Tuesday, October 12, 2010

10 LAGI TIPS YANG BLOGGER PATUT TAHU



Hari tu aku ada tulis tips 10 perkara yang blogger baru patut tahu. Hari ni aku nak kongsikan lagi 10 tips perkara yang ampa patut tahu.


  1. Jangan sesekali copy Entry orang lain. Yang ni selalu jer orang buat. Copy entry orang lain bagaikan hak milik sendiri. Pastu dapat komen pujian dari orang lain. Kalau lepas ni nak dapat cacian dan kejian sekiranya rahsia ini terbongkar sila lah buat. Silap-silap blog ampa terpaksa ditutup. Mungkin ampa boleh amik idea yg sama dengan penulis lain tapi sila tulis entry mengikut kreativiti ampa sendiri.

  2. Word Verification. Ramai yang tidak menggemari sekiranya ingin menulis komen, tiba-tiba keluar plak word verification ni. Kalau salah tulis, kena tulis lagi. Kadang-kadang benda ni melambatkan dan ramai yang malas nak menulis. Jadi pada pendapat aku word verification ni tak payah letak kot. Tapi semua tu bergantung kepada tuan punya blog.


  3. Blogwalking dan Komen. Ampa kena rajin blogwalking. Selalunya ramai yang malas nak blogwalking tapi nak followers ramai macam mana tu? Dengan blogwalking ni ampa mungkin akan bertemu dengan blog yang menarik dan secara tak langsung boleh promote blog ampa juga. Tapi yang terbaik adalah ampa blogwalking dan komen.


  4. Tinggalkan pesanan lepas follow blog seseorang tu. Selalunya Tuan blog mungkin tak perasan yang ampa follow blog dia so cara yang terbaik tinggalkan pesanan.


  5. Elakkan dari tulis "jom follow i" atau "i follow blog u, u plak follow blog i". Kalo ampa dapat pesanan macam ni agak-agak ampa akan follow tak blog orang tu???


  6. Jangan cari pasal dengan blogger lain. Sebaiknya jangan cuba provok blogger lain untuk bergaduh. Maksudnya jangan dok kutuk blogger lain mengenai cara penulisan dia sebab masing-masing ada cara yang tersendiri. Kalau blogger tu ramai pengikut mahu bergaduh sakan nanti. Kalau nak tegur pon ada caranya betul tak?


  7. Jangan terlalu ghairah mengejar followers. Sebaliknya tulis la entry yang boleh menarik minat pembaca dan menyukai blog anda.


  8. Mengadakan contest. Make sure blog ampa dah dikenali oleh ramai orang. Ni followers tak sampai 10 dah nak buat contest. At least sediakan tapak yang kukuh baru boleh bina rumah (boleh diibaratkan macam ni la). Dengan cara ini blog ampa akan lebih dikenali dan dapat ramai kawan-kawan baru.


  9. Jangan lupa daftar nuffnang. Jangan jadi macam aku dah nak masuk 3 tahun jadi blogger baru hegeh-hegeh nak buat nuffnang. Terasa ruginya apatah lagi bila tengok orang lain masyukkkkk jer.


  10. Ikhlas menulis dan kembali pada matlamat asal anda. Elakkan dari dengki mendengki pada orang lain. Selamat menulis. =)



P/S : JURI MASIH DALAM PROSES MEMILIH PEMENANG CONTEST SENYUMAN MANEH. SUSAH WOOO...SUMA MANEH-MANEH


45 comments:

  1. saya suka yg no.5 tu.. sebab saya pun slalu dpt mesej mcam tu..... kdg2 dia paksa lg kita follow dia lg.. . haih.. x brp suka mcm tu..

    ReplyDelete
  2. hehe~ thx 4 d tips kak!! ^__^

    ReplyDelete
  3. yup...setuju tapi awe belom masa nak buat contest...ada niat gak tapi tak tahu bile..heheh..suke tips dan peringatan macam ni...

    ReplyDelete
  4. dulu awal2 tulis blog ada jugak copy2..maklumlah, baru belajar..tak tau nak tulis apa..huhu..

    ReplyDelete
  5. Pandainyaaa....anak sapa lah ni agak nya kann.....

    ReplyDelete
  6. Ass-Salam sis
    Kak Hazel berblog hanya suka2...so tak register Nuffnang ni...

    smile! paling maneh nooo!

    ReplyDelete
  7. blog dah 2 thn tp baru bulan lepas dftr nuffnang..rugi2..T_T

    nice n3..blh diaplikasikn ni..tq ek.

    ReplyDelete
  8. nasihat yang sangat berguna..actly,kembali kepada niat asal nk berblog..kalau kita nak follower,kita akan dapat..kalau kita nak kutuk orang,pon kita akan dapat..kalau kita nak share ilmu,tu pon kita dapat..so terpulang niat msg2..

    Post Terhangat...

    Kamu Boleh Mandi Arak..

    ReplyDelete
  9. @mat gebu,

    wah terujanya... umi saya peminat mat gebu...

    thanks komen kat blog ni.. =)

    ReplyDelete
  10. @hazel,

    sis, dulu pon sy pk cm tu gk, tp tiba2 rasa rugi plak sbb xregister lebih awl

    ReplyDelete
  11. u follow, i follow.. haha.. what the duck..

    hhmm...setuju ngan yg no2 tu.. nyusahkan boh word verification.. tp mayb dia nk elak spam kot.. tu hak masing2 kan.. :D

    ReplyDelete
  12. solihin,

    betoi tu..sebab tu tulis semua terpulang pada tuan blog =)

    ReplyDelete
  13. tips yg sangat bagus..semoga kita happy dalam berblog nie n dapat kawan2 yg ikhlas

    ReplyDelete
  14. tengs 4 tips reminder 2...sampai skrg PCL x penah buat contest..huhu x ckp ramai flwer??

    ReplyDelete
  15. ooo..ku suke BW tp slalu lupa nk tggal jejak..huhuh..nih ku tinggalkan jejak nih..

    ReplyDelete
  16. intan: moga2 begitulah hendaknya


    miss cloudy: give me five


    nazz: sama-sama


    pakciklie: welcome


    fara: terima kasih tinggalkan jejak

    ReplyDelete
  17. tips yg sngt bagus...

    nk copy n3 org tu tak salah...tp perlu di kreditkan empunya n3 itu..jgg buat muka tak malu..mengaku itu n3 kita...

    bab I follow u...u follow i balik...melalui pemerhatian sy...kebanyakkan blogger baru suka amalkan konsep ini...

    hope..para blogger tidak amalkan lagi kesilapan2 sepertimana yg telah disenaraikan.. :)

    HAPPY BLOGGING... ;)



    jom ke APA KATA HATI pulak,
    CERMIN KU RETAK SERIBU

    ReplyDelete
  18. kak , cmne nk daftarr nuffnang ? haish

    ReplyDelete
  19. Salam...nk letak ur tipz kt my blog blh??hihihi..cam besh jew...berguna kpd yg lain..time kaceh 4 da tips ya...

    ReplyDelete
  20. sis,suke ngan tips2 sis bagi sume nih..
    setuju sgt ;))

    ReplyDelete
  21. sangat hargai semua tips yang diberikan.. terima kasih..

    ReplyDelete
  22. Salam..akak nak belajar la dgn adik maneh ni..camna nak tarik followers..tima kasih la sebab bagi tips2 yang amat berguna ini....

    C U when I C U..hehe

    ReplyDelete
  23. KAK GKSB TERBAEKK.. AUWWW..

    HAHAHA

    ReplyDelete
  24. ang mmg loklaq la nub..

    eh aku lak yg tlg jwb kt blog org nih.. hahahaha...

    apa2 pon klu kita rasa org dah copy N3 kita ka apa ka..

    selagi N3 yg di copy tu bleh mndatangkan kebaikan redhakanlah..

    sharing is caring kan..

    x gitu cik GkSb..

    ReplyDelete
  25. thanx yea bg tips..i'm love it!!
    sy bru jew blogging nie.so,byk lagi yg nk kne blaja..2 la gune tutorial yg u bg :) thanx

    ReplyDelete
  26. info yang baik dan berguna sebagai panduan untuk org baru seperti saya. hehehe

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi