Saturday, July 10, 2010

DIRAGUT! BUKAN DIRAGUT KESUCIAN OK? JANGAN SALAH PAHAM..

Ingat lagi tak N3 pasal aku kena ragut tu??? Kalo nak tengok sila KLIK SINI

Perkembangan yang terbaru setakat ni polis dah bagi balik lesen, kad atm, kad matrik dan lain-lain. Cuma nset je tak dapat lagi sebab polis akan simpan untuk dijadikan bahan bukti kes.

Kalau ikutkan kad-kad tu semua pon jadi bahan bukti kes tapi disebabkan aku perlukan semua tu polis bagi dulu dengan syarat bila polis panggil untuk naik mahkamah kena bawa sama semua tu.

Budak tu pon polis dah jumpa. Tapi sekarang dah dilepaskan dari tahanan reman. Baru 14 tahun budak tu. Polis cakap nasib baik depa sampai cepat kalau tak nset aku yang sony ericson tu budak tu nak jual. Nset nokia plak budak tu guna.

Yang aku geram sangat, masa aku tengok nset aku tu balik siap ada simkad dia lagi. Ada gambar dia plak tu. Bila aku nak check no telefon kawan-kawan aku rupanya dia dah delete semua. Setan betul!! Buat macam harta sendiri. Macam nak carut-carut je kat budak tu. Haihhhh...

Polis cakap masa polis p umah budak tu cari dia, mak dia tak percaya. Mak dia kata dia p sekolah. Sedangkan budak tu ponteng sekolah, naik motor dari Jitra lepas sampai Yan siap ragut lagi. Ni la budak-budak sekarang, tipu mak bapak sampai mcm tu skali.

Polis ada la tunjuk gambar budak tu masa kena tangkap. Dia p tunjuk tempat dia buang beg aku yang ada semua kad2 penting tu. Dia buang dalam mana nak tau tak? Dia buang dalam LONGKANG!! LONGKANG WEYH!!! KURANG AJAR BETUL!!!

Masa dapat semua barang tu memang basah la. Geram betol aku. Geram sangat-sangat. Kalau ikutkan hati aku mahu ja aku sumbat budak tu ke asrama akhlak. Aku tak kan lepaskan. Biar kena masuk mahkamah pon aku sanggup.

Kalau tak beri pengajaran macam tu lain kali tah sapa pulak dia nak ragut. Baru 14 tahun tu. Kalau dah besar nanti silap-sila merompak bank pulak. Sekarang ni kena tunggu polis panggil untuk naik mahkamah.

Hangpa rasa patut tak aku dakwa budak tu???

P/S: Aku rindu nset2 aku tu... Rindu nak amik gambaq...


8 comments:

  1. hantar henry gurney je, hohoh

    ReplyDelete
  2. azrie,

    dapat tangkap geng budak tu..

    terus p cari kat umah la..

    ReplyDelete
  3. uisshh baru baca crte awk..wahh nasib malang menimpa2 kan..kesian kamu..tabah yaa

    ReplyDelete
  4. DAKWA!
    bukannya menghukum sebab benci tapi sebab xmahu bangsa sendiri rosak
    baru 14 tahun kan
    hantar jer pergi sekolah henry gurney ke apa
    hantar dkt situ bukan maksud hidup dia musnah
    tapi nak ubah hidup dia ke ara lebih baik

    ReplyDelete
  5. dakwa....
    moga pelajar tersbut dapat berubah jadi lebih baik

    entri terbaru saya :FIKIRAN TIDAK TAJAM

    ReplyDelete
  6. dakwa je itu bdk.... jgn bg muka.... bia die ase ape yg kamu lalui... erm..

    bru die sedar nnt... ahaha

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi