Saturday, August 21, 2010

KEHILANGAN: AKU RINDU KUCUPAN ITU

Kehilangan.

Aku takut pada kehilangan dan seboleh-bolehnya aku cuba mengelak untuk menulis pasal kehilangan. Kehilangan untuk selama-lamanya dan kita sendiri tidak akan dapat ketemu lagi orang yang kita sayang.

Aku tidak terbuka bila bercakap tentang kehilangan. Aku takut untuk menangis. Ya kehilangan itu membuatkan kita menangis dan kehilangan boleh membuatkan kita rasa kosong.

Semalam aku mimpi menangis. Menangis rindukan arwah. Aku menangis sungguh-sungguh. Menangis yang tidak pernah aku lakukan di dalam dunia yang nyata sejak aku kehilangan arwah.


Arwah, sepanjang hidup aku, belum pernah aku dengar dia cakap pasal orang lain, mengumpat atau memperkatakan tentang orang lain, tidak pernah aku dengar dia marah-marah orang lain, tidak pernah sedikit pon dia memburuk-burukkan orang lain, percayalah tidak pernah.

Di zaman kanak-kanak aku bersama arwah, beliau selalu memberi nasihat supaya titik beratkan pasal agama, jangan sesekali meninggalkan solat. Itu yang selalu dia pesan pada aku. "Kalau nak cari suami, cari yang ada agama". Kata-katanya yang akan aku pegang.

Masa arwah sakit sejak 3 tahun dulu dan menjadi mangsa penyakit barah payudara, arwah tidak pernah merungut. Arwah tidak pernah merungut jika dirinya terpaksa menahan sakit akibat kimoterapi.

Urat-urat tangannya menjadi mangsa jarum-jarum. Lebam-lebam di tangannya akibat ujian darah, kuku menjadi hitam kesan kimoterapi dan rambut-rambutnya gugur satu persatu, dia langsung tidak pernah merungut. Aku kagum dengan arwah.

Arwah hatinya baik. Tidak pernah dia memburukkan menantu, langsung tidak pernah. Jika anak menantu balik, dia yang akan melakukan kerja-kerja dapur dan tidak pernah langsung merungut.

Bila ada menantu yang perangai macam "hantu" yang membuatkan dia selalu menangis tidak pernah juga aku dengar dia merungut. Perangai anak-anak yang kadang-kadang sangat menyusahkan aku kira, tidak juga langsung dia bersungut. Tidak langsung.

Aku tahu, aku lalui dan tahu apa yang berlaku kerana separuh hidup aku adalah bersama arwah. Aku tinggal bersama arwah sejak aku dilahirkan. Aku tahu apa yang berlaku, aku tahu.

Dan bila dia meninggal, aku yang memandikan jenazahnya. Walaupun aku rasa mahu pengsan kerana terlalu sedih bila melihat arwah, aku gagahkan jua kerana aku sendiri mahu memandikan arwah.

Dan orang yang ditugaskan untuk memandikan arwah turut menangis. Kerana apa? Kerana sepanjang tugasnya memandikan jenazah, inilah jenazah pertama yang dia temui bersih dari najis-najis. Langsung tiada najis, suci dan bersih. Alhamdulillah.

*Sebak*

Aku rindu arwah. Dan aku tahu, walid aku sangat berpuas hati kerana dapat berbakti pada emaknya hingga ke hujung nyawa.

Raya kali ini tidak lagi bermakna kerana aku tidak lagi dapat mencium tangan arwah untuk meminta ampun.



Al-fatihah untuk Hajjah Sirun@Saharah bt Othman

Kembali ke rahmatullah 16 Syaaban 1431


16 comments:

  1. AL Fatihah...

    kita hanya mampu belek gambar yang ada.itu la guna nye gambar

    ReplyDelete
  2. AL-FATIHAH...
    semoga arwah aman disana..

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah... tumpang sebak sama.

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Al-Fatihah....
    Kemunculan Syawal yg bakal tiba menggamit segala kenangan...

    ReplyDelete
  5. cik itam xtau cm ne nk hadapi kalau dah tibe tyme cik itam nt...
    sabar bebnyk k./

    ReplyDelete
  6. salam,

    alfatihah buat arwah, semoga ditempatkan bersama2 org yg beriman, amin

    ReplyDelete
  7. Al fatihah semoga rohnya ditempatkan golongan beriman..

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah, semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Amin.

    ReplyDelete
  9. Al-Fatihah.

    Pernah terfikir, bila saya mati nanti, apa yang orang akan cakap? Adakah "budak ni baik sungguh, tak pernah mengata org"..ataupun "mati lagi baik budak ni. hidup pon menyusahkan org"..itulah kan, manusia mati meninggalkan nama..

    Syukur sebab arwah baik, semoga rohnya ditempatkan dengan para solihin..

    ReplyDelete
  10. ya Allah, tabahkanlah hatinya..aminn

    ReplyDelete
  11. kita hanya mampu hadiahkan al-fatihah kepadanya..

    AL-FATIHAH

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi