Thursday, April 1, 2010

TERLEKA


1 April sudah. Cepatnya masa berlalu kan? Pejam celik, pejam celik dh lama mana masa dh berlalu. Dah banyak mana masa terbuang dengan sia-sia. Aku yang mensia-siakan masa.

Masalah yang semakin menghambat membuatkan aku terleka. Terleka dengan keseronokkan untuk melupakan masalah lalu membuat aku jauh ketinggalan.


Pembelajaran dan tugasan yang diberikan aku laksanakan dengan kurangnya kesungguhan. Seringkali terganggu dengan pelbagai masalah. Aku bukanlah seorang pemikir. Tetapi kini aku terlalu menjadi pemikir yang terlalu memikir.

Sangat sedih bila kita bukanlah seperti orang lain yang penuh dengan kebahagiaan dan keceriaan. Orang lihat aku seorang yang ceria penuh dengan gelak tawa dan jenaka yang kadang2 tidak masuk akal tetapi itukah aku sebenarnya?

Adakah aku berselindung di sebalik semua itu? Ya mungkin. Kerana itulah cara untuk aku melupakan masalah dan mengurangkan tekanan di hati.

Jangan salah paham. Masalah aku bukanlah masalah cinta kerana ada masalah lain yg lebih besar dari itu. Aku ingin buat seperti tidak berlaku apa-apa tapi mana mungkin kerana itulah kenyataan yang harus aku hadapi.

Pendam. Ya itu yang terbaik. Malu. Itulah yang aku rasakan. Bagaikan membuka pekung di dada seandainya aku menceritakan dan tak semua orang akan paham.

Pada siapa lagi aku harus berserah kalau bukan pada-Nya. Aku mengharapkan pengertian dari semua. Masalah ini menjejaskan segala-galanya. Maafkan aku jika aku gagal melaksanakan tugasan itu dengan baik. Masalah itu menjejas tumpuan aku.

Aku boleh duduk berjam-jam dalam bilik tanpa melakukan apa-apa. Hanya berfikir dan terus berfikir. Sungguh aku tidak suka. Tapi itulah yg telah aku lakukan.

Semua ini menjejaskan aku. Menjejaskan semua tugasan yang perlu aku siapkan. Maafkan aku sekali lagi kawan-kawan. Maafkan aku. Mohon pengertian anda semua.



Senyumku bukan bererti aku suka,

Tangisku bukan bererti aku sedih,

Gembiraku mungkin pura-pura,

Tapi perasaanku adalah sahih.




7 comments:

  1. jangan terlalu byk memendam!

    ReplyDelete
  2. salam...
    hidup tanpa masalah umpama pokok yang tak berdaun....

    ReplyDelete
  3. salam,
    selain berdoa kena juga cari jalan sendiri
    kalau ada kawan yg boleh precayai
    tak salah luah kan dan cerita2
    kita tahu mana dan siapa kita kan
    kita tahu upaya mana kita
    good luck n take care..

    ReplyDelete
  4. mmmm, bagus!

    membuat kite lebih fikir

    ReplyDelete
  5. Perlu jugak ambil masa untuk berfikir... PEACE...

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi