Thursday, August 26, 2010

APA KATA CIK GADIS: JADI LESBIAN LEPAS DIKECEWAKAN LELAKI???


SAYA remaja berusia 19 tahun dan mempunyai seorang kekasih perempuan sebaya. Kami bercinta kerana masing-masing sering mengambil berat hingga tercetus perasaan sayang.

Mulanya saya seorang gadis normal dan setia pada yang satu namun lelaki tidak pernah menghargai cinta saya malah saya pernah putus tunang.


Tinggal enam bulan saja kami akan berkahwin dan hati saya hancur dengan kejadian itu. Mungkin Allah hendak tunjuk dia bukan jodoh saya, dia keluar dengan perempuan lain di hadapan mata saya dan banyak gigitan cinta di lehernya.


Sejak saat itu, saya buang lelaki dalam hidup dan membenci mereka. Mereka hipokrit.


Akhirnya, saya jumpa 'kekasih' saya. Dia sangat baik, lemah lembut dan penuh pengertian. Dialah segala-galanya dalam hidup saya walaupun tahu hubungan kami berdosa besar dan sedar ia tidak akan kekal lama.


Masalahnya, apakah yang harus saya lakukan untuk menghadapi masa depan kerana langsung tiada perasaan kepada kaum lelaki. Hati saya hanya untuk perempuan. Baru-baru ini, kawan saya memperkenalkan dengan seorang kawan lelakinya namun dia juga seperti bekas tunang menyebabkan saya tambah kecewa dan membenci kaum Adam.


Susahnya saya hendak terima lelaki dalam hidup. Saya buntu dan takut mati sebelum sempat bertaubat.


Bantulah saya.


Maya Percintaan
Kedah

SUMBER DARI SINI




Usia baru 19 tahun. Masih muda dik oi..... Apa la nak susah hati sangat bila ada lelaki mengecewakan hati tu. Banyak masa nak mencari cinta lagi. Lainlah akak ni. Hehe..

Lagi pula dah terang-terangan tulis "dia keluar dengan perempuan lain di hadapan mata saya dan banyak gigitan cinta di lehernya." So lelaki itu bukanlah lelaki terbaik dek non oii..

Sepatutnya bersyukur terhindar dari lelaki macam tu. Allah pelihara lagi maruah diri tu jika nak dibandingkan dengan perempuan lain yang dah tergadai maruah tu.

"Akhirnya, saya jumpa 'kekasih' saya. Dia sangat baik, lemah lembut dan penuh pengertian. Dialah segala-galanya dalam hidup saya walaupun tahu hubungan kami berdosa besar dan sedar ia tidak akan kekal lama. "

Memanglah dia lemah lembut dan penuh pengertian nama pun perempuan dek non oi.. Perempuan sama perempuan ni lebih memahami isi hati perempuan sebab tu si dia tu penuh pengertian. Tapi apa kess kalo dah tahu tak boleh bersama berdosa besar pulak tu kot celah mana nak bersama lagi tu?

Bagi aku remaja ni keliru tambahan pula baru dikecewakan lelaki dan bila ada perempuan yang lebih mengambil berat tentang diri dia, secara automatiknya dia jatuh cinta sesama jenis sedangkan tu hanya mainan perasaan dan kekeliruan emosi yg hadir dalam diri iaitu ada rasa dihargai dan dilindungi.

Kalau ada yang mengalami sindrom putus cinta berkali-kali macam budak popuan ni dan juga macam aku ni jangan lah p berubah arah pada sesama jenis plak. Banyak hikmah sebenarnya bila putus cinta. Itu maknanya lelaki/perempuan itu bukanlah jodoh terbaik untuk kamu.

Orait???


22 comments:

  1. disebabkan kurangnya didikan agama jadi ler mcm tu.. dunia akhir zaman..

    ReplyDelete
  2. setuju tu..byak hikmah so kena sabar je

    ReplyDelete
  3. betul!..lelaki bersepah2 kat luar sana dik..tp carilah yg betul2..bercinta byk2 kali la yg best..baru setailo..haha!

    ReplyDelete
  4. kena byk2 bersabar, banyak lagi harus dia lalui

    ReplyDelete
  5. mizz sue,

    orang skrg selalu tidak sabar untuk bersabar

    ReplyDelete
  6. MDT,

    Memang stylo la byk kali bercinta...

    tapi nk cari yg betul2 tu masyaallah punya la ssh..

    ReplyDelete
  7. cam xde pegangan agama je minah tu...aduhai dunia skrg ni mcm2...

    ReplyDelete
  8. kesian kan?? budak baru nak besar.. tersalah arah lak.. perlu bimbingan

    ReplyDelete
  9. nak nasihat banyak pn tak gune..sume rasa diri betul..payah!!

    ReplyDelete
  10. Kah kah kah...ni semua terpengaruh dengan orang putih ni..

    kah kah kah

    -sharkox-
    Entri terbaru tentang warna

    ReplyDelete
  11. Hantwo,

    bila dunia semakin maju,

    manusia semakin jahil

    ReplyDelete
  12. hentak belipat,

    nasib baik bukan lemah jantung..

    ReplyDelete
  13. bengong la pompuan ni...xde nikmay sesama jantina. ngok meh sini aku sekeh dia.

    ReplyDelete
  14. cam besa bce je artikal ni... tp xsure la kt mne...

    igt3 la tuhan... fikir dlu sblm buat.... :-?
    DUNIA INI HANYA SEMENTARA.....

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi