Friday, June 25, 2010

MENGHILANG & BILA PEREMPUAN TERLALU SEMPOI

Bila kita susah, semua pakat-pakat hilang. Macam tu kowt erti kawan??? Hahaha...

Tapi tak semua kawan-kawan aku macam tu. Masih ada yang ambil berat, masih ada yang bertanya keadaan aku, dan masih ramai yang memberi sokongan padu pada aku terutama bloggers. Mungkin sokongan moral lebih bererti dari harta benda.

Memang aku susah sekarang. Duit langsung tak ada. Nak harap kan mak bapak, memang aku dah banyak menyusahkan ayah aku disebabkan kejadian ragut tu. Memang ayah aku yang banyak tolong aku. Kelam kabut datang dari kampung bila tahu aku kena ragut. Sibuk ke sana ke sini pasal aku. Bawa aku ke balai polis buat report. Terima kasih walid. Kalau alid tak ada tak tahu la macam mana keadaan aku.


Tapi aku masih berharap yang "dia" akan ada di samping aku. Teruknya aku kan? Tapi "dia" langsung tak bertanya khabar aku dan asyik sibuk dengan kerja. Bila aku gtau yg kena ragut, dia cuma kata nti msg dia kalo ada apa-apa yg penting, nak wat keja ni. Hahaha.. Bodoh kan aku bila masih berharap yang dia akan ada untuk aku??

Cukuplah. Tawar hati aku dengan dia. Kita kadang-kadang akan jadi bodoh sebab cinta. Dan kita sering diperbodohkan kerana cinta. Cukuplah. Aku tak kan mengharap apa-apa lagi padanya. Cukuplah aku menahan rasa selama ini.

Kadang-kadang aku cemburu dengan pasangan yang sangat bahagia dengan pasangannya. Aku juga pernah dibahagiakan. Dan sampai sekarang sangat susah untuk aku bertemu pengganti sepertinya.

Memang aku tak patut membandingkan mereka, tapi itulah hakikatnya. Aku juga harus terima hakikat yang aku juga sering dibandingkan dengan orang lain. Itulah kehidupan kan?

Aku tak mahu jadi lembik lagi. Kalau dulu aku keras hati kenapa sekarang tak boleh? Kalau dulu aku jenis sempoi kenapa sekarang nak meleleh-leleh lagi? Tak cara la kalo cm ni kan? Hahaha..

Bila aku fikir-fikir balik sebab aku ni terlalu sempoi sebab tu lelaki suka layan aku macam aku ni lelaki juga. Haha...

Sempoi macam mana tu?

Mungkin aku bukan jenis perempuan yang suka control cantik ataupun lemah lembut dari segala segi. Mungkin juga aku jenis perempuan yang tahan lasak dan tidak terlalu bergantung kepada lelaki.

Sempoi tak sempoi sampai kena ragut la siap kejar balik peragut hahaha... Ada ke perempuan yang berani ulang alik dari Penang ke Alor Star naik motor je sorang-sorang?

Terlalu berdikari mungkin. Tetapi mereka mungkin terlupa yang aku juga seorang perempuan. Ada semua perasaan halus dalam diri. Ada juga perasaan sensitif. Cuma aku tidak terlalu tunjukkan perasaan aku. Malu mungkin.

Sempoi sangat ka aku ni?

Tapi kenapa seseorang yang pernah menjadi sesuatu dalam hidup aku boleh menerima aku dan pernah membahagiakan aku? Cuma takdir tidak menyebelahi. Arghh teringat lagi.

Panjang sungguh tulisan aku kali ini. Tahniah kerana berjaya baca sampai habis. Terima kasih juga kerana sudi baca sampai habis.

Cukuplah, cukup sampai di sini saja dulu.

=)


13 comments:

  1. kurangkan rasa nak bergantung kt org laen
    coz at the end of the day
    dlm kubur kte jwb soklan sorang2

    just my 2 cents


    btw, HI!
    gyahahahahh~

    ReplyDelete
  2. hellioz,

    btw, kadang2 lelaki maybe rasa tercabar egonya bila perempuan tu terlalu berdikari...

    maybe..

    n

    hye 2 u 2..

    =)

    ReplyDelete
  3. salam...

    x payah control cantik..memng dah cantik pun...:)

    ReplyDelete
  4. .chill~
    .hidup neh msih pnjang

    .jgn give up k!

    ReplyDelete
  5. sekamar rindu,

    salam..

    haha..terima kasih

    cantik itu subjektif.

    Jangan terlalu memuji, saya takut dikeji 1 hari nanti jika buat kita lupa diri..

    ReplyDelete
  6. intanurulfateha,

    insyaallah...

    putus asa tiada dlm kamus hidup

    ReplyDelete
  7. bgus lar awk ni...independent berani naik moto jauh2..

    ReplyDelete
  8. ejum,

    hidup kena berani..

    tp kalo terlebih berani bawa masalah plak dlm hidup

    hehe

    ReplyDelete
  9. salam,

    salam kenal cik anis :)

    wah..kagum ngan awk,jauh tu ulang alik naik moto, lagi2 tang g kejar peragut tu,(sy dah bace entri tu) solute la..papepun keselamatan diri jgn lupe tau :)

    perempuan kena tabah sbb perempuan mmg kuat (sbb tu Allah bg perempuan yg mngandung)!

    ReplyDelete
  10. tak jumpe lagi tu. Tuhan belum temukan ko ngan mr right.

    erm btw sori to hear ko kene ragut. mesti miserable gile. leceh nak buat ic,lesen,kad bank kalau tak jumpe balik.. be strong !

    ReplyDelete
  11. Salam sayang adik manis...

    Tak salah mengharap pada sidia . Kerana itulah naluri kita ingin di kasihi .;

    Tak patut dia buat awak camtuh . geram saya dibuatnya . At least berilah kata2 yang menyenangkan yg boleh membuatkan awak rasa secure .

    But.. u go girl ! kuatkan dan tabahkan hati yea sayang ... muaaaah !!

    ReplyDelete
  12. hurmmm usah mengaharap lagi... kalo kite kene ragut pun die leh wt bodo kalo saket lagi la...
    xpe ade lagi yg lebih baik menunggu kite...

    -->>itulah niat di hati.. tp nk wat cam ne kan…heheheh

    Khaizarien @ atie Blog

    ReplyDelete
  13. salam,

    apa kabo sihat ke?
    mmg payah nak jumpa kawan yg rasa rela hati nak tanya u ada prob ke? atau dekati bila kita ada prob. kita sendiri pun, sama gak kan.
    so, betul kata dak atas tuh. lebih baik berdikari..

    jaga diri

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi