Thursday, September 30, 2010

KEGUGURAN

Penat.


Itu saja ayat yang aku rasakan sesuai bagi menggambarkan sepanjang minggu ini.

Tugas sebagai pelajar kadang-kadang memberi tekanan yang amat sangat.

Rambut dari hari ke hari semakin banyak yang gugur.


Dari rambut panjang yang lebat yang dikagumi oleh orang pada zaman jahiliah dulu kini sudah tinggal nipis, pendek dan tak bermaya.

Sejak bertudung sejak 7 tahun dulu alhamdulillah kekal sampai sekarang.


Tapi masalah rambut gugur semakin teruk. Kadang-kadang walaupun hanya mengusap rambut sampai segenggam rambut gugur.

Adakah ini tanda-tandanya aku mengalami stress yang amat sangat???


Tadi sempat bersembang dengan classmate yang aku panggil kakak. Sebelum ni dia bekerja dan kini sambung belajar dengan kemasukan khas.


Dia cakap "Akak rasa masa akak kerja tak stress macam ni. Rambut akak pon banyak gugur, lagi teruk masa akak kerja dulu"

Memang sebagai student akan stress eyh?? Tambah-tambah kalau assignment banyak gila dan tarikh akhir hantar nak dekat sama.

Arghhh tolong...lama-lama botak kepala aku. Dah potong pendek pon masih gugur?


Takkan bila dah kahwin nanti nak suami cakap cam ni

"Muka ayang comel, tapi sayang botak rupanya"


Tak boleh nak bayang. Haisyooo...






Ingatkan dah final year bleh rileks rupanya lagi meroyan~

14 comments:

  1. Masa belajar memang sangat2 stress... sebab tu kena luangkan sikit masa berehat dan beriadah.

    Apa yg penting, kena kawal perasaan agar tidak terganggu. Jangan fikirkan stress dan tekanan kerana byknya tugasan yang kena disiapkan, fikirkan penyelesaian utk selesaikan tugasan itu...

    Tapi, aku pun tgh stress juga ni...nk pegi berehat le lepas ni

    ReplyDelete
  2. kuasai minda,

    tak sempat nak berehat dah..

    time magrib cm ni baru nk rehat sat

    ReplyDelete
  3. rambut wa pun gugur sehelai demi sehelai semenjak ini.

    kenapa ye?

    adakah sudah jodoh kita bersama?

    maaf ya..


    takboleh..

    saya punya bidadari saya di mesir sana



    lalala

    ReplyDelete
  4. mofasad,

    aku tau hang rinddduuuu...

    cuba hang kumpul rambut hg yg gugur tu sampai bidadari hg balik

    ahaha

    ReplyDelete
  5. xpe..nanti leh pkai rmbut palsu..hikhik..

    ReplyDelete
  6. ceh.. ingat ka keguguran bayi.. haha..
    takpa2.. botak la baguih.. jimat wet xyah beli shampoo.. :D

    ReplyDelete
  7. ada ke belajar tak stres?

    musykil..

    ReplyDelete
  8. sabrlah..bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian..xpelah asal hati baik!

    ReplyDelete
  9. oh huhuhu tapi banyak sangat gugur tuh..

    boleh cuba tukau syampo ke.. hehehe

    mungkin boleh kuatkan akar rambut.. heheheh
    mana la tau kan..

    huhuhu

    ReplyDelete
  10. GKSB,
    gua juga mengalami keguguran rambut yang merisaukan gua. very the risau woo...

    papun, stress sebagai student lain, stress sebagai pekerja lain. zaman student juga yg besh. heeeee

    ReplyDelete
  11. ingt apa yg keguguran...hahaha...

    kak pon ada mslh rmbut gugur le...nk kata byk pk x sgt le..tp mmg kena pk...kekeke..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi