Tuesday, November 30, 2010

CABARAN DI LANGKAWI~MACAM MANA NAK BUANG KEMALUAN?

Update blog dari Wifi Hotel Chandek Kura

Hari Pertama

Aku bertolak dari Alor Star ke Kangar. Kami naik feri kat Jeti Kuala Perlis.

Masa sampai ke sana aku tengok ada tak bebudak Desasiswa (Hostel) aku. Ada tu memang ada tapi semuanya lelaki dan aku sorang je perempuan. Aku tak tahu plak yang member aku yang lain tak jadi pergi.

Tapi tak kisah la. Kawan boleh dicari, tak kan nak harapkan ada geng ja baru hang nak join benda alah cm ni lagipun bebudak ni ada jer walaupun depa 1st year. So jangan heran la kalau aku sorang je Perempuan dalam kebanyakan gambar hehehe...


Masa tunggu feri kat Jeti Kuala Perlis.


Memang panas gila, penat menunggu. Feri kami pukul 1tengahari. So tunggu walaupun penantian itu 1 penyeksaan.


Kursus yang aku hadiri ni adalah kursus Keusahawanan, kursus ni banyak ceramah, so dengar jer la ceramah. Agak boring la. Tahu saja la ceramah ni macam mana. Tapi bila ada penceramah yang pandai menyampaikan ceramah, celik mata dan asyik gelak jer la.

Bila kat sini kami ditugaskan untuk buat Rancangan Perniagaan. Kami diberi modal sebanyak RM 15,000. So, terpaksa fikir perniagaan apa yang akan kami jalankan di Desasiswa.

Kusyuk menyiapkan Tugasan.


Ni ahli Kumpulan aku. Adik-adik jer ni.


Hari Keempat, kami diberi tugasan. Diberi duit RM 100 sebagai modal. Dihantar ke kawasan tertentu sekitar Langkawi mengikut kumpulan dan kami dikehendaki untuk guna modal yang diberi untuk menjalankan perniagaan kemudian membawa pulang kembali jumlah modal yang diberi.

Kat sini la cabaran dan pengalaman yang paling memenatkan.
Kami ditinggal di sekitar Padang Mat Sirat.

Masa awal pagi banyak kedai tak buka lagi. Bila tengok tempat-tempat yang ada dalam surat arahan tu, kami buat keputusan nak ke Kilang Batik. Nak beli produk kt situ pastu jual.
Berjalan kaki la dengan tanya orang lagi kat mana kawasan tu.

Jauh kot. Memang penat gila.

Bila sampai ke sana, kami tak dapat beli barangan kat situ disebabkan kedai tu sangat menjaga keaslian barangan tersebut sebab takut bila dapat kat Pelancong dari Thailand mungkin depa akan tiru corak batik yang dibuat kat situ.

So, patah la balik dengan perasaan hampa. Berjalan nak ke sana 1 hal, berjalan patah balik 1 hal. Aduyai....

Berjalan kaki pulak ke Beras Terbakar. Kat sana banyak gerai. Ada sorang Pak cik ni sangat baik hati membenarkan kami amik barangan kat kedai dia pastu dia kami buat Direct Selling kat Airport.

Bini dia siap hantar kami lagi ke airport.

1st time aku buat Direct Selling. Memang malu gila. Aku pon tak tahu macam mana nak buang sifat kemaluan, eh, sifat malu tu. Bebudak kumpulan aku pon semua malu-malu nak jual pada mulanya. Lama-lama tu ok la, tapi aku still tak boleh nak buang rasa malu sebab aku kan pemalu hehehe...

Masa nak balik tu, kami balik jalan kaki jer ke Beras Terbakar. Memang sakit kaki, lenguh, letih semua ada. Macam merentas desa plak aku rasa.

Petang plak p naik cable car. Aku dah la gayat. Menjerit-jerit masa mula naik tu. Nasib baiklah lama-lama tu perasaan takut jadi seronok dan teruja sebab ni 1st time aku berada di tempat tinggi dan berjaya hadapi perasaan gayat aku tu.




Teruja+Seronok






Ni semua kumbang-kumbang yang ada dan aku sorang je bunga kat situ hehehe...

Banyak lagi cerita aku nak kongsikan. Next entry la yer.

Apa-apa pon happy kat sini walaupun penat gila bila sehari ni asyik kena jalan kaki jer.









NOTACIKGADIS: Curi masa untuk update blog sambil menyiapkan Rancangan Perniagaan yang nak kena bentang malam ni.


13 comments:

  1. fuh.. serius menarik kem tu..pada masa yang sama ala-ala cuti yang penuh dengan kerja ;) haha

    xpe..xkisah satu bunga 8 kumbang janji iklas ;)

    ReplyDelete
  2. uih...macam dah sukat satu langkawi dah tu. best!

    ReplyDelete
  3. cam best je . hehe . muka semua happy happy jek . heheh :)

    ReplyDelete
  4. hahaha..tjuk tu memusykilkan..

    ReplyDelete
  5. hahahha GKSB gayat ? sama dgn mama zama lah :D

    ReplyDelete
  6. orang bisnes tak leh malu2.. muka tak malu je boleh buat bisnes neh..

    ReplyDelete
  7. msti penat kan...tp enjoy...best2!!

    ReplyDelete
  8. macam best je...bila lak nak main2 air kat pantai..huhuh

    ReplyDelete
  9. Hmmm pengalaman tu....nanti akan jadi kenangan yang indah.

    ReplyDelete
  10. saya teringat Kg Buku Langkawi, pernah tidur di rumah Enselott, wakil dari jerman dan belanda ikut datang. meriah. sayangnya, ide sanusi junid tak jalan. tak tahu apa dah jadi dengan kampung buku tu. saya ikut susun buku, macam-macam buku, tapi penerbit kecik je yang ikut Kampung Buku Langkawi, la ni Melaka pula tiru, kenapa? Sebab kawan Baba al-Khas ada jumpa Ali Rustam cakap fasal kampung buku. Saya rasa kampung buku Melaka pun hancur juga. Mana orang suka baca buku? Ini yang saya ingat kalau sebut Langkawi.

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KeRaNa MeNiNgGaLKaN PeSaNaN =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright @ GadisKampungSeparaBandar 2013 | All Right Reserved
Designed By
Shahada Fauzi