Monday, October 4, 2010

10 PERKARA YANG BLOGGER BARU PATUT TAHU




Sekarang ni makin ramai yang sudah ada blog sendiri. Itu sudah bagus. Sama-sama memeriahkan arena blog ini hehehe..

Tapi mesti ramai yang tercari-cari idea mengenai apa yang nak ditulis, bagaimana bentuk blog ampa, bagaimana nak menarik minat pembaca dan yang paling penting menambah bilangan kawan-kawan.

Aku start blogging sejak dari tahun 2008. Masa mula-mula pon memang gaya penulisan aku macam hampeh sket hehe... Sampaikan orang kata blog aku ni blog jiwang. Yela tujuan aku buat blog masa tu hanya sebagai nak mencoret isi hati jer.

Tapi sekarang rasanya penulisan aku lagi ok dari dulu. Tak ada la jiwang-jiwang sangat kan? Sila jangan godek entry lama2 cheq malu yer.... Huhuhu...

Nak kata aku ni bagus sangat tak ada la, masih banyak kelemahan yang perlu aku pebaiki. Dan rasanya tak salahkan kalau aku nak kongsi tips ataupun mungkin teguran untuk new blogger. Walaupun ramai otai-otai blogger dah buat entry macam ni, tapi ni versi GKSB pulak.



  1. Gaya penulisan dan ejaan. Serius aku cakap kan adakalanya aku tak paham apa yang ampa tulis. Mungkin terlalu banyak sangat singkatan dan cara ejaan yang lain. Contohnya minx=mintak, dye=dia, itew, ta=tak dan macam-macam lagi la. Aku ni kolot sket memang agak tak paham. Kalo singkatan yang biasa-biasa aku paham la juga dan kadang-kadang aku pon guna singkatan contoh mcm perkataan sket td untuk sikit.


  2. Tulisan tak ada perenggan. Sebaik-baiknya ampa buat perenggan. Adakalanya ampa main tulis satu N3 (entry) tu tak ada perenggan. Mungkin agak kurang menarik dan susah orang nak baca.


  3. Tulisan terlalu kecil. Boleh kata mata aku ni tak berapa nak clear sangat. Orang utara kata jenuh pedo nak baca pon. Jadi pilih la saiz tulisan yang bersesuaian untuk entry. Jangan terlalu kecil sangat.


  4. Tulisan warna-warni. Yang ni memang pening baca. Perenggan atas warna lain, perenggan bawah warna lain boleh kata setiap perenggan macam-macam warna dah dia bubuh.


  5. Widget. Widget yang terlalu banyak sampaikan nak loading mengambil masa yang lama. Memang la cantik kalo hias guna banyak widget tapi jangan sampai terlalu banyak dan buat berat blog jer. Selalunya kalo lambat sangat aku terus pangkah jer. Malas nak menunggu.


  6. Kotak Followers. Kalau boleh letak di tempat yang senang nak cari. Contohnya kat bawah header. Aku ni jenis kalau cari barang jenis tak jumpa, so kadang-kadang cari kotak followers pon tak jumpa gak hehe. Mungkin ampa letak terlalu bawah sangat kot.


  7. Shoutmix, or shout box. Wajib ada senang untuk orang lain blogwalking dan meninggalkan pesanan. Secara tak langsung kita pon akan dapat kawan baru.


  8. Perlu ke ada lagu? Boleh jer kalau nak letak lagu tapi kena pastikan lagu yang jenis sedap didengar dan tak menambahkan tension. Kalau jenis lagu rancak-rancak ni, tak semua orang suka dengar. Kalau nak letak juga sebaik-baiknya yang ada butang pause.


  9. Jangan sombong. Pastikan diri anda jenis friendly. Rajin-rajinkan menegur dan meninggalkan komen supaya tuan rumah sedar akan kehadiran anda. Tapi ramai gak lebih suka jadi silent reader.


  10. Variasi. Kena pandai variasikan gaya penulisan. Contohnya kalau hari ni kita tulis pasal emosi, esok mesti kena happy balik.

Rasanya ini saja yang aku nak kongsikan. Walaupun blog aku ni tak la bagus sangat, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang ingin aku kongsikan dengan ampa.

Selamat ber blog pada new bloggers dan teruskan menulis dengan ikhlas =)

Ikhlas dari GKSB





75 comments:

  1. Hei..GKSB menulis tips2 berblog nie...
    ok..

    Blog yg seronok di baca ialah, tiada lagu, warna tema yang tak sakit mata, widget yang minima, tulisan yang tak terlalu kecik, tulisan tak berkaler2 macam lampu krismas, tidak meng'shortform' kan perkataan seperti dalam SMS, sampai tak paham dan bukan blog cite pasal pakwe or makwe..hahah

    BTW, nape tulis N3 instead of ENTRI?? hehe

    ReplyDelete
  2. the sharkox,

    masih difahami dan bukan sampai tak faham =)

    ReplyDelete
  3. berkongsi ilmu...
    best bile semakin ramai blogger ni...hehe

    ReplyDelete
  4. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN TIPS

    ReplyDelete
  5. bab yang ejaan pelik2 tu aku memang setuju sangat!!!! meluat pun ada kadang2 nak baca tu..............

    satu lagi kalau yang jenis pasang lagu aku tak kenan sangat sebab aku suka bukak banyak2 blog sekaligus time BW. soo caca merba la lagu2 nak berebut ke udara. he he...........

    ReplyDelete
  6. bab yang ejaan pelik2 tu aku memang setuju sangat!!!! meluat pun ada kadang2 nak baca tu..............

    satu lagi kalau yang jenis pasang lagu aku tak kenan sangat sebab aku suka bukak banyak2 blog sekaligus time BW. soo caca merba la lagu2 nak berebut ke udara. he he...........

    ReplyDelete
  7. alamak! ceq la slalu wt short form ni.hehe.
    tima kaseh kongsi!!

    ReplyDelete
  8. sofia,

    hahaha...caca merba macam bubuq caca ka?

    ReplyDelete
  9. ermm satu perkongsian yang baik sekali ..

    saya juga sependapat ngan gadis ..

    ReplyDelete
  10. yeah. kita sependapat ;')
    kadang2 dyorg nih main hentam jek shortform entah apa2.
    susah nak faham.

    ReplyDelete
  11. salam,
    nak tinggal komen nih, tapi tak tau nak komen apa... sori yerk, jangan kata tak frendly plak (rayuan nih...)

    ReplyDelete
  12. tUlISan BESA kEcIk CamNie sNg BaCe x??
    mSti SSh kN?
    (hEhE...tULiSan SAYe Lah tuE...huhu)

    ReplyDelete
  13. huhu.. thanx 4 da tips!
    sy dulu mula2 boh lagu gak..
    lpas dpt teguran drp blogger otai, trus buang.. widget pon tinggal yg penting je. tak macam dulu.. serabut.. huhu..

    ReplyDelete
  14. solihin,

    kadang2 orang bukan nk tgk widget yg cantik2..tapi isi yg ada dlm penulisan..

    janji kemas sudah..

    ReplyDelete
  15. thanks for d tips! aiseh bab tulisan kecik n short form tu rasa cam kena sebijik batang hidung mama hahhaha..

    ReplyDelete
  16. thanx cik gadis~~
    info sgt bgune~~

    ReplyDelete
  17. yeah tip yg bagus! taun 2008 gak ek start? same2. tp bena ogos. heee~

    ReplyDelete
  18. salam,

    Saya setuju dengan semua diatas kecuali no7,shout mix tu kebanyakan pelawat suka spam dan buat iklan supaya kita jenguk keblog nya...kalau ikhlas nak jalinkan persahabatan tinggal komen kat entri...kadang2 tu,ada yang tulis kat shout mix" i follow u,u kena follow i ok"saya memang tak boleh terima orang macam tu..tak ikhlas langsung...

    anyway thanks for the info !

    ReplyDelete
  19. good info..saye salah sorng yg suke jd silent readers..bukan sombong tau..heheh..

    ReplyDelete
  20. semoga blog maksu tidak memeningkan sesapa :)

    ReplyDelete
  21. erm good info yg boleh kongsi sama-sama kan...

    ReplyDelete
  22. @Man kuchai,

    pasal spam tu memang xleh nk buat apa dh..

    maybe to strategi utk pemasaran or publisiti..

    ReplyDelete
  23. @Mak su,

    kalo pening kena makan panadol

    hakhak

    ReplyDelete
  24. selagi bole faham, aku layan je.....kalu nk bg org bace biarla sampai apa yg diharapkan..sukar dikawal kecualilah dgn kesedaran blogers tu sndiri..
    melangkah step by step agar jgn terus jatuh tersungkur.

    ReplyDelete
  25. @pakciklie,

    kalo jatuh susah nak bangun balik

    ReplyDelete
  26. sy xkan baca entry yang terlalu shortform..sakit kpala je..haha

    ReplyDelete
  27. sy xkan baca entry yang terlalu shortform..sakit kpala je..haha

    ReplyDelete
  28. @noor fatin,

    GKSB baca kejap pastu tak paham baru blah hehe

    ReplyDelete
  29. tak pnh trpikir pon sblum ni, tapi apa yg cik adik ckp sememangnya btol...wat pe nak citer pnjang2 klu org lain baca lsg hampeh tak paham, yer tak?? jadi sedikit sebanyak ianya leh djadikan ilmu yg bguna bagi penulis blog yg baru cam akak nih..huhu. timer kasih cik adik..huhu

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. ouh banyak nya kesalahan daku.hik3...

    ReplyDelete
  32. ejaan yang short form sampai tak boleh paham memang tension...lagi tambah tension kalau tiba-tiba ada lagu menjerit kuat-kuat dan tak leh nak pause...memang akan terus pangkah jugak walaupun tajuk entry dia macam best....

    ReplyDelete
  33. Time kaseh ngan tips-tips ni. Sye blogger yg baru. Baru nak aktif pasal sebelum ni takdak mase nak terjah blog orang. Anyway ur blog very nice....

    ReplyDelete
  34. hey.. thx 4 d info. aku tahu blog ni mlalui ceritakita2908 by farah.. saje singgah.. nice tips... huhu.

    btw, blog aku banyak widget kot. tp semua penting. mana boleh buang. ahahahah... kalau buang, abesla citer2 aku. huhu.

    ReplyDelete
  35. itu yang terbaek..
    thnx tuk perkongsian mu ini.

    ReplyDelete
  36. setuju semuanya....xde bantahan...heeeheheh

    ReplyDelete
  37. tips yg sgt bagus utk org yg baru blajar blogging cam sy... trima kasih bebanyak... jemput la singgah kat blog sy kalau free...

    http://mizgoth88.blogspot.com

    p/s: shoutbox tu nak ambik kat mna?? sy x tahu....

    ReplyDelete
  38. sharing is daring ! hehe .
    thanks for the tips .

    ReplyDelete
  39. Terima kasih atas informasi yang diberikan..

    Informasi ini banyak membantu terutama kepada pendatang-pendatang baru dalam dunia blogger seperti saya..

    ReplyDelete
  40. hehehe..thanx for that tiPs ye..!amat b'guna uTk saye..! =)

    ReplyDelete
  41. hehe kami suka buat tulisan warna warni setiap perenggan.pening eyh?hehe.akan di ubah dr masa ke semasa.thanks bg tips.;)

    ReplyDelete
  42. Ohoho~ Cik Hani memang SUKE GILE entry ni..

    Aritu ade gak buat entry lebih kurang camni..Sebab diorg setiap kali kat chatbox, mst bgtau "I dh follow u, u follow i balik k" tensen gak..
    dah tu bile nak view, blog berat nak mam...punye lame nk loading...
    tu yg buat entry pasal tu gak..

    i attached link together, in case ade sape2 yg sudi baca n share experience gak..sharing is caring kan? (^^)Y

    http://cikhanilalala.blogspot.com/2011/01/perkara-yang-aku-paling-benci-pasal.html

    ReplyDelete
  43. info yg best utk org baru mcm saya ni..hehe

    ReplyDelete
  44. btl awk bgtau mungkin blog sy tulisan agak kecil, pening2222

    ReplyDelete
  45. bleh pakai jugak idea ni, trima kaseh

    ReplyDelete
  46. hmm ngah pening la.. camne nk wat header eh.. x reti :)

    ReplyDelete
  47. huks...tatau cemana dah lah nak wat bg blog ringan... =.=

    ReplyDelete
  48. cool,please visit my blog

    http://zackoolblog.blogspot.com/

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi