Sunday, April 25, 2010

PANCINGAN KU MENGENA

Orang kata siapa yang minat memancing ni penyabar orangnya. Penyabar ke? Nak tahu penyabar ke tak kenalah try dulu kan?

Jadi bila dah ada orang ajak, aku pun cuba walaupun sekarang ni musim exam. Nak release tension konon-kononnya.

Ajakan Nurul untuk pergi memancing bersama tidak aku lepaskan. Jangan terkejut, Nurul ni walaupun perempuan minat memancing. Entah-entah lelaki pon ada yang tak minat memancing.

Jom tengok pic dulu. Kualiti gambar agak kurang sebab amik guna nset cikai je. Ada banyak pic nak upload tapi tak tahu la masalah apa hanya pic ni saja yang boleh di upload. Apa-apa pun layan kan jer.....






Aku belajar memancing dari Nurul. Belajar cara-cara nak lempar joran macam mana dan sesungguhnya aku akui aku bukanlah seorang yang penyabar. Buktinya mulut aku asyik bertanya bila nak dapat ikan ni huhuhu...

Dalam dok asyik bersembang tu kami dikejutkan dengan panggilan kak yaya yang cakap umpannya mengena. Kami pon terjerit-jerit bersorak sebab dapat ikan. Sekali alih-alih plastik. Ish ish tak patut betul. Memang drama betul la.

Dalam dok tunggu umpan mengena kami menyanyi macam-macam lagu kat tepi pantai seagate tu. Sekali terus ikan makan umpan joran si Nurul tu. Dapat la sekor ikan gelama. Tapi saiz kecik je. Kena plak masa tu ayaq laut surut.

Lepas puas menunggu joran kak yaya plak mengena. Dapat ikan gelama juga cuma saiznya besar sket dari ikan yang Nurul dapat.


NURUL DAN KAK YAYA


Walaupun dapat 2 ekor je ikan tapi agak puas. Yela first time ikut orang pergi memancing ramai-ramai cenggini. Walaupun kami semua perempuan tak semestinya kami tak boleh memancing.

Lain kali kalau ada peluang lagi Insyaallah aku akan ikut. Walaupun aku bukan seorang yang penyabar nak tunggu umpan dimakan ikan tapi bila umpan mengena memang satu kepuasan.

Jom lepas ni ada sesapa nak ikut pergi memancing tak?


17 comments:

  1. salam...
    memancing ni memang mencabar kesabaran...kalau tak sabaq mau lempaq pancing tu..

    ReplyDelete
  2. aku minat mancing..tp lama dah tak mancing..

    err..baru pestime datang sini enable audio..terkejut..takde tempat nk pause ek lagu??

    ReplyDelete
  3. tak mo la....

    pegi pasar je cari ikan. macam macam ada!!!

    ReplyDelete
  4. wei..
    ajak la aku plak,,
    hehehe,,
    aku xminat gak,,
    tp dl aku sll ikut tok ayah aku g mancing kat laut,,
    cm aku ni xsabar nk tgu ja,,wawawaa

    ReplyDelete
  5. pakai umpan apa tu........


    cam tak power jer hahahahaaa

    ReplyDelete
  6. salam..
    em2 mmg btul mmncing ni prlukn byk ksbaran..
    walupn sy xpena lg mmncing,
    tp tgok owg yg dk mmncing pn da pnat..
    hehee..

    sy tngin gk na wt aktvt ni,
    tp xda pluang lg..
    huhuu..

    p/s ; doa2 sy cpat2 dpt mmncing k?
    hehee..

    wassalam..

    ReplyDelete
  7. walaupun kwn yang dpt ikan, mesti rase enjoy gak kan? Lom penah lagi pegi memancing :)

    ReplyDelete
  8. oooo, fishing. maksu x penyabar, x boleh nak memancing, uhuhuhu. memakan ikan i can ;)

    ReplyDelete
  9. kalo nak mancing..nazz balik kg je..belakang umah opah ade kolam ikan..

    ReplyDelete
  10. GKSB..
    ada yg rasa sangat puas dan bahagia bila dapat memancing..

    Memancing baik juga utk menguji kesabaran..
    Hehehe..

    ReplyDelete
  11. Hubby Akk minat akk tidak..byk kali dia bawak mmg tak leh la...mungkin akk ni tidak penyabar orgnya kut...

    ReplyDelete
  12. pak long,
    kalo dapat kat saya bukan saja lempaq siap patah2 kan lg haha..



    Hemy,
    xda pause, huhu..
    trimas sudi jenguk ke cni

    ReplyDelete
  13. ;)

    mgkn nak pegi dalam waktu terdekat ni.... boleh bawak keta ker sampai atas? malas nak daki, hehehe

    brp jam dari key ell ek, aiyo ,sakit pinggang ler

    ReplyDelete
  14. salam,
    wahhhhhhhhh
    bestnya
    mancing ni perlukan org yg sabar
    kool dan relax...
    ku pernah ikut member mancing
    tapi ku kecoh jerk
    hahhahaha...

    indahnya kalau mancing ada sidia disisi
    elellelelel

    ReplyDelete
  15. xpenah memancing

    so xde pengalaman nak kongsi

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi