Thursday, May 6, 2010

"NIKMATNYA MELEBIHI MALAM PERTAMA"

Kecik-kecik dulu. Aku memang dilahirkan comel. Buktinya, sila lihat gambar di bawah.

hahaha

Bila masuk ke alam persekolahan rendah, kecomelan aku semakin hilang. Mungkin kerana faktor cuaca. Kulit aku ala-ala anak Bangla yang menjadi pekerja buruh di stesen kereta api. Sebab apa aku pilih stesen kereta api? Sebab saja-saja.

Aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu. Aku berkawan dengan budak-budak lelaki. Terjun sungai, panjat pokok sudah jadi rutin harian. Masa cuti sekolah, sepupu-sepupu aku akan balik kampung. Sepupu aku yang aku panggil Kak Yong dan Kak Ngah. Depa ni 2 beradik yang lain-lain warna kulit hak3.... Buktinya seperti gambar di bawah.

KAK YONG, AKU DAN KAK NGAH



Bila tiba musim cuti sekolah, apa yang akan kami lakukan adalah mandi sungai. Cuti sekolah juga adalah musim orang berkhatan. Mandi sungai dan berkhatan memang tak akan dapat dipisahkan. Tapi jangan tanya bila aku berkhatan, aku lepuk karang.


Aku nak cerita apa kaitan mandi sungai dan berkhatan dan apa pulak kena mengena dengan aku.

Mandi sungai memang best. Apatah lagi bila ada pelampung. Tapi budak kampung original macam aku tak kan mandi pakai pelampung. Mana "world" mandi pakai pelampung.

Cuma 1 hari tu nasib kami memang baik sebab ada batang pisang yang hanyut. Apatah lagi batang pisang itu terapung. Siap aku dan sepupu aku naik buat sampan lagi. Peluk-peluk batang tu sambil berenang-renang. Sungguh indah pengalaman itu nikmatnya melebihi malam pertama.

Namun keindahan itu hanya sementara apabila kami ditengking oleh bapa saudara aku. "Woi hangpa dok main batang pisang tu buat apa? Tau dak batang pisang tu bekas orang guna untuk berkhatan?"

Serta merta terbayang imej-imej yang 18sx di kepala aku yang masih budak ketika itu. Memang betoi pon kan. Kalo nak berkhatan budak lelaki akan duduk atas batang pisang sebelum proses me tutt kan budak lelaki punya berlaku.

Eyarkkkk.....Terus aku naik dari sungai masuk bilik ayaq, mandi sekali lagi. Sumpah aku tak kan ulangi apa yang telah terjadi.


15 comments:

  1. hahahaaa lawak... lawak... heheee

    ReplyDelete
  2. waahahahaahha *gelak guling2* :D

    ReplyDelete
  3. patut korek dalam batang pisang tu. mesti ada lebihan yang di tutt dalam batang pisang tu.

    ReplyDelete
  4. hahhahahha ceta tyme kecik sangat funny dan best2 saja kan^^

    owhhh ya kamu sgt comel

    ReplyDelete
  5. ainee,

    baik2 guling jgn sampai terjun sungai...

    ReplyDelete
  6. fya,

    terima kasih utk kecomelan itu..

    hihihi

    ReplyDelete
  7. senyuman masa kecik2 tu memang lawa..
    besar2 pun okey aper..

    makin cun..

    mandi sungai best..
    huhu..

    ReplyDelete
  8. salam..
    ct skong lotsoflove pearl.. :)

    hanis msti tringat zmn knak2 kn? hehee..
    ct msa kchik2 dlu mcm hnis gk laa..
    kwn ngn dak2 laki..
    men aci2 ligan la.. tp pnjat pkok ct xbrani..
    jdi ct tnton ja dpa pnjat.. hehee..
    mmg bez kn wak2 knak2? :)

    yg psal mndi sg tu..
    no komen..
    hehehe... :D
    wassalam..

    ReplyDelete
  9. Comellah....basikal chopper tu...he...he...


    Sekarang tak comel...tapi ayu!

    ReplyDelete
  10. best lagi malam kedua... tak percaya ... tunggu suatu hari nanti...

    betapa malam pertama tu x best wakakakaka


    percayalah....

    ReplyDelete
  11. salam....
    memang lawak....nak tergelak baca en3 ni...

    ReplyDelete
  12. hehehhe...seronok kalo kenang zaman kecik2 kan..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi