauh hati dan fikir bukan-bukan.

Tapi aku tak pernah tanya pun pasal benda tu dekat Mr S. Bila Mr S tanya baru aku cerita tu pon sebab dia tanya aku betul ke aku ni call si A tu dan nangis-nangis ngadu pasal Mr S. Eh tolong sket, kau tu siapa aku nak wat gitu? Penting ker?

Bila dah terbukti yang si A tu mulut cam LONGKANG, dan memang perangai dia cam tu sejak dari dulu lagi baru la aku sedar, dalam hidup ni jangan mudah percayakan orang.

Mr S dah nasihat aku, kenapa tak tanya dia benda tu betul ke tidak? Kenapa nak percayakan orang lain dari dia? Dan kenapa terlalu mudah percayakan orang?

Aku akui memang aku mudah percayakan orang sebab aku fikir kawan dan kawan tak kan khianati kawannya. Tapi aku silap, kawan juga boleh menjadi lawan dan tak semua kawan boleh kita percaya.

Aku terlalu berfikiran positif, semua yang aku nampak atau buat aku hanya fikir kebaikan. Tapi dalam setiap pemikiran positif perlu juga untuk berfikiran negatif. Ini semua untuk kebaikan juga supaya kita tidak mudah tertipu.

Perlu ke aku hanya percayakan diri aku sahaja?

Dari kisah ini amiklah pengajaran jangan terlalu mudah percayakan orang. Dalam segala yang kita buat perlu untuk berterus terang walaupun kadang-kadang kebenaran amat menyakitkan.

Kalo dah tahu mulut dia macam longkang jadi tak payah la gatai-gatai nak berkawan lagi. Biarkan si mulut longkang terjun ke dalam longkang sampai busuk!!!

NOTAKAKICIKGADIS: MR S cakap SI A tu mungkin ada hati kat aku... Erkkk????


11 comments:

  1. MR S?????? Nasib baik jalan citer tu tak tersangkut kat MR Syukri....

    sabar2 jgn emosi ye..bukan senang nak jadi penyabar, susah..kalau kita melenting nanti macam2 hal yg akan jadi..

    contohilah MR Syukri yg penyabar tu insyaAllah penyabar kot..haha

    ReplyDelete
  2. macam2 jenis manusia ada eh??hmm..next time kena hati2 la..betul tu tak semua orang kita boleh percaya..selalunya yang mulut manis tu la yg langsung tak leh percaya..huhu..

    ReplyDelete
  3. MR SYUKRI,

    hahaha..

    penyabar kerrrr???

    Ya marilah kita sama2 contohi MR SYUKRI,

    Insyaallah...tak berpeluh-peluh..

    kah3...

    trademark MR syukri~berpeluh-peluh~

    ngeee... =P

    ReplyDelete
  4. CIK SHA,

    ni Miss S kan hehe...

    tu la pasal mulut manis ni bukan leh percaya

    tapi kalo muka manis n senyum manis cm saya ok la kn?

    hahaha...

    =P

    ReplyDelete
  5. cam baca ruangan dang setia je...hahahahha

    ReplyDelete
  6. ~0~,

    pasti ke dang setia tu setia?

    hohoho...

    ReplyDelete
  7. mulut longkang mmg sama byk ngan longkang2 yg ada kat msia ni..haaa...sabar je la n kena pndai pilih

    ReplyDelete
  8. salam,

    heeeeeeee
    macam org macam ragam
    ada yg sebab dah perangai camtu
    ada yg ada sebab dia jadi begitu
    so, kena hati2 jer
    dan jangan percaya sangat dgn apa yg org cakap tapi kena selidik sendiri kalau kita rasa penting nak tahu..

    hukhuk
    lelaki sebenarnya lebih ramai mulut longkang dari perempuan, kan kan?
    lalalla

    ReplyDelete
  9. hemy,

    dah la longkang2 kat malaysia ni suma busuk2 plak kan?

    sabo je la...

    ReplyDelete
  10. blue,

    popuan pon ada yg mulut cam longkang

    tapi kalo lelaki yg mulut cm longkang gak..

    mmg lagi busuk...

    huhu..

    ReplyDelete
  11. salam...
    selalunya kawan la yg dok makan kawan...bulih jadi perang besaq sebab mulut....

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi