Tuesday, October 19, 2010

BOOO SAMA AKU!!

Entry ini hanya sekadar luahan perasaan.

Rasa tertekan sangat. Nak meluahkan pada seseorang, tak semua orang mampu jadi pendengar yang baik.

Mungkin ini saja medium yang terbaik iaitu dalam blog.

Tertekan sangat.

Hidup aku macam dah kelam kabut.
Pagi tadi ponteng kelas gara-gara keletihan rush sana-sini semalam.

Kelmarin dari Alor Star-Penang, bertolak seawal jam 7pagi, sampai di Penang, lepas tu ke pusat bowling sebab ada perlawanan anjuran bebudak kelas.
Petang latihan bola baling.

Dan semalam aku tidur seawal 12.30pagi. Awal bagi aku sebab biasanya aku tidur dalam lingkungan jam 2,3 pagi.

Masuk kelas pukul 11 pagi, tiba-tiba ada test.
Dah la tak prepare apa.
Banyak ja soalan yang tak berjawab.

Lepas abeh jawab tukar kertas soalan dalam kelas dan check.
Markah yang tertinggi 35/45 dan yang terendah 2/45.

Mula la aku terfikir aku kah yang mendapat markah terendah???

Terus rasa down.

Down dan down.


Bila tengok kat cermin yang diri ni semakin gemok lagi la rasa down.

Bila tension makan, makan dan makan.

Macam mana tak gemok?

Mula la rasa menyampah tengok diri sendiri kat cermin.

Apatah lagi kulit semakin gelap gara-gara kena panas masa main bola tampar hari tu.

Mula la fikir yang bukan-bukan.

Arghh aku pon manusia biasa juga.

Walaupun berperangai gila-gila, walaupun suka tersenyum, walaupun nampak kasar di luar,

tapi dalam hati ni masih lagi cepat terusik.

Boooo sama aku!!


7 comments:

  1. lorh!!! small matter jer pun..... aku pun gemuk. akupun itam. akupun tak pandai. akupun orang kedah..... he he....... rilek ah!!! semua tu small matter. have fun!!!

    ReplyDelete
  2. jangan down , kena kuatkan semangat , memang kadang2 kita akan rasa rendah diri tapi kena think positive . (:

    ReplyDelete
  3. biasalah..manusia punya hati. enjoy your life as a student as much as you can. sebab masa cam ni takkan berulang banyak kali. jangan stress sgt ye. senyum maneh sket...

    ReplyDelete
  4. BOOOOooooooo!!!! hehehe...
    riler ar bro!
    jgn moody2..
    chill ok! :D

    ReplyDelete
  5. hehe,,biasela 2 dpt markh rendah tyme test,,dlu penah dpt pling rndh tyme test gara2 xstdy coz ade kem..malu gak tp wat dunno suda..ko target tyme final jer..hehe

    KENAPA ABANG CINTAKAN SAYANG

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi