Thursday, July 15, 2010

LELAKI, KENAPAKAH KAU TURUT DILUKAI?




Selalunya aku asyik menulis pasal perangai lelaki saja. Mungkin tidak adil bagi lelaki kerana aku asyik menyebelahi wanita. Tapi kena ingat aku wanita sudah semestinya aku menulis mengikut persepsi wanita. Lagipun ini adalah berdasarkan pengalaman aku berdepan dengan lelaki.

Ceh macam la ramai sangat kan? Tapi pengalaman yang aku dapat sudah cukup untuk mengajar aku. Tapi kadang-kadang aku ni jenis tak reti-reti nak serik. Ye la mana kita nak tahu orang yang hadir tu tak seperti mereka yang pernah melukakan hati aku.

Tapi aku tidak pernah menyesal mengenali mereka kerana mereka pernah jadi sebahagiaan dalam hidup aku. Jadi biarkan ia tinggal kenangan seperti lagu Saleem itu. Hehehe...

Dan tadi aku berjumpa seseorang kawan kepada kawan aku. Dia lelaki. Smart. Agak khacak. Ada janggut. Tapi hanya sekilas saja aku memandangnya. Lelaki kachak bukan taste aku. Sedang-sedang saja sudah cukup. Lagipun aku tak layak untuk mereka yang kachak. Cukup aku namakan dia si Janggut.

Selepas si Janggut berlalu pergi. Kawan aku bercerita pada aku mengenai Si Janggut. Dia lelaki Kachak pada pandangan aku. Punya segalanya. Baik hati. Tapi sayang dia sering dikecewakan dan dipermain oleh wanita.

Menurut kawan aku, Si Janggut ini bila sudah sukakan seseorang dia hanya akan setia pada wanita itu. Sanggup lakukan apa saja walaupun terpaksa keluar membeli makanan untuk teman wanitanya di kala tengah malam. Adat bercinta di IPTA la kan?

Wanita yang disukainya bukan calang-calang orang. Semestinya wanita yang cantik, lemah lembut dan sopan santun. Tapi itu hanya luaran yang sering membuat lelaki terpedaya dan sering membuat lelaki meletakkan syarat untuk memiliki wanita seperti itu. Betul kah?

Menurut kawan aku lagi, bila si janggut mengajak teman wanitanya keluar nak tahu alasan apa yang si chantek beri? " Sory, I tak biasa keluar dengan lelaki" WTFish! Nak tahu sebab apa aku cakap WTF! Sebab perempuan itu hipokrit. Berlagak baik. Tapi hakikatnya di belakang si janggut itu boleh plak keluar dengan lelaki lain. Apakah???

Perempuan chantek memang begitukah? Demand ye? Kau berlagak baik, sopan santun dan lemah lembut tapi di belakang lelaki kau macam celaka. Kasar sangat ke ayat aku ni?



Bukan tujuan aku nak menghina kaum sejenis aku. Tapi inilah hakikat yang kebanyakan lelaki terpedaya. Korang jangan ingat perempuan yang chanteq, lemah lembut dan sopan santun itu sebenarnya begitu.

Hakikatnya ramai berselindung di sebalik topeng. Sebab itu ada juga lelaki yang dimainkan mungkin terpedaya kerana luaran yang dilihatnya.

Tapi tak semua wanita chanteq yang lemah lembut begitu ok? Ada yang memang dilahirkan begitu. Dan didik dengan begitu. Sekali lagi aku ulang bukan semua ok?

Bukannya aku tak pernah jumpa wanita begitu. Di depan lelaki alahai lemah lembut nya bagai nak ditiup angin kalau berjalan tu. Tapi kalau di belakang dan sedang lepak dengan kaum sejenis ketawanya saja boleh mengalahkan pontianak yang mengilai.

Aku bukan cemburu. Cuma aku tak suka orang yang hipokrit begitu walaupun memang susah untuk kita jujur pada orang. Aku juga kadang-kadang terpaksa menjadi hipokrit walaupun aku sendiri tak suka perangai macam tu.

Bagi wanita-wanita di luar sana, janganlah mainkan lelaki yang betul-betul sukakan anda. Kalau tak suka terus terang saja tak suka. Tak suka tak bermakna tidak boleh menjadi kawan kerana mana tahu 1 hari nanti orang itulah yang akan menolong anda bila anda dalam kesusahan.







Aku takut nak melukakan hati orang walaupun kadang-kadang aku tetap melukakan hati orang lain tanpa aku sedar.

15 comments:

  1. macam2 kan perangai manusia ni...huhu...memang best dapat kenal awek cun...perangai leh kenal juga masa tu sblum declare jadi kapel

    ReplyDelete
  2. Hemy,

    tuah masing2..

    or mungkin bertukar menjadi malang

    ReplyDelete
  3. salam....
    bab ni no komen la....baik pompuan kan mau lelaki...ada jer kesnyer...buat gadis...moga bertemua yang sesuai ngan test dirimu...klasssss kau gadis

    ReplyDelete
  4. pak long,

    salam..

    hehe..klassss nyahhhh...

    ngeh3..

    ReplyDelete
  5. kadang2 bile kite baik, org plak yg tak baik.
    bile kite setia, kite plak yg sering terluka.

    but for me, tak penah terpikir nak lukakan ati spesies dorg. cuma nak balas dendam tu mmg nak la.. niat je. tak penah tercapai pon.. hehe. biarlah. ade hikmah sume tu. Biar Allah je yg balas sume.

    kite hanya buat yg terbaik dlm hidup kite. chill ;)

    ReplyDelete
  6. akhirnya lu paham perasan gua... tabik sama lu minah

    ReplyDelete
  7. yups....
    tq kerana setuju



    den nak kongsi video yang mampu buat ekau muda 10 tahun dari usia sebenar selepas menontonnya

    p/s : Lagu Waka Waka versi terbaru..Shakira Kalau Tengok Nih Confirm Nangis

    ReplyDelete
  8. sofea,

    kalo nk balas dendam tu xbgs sgt la..

    pcaya hukum karma??

    what u give u get back..

    so setiap perkara yg berlaku pasti ada balasannya..

    =)

    ReplyDelete
  9. Aliesya,

    jadi seperti kamu??

    bagaimanakah?

    ;P

    ReplyDelete
  10. brutalsolo,

    gua paham lu..

    walopon brutal, hati lu ada taman..

    hikhik

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi