Wednesday, August 18, 2010

SENYUMLAH KERANA SENYUM ITU PENAWAR DUKA

Salam Ramadhan al-Mubarak.

Diam tak diam dah 3 bulan gak la aku berstatus kan single Hehehe... Baru lagi.. Masih bergelar janda hot gitewww.. Eh bila plak aku kahwin ni?? Huhuhu..


Dan bila berstatus single ni rasa lebih bebas. Bebas untuk melakukan apa-apa pon tanpa perlu memikirkan hati yang perlu dijaga. Aku mahu menjadi diri sendiri. Bukannya menjadi apa yang orang lain inginkan.

Aku tak pernah peduli apa tanggapan orang pada aku. Sebab aku lebih kenal diri aku lebih dari sesiapa pun. Orang hanya melihat sekali kemudian menilai tanpa mengenali terlebih dahulu. Itulah kesilapan pertama yang selalu kita lakukan.


Orang susah nak faham aku. Dan orang susah nak teka apa yang ada dalam hati aku dan apa yang aku fikirkan. Aku tak pernah mengharapkan orang cuba paham aku tapi cukuplah cuba untuk mengerti bagaimana aku.

Mungkin seorang yang kasar? Mudah tersenyum dan ketawa setiap masa. Namun ada orang yang cuba untuk mengerti apa yang aku rasakan? Tidak bukan?


Namun tiada paksaan. Aku suka memerhati bagaimana orang ini dan bagaimana orang itu. Dan adakalanya aku sendiri susah nak faham.

Kawan baik tiba-tiba dalam sekelip mata saja boleh menjadi seperti orang yang pernah kita tidak kenal sedangkan dulu selalu susah dan senang sama-sama tapi kenapa ia jadi begini?

Tanpa ada sebab untuk aku ketahui mengapa ia berlaku? Dan aku juga tidak melakukan apa-apa untuk mengetahui mengapa ia berlaku.

Namun, aku tidak pernah melupakan orang yang pernah berbudi pada kita. Sampai mati pon aku akan ingat walaupun kita semakin menjauh dan aku sendiri seperti tidak mengenalinya lagi. Tapi sungguh aku sayangkan dia.


Dan aku terus tersenyum macam ini..


Terus menganggap bahawa aku gembira. Gembira dengan keadaan sekarang. Ya aku gembira. Gembira untuk tersenyum dan gembira melihat orang lain tersenyum melihat aku biarpun hati ku menangis pedih.

Dugaan demi dugaan aku lalui. Cuba untuk menguatkan diri, cuba menunjukkan bahawa diri ini sangat tabah sedangkan hakikatnya sentiasa berperang dengan diri sendiri.


Dari orang yang aku mengharapkan bersama-sama berkongsi kebahagiaan tinggalkan aku, kemudian kes aku yang kena ragut dan terbaru tok yang jaga aku dari kecil meninggal dunia dan aku seorang diri hadapi semua ini.


Untuk apa kita mengharapkan orang yang tidak pernah mengerti. Yang tidak akan rasa beratnya dugaan yang aku tanggung dan tidak akan pernah tahu setiap saat aku berperang dengan perasaan sendiri.


Ya. Aku senyum. Sentiasa tersenyum. Kerana aku tahu senyum itulah penawar duka.








10 comments:

  1. bawa banyak2 basabar itu semua dugaan dariNya mesti ade hikmahnya mana tau akan lebih baik dr sebelum...

    ReplyDelete
  2. aku pon single gak
    smpai skunk aku rase xok
    tapi kna wat2 ok..
    huhu

    ReplyDelete
  3. ko layan lagu m daud kilau tu kompem okkk

    ReplyDelete
  4. Adik manis ..

    sangat manis senyuman itu .
    Sabar ok .

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. salam,

    yup senyum itu sedekah
    senyum buat kita bahagia dan org2 sekeliling kita juga,
    tak rugi senyum kerana terapi awet muda juga hehe.

    ps: uhuh mesti howt ni, pic seme di apit oleh kumbang2? ekekekek

    ReplyDelete
  7. senym penawar duka, adakalanya dgn senym kita boleh terlupakan masalah kita dan kita boleh easily handle

    ReplyDelete
  8. oh desa Gemilang..heeee,mlm nih g terawih kat atas cafe tu dop???

    :))

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi