Thursday, October 7, 2010

AMPA TAU TAK???


Ampa tau tak pasal HIV AIDS?

Ampa tau tak HIV tak boleh dijangkiti dengan hanya menyetuh pesakit itu?

Ampau tau tak yang walaupun luka darah pesakit HIV terkena kita, kita tak mungkin dijangkiti HIV melainkan luka sama luka iaitu kita terluka pastu dia pon terluka.

Ampa tau tak sebenarnya ada cara yang betul untuk kita suntik dadah dan kebanyakan penagih dadah tidak menyuntik dengan betul? Sebab tu tangan depa penuh kudis.

Ampa tau tak penagih dadah memerlukan 4 suntikan atau lebih sehari untuk menagih dadah?

Ampa tau tak HIV AIDS boleh dijangkiti melalui hubungan seks, berkongsi jarum suntikan, melalui pemindahan darah dan juga dari ibu kepada anak?

Ampa tau tak ujian darah untuk pengesahan HIV perlu dibuat selepas 6 bulan?

Ampa tau tak yang baby boleh dijangkiti HIV semasa dalam kandungan, bersalin dan juga melalui penyusuan oleh ibu yang positif HIV?

Ampa tau tak sekarang ni peratus orang yang dijangkiti HIV telah meningkat berbanding tahun lalu dan yang mengejutkan remaja yang berumur 13-19 tahun paling banyak dijangkiti oleh HIV?

Ampa tak tau kan?

Ni aku kongsikan apa yang aku dapat lepas lecture semalam dari Dekan Pusat Pengajian aku, Prof Madya Ismail Baba .


Jadi jalani lah hidup kita dengan sihat tanpa

DADAH

dan

SEKS BEBAS

=)


6 comments:

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi