Thursday, October 21, 2010

AKU BARU SEDAR, DALAM HIDUP NI RAMAI ORANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI!!!

Sekarang dah bulan 10. Lagi 2 bulan lagi akan sampai penghujung tahun 2010. Sekejap jer kan? Memang langsung tak terasa.

Macam-macam kenangan pahit dan manis yang terlakar untuk tahun ni. Kisah aku? Banyak yang terjadi. Yang pasti keadaan mungkin tak kan sama macam dulu.

Entah mengapa tahun ni adalah tahun yang paling banyak kejadian pahit dalam hidup aku. Tahun kehilangan. Aku kehilangan ramai orang yang aku sayang. Aku hilang nenek untuk selamanya, aku hilang kawan baik yang tidak lagi bertegur sapa yang mana aku tak tahu langsung kenapa boleh jadi macam tu. Aku hilang kekasih yang berjanji akan menjaga aku. Aku hilang ramai orang yang aku sayang.

Dan tahun ini juga aku kena ragut. Lihat entry ini , entry ini dan entry ini untuk tahu kejadian sebenar. Memang tahun ni tak membawa tuah pada aku.

Prestasi pelajaran aku pon jatuh dengan mendadaknya. 8-11-2010 aku akan start final exam. Cuma aku akan usaha yang terbaik kali ini. Doakan aku.

Minggu ni akan ada sukan lagi. Minggu lepas, pasukan bola tampar kami berjaya ke separuh akhir. Menjadi 4 pasukan terbaik yang melangkah ke separuh akhir. Pernah juga aku cerita dalam entry ini yang mana akulah yang menguruskan segala-galanya dari cari pemain sampaikan aku la juga pemain.

Minggu ni orang yang sepatutnya uruskan BZ! Aku pon BZ! Tapi tak apa aku amik tugas ini untuk cari pemain bagi pasukan bola baling dan aku jugalah yang akan main, uruskan pasukan, uruskan bajet. Bukan niat mahu merungut cuma agak terkilan. Terkilan dengan orang sekeliling yang hanya pentingkan diri sendiri.

Semua benda aku dah buat, aku dah uruskan cuma tunggu turun latihan ja itu pon orang lain tak boleh buat??? Oh aku lupa. Ampa semua bajet STAR!! Pandai main sket dah berlagak DIVA. Lelaki ke perempuan ke sama jer.

Kalau aku sanggup berpanas sampai terbakar kulit, kenapa ampa tak boleh? Oh aku lupa ampa ada pak we, aku tak ada. FINE!! Ampa kan cantik??? Malu kalo ampa hitam??

Aku dah penat. Kalau ikutkan hati mahu saja aku lari dari semua ini. Esok aku balik rumah dan tinggalkan semua tanggungjawab ni pada orang yang sepatutnya boleh????

Tapi aku bukan sekejam tu. Aku bukannya orang yang tak bertanggungjawab. Biarpun pelajaran aku merosot sebab uruskan benda lain, tak apa. Aku jer yang kena hadapi. Ampa tak. Ampa sibuk dengan assignment. Aku ni tak ada assignment ka???

Itulah dunia, ramai manusia lebih mementingkan diri sendiri. Entah banyak mana air mata aku dah tumpah kala ini. Teman ku berpesan, buatlah semua ini kerana Allah. Terima kasih wahai teman. Biarlah mereka teruskan dengan mementingkan diri sendiri. Aku dah penat.

Izinkan aku mengundur diri seketika. Aku dah penat.


14 comments:

  1. tahun baru nak joget dekat mana?

    ReplyDelete
  2. smoga d'permudahkn segala urusan mu hendak nyer... Amin..

    ReplyDelete
  3. dik..sedar atau x..kiter mmg kena pentingkan diri kiter dulu supaya tak dipijak org lain.

    maybe klu hal lain kiter kena dulukan org lain, tp jgn smpi kamu terduduk mengenang kekecewaan.

    jgn putus harap ye =)tak mo sedih2 dh ok. tu smua ujian nk tgk kamu kuat ke x. klise tul tp itulah die..gambate!

    ReplyDelete
  4. selesaikn sgla urusan satu2..
    insyALLAH...:)

    ReplyDelete
  5. itulah sebabnya maksu malas bersemangat sangat sangat, jadik keciwa.... tapi entahlah, kalu maksu dpt overcome perasaan ni, mungkin maksu akan let go dan kata boleh belahlah dengan orang yang pentingkan diri sendiri mereka... i am hepi with my life...

    jum kita berbahagia dgn cara kita

    ReplyDelete
  6. taun yg xbegitu baik juga buat sya....laupun 'seseorg' yg beerti dlm hdp kita tlh pergi meninggalkan kita...==> kekasih.. tapi DIA mengirimkan kita banyak teman yg lebih beerti buat kita..kan...
    so cheer up.....hargai hdp kita :)

    ReplyDelete
  7. 2010............??? hmmmmm..... macam2 dah jadik, akupun lupa dah.... he he.....

    ReplyDelete
  8. relax jer.. enjoy your life..yakin setiap yg berlaku ada hikmahnya..

    dan yakin Allah itu maha adil..

    kita wat baik kat si A , tp xsemestinya si A yg akan balas kebaikan tu .. contoh , kita pandu keta , dan bagi laluan pada keta lain , masa dpn , akan ada keta lain plak yg bagi laluan pada kita

    insyaallah.

    ReplyDelete
  9. gud luck for ur final exam..pastu sure joget lambak hehehehe

    ReplyDelete
  10. oowhhh jgn stress2 ya...suma yg jadi mesti ada hikmahnya...just blom nampak...when u see it u will smile...senyum besar2 like this ^_______________________________^

    ReplyDelete
  11. salam ziarah..ini kunjungan pertama saya ke blog ini..semoga tuan blog dirahmati Allah SWT

    ReplyDelete
  12. ganbare,makeruna!!!(all the best..jangan mengalah!!!)

    Post Terhangat...

    Dibakar Kerana Muslim Atau Orang Asing?

    ReplyDelete
  13. semua dugaan ada hikmahnya, yang penting kita selalu besyukur atas apa yang diberiNya,,:)
    good luck..

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi