Wednesday, October 27, 2010

ORANG TANYA: MACAM MANA DAPAT IDEA NAK TULIS BLOG? AKU TANYA: KENAPA AMPA TULIS BLOG?



Ada orang tanya aku macam mana aku cari idea tulis blog?

Idea??

Kalau kita cari, perah otak nak cari idea untuk tulis memang idea tu tak kan datang. Tapi bila kita dah gosok gigi, cuci muka, dah berbaring atas katil nak tidur time tu la idea melonjak-lonjak datang.

Kalau aku rajin, aku akan bangun tulis blog tapi kalau aku dah ngantok tahap gaban, memang tak adanya aku nak bangun. Bila bangun esok pagi memang tak ingat apa-apa dah.

Dan yang tak boleh blah skali idea datang time aku bawa motor nak balik Alor Star dari Penang. Time tu la macam-macam idea nak tulis blog datang. Tapi tak ada pekdahnya aku nak berhenti tepi highway, buka laptop tulis blog. Silap-silap orang kata aku ni gila.

Kalau tanya aku macam mana aku cari idea nak tulis blog, aku akan cakap tulis blog guna hati dan pemikiran berdasarkan pemerhatian yang aku lihat mengenai apa yang berlaku disekeliling aku.

Tapi ada blogger yang tulis blog macam tulis diari, ada blogger yang tulis blog hanya cerita pasal orang yang dia sayang, ada blogger yang hanya tulis blog berdasarkan copy n paste berita di surat khabar, ada blogger yang suka cari gaduh dan macam-macam lagi blogger yang akan kita jumpa. Semua tu bergantung bagaimana dia mencorakkan blog dia.

Aku selalu tulis mengenai apa yang berlaku di sekeliling aku, pengalaman-pengalaman yang aku sendiri alami. Kalau aku tak keluar bilik, tak banyak berjumpa orang aku memang tak akan ada idea nak tulis blog.

Aku juga seorang silent reader. Aku akan baca blog dia dari start dia mula tulis dalam blog dan aku cuba memahami apa yang berlaku dalam hidup dia. Apa yang menjadikan dia sebegitu rupa. Tapi aku tidak akan menilai dia kerana setiap orang itu adalah berbeza, kita tidak boleh menilai orang kerana ia akan memberi maksud yang berbeza.

Kenapa ampa tulis blog???

Berbalik kepada tujuan asal ampa menulis blog kerana apa? Adakah untuk menjadi popular apabila terbaca ada blogger yang masuk dalam surat khabar?? Sudah pasti ampa ada sebab yang tersendiri kenapa ampa tulis blog.

Ada orang tulis blog kerana ingin mencari kekuatannya di sini. Iaitu kita sebagai pembaca untuk memberikan dia kekuatan. Walaupun hanya sekadar komen, mungkin ia sangat bermakna bagi pemilik blog.

Bagi aku, tulis lah mengikut acuan sendiri bukannya terikut-ikut dengan cara orang lain kerana penulisan kita itu juga menggambarkan diri kita yang bagaimana. Hormatlah orang, dan orang lain juga akan hormat kita. Jika ingin menegur, biarlah kena dengan cara kerana tak semua orang itu sempurna.

Tepuk dada tanya hati.

*Untuk blogger baru ada tips yang pernah GKSB kongsikan dalam entry ini dan entry ini. (RIGHT KLIK)


40 comments:

  1. comeyyy tgk gmbr anys tu....sesuai pakai shawl....

    hahaha..larik tajuk la plak..

    ReplyDelete
  2. samekom.....aku datang utk beri salam je...


    aku tulis blog pasal aku sewel je...sekian

    ReplyDelete
  3. sis zura,

    hahaha.. blushing..

    tak pandai menerima pujian.. huhu

    ReplyDelete
  4. salam.. erm2 btul tu akak! ((^__^))
    ~> ct ada bberapa entry yg trsimpan dlm draf..
    xtaw bila na update..
    xlrat na taip..
    ehheee... ;))

    p/s : i miss u... ((^__^))
    ~> maaf taw lma xjln2 kt blog akak..
    akak jga dri taw.. wassalam..

    ReplyDelete
  5. hish.sme la kak.. rmai yg tny dr mne dtg idea nk tulis2 blog
    kdg2 idea tuh dtg ngn sdri je.
    xyh pkse2.
    kalau pkse jd xtau nk tls ape.
    huhu

    tgh nk tdo,mamai pon leh ade plan nk tulis ape kt blog..

    kalau blog sy,xtau nk specific psl ape.ape yg nmpk,ape yg dgr,ape yg t'jd,ape yg igt, itulah yg bkl ditulis.. ;))

    ReplyDelete
  6. hehee msalah pnaipan myelubungi tngan.. ;DD

    u r wc akak... ((^__^)) <33

    ReplyDelete
  7. hahah..tu masalah paling besar..time ddk depan kom tak da benda nak tulis,time nak tido,macam meletup-letup kepala idea datang..

    Post Terhangat...

    Semua Muhammad?

    ReplyDelete
  8. aku tulis pasai diri aku saja

    tu pun ada orang menyampah

    judge aku macam2..padahai aku neh baik hati suci,mulut ja cam cibs sikit..

    sedih :(

    ReplyDelete
  9. puteri,

    kalo tengah mamai jangan tersilap tulis sudah hehe..

    ReplyDelete
  10. Lady,

    hang tak payah dok sedih-sedih la..

    janji hang tak kacau orang..

    ReplyDelete
  11. aku tulis apa aku rasa nak tulis............ suka ka tak suka lantak ah!!!!

    ReplyDelete
  12. a'ah kak....
    btul2 tym nak tido kan idea sllu dtng,,..
    tpi bla dh ngntuk sngt x der mknanya nk tlis n3,bl bngun pgi dh lupe..
    tuh yg skit aty..
    hehehhehe...
    akak comeyyy pkai shawl...
    kek yummyy..!!

    ReplyDelete
  13. alahaiii...
    manisnya cantik menawan :)

    Blog saya cerita biasa sahaja . Kisah keluarga terutama anak-anak . Harap awak dan pembaca semua tak boring ek .

    ReplyDelete
  14. Idea, kalau di cari, takkan dia datang. Idea hanya akan datang time dia tak di cari... idea juga selalu datang time tengah sembahyang..

    Kenapa tulis blog?
    Seriusly dulu awal2 pasal duit...sekarang, ah, duit pun tak seberapa nak masyuk, so tulis kerana member nak tau cerita..tu saja..

    sekian, selamat hari raya haji...balik raya kat masjid rafeah taman uda..peaceee..

    The
    Sharkox

    ReplyDelete
  15. salam,
    terima kasih sudi baca
    DI ANGIN LALU di
    Aksara Keraian.
    =)

    cik ian@aH Lian~
    http://kotakcintahati.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. salam...

    moral of the story..tulis je apa yg nk ditulis..janji tk menulis ayat2 yg blh menyebabkan permusuhan atau perbalahan..cam kutuk mengutuk...

    ReplyDelete
  17. kalau berhenti motor, update blog kat tepi jalan lg style..hehe

    ReplyDelete
  18. GKSB...aku cmner plak??

    ..wah dasat tul hg ni bawak motor dr pg ke as...hebat..kn calang2 org pmpuan leh buat..respek!

    ReplyDelete
  19. aku tulis.. sendiri tulis.. sendiri baca.. ulang2 kali

    sekurang2nya, aku tau.. ada events terjadi dalam hidup aku ni. huhuhu

    ReplyDelete
  20. sorry, terkomen 2 kali..

    at the end of hidup ni.. aku boleh buat buku pasal hidup aku.. sendiri baca!

    ReplyDelete
  21. dandelion: sama-sama


    syamila: betul tu...


    yen: mabeless...hakhak

    ReplyDelete
  22. life kami : memang style abeh..pastu kena langgar haha..

    ReplyDelete
  23. p@kciklie:

    no komen sebab masing-masing ada cara tersendiri..

    penang-alor star?

    terpaksa beranikan diri walaupun tahu risiko huhu

    ReplyDelete
  24. Pala Maldini,

    itu lah kelebihannya orang ada blog

    ReplyDelete
  25. MDT tulis blog sebagai escapesm @ bahasa mudahnya utk lari dari realiti buat seketika waktu..

    hilang stress bila mengadap blog..hilang sume masalah..

    idea plak dtg tak tentu masa..kdg2 time nak tido tu lah idea dtg mencurah2..haha!

    ReplyDelete
  26. Makdara,

    tah2 idea mai dalam mimpi sama pa..

    kih3...

    ReplyDelete
  27. pakcik suruh orang tulis blog utk pakcik... huhuhuhuh

    ReplyDelete
  28. gue tulis blog pasal blog tu gue dan gue tu blog...

    ReplyDelete
  29. Yela cik adik,
    kalau kalo kita saje2 bukak pc then pikir nak tulis idea ape mmg sampai ke sudah tak tau nak tulis ape.
    Tapi time tengah buat keje,time tengah jawab phone kat opis,time bos nak keja, time tu la idea akak mencurah-curah nak tulih blog.
    hehe...

    ReplyDelete
  30. idea datang tanpa diduga..
    mcm2 cara dia mai..
    kadang bila ideal mencurah2 seperti coklat mencurah di ladang gandum.
    x ley nk karang karang dan karang :)
    mcm2 masalah :)
    teruskan penulisan anda :))

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi