Wednesday, October 6, 2010

ROGOL-MEROGOL

Pic sumbangan google




Perghhh...

Tajuk entry tak boleh blah langsung. Serius topik hari ini adalah pasal rogol. Aku pernah praktikal di Asrama Akhlak Perempuan di mana penghuni di situ adalah kanak-kanak berumur bawah 18 tahun iaitu dari 12-18 tahun.

Tugas aku masa tu sebagai pekerja sosial pastu kena buat kerja kes. Maksudnya aku kena amik banyak kes berkaitan dengan budak-budak tu pastu menjalankan intervensi iaitu proses untuk dapatkan maklumat dan kaji sebab apa budak2 tu boleh terlibat dgn kes-kes akhlak ni.

Kemudian aku kena lakukan sesuatu bagi memastikan yang dia tak kan terlibat dengan kes-kes macam ni dh. Susah tu. Bukan kerja senang.

Antara kerja kes yang aku kendalikan adalah klien aku yang berumur 14 tahun. Kesnya dia kena rogol dengan sepupu dia. Pastu dia mula liar, berkawan dgn budak-budak tak senonoh, hisap rokok, makan pil estecy. Walaweh.. Baru 14 tahun tu.

Pastu dia ada pak we, then terlanjur dengan pak we dia sampai mengandung. Ampa bayangkan baru form 2 dh mengandung dan yang paling aku tak sangka dia gugurkan kandungan tu.

Arghhh... Ngeri nya bila nak bayangkan betapa sakitnya bila nak gugur kandungan ni. Tapi ni la kes yang biasa kita dengar tapi aku pula terpaksa berdepan dengan kes macam ni.

Masa seminggu aku praktikal, aku mengalami kejutan budaya. Mana tak terkejut, selalu tengok berita jer tapi kali ni aku sendiri berdepan dengan kes-kes akhlak ni.

So, dekat sini la cabaran yang aku kena hadapi untuk memastikan intervensi yang aku lakukan tu berjaya. Aku dapati kebanyakan kes akhlak ni berpunca dari ibu bapa. Ibu bapa yang kena banyak main peranan.

Selain tu pengaruh rakan sebaya. Memang sangat kuat bila ada kawan-kawan yang dok mengajar kita benda pelik-pelik ni. Yang budak-budak ni ikut jer sebab nak seronok dan konon-konon nak release tension.

Kadang-kadang aku rasa kesian sebab fikir pasal depa ni. Aku kesian bila depa tak dapat fikir yang masa depan depa dah hancur. Bila depa dah insaf boleh ke kembalikan maruah yang dah kena ragut tu?

Tapi bila berkaitan dengan nafsu ni, memang aku tak berani nak cakap lebih-lebih. Kalau tak, tak ada la kes ustaz mencabul anak murid.

Bila nafsu menguasai diri kopiah atas kepala pon boleh tercabut,


25 comments:

  1. tajuk sangat x blh blahh..hehhe
    bahaya la budak2 zaman sekarang ni.. risau sgt.. tetiap hari kuar paper kes2 mcm ni..

    haisy... risau bila memikirkan anak2 saya ni nanti.. mudah2an dijauhkan anak2 kita dr perkara mcm ni..

    ReplyDelete
  2. satu pengalaman yg cukup menarik dikongsikan....

    tahniah.

    ReplyDelete
  3. pengalaman yang boleh dibuat pengajaran..bagus

    ReplyDelete
  4. 1st of all, gambar zirafah rogol menatang hape tu entah, memang tak boleh belah..haha..

    Ok, my friend, she's a teacher at a school in G town, she said "Budak form 1 mengandung pun ada haih, yang buat bagi mengandung pun dak form 1 jugek"

    So, budak2 skolah sekarang ni memang tak sama macam budak2 sekolah zaman i dulu..

    ReplyDelete
  5. makin moden dunia, makin jahil manusia2 skang nie........

    ReplyDelete
  6. gila ah.. takpe ke lu citer ni??

    bukan kes ni perivate ke?

    ReplyDelete
  7. @hamzah,

    aku tak dedahkan siapa dan rupanya

    ok lg la...

    ReplyDelete
  8. Segalanya bermula dari isi rumah... Andai isi rumah baik maka yang keluar dari rumah juga turut baik... Andai isi rumah itu tidak baik maka yang keluar dari rumah itu juga tidak baik dan akan mempengaruhi isi rumah lain yang baik... apa aku cakap ni... hahaha... PEACE...

    ReplyDelete
  9. arp2 ank2 kte tlindung dri pkre bukn2 neh..huuu~~

    ReplyDelete
  10. mak aiiii... gambaq! terangsang gua tngok.. hahaha..
    zirafah nie pon.. xdak spesis len ka dia nk boh..
    gelojoh btoi.. asaikan buleyh.. hahaha..

    ReplyDelete
  11. selalunya mmg la gitu..jgn kata cik adik, akak sdri pon da naik risau, rimas n kadang-kadang terlanjur bengang bla tengok hal-hal yg berkaitan dgn anak dara kita zmn sekarang ni, lebihan plak, akak sendiri pun ada anak dara yg baru umor stahun setengah. fuhh..cba lah bayangkan apa yg bakal terjadi, yer tak??..umm yang penting kita ni sbg ibu bapa kenalah byk bagi peranan, bukan hanya letak pada penjaga yang dah tentu2 jaga bebudak yang lebih kurang 10-20 org...sekian, ya salam..

    ReplyDelete
  12. naik nafsu pokcik ni tengok gambo tu...erkkk

    ReplyDelete
  13. Xpnah lagi berdepan org yg kna rogol..org beromen pnah la jumpa. Kuikui

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi