Monday, July 26, 2010

DOA! HANYA ITU AKU PERLUKAN DARI KALIAN

Assalamualaikum...

Tadi aku pulang ke kampung drive dari Penang. Semalam aku dapat SMS dari walid yang beritahu "Tok penat, masuk wad hospital Yan petang tadi. La ni stabil". Hati aku berdebar-debar. Tok tak ada penyakit penat, kenapa tiba-tiba penat?

Aku amik keputusan nak balik kampung. Terpaksa mencari kereta sewa. Tapi aku tak kisah asalkan dapat balik menjenguk tok.

Tok aku sakit. Aku pernah beritahu yang tok aku sakit. Tapi dah lama dah. Kebetulan masa tu arwah tok wan sakit juga. Walaupun tok sakit dulu, Allah lebih sayangkan arwah tok wan aku.

Selama ini aku jarang menulis pasal tok. Bukannya kerana apa. Hanya kerana aku tidak dapat menahan air mata dari terus mengalir. Dan air mata aku kini terus mengalir tanpa aku dapat menahannya.

Namun aku gagahkan jua.

Tok, bagi bahasa kedah adalah nama panggilan untuk nenek. Tok aku sudah menghidap penyakit ini selama 3 tahun. Selama tiga tahun dia berjuang menghadapi penyakit ini. Penyakit yang menjadi musuh utama wanita.


Namun tidak pernah sekali pon dia merungut. Dia lebih kuat dan tabah dari orang biasa. Dia cekal melawan penyakitnya. Aku sangat kagumi semangatnya. Dia tidak pernah merungut. Walaupun dia sakit, bila ada datang melawat dia akan pura-pura yang dia sihat walaupun hakikatnya dia sedang menanggung kesakitan. Aku tahu itu.

*Sebak*

Dulu masa arwah wan sakit, aku masih boleh bergelak ketawa dan melawak dengan wan. Aku tak tunjukkan kesedihan aku pada sesiapa. Masa dia meninggal, tidak sedikit pon air mata yang mengalir. Begitu kuatnya aku menahan perasaan walaupun hati aku berasa sangat kehilangan. Kehilangan orang yang sangat rapat dengan aku. Aku rindu tok wan :( Aku rindu senda guraunya....

Dan kini, tok masih kuat melawan penyakitnya walaupun aku tahu, tok dah tak sekuat dahulu. Penyakitnya dah sampai peringkat akhir. Tiada apa yang doktor mampu lakukan lagi. Dan aku tahu, aku tidak sekuat dahulu. Dapat menahan air mata dari terus mengalir.

Entah berapa kali aku terpaksa berhenti menulis tika ini. Sebak membelit hatiku. Aku dah tak mampu menahan rasa hati ini.

Dan esok malam nifsu syaaban. Aku tahu tok sedih. Tok tak kuat untuk bangun di tengah malam dan menunaikan sembahyang di kala waktu itu. Untuk bangun ke bilik air pon dia dah tak mampu. Penat. Mungkin berkaitan dengan paru-paru. Kemungkinan paru-paru berair dan perlu ditebuk.

Tapi kami rasa tidak perlu. Cukuplah penyakit yang ditanggungnya itu. Antibody yang lemah mungkin akan menyukarkannya lagi.

Kata-katanya tadi terngiang di telinga ku lagi.

Ya Allah betapa beratnya dugaan yang engkau turunkan kepadanya.

Aku menulis bukannya mahu memohon simpati. Aku hanya ingin kamu semua sama-sama berdoa supaya Allah meringankan beban yang ditanggung oleh tok. Doakan supaya dia terus kuat untuk menghadapi dugaan Allah.

Aku hanya mohon korang berdoa. Hanya doa yang aku perlukan. Dan aku harap, aku akan terus kuat untuk menghadapi semua ini.


Harapan adalah kekuatan setiap manusia


12 comments:

  1. big hug
    insyaAllah tok ko pasti ok

    bykkn solat hajat utknya
    >.<

    ReplyDelete
  2. insyaallah aku doakan dia cpt ok

    aminnnnnnnn;)

    ReplyDelete
  3. insyaallah aku doakan dia cpt ok

    aminnnnnnnn;)

    ReplyDelete
  4. semoga tok wan sehat kembali ;)

    ReplyDelete
  5. harap2 semuanya selamat.amin

    Entry terbaru dari Hazzy,
    Curi Dunkin' Donut Munchkins?

    ReplyDelete
  6. ye kite doakan agr tok cpt sembuh... sy fhm keadaan kamu skunk..?? huhu :(
    mkite hanya mampu berdoa kepada yg esa..

    ReplyDelete
  7. *hugs

    doakan moga tok sis cpt sembuh..amin..

    ReplyDelete
  8. luahkanlah di sini setiap rasamu, maksu doakan moga tok diberikan kelegaan semula, aminn

    ReplyDelete
  9. skang camner dah keadaan tok..harap dah makin sihat.walau sakit tok mungkin tiada ubatnyer tapi percayalah kehadiran anak-anak dan cucu-cucunyer disisi adalh ubat yang paling mujarab untuk dirinyer..kalian adalah kekuatannyer..

    semoga adik terus tabah..jangan pernah putus asa untuk menaruh harapan kerana harapan adalah satu perjuagan..kuatkan hati dik..moga semuanyer dipermudahkan..banyakkan berdoa moga tok dapat melaluinyer dengan tenang...

    ReplyDelete
  10. mudah-mudahan tok akan cepat sembuh.. kita semua mendoakan nya..amin..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi