Wednesday, May 26, 2010

TAK KENAL MAKA TAK CINTA DH KENAL MACAM CELAKA

Tudia tajuk.... Ni salah satu group yang ada dalam fb. Ada juga nowh orang wat group macam ni??? Mungkin pengasasnya dah rasa macam mana celakanya orang yg dia kenal tu.

Setakat ni ada juga orang yang aku jumpa memang pangai cm celaka yang berpuaka. Tudia hilang abeh kesopanan dan kesusilaan yang aku pegang dalam Rukun Negara. Hahaha..


Sekarang ni aku jenis malaih nak cakap banyak, berubah menjadi pendiam sket dan lebih suka memerhati. Tegur salah, tak tegur salah. So baik diam.

Perasaan ni bukan boleh buat main-main. Selalunya memberi kesan pada hidup kita. Apa yang kita buat akan serba tak kena lebih-lebih lagi kalau hati tak tenang. MeLuatkan kalo ada perasaan macam ni?

Kita selalu dengar cerita orang yang bercinta dengan orang lain akhirnya kahwin dengan lain. Bercinta bagai nak rak ke hulur ke hilir berdua macam belangkas alih-alih kahwin dengan orang lain tak ke cam celaka tu? Perghh 1st time rasanya aku dok guna ayat-ayat kasar cm ni. Maaf pada pembaca blog aku sekalian. Agak teremosi sikit disitu.

Aku dah penah rasa macam mana rasanya orang yang kita sayang, cinta dan kasih tiba-tiba hilangkan diri tanpa sebarang berita. Yang kau ni punyalah risau sampai susut tubuh badan takut terjadi apa-apa dan kau duduk jauh dari dia. Keadaan kau pula tidak mengizinkan kau pergi utk berjumpanya.

Telefon memang tak dapat, keluarga pulak tidak tahu di mana dia berada. Dan kau tergerak hati nak cari di rumah neneknya yang bersebelahan negeri hinggakan kau sanggup keluarkan simpanan kau dalam Bank sedangkan masa tu kau masih lagi belajar. Dan bila kau tiba di sana kau dapat tahu dia datang bersama dengan perempuan lain.

Dan bila kau terlalu susah hati, tertanya-tanya apa yang berlaku tup-tup kau dapat tahu dia telah berkahwin walaupun tanpa restu keluarga. Adakah kau rasa dia memang macam celaka?

Bercinta bukan main lama, kau berjanji macam-macam sekali kau kahwin dengan orang lain. Tinggalkan aku tanpa sebarang pesan dan terkongtang-kanting seorang diri. Nasib masa tu aku dah habis exam kalau tak boleh gila meroyan aku. Nasib baik juga aku masih kuat semangat dan tabah sampaikan kawan-kawan tak percaya apa yang terjadi pada aku ini disebabkan keadaan aku yang nampak tenang.

Itu mungkin hanya luaran hakikatnya aku berperang dengan perasaan sendiri. Tak kan mahu menangis-nangis menjerit-jerit bagai orang hilang akal sedangkan itu yang kau rasa di depan orang lain? Bodoh lah aku kalau aku buat begitu.

Sejak dari peristiwa itu aku jadi seorang yang takut untuk terjebak dengan semua ini lagi. Takut untuk merasa kecewa. 2 tahun aku amik masa untuk membina semula keyakinan aku. Aku singkirkan semua orang yang ingin merapati aku. Hati aku beku.

Tapi bila aku bertemu si Dia yang baru aku kenali entah mengapa hati aku terus terbuka untuk menerimanya walaupun pada mulanya dia turut melalui laluan yang sukar macam yang lain.

Namun satu-satu masalah berlaku. Entah di mana silapnya dan selagi aku mampu selagi itu aku akan cuba pertahankan. Seandainya aku dah tak mampu lagi mungkin aku terpaksa bermula semula dari ~0~. Berapa lama lagi yang aku perlukan untuk bermula semula aku tidak pasti.

Penat dengan kerenah manusia yang tidak langsung mahu memahami. Mohon maaf sekali lagi jika kata-kata yang aku gunakan agak kasar. Aku juga perlu meluahkan perasaan aku supaya ia tidak terus merebak menjadi duri dalam daging dalam hati aku.

Arghh kenangan itu menggamit lagi...


21 comments:

  1. salam..
    kak.., sbaq kak..
    ct pham hti pmpuan mcm mna..
    ct pn da byk kli kna tpu.. huhuu..
    hrap yg yg skrng ni trkhir bg ct.. huhuu..
    smua ni ujian tuk kak..
    jgn dk ingt dpa da..
    mgkin ALLAH ada jdoh yg lg baik tuk kak..
    kak sbar taw..
    bg sma pluang kt laki2 len na knal dgn kak..

    ReplyDelete
  2. salam...
    sabaq pun ada had kan cik gadis..
    tapi pak long nak tergelak ngan kata-kata..

    "tak kenal maka tak cinta, dah kenal cam celaka".fuhhh memang dalam maknanya tu..

    sabaq cek sabaq...

    ReplyDelete
  3. 2 tahun lepas aku tinggalkan awek utk kebaikan.dia masih study

    ReplyDelete
  4. salam,

    kdg2, kita ditakdirkan jatuh cinta dgn org yg salah sebelum Allah temukan kita dgn insan yg menjadi pasangan yg mmg sudah tertulis di loh mahfuz.

    pedih, luka, kecewa jdkan pengalaman berharga.
    hari ini, kita nangis krnnya, esok2 kita bisa ketawa bila mengingatinya.

    hehe, sori... sofi terlebih emo bg nasihat.
    pape pun, get on ur feet and get on with ur life...

    ReplyDelete
  5. salam..
    pergh..! mendalam sunggoh entry kali ni, & ada menyentuh perasaan (dan ade gak m'gamit kenangan lalu.. hehe..)

    tapi, kadang2 'celaka' org tu, kita kena lupakan sekejap, kerana kena kena ingat yg org yg 'celaka' tu pernah bahagiakan kita..

    sabar je laa eak..
    senyum2 slalu.. =)

    ReplyDelete
  6. pak long,

    ya sabaq...ni ja yg mampu buat pn stakat ni

    ReplyDelete
  7. wan perlis,

    kau ke yang tinggalkan aku tu??

    hehehe

    ReplyDelete
  8. sofi,

    salam..

    terima kasih untuk kata-kata itu..
    =)

    ReplyDelete
  9. g-mie,

    mungkin betul ckp g-mie tu...
    tapi bila ingatkan pengakhirannya memang buat diri kita kembali "sesak"

    ReplyDelete
  10. huhuhu..aku ngah lalu situasi tu skunk..
    dah 4 buln tapi smpai hari nie aku still ingt dier..mende bodoh yg aku wat..=_=

    ReplyDelete
  11. yoro,

    setakat ingat boleh tapi jgn sampai terkenang-kenang...

    ah kdg2 kita mmg xleh nk kawal perasaan kita ingat ksh2 lama

    ReplyDelete
  12. kalau dah termaktub si dia bukan jodoh kita.. jnji cam mne pun dah mmg die bukan jodoh kita he..23x

    celaka macam mane pun die pada kita... mgkin juga die kebahagiaan bg orang lain he..23x


    BroFramestone Blog

    ReplyDelete
  13. Pilihan Allah tu adalah tepat... suami isteri akan saling melengkapi antara satu sama lain... kalau tak tepat takkan jadi jodoh kita... PEACE...

    ReplyDelete
  14. salam....

    inilah kehidupan
    ada hari suka
    ada hari duka
    ada hari bahagia
    ada hari derita
    tak semua memahami
    tak semua sama cara fikir

    betul
    penat juga fikir kenapa mengapa
    aku tak sama dgn semua orang?
    hmmmmm

    ReplyDelete
  15. hahahahaha...aku suke nama group tu..mmg catchy..rajin ko carik group yeee

    ReplyDelete
  16. bercinta itu best..kecewa itu lagi manis..haha!!

    dah menyampah nak bercinta2..terus kawin jerlah.. :)

    ReplyDelete
  17. salam....

    banyak yg bermain di minda saya tatkala membaca entri ini.....

    sangat menusuk hingga ke jantung saya.

    ReplyDelete
  18. u r wc kak... :)
    u must go acha fghting! hait! :)

    ReplyDelete
  19. Biar kite diuji sekrang.bersabar la..ada hikmah yg tersembunyi..

    ReplyDelete
  20. hahaha
    macam2 group sekarang dkt fb nih

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi