Wednesday, June 30, 2010

TOLONG JANGAN SANTAU BLOG AKU!!

Sifat hasad dengki ni memang dah tak boleh lari dengan manusia. Kau, dia, mereka dan aku juga ada hasad dengki tetapi bergantung pada diri sendiri untuk mengawalnya. Kau jangan tipu kalau kau kata kau tak pernah langsung dengki dekat orang.

Tapi bila hasad dengki diikuti dengan perbuatan sihir menyihir ni. Main kotor nampak?? Main pakai bomoh-bomoh ni untuk menjahanamkan orang lain??? Uish dah fikir panjang ke??


Sejak dua menjak ni bila balik kampung je ada terdengar desus-desus mengatakan orang itu main bomoh, orang itu "buat" orang ini. Semuanya pasal harta. Betul ke tak wallahualam.

Dan terbaru ada sedara yang meninggal gara-gara perbuatan "ini" juga. Arwah tok wan aku dengar khabar turut menjadi sasaran. Sejauh mana kebenaran tidak dapat aku pastikan. Kadang2 nak percaya pon rasa serba salah. Hmmm...

Cuma benda ni wujud. Jangan ingat zaman moden dh tak ada. Boleh kata zaman ni lagi dasyat. Hubungan aku dengan seseorang dulu pon terputus gara-gara "ini" juga. Dah kahwin pon dengan budak tu dan sekarang dengar cerita tak bahagia. Oopss terkeluar tajuk plak...Huhuhu..

Bomoh ni kalau yang betul-betul hanya berubat menggunakan ayat al-Quran dan air sahaja. Kalo dia berubat menggunakan benda-benda kotor contohnya menggunakan air longkang, datang waktu maghrib sahaja untuk berubat berkemungkinan berdamping dengan jin.

Sebelum ni aku pernah buat assignment berkenaan dengan santau. Kalo santau lagi dasyat. Melalui angin pon kita boleh menyantau orang. Seseorang yg belajar ilmu santau harus mempraktikan ilmu tersebut dengan menyantau seseorang jika tidak santau itu akan terkena pada diri atau keluarga seseorang yg belajar ilmu santau ini.

Macam-macam kan? Jangan pula lepas ni ada yang punya hasad dengki menyantau blog aku plak. Huhuhu... Eh dalam alam maya pon boleh ker?

Bagi aku, jangan lah kita menggunakan ilmu salah seperti ilmu sihir untuk menjahanamkan orang lain. Kita tak tahu apa balasan yang kita dapat 1 hari nanti. Wallahualam..


7 comments:

  1. sihir memang syirik dan memang ada sejak zaman mesir purba lagi.

    dan menghantar sihir kepada orang lain kerana sifar dengki adalah sangat zalim walau apa jua alasan digunakan.

    tunggu kat akhirat

    ReplyDelete
  2. haish..kira bomoh cyber la klu dia santaukan blog ni..blog jadik kembung ke? jadik cmne agaknye yek?? hehe

    ReplyDelete
  3. alamak, janganlah ada plaks bomoh siber...kalu dia santau blog, gambar cantik tetiba jadik lucah dan ghairah dan melelehkan airliur dan geli geleman

    ReplyDelete
  4. hantar hantu raya bole x???? muahahaha

    tp header ats tu cantik bangat!!!

    ReplyDelete
  5. salam, nie bkn bomoh..bohmau nie...
    santau blog cmner..takleh nk klik2 ek!!...advance la bomoh cmnie...doakan yg baik2 aje pd para "pHD"

    ReplyDelete
  6. salam.....

    dulu blog saya juga disabotaj...janganlah ada sifat dengki..tak baik

    ReplyDelete
  7. hahaha nanti aku santau ko pakai sms... PEACE...

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi