Thursday, November 4, 2010

BERANGAN JA LEBIH~INGAT BEST KA?? MEMANG BEST PON. ADA AKU KISAH?


Ampa dah tengok gambar pre-wedding kawan aku dalam entry ni?

Memang cantikkan? Membuatkan perasaan kita terbuai-buai nak memasang angan-angan untuk majlis perkahwinan kita nanti.

Hehehe

Aku dari kecik lagi sangat suka ke kenduri kahwin. Antara sebabnya sudah semesti nak makan nasi minyak. Aku suka makan ayam masak merah. Tapi kalo hidang gulai memang aku kurang la.

Kalau kat kampung-kampung still ada gotong-royong untuk memasak dan siap ada mentara lagi. Tapi sekarang ni semua pakai katering. Senang. Bayar je siap semua tak payah nak penat-penat badan dah. Tuan rumah pon bleh layan tetamu tanpa kelam kabut.

Kalau aku kecik-kecik dulu kalau ada sedara yang kahwin aku akan jadi tukang bagi bunga telur. Al-maklum la muka tak malu sangat n agak peramah lebih, so mak sedara aku akan suruh aku untuk tugas ni.

Bila dah jadi anak dara, tak kan la nak bagi bunga telur lagi mesti up jadi pengapit pulak kan? Hehehe...

Sebab lain aku suka p kenduri aku boleh usha mamat-mamat ensem hahaha... Berangan ja lebih.

Macam mamat-mamat kat bawah ni kah?


Mamat-mamat kachak mana 1 pilihan hati?

Kadang-kadang berangan la juga bila aku kahwin ni nak buat tema apa, nak buat kat mana nak jemput sapa dan malangnya semua tu hanya angan-angan. Jauh lagi nak gapai. Calon pon tak da lagi hehe...

Masa aku bercinta dengan budak Perak tu, memang dah rancang nak kahwin. Ayah dia pon suruh masuk meminang lepas aku habis STPM. Tapi jodoh tak panjang, dia kahwin dengan orang lain elok-elok aku habis exam. Tapi ada hikmah, sebab aku masuk U, sambung belajar lagi kalau tak dok rumah kendong anak pa? Hahaha...

Apa? Nak aku cerita lagi pasal ni? Ok, ok. Aku sambung cerita.

Dia kahwin dengan orang yang dia baru kenal tak sampai sebulan. Budak Sabah, tapi bukan beragama Islam, mengikut kata mak dia, dia dah terkena. Yela sampai lari dari rumah. Nak sangat kahwin dengan budak tu, kalau tak, tak mau balik rumah. Mak dia p jumpa bomoh pon depa kata memang susah sebab dah terkena. Entah la. Aku pon tak paham. Cuma dengar kata rumah tangga dia sekarang dah tak bahagia lepas dapat anak sorang. Aku dapat tau semua ni pon dari adik dia.

Yang sadisnya dia tinggalkan aku tanpa sebarang kata. Tiba-tiba menghilang macam tu ja. Aku ni macam orang gila cari dia, call dia tapi asyik off je nset. Aku yang masa tu still sekolah lagi sanggup p amik duit kat Bank untuk ke Penang naik bas, p rumah tok dia sebab nak cari dia.

Yala dah tak balik rumah, family dia pon dok call aku tanya ada tak dia mai jumpa aku. Pastu aku dapat tau dia ada kat Penang. Memang sah pon ada kat Penang cuma aku terlewat sehari nak jumpa dia. Huhuhu...Aku kalau dah sayang seseorang tu memang cm ni. Selalu buat benda di luar pemikiran.

Hehehe... Tu dah tinggal kenangan. Sejarah dalam hidup aku walaupun memang aku sakit teruk lepas tu sebab kecewa. 2 tahun juga aku amik masa nak pulih diri aku balik dan betul-betul lupakan dia.

Bila ada orang lain yang hadir dalam hidup aku, entah macam mana hati aku yang beku tu boleh terbuka untuk dia. Sedangkan baru je kenal. Mungkin aku terpikat dengan dia disebabkan dia yang tak pernah putus asa walaupun masa tu aku ni jual mahal sket hehe.. Kenangan, kenangan.

Nak tau lagi ka cerita selanjutnya? Ampa sudi baca lagi ka? Ok la aku sambung cerita lagi.

Masa tu dia belajar lagi, tiap-tiap malam dia call aku, kadang-kadang sampai jam 2, 3 pagi bergayut lagi. Esok tu sampai dia tak p kelas. Masa tu memang tak pernah jumpa lagi. Kenal pon dalam YM ja. Tapi sembang macam dah kenal lama.

Bila first time nak jumpa tu, memang aku takut sangat. Takut dia tak boleh terima aku. Aku ni kan tak cantik, apa yang aku ingat masa dia mai jemput aku, sebelum aku kuar dari rumah aku SMS dia, "terimalah diri orang seadanya dan orang akan terima dia juga seadanya"

Cuma apa yang aku kesalkan sangat, dia dah banyak berubah. Dia dah tak macam yang aku kenal masa mula-mula dulu. Banyak kali kami bergaduh. Aku jenis kalau orang berkeras dengan aku, aku akan jadi keras balik.

Sayang? Memang aku sayang. Sebab dia lelaki yang pertama berjaya buka balik hati aku. Tapi lepas apa yang dia buat baru-baru ni memang mengubah segala-galanya. Aku dah benci kat dia, benci sangat-sangat.

Walaupun dulu dia pernah cakap dia akan berada masa aku konvo nanti. Angan-angan kami. Hahaha.. Tak mungkin. Tak mungkin semua tu akan jadi kenyataan lagi.

Alamak! Tertulis kisah-kisah lama pulak. Boring pa ampa dok baca ni huhuhu... Awal tadi cerita pasal kenduri... Huhuhu... Jauh menyimpang.

Bila dalam hidup ni aku asyik kecewa ja, untuk mengharapkan sesuatu keajaiban yang aku akan beroleh bahagia mungkin bukan salah satu agenda utama lagi. Kekecewaan akan mengajar kita untuk menjadi lebih kuat. Kalau aku sedih, aku akan ketawa walaupun aku menangis.

Pernah kawan aku cakap "awak ni boleh ketawa lagi kan tengah sedih ni" dan ada yang berkata "hang ni aku tengok rileks ja macam tak ada apa-apa?"

Perghhh... dalam hati ni Tuhan saja yang tahu sebab kadang-kadang sedih tak bererti perlu menangis dan"Rahsia hati tak siapa pun yang tahu"

Akan ku serah hati ini kepada yang selayaknya menerima

Lelaki yang boleh membahagiakan aku dan membimbing aku dunia dan akhirat

Insyaallah

Mood tengah jiwang ni jom layan lagu ni..

Di saat aku mencintai dirimu-Dadali Band





16 comments:

  1. hehe 1st luv ka?
    sedih tapi beri byk pengajaran kpd dri sdri kan ;)

    ReplyDelete
  2. suh bakal somi lu tunjuk perut kalau berani

    baru cinta sejati

    kah kah kah!

    ReplyDelete
  3. MOFASAD,

    batang hidung pon tak nampak rupa lagi macam mana nk tgk perut??

    oh wa lupa...

    lu je berani tnjuk perut sama lu punya bidadari...

    hahaha

    ReplyDelete
  4. xperlu benci kat lelaki2 yg dtg dn pegy dlm hidup, trima depa sbg sesorg yg pernah buat cik gadis bahagia..

    sakit bila benci org ni..

    ReplyDelete
  5. erin,

    thanks atas nasihat tu..

    tapi tu la..pedih hati ni kita ja yg rasa

    ReplyDelete
  6. sume nya akan jd kenangan & pengajaran tk kita mnrskan idupkn...
    btl ckp ERIN AZIZAN tp x ramai yg mampu lakukan... :((

    ReplyDelete
  7. oic..sedihnyerrr...audh..cinta..cinta.heeee

    ReplyDelete
  8. kalau duk ingt blk kisah lame-lame neh mmg sedeyh kan..tp bende2 tuh laa mematangkan kita kan..=))
    btw lagu didali tuh mmg best!

    ReplyDelete
  9. pernah hilang cinta pertama jgk.perit.
    tp dpt lupakan lepas jumpa someone yg better.

    ReplyDelete
  10. huhu penah ngan ex dulu plan nak smbung master sme2 knon2la, tengok skang cam hampeh habuk pn tadaa!

    p/s : kdg2 kita xtahu kenapa kita perlu ketwa di saat hati rse mahu menangis T__T

    ReplyDelete
  11. salam
    berangan la sampai tua takde sapa kacau..
    jiwang best apa

    ReplyDelete
  12. uih... sadisnya citer... sabo je la... hidup memang camni...
    sume orang nasib lain2.. ade yang happy ending ade yang sad ending... nak wat camne kan... *ceh.. cam paham je aku.. paham la sket2*..
    sama2 kite berdoa for happy ending...

    ReplyDelete
  13. kdg2 rasa nak ktawe n menangis serentak kan? huhu

    p/s : nostalgia betoi la lagu dadali tu.

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi