Thursday, November 25, 2010

BLOG PILIHAN MALAYSIA







Tujuan

Untuk membuat undian bagi beberapa kategori blog yang telah ditetapkan dimana ianya menjadi pilihan rakyat Malaysia. secara tak langsung ianya akan menjadi rujukan pada rakyat malaysia dalam memilih blog-blog yang mereka mahu baca.


Bagaimana undian dibuat?

Undian akan dibuat dalam 2 peringkat:
Peringkat pertama - satu senarai 20 blog yang menjadi pilihan akan dikeluarkan. satu tempoh masa akan ditetapkan untuk rakyat Malaysia memilih blog yang menjadi pilihan mereka.
Peringkat kedua - 5 pilihan teratas dari peringkat pertama akan diundi dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. blog yang mendapat undian paling banyak akan digelar blog pilihan Malaysia 2010 mengikut kategori masing-masing.

Kategori blog pilihan

Blog yang berdomain dot com atau dot blogspot layak disenaraikan, malah tidak kiralah blog itu berbahasa melayu atau inggeris. kategori-kategori yang akan dibuka untuk diundi adalah:

Blog Personal Lelaki Pilihan - blog yang dimiliki oleh lelaki bujang.
Blog Personal Suami Pilihan - blog yang dimiliki oleh lelaki yang sudah berkahwin.
Blog Personal Wanita Pilihan - blog yang dimiliki oleh wanita bujang.
Blog Personal Isteri Pilihan - blog yang dimiliki oleh wanita yang sudah berkahwin.
Blog Tutorial Pilihan - blog yang memaparkan pasal tutorial blog, masakan, software dan juga gadjet sahaja.
Blog Lawak Pilihan - blog yang memaparkan tulisan, video, gambar yang lawak sahaja.

Bagaimana nak senaraikan blog?

Satu tempoh akan diberitahu untuk anda menyenaraikan blog pilihan anda mengikut kategori masing-masing. hanya 1 blog untuk 1 kategori. jadi buat lah pilihan yang bijak. yang paling penting, seseorang itu tidak boleh senaraikan blog nya sendiri. hanya orang lain boleh senaraikan blog anda. barulah ianya dinamakan blog pilihan..


Siapa yang layak beri senarai blog pilihan?

Sesiapa sahaja yang boleh memberi senarai blog pilihan mereka.


Siapa yang layak mengundi?

Sesiapa saja layak untuk mengundi senarai blog pilihan.


Harap penerangan di atas dapat membantu anda memahami tujuan blog ini. selain itu juga undian ini dibuat hanya untuk suka-suka saja, bukannya pertandingan yang serius pun. jadi sila mula buat senarai blog pilihan mengikut kategori yang ditetapkan. satu tarikh untuk penyenaraian akan di beritahu secepat mungkin..


Setelah pendaftaran penyertaan telah ditutup. 1 senarai telah dikeluarkan. Untuk lihat nya sila KLIK SINI

GKSB telah tersenarai dalam kategori BLOG PERSONAL WANITA PILIHAN. Senarai blog yang ada dalam kategori ni bukan calang-calang orang. Kalau nak tau blog mana yang tersenarai dan senarai blog untuk kategori yang lain. Sila la terjah ye blog tu.

=)

Tarikh untuk undian peringkat pertama akan dibuka pada jam 10 malam 26 november (jumaat) sehingga jam 8 pagi 30 november (selasa). So nanti jangan lupa mengundi blog pilihan ampa. Dan jangan lupa undi GKSB juga keh3...

4 comments:

  1. hohoho
    dh undi ;D
    best2 mcm anugerah juara lagu

    ReplyDelete
  2. akak akan ngundi GKSB..whoaa..akak pom tersenarai gak..huhu..no 30 tu..

    ReplyDelete
  3. hoho...macam AF pulak. Tak de...tema untuk diri sendiri ke? mana tahu leh tarik pengundi...hehe

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi