Sunday, August 29, 2010

SENTAP - MENYENTAP



Selalu ada saja kita dok sentap dengan kawan-kawan. Sentap sana, sentap sini. Tu memang adat la dalam berkawan.

Tambahan pula kalau dalam hati kita ni ada bunga-bunga cinta. Taman bunga katanya ha lagi dok menyentap tak habis-habis. Tak kiralah lelaki ke perempuan ke sama jer.

Hidup GKSB ni dikelilingi oleh kawan-kawan yang bermulut puaka dan ada juga mulut puaka tahap neraka hahaha... Bayangkan betapa dasyatnya. Tapi telinga dan hati GKSB dah kebal sangat.

Dah nak dekat 3 tahun kat U ni dan bersama masing-masing dh kenal sangat perangai tu so memang tak ada istilah nak sentap menyentap segala bagai. Yang penting hati kena kering.

Gurauan memang kasar dan selalu juga GKSB menjadi mangsanya apatah lagi kalau ada saja benda yang kita tersilap buat ke sebut ke memang kena bersiap sedia la untuk jadi bahan hahaha..Silap-silap 7 keturunan pon tak habis lagi ye la tiap kali jumpa ada saja yang diulang-ulang.

Hahaha..Tapi GKSB memang tak amik hati, anggap je sebagai gurauan dan kadang-kadang GKSB pon siap gelak-gelak lagi. Baru happy hidup. Sampai kan kadang-kadang GKSB rasa mulut GKSB pon dah macam puaka gak hahaha tapi belum tahap neraka lagi la keh3...


Kawan-kawan GKSB



Cuma tak semua orang boleh accept gurauan kasar macam tu. Hati manusia ni lain-lain kan? Cuma bila GKSB dengan kawan-kawan memang dah paham sangat perangai so tak kisah sangat kalau kena bahan tu. Nama pon bergurau hehehe..

Kalo kena maki-maki tu dah jadi adat. Tapi maki dalam gurauan la. Buat maki sungguh-sungguh makan kasut la jawabnya bila berbuka puasa nanti.

Kalau yang geng-geng berhati lembut ni memang tak kan boleh accept mahu sentap 44 hari. So apa cerita pula ngan geng-geng ampa? Asyik sentap juga ka?


Kadang-kadang kalau tak ada sentap-menyentap ni tak ceria hidup


17 comments:

  1. yaww hidup mmg xceria bila cepat jeh tacing



    org pun fedup weh


    tehee

    ReplyDelete
  2. kalo x terasa x palah..
    tpi yg terasa ?
    mesti dendam punya

    ReplyDelete
  3. member rapat ok jer buat mcm tu ,bru ler kita mkin rapat ,yer tak..

    ReplyDelete
  4. Jangan setap kain sudah !

    hahahaa

    ReplyDelete
  5. life kami,

    betul tu..memang makin rapat mungkin kenangan tu yg akan diingati bila dh berpisah nanti

    ReplyDelete
  6. lepak lama2 kat blog GKSB ni layan lagu...heheheeh

    ReplyDelete
  7. ya betul.
    rambut sama hijau,
    hati merah lain2x.
    hahahahah

    ReplyDelete
  8. aku yg tukang kutuk..so takleh jawab..kena tnya geng aku la..tp cm ok je diorang..ahahaha

    ReplyDelete
  9. Hemy,

    haha..ko tak jumpa buku bertemu ruas lagi la tu..

    ReplyDelete
  10. owh
    kitaorang semua gurau pun kasar2
    kalau sentap pun xbagitau
    hahaha
    masing2 tahu sendiri
    kahkahkaha

    P/S : Semangatnya Nak Balik Kampung!

    ReplyDelete
  11. tu dia aihhh.. takut nak campoQ.. mulut puaka.. :p

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi